Saturday, May 26, 2012

Random Recent Piccas with Story

Assalamualaikum. 

Masih belum boleh melelapkan mata. Sebenarnye boleh je nak biarkan 'semua' ni lalu tidur tapi aku taknak jadi orang tak bersivik. Huhu. 

Macam biasa. Aku masih seorang procrastinator tegar walaupun 'red alert' dah keluar juta juta kali dari pukul 8 malam tadi suruh buat kerja. Tapi aku masih aku. Campur sedikit kesyaitanan eh kemalasan. Macam sekarang. Aku sedang take five kononnye dari membuat slideshow utk kelas esok. 

Esok ade kelas ni. 

Ya, aku suka main cikgu-cikgu ni. Sebab dulu masa kecik-kecik aku takda kawan nak main cikgu cikgu. Maklumlah, adik beradik semuanya lelaki. Kalau dapat main kapur dalam kelas tu satu pengalaman manis orang kata. Nasib baik aku pernah jadi ketua darjah masa darjah 2. Sempat juga merasa tulis nama kawan-kawan yg bising dalam kelas masa cikgu takda. Ya, guna kapur. HAHA kapur can be an issue ey. 




 Layan gambar je la malam ni. Ni cut section kepala seorang (aku serba salah nak letak simpulan bahasa ni) 'cadaver'. Site of concern kitorang adalah respiratory tract dia. Bermula dari anterior nares (lubang hidung) sampai ke larynx di bahagian leher. Semuanya adalah laluan udara yang sangat precious, nikmat yg kita jarang syukuri dan sedari. Allah.


Ini pulak gambar thoracic cage. Bayangkan anda berdiri tegak. Badan anda dibelah dua pada coronal plane yg akan membahagikan tubuh anda pada setengah depan dan setengah belakang. Peh, siapa boleh faham ni boleh tepuk tangan utk diri sendiri. Aku sangat faham memang susah nak faham sesuatu dgn membaca je. Aku selalu berada dalam kasut itu. Ceh. Ape kata anda google?
                                         
 Kitorang selalu ada masa lebih lepas praktikal anatomy. Kadang-kadang bila aku dan sesetengah kawan lain rasa rajin, kitorang duduk sat berbincang bersama. Macam gambar kat atas ni. Kitorang tengah bincang pasal Forced Expiratory Volume. Aku tahu, bunyinya spesies cucu-cicit encyclopedia Brittania. Dengar nama die je boleh buat jantung berdebar. Tapi namanye je tu yang psycho lebih. Nak fahamnya, insyaAllah mudah dgn bantuan cikgu dan kawan.


 Bunga kat Montaza tengah beranak-pinak sekarang ni. Maklumlah spring. Sejuk mata tengok ciptaan Allah ni. Warna-warni taman ni. Apesal ayat aku pendek-pendek ni kelakar la.  Hm, aku nak bawak mak datang sini tengok bunga sebab mak sangat suka bunga. Rumah dulu aku macam hutan sebab mak suka tanam pokok. HAHA. Pastu abah sangat sweet, abah beli rumah baru dgn compound yg luas utk mak bercucuk tanam. Sekarang, laman rumah aku siap ada pokok mangga. Nasib baik takda pokok laici. Mak pun selalu gembira dan tak menang tangan layan pokok. Okeh balik ni aku nak tolong mak tanam pokok kayu balak. 

2 orang sahabat. Saya sayang dia, dia pun sayang saya kerana Allah. Saya tolong dia, dia tolong saya. Saya support dia, dia support saya. Saya nasihat dia, dia nasihat saya. Sorang pantai barat, sorang pantai timur. Tapi hati tetap ada tujuan yang satu, dengan izin-Nya. Heheheh cheesy lah pulak malam ni. Oh biasalah, malam.

Lagi gambar bunga sebab memang banyak bunga. Aku teringin nak ambil gambar cantik-cantik dlm erti kata lain guna kamera yg terang, jelas dan nyata tapi aku malas nak hangkut sesuatu yg gedabak di bahu aku. Jadi, aku cuma suruh kawan aku yg ada kamera terang, jelas dan nyata itu amek gambar yang aku suka, then aku amek dari dia. Bijak kan. HEWHEW.

//

Ada something happened the other day which made me smile thinking about it. It's not funny pun in the first place. It was a serious case and thank God dah settled pun. Tapi aku ni kan pelik. I laughed because that was the first time aku berada dalam situasi tu. And aku ketawa ingatkan reaksi aku dlm menghadapi that case. Tapi takpe, experience is directly proportional to age. Kawan-kawan aku semuanya best sebab setia tolong aku through it. Moga Allah balas jasa kalian. Terima kasih. :)

Ok, sekian. It's just I think it's been ages since the last time I made post with pictures in it. So, here it is, some random pictures with long captions. Hope you get something to ponder upon after you go through the piccas. Till then, fellas. Take good care of yourself.

