Friday, July 29, 2011

Pecah kepala jawab exam

Assalamualaikum.

Ye, ye aku tahu. Aku tengah exam. Tapi aku perlu mentulis di sini. Untuk apa? Ye, aku perlukan
terapi jiwa. Tepat sekali.

Aku ni baru balik Mansyeah. Pergi beli ampaian baju. Kahkahkah lawak pulak aku rasa tetiba. Raihan tu tadi lepas basuh baju, dia tensi sebab tak cukup space nak sidai baju. Dan-dan tu jugak ajak aku gi Mansyeah cari ampaian. Macam apa. Kelakar kan Raihan. Hahahaha. Inilah yang dikata pompuan bertindak ikut nafsu. Hahahah. Ok dah cukup gelak.

Aku pun ok la.... Layan la, kang aku tak pergi aku takut dia merajuk. Kahkahkah padahal aku lagi kuat sentap dari dia. Tak tak. Sebenarnya sebab dia selalu teman aku pergi dentist, aku pun temanlah pergi
Mansyeah. Erti hidup pada memberi kan. Eh wait wait, whose words are those?

Ok whatever. The thing is, aku rasa macam tak exam. Aku je la. Orang lain sangat bersemangat. Mana taknya. Petang-petang pergi Mansyeah, malam baru balik. Esok tengahari kang nak pergi dentist pulak. See, bila masa aku belajar? Lol. Banyak masa aku belajar sebenarnye. Tinggal boleh jawab tak boleh je. Itu kita doa pada Allah mintak tolong dipermudah untuk menjawab.

Tell you what, the other day kan masa jawab MCQ yang tah pape gile soalan dia, ada satu soalan aku tembak. Pastu betul! Teneng teneng tenenggggg!!!!! Aku bersyukur sangat sebab before tu aku dah doa supaya Allah tunjukkan aku jawapan yang betul kalau aku tak tahu. Pastu masa buat soalan membunuh tu, aku memang ditarik-tarik untuk jawab A. Pastu budak-budak ni lepas exam (well, semua orang) terus bukak buku cari jawapan. And I get it rightttt! Teeeheee tahu tak betapa bersyukurnya aku time tu. Allah telah menjawab doaku. He is so sweet kan. Because that is His promise by the way; to pray to Him and He will answer you. Kun fayakun guys. Remember? Oh by the way, be very confident in your prayer! Have faith in Him, ok.

Oh by the way, ramai gila kawan aku complaint pasal soalan exam. Diorang kata banyak tak da dalam buku (betul) dan banyak yang sangatttttttt tersorok dia punya trick (betul). Mereka adalah golongan soalan licik yang bikin aku mahu mentendang meja dengan keras sekali. Ok dah stop. Ada satu soalan tu kan.

Which one is false?
A. Normal bleeding time is 5 minutes
B. Normal WBC count is 7000 cells/Cmm
C. Normal Hb amount in blood is 16 mg/dl
D. Tak ingat apebenda.

Punyalah aku belek soalan ni dengan asyik. Semuanya betul seh. Ape yang salah. Last last aku jawab B. Sebab unit untuk WBC count ialah mm kuasa 3. Yang ni ape pasal Cmm plak niii. Tapi aku memang tak yakin ah jawapan tu betul ke tak.

Habis exam aku pun tanyalah orang. Diorang pun sumer ha'ah wei semua betul. Kalau ikutkan,  aku dah nak jumpa prof dah nak cakap sir, this question doesn't have answer. Tapi aku malu kalau tersalah. Which is memang aku salah pun.

Bile tanya Iman Bijak Bistari, dia kata jawapan adalah C! Kerana unit Hb level adalah g/dl bukan mg/dl. Kurang asammmmmm!!! No, I just blame myself for being soooo near sighted terhadap soalan itu. Aku tertipu hidup-hidup. Kelakar kan. Eh tak kelakar ea? Ok whatever. Aku rasa ini adalah benda yang kelakar kerana IQ aku terpedaya dengan seketul huruf m kecil. Dan rupa-rupanya doktor memang tulis Cmm sebagai cubic millimetre.  Kita baru tahu sekarang, Iman.Terima kasih! 

Pape lah, aku dah tawakal dengan exam haritu. What can be changed is the future kan. So aku adalah mahu mengundurkan diri dari blog humble ini dahulu. Sesi terapi aku dah selesai. Babai everybadeh.

Wassalam.