Wassalam.



Thursday, May 17, 2012

Saya membebel je ni. Tak payah baca okeh.

Assalamualaikum. :D

Kabare?
Okeh aku nak sangat sangat sangat (ulang seratus kali) update blog, tapi life has been busy.Accehhhhhhhh gelis okeh ayat ini. Tak lah. Main je. Tapi memang betul pun. Tapi ade lagi orang yg lebih busy. Tapi tu lah. Aihhh tapi tapi tak habeh dari tadi. Ok dah habes. HAHA, satu entry utk membebel je. Ye, saya hebat membebel.....di alam maya.

Sekian. Esok saye nak jalan dari Camp Caesar sampai Muntazah! Naik tramco. Harap-harap tidak keseorangan. Ya Allah, kalau keseorangan memang aku bertawakal je yg mampu. K bai.

*lari carik sha nak pinjam pepper spray die. Just in case. :D

Wassalam.

Tuesday, May 8, 2012

Why so Random?

Salam 'alaik.

Hah!

HAHAH aku tak sempat update blog semalam. Kesian betul budak ni. Apa aku buat semalam sampai tak sempat update?

Ni die.

Aku ada SC la semalam. Best! Makan nasi ayam. Ayam panggang dlm oven gune rencah egypt ade letak yogurt ooo. Ok la rasa die. Ada masam-masam sikit. Tapi ni masam sedap la bukan masam basi. Sebelum makan tu kitorang cerita pasal adab makan. Adab sebelum, semasa dan selepas makan. Adab semasa memasak tu pun ade sikit.

Antaranye:
  1. Ambil makanan dari pinggirnye. Jangan main sauk je gune tangan. Aku suke oo buat macam ni tanpa sedar. Kena more beradab la lepas ni. Nurul dah besar kan. Hohoho 
  2. Jangan mencela makanan. Kalau tak sedap, leave it je. Jaga hati tukang masak pelissss.
  3. Masa masak tu baca selawat and basmalah. Itu secret ingredient. Woah aku suka ni. Memang terkumat kamit la nanti kat dapur. HAHA
  4. Yang selebihnye baca kat sini
Semalam kan, segannye la hai aku rasa. 

Aku datang meeting lambat pastu balik awal. Ish ish ish tak senonoh nye perangai dieeee. Seriously sorry pada kawan-kawan. HAHA macam la diorang tahu aku mintak maaf kat sini kan. Ah tak kisah lah. Yang penting aku rase diorang boleh tahu melalui air muka aku. Rasenye lah. Tak confirm lagi. HAHA.

//

Tadi dah masuk module baru merangkap module terakhir sem ni, yahuuuuu! Respiratory module. Tapi lepas habis ni, ada final exam, then baru boleh balik. 

Senang cerita, sem ni aku kena struggle sikit la. Masa kat rumah dah tak banyak macam dulu. Aciwah. Serious seh. Dah la lif rumah aku ni rosak. Susah betul la nak keluar rumah. Senang je sebenarnye. Keluar je lah pintu kan. HAHA. Tak maksud aku, penat okehh. Rumah aku tingkat 5 bukan tingkat 1. Pastu ade 3 flights tangga. 1 tangga ade 7 anak. Maksudnye satu tingkat ada 21 anak tangga. Aku kat tingkat 5 so 21 darab 5 (jap gi amek kalkulator) ha, same dengan 105 anak tangga! Tahun depan aku dah boleh wakil Alex rentas desa kot. HAHAHAH nak rentas desa kat mana ye dok. Tapi on the bright side; aku boleh kurus sikit sbg persediaan balik Malaysia ni. Ah tensi tau bapak aku asek cakap muka aku bulat, bulat. Abang aku lagi kureng cakap muka aku tak muat skrin skype. Cisss! Eh panjang bebel nampak? HAHA. Ok dah habis citer pasal lif rosak. 

Eh tetibe rindu nak swimming lah! Oh mannn, why you so random and all of sudden nehhh? Ok dah. Gedik ea. K la. Got something to do la. Gudbye blog. Esok kite update awak lagi ea. *muntah la cakap macam ni. haha. 

Wassalam. 

Sunday, May 6, 2012

Aktiviti Malam Ini

Salam.

Heheheh. Entry dimulakan ngan gelak gelak malu. Aku tahu. Esok dah periksa. Apebenda aku buat kat blog ni lagi kan. Hewhew takde la. Tetiba ade semangat nak menconteng hari-hari. Kasik can sikit la ea.

Aku baru habis buat workbook. Hihu baru siap. Orang lain dah berzaman kot siap. Hish main buat je berpandukan buku rujukan aku (read: buku Fatin). HAHA. Aku tak tiru okeh cume rujukan utk check jawapan je okeh.

Aku tak start lagi baca lecture notes. Ishishish apenakjadi ini anak ini....HAHA...

Aku stay up seh malam ni. Whoaa tetibe berbangga kejap. Aku dah dekat berminggu tak stay up. Berbekalkan segelas nescafe 2 bungkus (gilo manis takbley minum selalu) dan jugak bertemankan Sha. Hewhew. Habis lah kalau takbley tidur. Ih tapi aku rase aku takda masalah bab-bab tidur ni. Alhamdulillah. Insomnia insyaAllah jarang nak berlaku pada aku. Nescafe ni just psycho je. Oh man, tak baca psycho lagilah!

Oh, esok 3rd year exam. All the best Kak Kinah and akak-akak 3rd year sekalian! Doaku mengiringi kalian cehwah comel betul kirim doa through blog je kan. HAHA.

//

Ex Maahad 0509 Reunion


Tadi Halimah ngan Afefah datang rumah. Jannah pun datang sekali. Best! Lama tak jumpa, macam-macam cerita tadi. Dari citer pasal maahad sampai ke lapisan gigi (diorang ni budak dentistry) eceh. Isk, sakit pulak jari aku neh. Aku dah cakap kan jari aku injured main basketball. HAHA. Ok kelakar. Masa nak sambut bola tu, boleh plak ah bola tu lepuk jari aku. Jari aku innocent kot. Sian die, dah bengkak dah. Kena pulak jari manis tangan kanan okeh. Aset oh aset. Tetibe risau tak muat sarung cincin. KAHKAHKAH over kan. Memain je lah.

Ok dah. Tu je nak cakap. Esok lepas exam nak conteng lagi kalau masih hidup. Huhuhu.
Bye. Good night. Salam 'alaik.


Friday, May 4, 2012

Hari ini dlm Sejarah

Okeh sangat rindu dengan blog. Hari hari nak hapdet kalau boleh. Tumpang lalu.
Kepala pening ah. Terlebih tidur la ni. Ishishish tak senonoh betul perangai. Harap cepat berubah wahai diri.
Tadi tengahari makan ikan goreng dgn nasi goreng! Yay! sedap sangat Raihan masak. Bagus bagus. Makin cepat la aku mengembang nampaknya. Lepas makan nasi ngan ikan goreng tadi, aku lalu sebelah Rai. Die kata "asal ko bau ikan ni?!" Hahhaha kurang asam.

Tadi aku makan nasi dan ikan goreng dlm mangkuk comel warne pink tu. Wah, tetiba rasa benar-benar seperti seekor kucing peliharaan. Lengkap ciri ciri dia. Kahkahkah tah pape.

Oh ya.

Pagi tadi, buat julung julung kalinya, aku telah pergi bersukan! Yahuu!. Aku main basketball (hooray), aku lari 11 rounds court basket (hooray) pastu kan, jari manis aku injured kot. Bengkak dah ni. Aku dah kate dah. Aku nak main badminton, tapi kat sini takde. Tah pape. Tunggulah nanti tahun depan ke aku buat demonstrasi cara bermain badminton kat Mesir ni.

Sebenarnye,

Aku ni pemalas nombor satu bile bab bersukan. Tapi itu dulu. Sekarang tidak lagi cihwah gelis ah tiqah neh. Aku on je insyaAllah kalau ada orang teman. Kalau takda orang teman, tu yang malas sikit tu. Mesti ah pempuan mesti kena selalu berteman. Tak pernah dengar ke ayat ni:

Perempuan itu tidak boleh bersendirian. Semasa kecil dia dijaga ayahnya, semasa dewasa die dijaga suaminya. 

Haaaaa see see. Ini cendekiawan yg cakap. Bukan aku cakap tau. So, tetiba aku rasa rindu pada keluarga aku. Apakah? Hehehe. Ok dah dah.

Tanggungjawab sedang menanti. Jom siapkan workbook jom. Ahhh dah macam zaman buat KUMON plak workbook workbook neh. Mengada! Tapi workbook module ni best la soalan die. Tak susah sangat tak senang sangat. Nus nus. Fifty fifty. Eh melalut lagi. Ok dah.

Bye. Salam 'alaik. :)

Thursday, May 3, 2012

New House

Assalamualaikum.

Weeee. Just connected to the internet after been in a week of social network deprivation. Ceh takbleh blah ayat HAHHA.