Tuesday, July 26, 2011

Final exam 1st year

Assalamualaikum.

Hye. First practical exam has just passed. And I am glad. The questions are as always confusing yet 'answerable'. For the experiment, I was assigned to do the blood group test. Eh, tak syok ah cakap omputih. Takde feeling. Doktor aku tanya macam-macam part blood group tu. What antigen do you have? what antibody do you have? what is the precaution test before doing blood transfusion other than blood group test? Bukan main. Nasib baik Ziyani tolong. Haha, thanks Ziyani.

Now, semua orang adalah busy mentengok buku dan takda masa nak mentengok aku. Eh. Lalu aku kebosanan dan membawa diri ke sini. Ceh saje cover-cover line nak blogging. Aku tak sabao la nak habis exam ni. Budak-budak Cairo nu ha, dah keluar result dah pun. Dengar citer ramai dapat mumtaz. Bukan main lagi....Tahniah untuk semua yang mumtaz.....

Yang budak-budak Alex ni tak  main mumtaz-mumtaz. Kite ikut bahasa omputih. Excellent. Very good, good and fair.and weak and very weak. Yang dua terakhir tu mintak dijauhkanlah...Nauzubillahiminzalik.

House story:

My abang sudah start die punye attachment la kat itu Hospital Pulai. Aku pun tak tahu kat mana. Boleh tak? Bila orang tanya duduk mana, bangga je aku jawab saya duduk JB! Tapiiiiii, Hospital Pulai pon tak tahu. Ok fine. Die belum nak berapa legend lagi macam Hospital Sultanah Aminah (HSA). So, aku dimaafkan. Haha
//
Aku dah penat belajar. Cehhhh. Ye la tu. So, this is my escapism. Aku tak banyak belajar lagi pun sebenarnya. Haishhh. Aku belum baca lagi itu extrinsic and intrinsic mech of blood clotting. Itu haem biosynthesis. Dan ermmm banyak lagi. Dan bile dikenang-kenang semula semua tu, bertambah kusut kepala aku yang tak berapa kusut ni. So, aku datang membawa diri ke sini. Like I said before, escapism.

Teheeee. It feels so good to ramble and rant on and on here. Takda orang kisah, right. When I flashed back, I always give this kind of ranting entry when I am in exam mood. Why eh? Yeah I think because I need someone to talk to. Eh no. I got plenty of them. It's just I need some thing to rant to. Like this blog. This blog to me is a kind of  therapy. Yeah, I cannot go out having shopping spree everyday. And I cannot eat out everyday because well it's not healthy. So what can I do to leave this building stress? Yeah, I blog it out. Simple and yet satisfying, right?

Ok, now. Move back to me. I am in this kind of state where I am not so healthy. Not physically but orally. I have this problem with a teeth. Yeah a tiny lil yet so very important stuff. How gedix it is. So, I am in the middle of treatment and I take painkiller everynight despite the fact it harms the hell out of my stomach. But Alhamdulillah, to my utmost relief, there's no side effect appearing. At least till this time. And aku harap dia berterusan. Aku ni dalam krisis ditelan mati emak, diluah mati bapak tau. Punyalah dilemma perasaan aku ni. Kalau tak makan, aku sakit. Kalau aku makan, aku dapat peptic ulcer. Both will end me up in the lembah kesakitan. So, which one to choose? You tell me.

Aku choose untuk berdoa kepada Allah supaya direducekan sakit ini. Supaya aku boleh deal dengan sakit ini despite keadaan yang seperti Genting Highland ni (exam period). Dan aku berdoa supaya treatment aku berjalan dengan lancar selancar Lamborghini whatever Nurul, just stop it!

So, I think it's enough till now. Kalau ada lebih aku bagi extra entry harini. Tapi aku rasa dah cukup lah kot. Really, aku ada banyak benda nak tulis kat sini. Pasal program KAMI haritu. Pasal aku jadi moderator forum hari tu (kerja gila). Dan pasal-pasal yang lain. Eh tetiba rasa nak cari pasal la!! OMG, who is my victim?!

Sekian, Wassalam.

dan good luck kepada diri sendiri. =)

Friday, July 22, 2011

An Optimist Note

Assalamualaikum.

Agak lama tak mencoret barang seperenggan dua kata kat sini. Aku rasa rindu lah. Walaupun cuma ermm 2 hari.

Semalam: Aku buat kerja gila! Nanti aku cerita bila aku free.

Hari ni: Aku dihasut saiton untuk bertempur di medan percontengan ini (?) dan tumpas! Buku-buku aku hilang ghaib di pandangan aku. Mungkin tersorok oleh jin. Pada pandangan orang lain, ada satu buku modul 6 dan satu buku nota kaler hijau atas meja aku. Salah siapakah ini?

Esok: Aku pergi ke klinik. Well, a new hobby of mine. Aku siap hafal dah prosedur mentampal gigi. Hahaha, ni nak jadi doktor ke doktor gigi haaaa?

Lusa: Aku sangat rajin membaca buku macam tiada hari esok. Aku baca sampai kepala pusing macam
pusingan tajam orang yang tamakkan nilai 1000 atas Roda Impian (?) Aku hanya tidur lepas subuh malam ni.

Tulat: Aku menjawab dengan super laju dan kencang. Terserlah ciri-ciri excellent di situ! Aminnn.

p/s: final dah start! kawan-kawan dah ramai deactivate facebook. Saje je kan..

Sunday, July 17, 2011

Kesiankan aku?

Assalamualaikum.

Aku terasa mahu menconteng pagi ni.

Ye, pagi ni adalah pagi yang damai seperti pagi-pagi semalam hendaknya. Tapi malam tadi, bukanlah malam yang perlu dikenang-kenang bagi aku. Serasa mahu mentendang katil kuat-kuat Hiarghhhhht (?) apa benda aku conteng pada pagi yang damai ni?

Hm aku macam nilah. Aku tak sihat. Seperti orang lain. Kesian kan aku. Semalam aku masih mentelan 2 biji paracetamol seperti malam kelmarinya. Kesian kan aku? Aku sangat kesian dengan perut yang tak pasal-pasal perlu digest paracetamol tu. Eiiii kesiannya aku!! Malam tadi, aku tak bisa mentutup mata untuk tidur. Sebab aku mentahan kesakitan. Aku pergi toilet. Masuk bilik balik. Aku tengok jam handset. Pukul 1.43 am. Bila aku boleh tidur ni? Bila? Aku teragak-agak nak makan ubat. Sebab aku tak pandai makan ubat. Saluran makan aku sangat limited saiznye untuk menelan pil begitu sahaja tapi untuk mentekedarah bukanlah satu masalah pula (?). Jadi, apa yang aku lakukan ialah, aku kunyah-kunyah pil tu dan telan dengan seksanya. Hampir suku botol aku habiskan untuk telan pil tu sedang orang lain satu teguk sudah memadai untuk mentelan 6 pil sekali harung. Kesiankan aku?

Aku sangat sedihlah dengan diri aku. Aku nak cepat sihat! Aku taknak sakit ini! Tapi ustaz tafaquh cakap kalau kita sakit dan kita sabar, Allah bagi pahala. Dan aku seperti hamba Allah yang lain mestilah nak pahala. Ya, aku pilih pahala!

Jadi, aku nak sabar!

Sekianlah contengan arang aku pada pagi Ahad yang damai ini. Semoga aku cepat sembuh dan kembali hiper!

p/s: Kalau aku tiba-tiba diam dengan siapa-siapa, aku mintak maaf. Aku sedang tahan sakit. Kesiankan aku? Harap faham.

p/s: Tak sabo tunggu malam ni. Nak nyanyi lagu Sebiru Hari Ini. Best gila lagu tu. Sape tak penah dengo, pi download sekang jugak weih.

Friday, July 15, 2011

Buat bekalan waktu exam

Assalamualaikum.

Lame sey aku tak post kat sini. Maksud aku lama aku tak bagi contengan super panjang dan penuh emosi. Huhahuha.

Nak tahu tak, aku kena buat teks untuk satu majlis ni. Kena buat diari kau tahu? Tapiiiii tugas tu sangat susahhhh  lah amat bagi aku. Orang suruh buat bagi sedih, aku buat bagi orang gelak. Tak caye? Aku suruh Nabilah test baca, die boleh gelak-gelak pulak. Tu maknanye ape? Tu maknanye aku bukan seorang yang serius dan payah untuk serius. Say no to serious, dude! Haha.

Semalam, aku tertidur dengan draft teks tu atas katil. Aku kena buat balik bagi betul-betul. Punyalah poyo gaya aku tidur tu. Macam kuat no kerjanya ye. Haha, tapi memang tak ah. Aku cuma sangat penat kot semalam.

Aku pergi kelas pukul 10 pagi nak tunjuk assignment kat Dr. Patrishia. Lepas dah sudah, pukul 12 masuk Lab Physio belajar buat test blood grouping. Dulu kat SMAP dah ada buat sekali. Result aku AB. Dan tadi, memang terbukti aku berdarah AB positive. Orang cakap aku kedekut! Mana ada aku kedekutttt? Aku sangat pemurah hokay! HAHAHAAH, perasan gilalalalaahhhhh......

AB kan universal recipient tapi die boleh bagi kat orang sekaum dia je yakni orang AB jugak. Tu yang diorang cakap aku kedekut. Cehhhh! Tapi still, in case lah kan, aku nak ucapkan terima kasih banyak-banyak in advance. Huahuahua. 

Pukul 2 petang, lepas terkejar-kejar solat Zuhur kat Masjid Muowassa, pergi kelas Physio TBL pulak. Dalam kelas Team Based Learning ni doktor akan explain something, pastu bagi soalan, kita jawab dalam group, pastu siapa tak paham boleh tanya. Semalam, belajar pasal Hemostasis Mechanism. Ya Allah, mengantuknya hakuuuu tak boleh blahhhh. Well, petang kan. Ade satu ketika tu, doktor cakap nak keluar 1 minit. Sekali die tutup je pintu tu, semua orang terus bantai tidur termasuklah haku. Semua kepala dah atas meja. Kahkahkahkah. Lawak gila. Yang bagusnye doktor cakap je 1 minit tapi ada lah dalam 2 atau 3 minit die keluar. Bukankah itu saat paling heaven bagi aku dan sahabat-sahabat? Hahaha. Tak lama pastu, doktor pun masuk balik dan kami belajar semula seperti biasa....Blerghhhh.

Balik tu sepatutnya ada talk kat CC. Aku berbelah bahagi sangat nak pergi. Last-last aku tak pergi pun sebab aku confirm, kalau aku pergi mesti aku tidur punyalah. So, baik aku sila sambung sendiri.


//


Abang Syahir dah sampai rumah! Aku mestilah sangat cemburu!! Tapi, lek ahh. Haritu aku dah balik time evakuasi kan. Yang tak boleh blah tu kan, hari die balik tu, dia call aku. Dia cakap gini.

Hai Rul. Abang baru balik dari rumah Toklah ni.
Hm, yelah. (Malas nak layan)
Aku baru lepas makan sambal belacan Toklah ngan kuah masak lemak.
So? (aku telah berbulu bulu)
HAHAHHAHAHAH (gelak saitonirrajimmmmm)

Gedik gila abang aku niiiii..!!!! Jahat! Tapi die raya sekejap je nanti. Aku? Sebulan weih sebulan! Sebulan raya FTW! Hahahahah. Raya tahun ni insyaAllah, Syahir akan join sekali after 2 tahun tertinggal event bersejarah ni. Yang sedihnya, Fuad pulak takda. Hmmm, macam biasa. Masih tak cukup korum. Tapi aku bersyukur sebab aku masih ada keluarga untuk beraya bersama.

Last year punya raya sangat sedih. Sebak sangat masa salam dengan mak abah. Perit tekak tahan nangis. Aku sorang je anak perempuan, tapi aku lah yang paling awal sekali keluar rumah. Ingatkan nak sambung kat local university je rupa-rupanya akan tinggalkan mak abah jugak. Sedih hati mak abah, sedih lagi hati aku yang nak chow sin chi ni. Kang dah kahwin pun tak duduk sekali ngan mak abah. Eh kenapa sedih sangat niiiii? Sekejap betul rasa duduk ngan mak abah kan. Eihhhh. Mari kite hentikan drama melankoli aku ni.

Eh bapa lah panjang aku tulis ni ha. Kahkahkah aku baru perasan lepas aku scroll ke atas. Betul-betul extra large entry ni. Pape ah. Aku nak study lah pula. Kawan aku semua tengah study keliling aku. Aku sorang je tengah online. Ya Allah petanda apakah ini? Dah, dah. Aku nak study.

Bubbye. Wasalam.

P/S: Selamat berbahagia buat teman-teman yang dah sampai rumah di Malaysia. Aku nak jugak tumpang gembira!

Tuesday, July 12, 2011

Kutekan butang itu banyak banyak kali

Assalamualaikum. 

Kafe Big Hug:

Budak lapar: 'Aiz wahid crispy. (nak satu crispy)

Akak cashier: La', fisy 'eisy. 10 minutes 'eisy gai. (roti takde, 10 minit lagi sampai) 

Budak lapar: La'. Fi muhadharah. (tak boleh. ada kelas)

Akak cashier: Huh? *muka pelik? 

Budak lapar terlupa muhadharah tu sama ngan thaurah yakni demonstrasi. Sepatutnye muhadrah. 

Budak lapar terkena badi Bersih 2.0? Teng tenenggggg......  


Friday, July 8, 2011

Human Rights memang takda hati perut. Berperikemanusiaan? Nil. Takda daya penarik walau sebesar zarah. Thapppi, suka atau tak, nak ke taknak kena jugak baca. Kena jugak hafal. Talk about rights, conventions, treaties, United Nations and charters, I never had the single wish to be a lawyer. Nahh, never in million years. Esok exam Human Rights by the way. 

Why Human Rights for Medical Students? 
  1. To respect the patients
  2. Prevent violence against patients
  3. Help patients do rehabilitation
  4. Protection of the patients
  5. Integration to make decisions by the patients. 
Semua benda pasal patients! Pasal doktor?! Who really care about doctors? Who? 

Wednesday, July 6, 2011

Marsa Matrouh, Egypt

Assalamualaikum. 

Hari ni, aku nak bawak korang jalan-jalan pergi Marsa Matrouh, yakni sebuah negeri dalam negara Mesir. Dia terletak kat kawasan tepi laut, so memang baaaanyak pantai. Sebelum tu, kalau nak dapat feeling sikit, boleh sapu sunblock skang pastu pakai topi berdiameter tidak kurang dari 30 cm. Sebab sekarang waktu summer. Pftttttttttt, mengarut. 

Are you ready? 


Ini adalah salah satu pantai kat bandar Marsa Matrouh. Nama spesifik dia mintak mahap, aku takda kesah. Yang aku tahu, turun-turun bas je, pantai ni dah depan mata. Kat sini memang MasyaAllah raaaamai sangat orang. Dan sebab ramai oranglah, ada baaaanyak mainan kat sini. Salah satunya, macam kat bawah ni.

Tadaa. Ada gelongsor kayuh-kayuh..Haaa, nama saintifik dia boleh google sendiri. Lepas dah tahu, datang sini balik, bagitau aku. Tapi aku tetap nak guna nama yang aku bagi ni. Gelongsor kayuh-kayuh. Cara main senang je. Kalau rasa tak sayang nyawa sangat, boleh le kayuh sampai ke tengah laut dan toksah patah-patah balik lagi. Kahkahkah. Ala, sentap. Jangan risau, life jacket kan ada. Selain daripada gelongsor kayuh-kayuh tersebut, banana boat dan jetski pun turut disediakan. Harga? Oh yang tu, tak sempat tanya pulak. Sebab kitorang tak mandi kat sini pun. Ramai sangat orang. Panas pun terik. Pakcik-pakcik yang jual topi, jual tuala kat sini bukan main tanned lagi aku tengok. Kesian. Tu lah, cari duit punye pasal.

Skang, jom pergi second destination! 

Ini gambar kat Hammam Cleopatra. Bahasa Melayu: Tempat Bersiram Cleopatra (seorang perempuan cantik yang bla bla bla.) Aku tak ingat la. Dia ni sama ada isteri firaun atau puteri firaun atau firaun itu sendiri. Yang penting dia cantik lah. Ce tengok gambar atas ni. Jernih kan air dia..Boleh nampak ikan berenang-renang. Ya Allah, sungguh indah ciptaanMu. =)

Kita masih lagi di Hammam Cleopatra. Kat sini ada batu berbentuk muka lelaki misteri. Gambar kat atas tu lah ha. Ngeee, tidakkah serammm aku yang mengambik gambar ni? .....


Tajuk gambar: In the middle of nowhere. 
Dah nama belajo kat benua Afrika, kalau tak ambik gambar kat padang pasir, adalah satu tindakan berciri 'sampai hati kau' dan boleh mendatangkan penyesalan di kemudian hari. Jadi, sebab aku masih siuman dan steady, aku pun ambik la gambar kat padang pasir ni. Ya Allah, kat Hammam Cleopatra ni memang pasirrrr je merata. Kalau orang nak skodeng Cleopatra ni memang takda chance la, sebab ko takda tempat nak nyorok. Bijak betul Cik Puan Cleopatra ni. LOL.

Kami berempat. InsyaAllah housemates to be next semester.  

Yours truly..! =) 

Ok, jom pergi tempat lain pulak. Final Destination (bukan cerita hantu) aka Tempat Paling Best Sekali

 
Tadaa, sekarang kita dah sampai kat pantai Teluk Ageeba. Aku ni tak pandai ambil gambar santek-santek. Kira kalau ko tengok gambar atas ni cantik, yang real dan live punya adalah ganda-ganda lebih cantik lagi. Aku memang sangat kagum dan asek waaa waaa waaa je sampai sini. Kesian Raihan kena tahan dengar aku waaa waaaa waaaa sepanjang masa. Hahahaha. Dah memang cantik kan. Subhanallahhhhh....~ Kitorang mandi kat kawasan teduh tu. Kat sini tak dinafikan banyak gak orang. Tapi, at least dia teduh sikit. Takdala muka terbakar karang.

Ni aku nak citer panjang lebor pasal pantai ni.

Air pantai dia masin bukan main. Jangan main-main dengan air dia. Sekali masuk hidung, rasa pedih dia semacam. Pening kepala aku ingat balik rasa air masuk dlm hidung tu. Kat sini adalah saat paling heaven sekali. Last aku mandi kat pantai yang benar-benar jernih waktu kat Pulau Tioman dulu. Masa darjah berapa tah, tak ingat. Kat sini, aku dapat balik perasaan teruja jumpa air jernih ni. Macam swimming pool je rasa. Ombak pun tak kuat sangat kan. Memang feeling habis mandi kat sini. Lepas gian aku yang dah 50 tahun tak berenang. Aku rasa macam ikan paus haritu. Macam ikan dugong. Macam ikan duyung. Macam ikan emas. Semua jenis ikan aku rasa aku macam dia. Huahuahua. 1 perkataan je; PUAS!

Ha, nak nyampaikan ke pantai tu, kene turun tangga yang macam hape lah tingginye. Tapi aku semangat gila waktu nak turun ni. Tak sabar nak mandi le katekan. Memang tak penat lahhh. Dalam hati nak menjerit keseronokan! *senyum sorang-sorang sambil ketuk ketak type entry.

Sunset dekat Matrouh. Orang kata kat Matrouh ni boleh nampak 7 colours of the sea. Tapi yang sebenarnye, aku pun tak tahu tang mana ada 7 warna tu. Orang kata, campur warna matahari dengan warna laut sekali. Tapi still, masih, aku tak tahu apebenda yang diorang cakap tu. So, kalau nak pergi sini, baik bawak tourist guide sekali.

Sekian sahaja jalan-jalan kita harini. Semua orang boleh bersurai sekarang. Off laptop. On aircond (cewahh). Mimpi Matrouh ye malam ni. Sweet dream..~

P/s: Esok kelas pukul 12 tengahari, sebab tu la, bukan main lagi die ketuk ketak type entry. Huhu.

Wassalam.

Monday, July 4, 2011

Raksasa Berpuaka

Assalamualaikum.

Aku pening. Dengan masalah politik kat Malaysia. Dan takda siapa pun boleh terangkan dengan tulus. Kan. Baca blog ini, cakap macam ni. Baca blog ni macam tu. And akhir sekali, aku tak dapat jawapan yang aku nak. Dan terus aku tersedar, aku tak sepatutnya fikir pasal benda ni. Aku sepatutnya belajar tentang itu red blood cell, granulocytes, platelets dan anak-beranaknya. Yang itu-ini itu-ini biar aku baca di kemudian hari. Balik Malaysia nanti?

Wah, cerita pasal Malaysia tanah tumpah tergoleknya aku dari basikal buat pertama kali, dah terbayang-bayang rumah aku (read: rumah bapak dan ibuku), bilikku, katilku, saudara-maraku, sahabat dan kawan-kawan aishhh tak habislah nak cerita pasal Malaysia ni. Terlalu chenta dan sayangnya pada negara Malaysia itu. Heee. Tapi itulah, ada orang tak tahu bersyukur. Macam gunting dalam selimut. Macam duri atas katil. Bersedia  untuk mencucuk bila-bila masa kita baring (percaya) dengan dia. Ehh lagi sekali. Aku sepatutnya belajar Human Rights sekarang ni. Hehehe.

//

Oh ya. Bosanlah aku cerita pasal benda yang tak tahu jawapan ni. Macam buat soalan Addmath masa form 4 dahulukala. Tensiiiii!!!!! Kahkahkah. Jom cerita dentist.

Tadi, second appointment with my dentist to do the final filling. Aku punya sengal tadi, aku cakap kat doktor lepas rinse mulut;  ''Dr, my mouth hurts from opening too long.'' (skema gila inggeris aku)  Pastu nak tahu doktor tu buat ape? Dia urut muka aku. Kat bahagian rahang tu. Kahkahkah. Baik kan baik kan. Serious ah. Aku nak jadik cam dia ah. Dah la friendly. Baik pulak tu. Mata coklat. Muka putih. Apa lagi. Kahkahkah. Nak tahu tak, time die buat filling tu, muka die rapat gila ngan muka aku. Aku macam ''Oh noooo..!!!! why u so rapat to me haaa? Kahkahkah. Dah nama nak buat gigi geraham memang le nak kena masukkan kepala dia dalam mulut aku. Eh tetibe rasa aku macam seekor ular sawa yang rakus. Kahkahkah. Oh lupa nak cakap. Dentist tu pompuan eh pompuan. Nasib baik pompuan wei. Tak kose kite kalo die jantan awak niiii.....

Tu lah ceritanya. Aku ada lagi 2 gigi nak kene tampal. Ahhh I can see my money go away flying from me. Sobsobsob. Siapa suruh tak jaga gigi? Eh hello, I jaga ok. Pastu mungkin dah takdir kan. Mungkin jugak sebab aku selalu kecoh kat orang gigi aku hebat. Yelah masa kat sekolah dulu, nurse yang check gigi tu bagi aku A tau. Dia kata gigi aku chantekkk sangat. Kahkahkah. Mungkin aku terlalu berbangga dengan  kecantikan dalaman ni sampai gigi terlubang pun tak sedar. Kahkahkah. Apala musibatnya bila berbangga ni.

Ok dah. Sambung cerita sekolah pulak. Yok, kembali ke sekolah, ayoooo! Lagu kasut New Era ingat lagi aku. Haha.

Start dari Saturday ni, weekendku akan sentiasa dipenuhi oleh wajah-wajah handsome si peperiksaan. Mula-mula sekali, si gedik Human Rights. Next week, aku ada peperiksaan Clinical Skill. Dia nak tengok cara-cara aku amek darah orang ngan cara-cara cucuk jarum masuk air tu. Phewittt gempak kan kitorang. You belive me ke? I kantoi you only maaaa mana ada lah. Itu advanced sangat tu. Tahun 1 ni cuma history taking, pulse counting ngan temperature measurement je. Itu je. Kalau setakat history taking tu, dengan soalan anak-anak dah kahwin belum aku tanya. Meroyan orang tua tu nak jawap. Kahkahkah. Tipu saja....Dah tak boleh jadi lebih busy body ke hahhhh ? Hahahahah.

Hitung punya hitung (cewahh) dah tinggal lebih kurang 5 minggu je before balik summer break ni. Aku adalah excited! Dan cuak! Sebab Exammmmm!!!!

Bulan 7 adalah bulan berpuaka tahun 2011 ini. Penuh dengan examSSSS! Budak-budak Cairo, Tanta, Mansoura, Zaqaziq semuanya dah balik. Budak Alex je masih terikat kat meja study tak boleh pi mana-mana......*buat muka mampuih keras kejung. Kahkahkah. Kitorang kena study! Study! Study!

Sebab nak dapat excellent! Excellent! Excellent!! Fuhhhhh semput sebab terlalu semangat. Kuikuikui.Result Good aku pasti ditukar ke Very Good sekurang-kurangnya! Excellent lagi baguihhhh. Mak Pak gembira je tengok nanti kang.

Tak sabar! Aku mahu pulanggg...!!!! =)

Mak, Pak, tunggulah daku.....!

Saturday, July 2, 2011

Aku Mahu Cuti 2 Hari

Aku malas nak kejar masa. Aku memang pemalas. Aku rasa tak organize langsung sekarang ni. Aku perlukan cuti 2 hari untuk kembali kepada keadaan asal aku yang hyper dan bersemangat naga. Apa naga-naga neh? Gahhh, aku rasa sangat geram ngan diri aku sebab taknak buat benda yang sepatutnye aku buat sekarang. Ceh, semua orang melalui fasa ni dalam hidup. Ahhh, penat conteng engkau la bloggie. Tapi aku mahu jugak conteng engkau. Untuk melepaskan kegeraman yang datang entah dari benua mana merasuk aku malam ni. Ayat aku pun dah jadi susah untuk difahami. Aku tak harap sesiapa pun baca benda ni. Lagi rasa bersalah ada lah, kalau ada orang baca benda mengarut  ni. Sorry kalau kamu terbaca. Aku sedang bingung sekarang ni. Aku rasa nak shut down kepala aku ni. Dan cuti 2 hari. Tak lama, 2 hari je aku perlukan. Aku perlu refresh kembali minda dan badan aku. Tapi, esok ada kelas! Dari pagi pukul 8 sampai 12 tengahari. Ahhhh, ini semua gara-gara bius tadi. Bius tadi mengubah hidup aku. Benci lah!!! Ahhhhh....Perempuan memang kuat emo. Ye, aku  faham sekarang. Sekian sahaja.

Tampai Gigi Berlubang

Assalamualaikum.

Hmmmm, mengeluh panjang. Aku lapar tapi aku tak boleh makan. Macam mana ni? Eihhh sangat durjana perasaan ini.

Situasi semasa:

Perut aku berkoncong (baca: berkeroncong) dan tak dapat berhibur tengahari sebab lidah aku telah lumpuh! Aku ulang lumpuh! Lumpuh! Aku rasa macam orang kurang upaya. Ni gara-gara aku baru lepas tampal gigi. Bahasa omputehnye filling. But the fillings are awesome! Gahhh, gigi dah tak ngilu aww aww lagi macam dulu. Boleh makan aiskrim guna dua-dua belah gigi lepas ni, yahoooo!!! Tapi, tahu tak kau pengorbanan yang aku terpaksa lakukan? Takut gila nak tampal gigi tadi. Aaaaaargh, bisa roboh klinik tu kalau aku jadi menjerit tadi. Tapi, Alhamdulillah, iman aku masih kuat dan teguh sekaligus mengelakkan aku jadi pompuan tak bertamadun kat klinik tadi. Kahkahkah.

Mula-mula sekali, doktor letak topical cream kat gusi aku. Pastu, doktor kate die nak inject ubat bius. Aku dah menggeletaq kepala lutut. Whattaaaaa! Sakit sangat ke tampal gigi ni? Bukan tampal sahaja kee? Kenapa nak guna bius??? Cuak gile, tapi kite kena control. Aku tau aku ni duta kecik dari Malaysia. Karang tak pasal-pasal doktor tu tuduh orang Malaysia lembik disebabkan kelembikan aku sorang. Kahkahkah. Masa doktor inject gusi tu kan, Oh Em Jayyy aku boleh rasa jarum tu masuk dalam gusi ewwwwwww ewwww. Sangat puaka la perasaan takut aku tadi. Semuanya demimu Malaysia. Aku gagahkan jugak buat muka cuak-cuak puaka. Eiiihhhh tapi apa-apa pun, aku telah berjaya. Yeah, aku berjaya. Korang lepas dengar citer seram aku ni gerenti taknak tampal gigi lagi kan. Kahkahkahkah.

Skarang ni, kesan bius tu masih ada. Aku rasa mulut aku besar sebelah. Lidah aku keras macam kayu. Nak audition Akademi Al-Quran gerenti tak lepas ni. Tak tartil. Nak sebut S pun tak boleh. Nasib baik tadikan, masa tahan teksi nak balik asrama, pakcik tu paham apa aku cakap. Nak ditakdirkan pulak asrama Mara letaknya kat kawasan banyak huruf S. Lagilah......Sezuuszzzztriszzz??? Macam tu kot bunyik aku cakap tadi. Damn gila ah.

Ahh, aku lapar.....Dan mulut aku besar.....Dan lidah aku lumpuh.....Dannn tak ada dan lagi dah....Doktor tu tipu! Dia kata bius hilang dalam 1 jam. Ni sudah berjam-jam.....Ahhhhh. Baik aku ngorok sejenak. Alang-kepalang, bila bangun nanti bius dah hilang. Semoga berjumpa lagi. Ha, next entry aku nak tulis pasal Matrouh! OH EM JEYYY best gila Matrouh...!!! Siapa tak pernah pergi memang rugilah dia....!!!! OK sedikit sebanyak intro tentang Matrouh. Kahkahkah.

Entry ni khas ditujukan buat sahabat-sahabat bakal dentist sekalian alam. Terutamanya Ismatul Nabila dan Siti Hajar. Gigi aku dah bertampal dah...! Haha, buat betoi-betoi exam na..!

Wassalam.