Aku dah pindah rumah! Yay! Alhamdulillah dipermudahkan urusan. Sebenarnye susah jugak pindah rumah ni. Nak nak pindak rumah 'fadhi' (kosong). Kene beli katil, peti ais, cupboard semua kene beli sendiri. Tilam mintak tolong budak laki belikan. Yang lain semua beli sendiri. Dgn penguasaan arab yg hidup segan mati tak mahu, kitorang leklek je gi beli barang semua. Alhamdulillah settled dengan jayanye. Muahh I love myself! Eh.

Banyak benda aku belajar bila pindah rumah ni.


  1. Belajar deal dgn mood orang yg turun naik. 
  2. Belajar deal dgn mood diri sendiri yg macam buaya dalam sungai. Luar nampak tenang tapi dalam macam taufan Katrina. 
  3. Belajar pasang katil sendiri. Ni paling brother omagad macam tak percaya dgn diri senirik wehuuu! Betul la kawan aku cakap pasang katil cam pasang lego. Sangat lego indeed. Sampai luka luka jari masuk splinter kayu tu. Lebam kaki terkena kayu penyokong katil tu. Ahh tapi tak kisahlah. Itulah pengalaman. Ko penah ke pasang katil? Tak penahkan. Aku pernah...HAHHAHA lepasni boleh bangga, yes!
  4. Belajar bersabar dgn orang arab yg garang tak bertempat, marah tak bertempat. Tuan rumah aku skang ni baba (lelaki) makanye sangatlah 'brother'. Dahla pakcik ni pure betul ciri-ciri arab die. Lengkap pakej dari badan bosa godang, suara bak halilintar, hisap rokok 10 kotak sehari (okay exaggerate), suka ludah merata, tapi anak die comel sangat! Ahhhh aku boleh pingsan. HAHA. 


Nama anak die Ziyad. Same dengan nama sepupu aku. Dulu masa baru-baru kenal dengan Ziyad, die introduce diri die dgn malu malunye:

I am Ziyad.
I am seven. 

Ya Allah.....comel sangat! Aku kan honestly, aku berani cakap ngan baba tu kalau Ziyad ade je. Kalau Ziyad takda aku takut. Bahhahaa baba tu garang la. Dah la besar. Aku tak boleh la. Ha ni problem yg perlu aku adapt cecepat.

Yelah, kedai baba ni kat bawah rumah aku. Everytime keluar rumah, kalau nasib tak baik, mesti jumpa baba ni. Awkward la tahu. Baba ni ada adik. Adik dia super duper garang. Aku ade issue ngan adik baba ni sebenarnye. Diorang ni okay je tapi yelah kite mana biase ngan orang arab yg keras ni. Diorang have this kind of intonation which could make asking mere question turns out like police interrogation. No seriously. I've been there.

Baba aku ni protective sangat. Bagus jugak. Tapi takut jugak. Haritu masa budak laki tolong angkat barang kan, esoknye, die tanya aku

'semalam tu sape yg datang? awak ingat tak dalam akad cuma ade kamu berempat je, budak lelaki tak boleh masuk rumah, kenapa jiran jiran kata macam ada 40 orang kat rumah awak semalam? awak tahu tak tuan imarah ni marah sbb kamu bising sangat?!'

Please la, kalau die paham bahasa melayu dah lama aku bagi hujah 30 minit straight. Apeke bijak sangat die expect orang angkat barang to be diam seribu bahasa. Diorang pun nak melepaskan penat dgn berbual sesama dorang like 'weyy penatnye angkat barang hari ni, aku rase aku dah turun 2 kilo, wei mok aku dah tak kenal ko lahhhhh ko mok ke?' dan sebagainya.

Tapi apelah daye aku sbg manusia berlidah melayu sejati. HAHA. Takpelah, tu cerita lama. Aku malas nak ingat benda-benda sedih macam ni sedangkan aku ada 1001 benda yg lebih bermanfaat utk diingat, kan. So, lepas ni buat biase je sudah ngan baba tu.

//

Aku taktahu nak tulis ape dah. Tadi aku skype ngan parents pastu ngan abang aku. Lamenyee tak tengok muka orang tuaku. Serious kangan oo! Lepas skype tu aku dah tak ingat nak tulis ape dah kat sini. HAHA. Ok lah itu sahaja.

Aku nak exam 7 mei ni. Doakan okehh. Ye aku tahu, asyik periksa je. Nak buat cemane kan. :D
Sekian, wassalam.










Wednesday, April 18, 2012

Cara study last year

Aku ni patutnye kena baca buku skang ni, tapi rest kejaplah. Hewhew

Aku teringat la memori study final last year, masa sem 2. Waktu tu exam module :
- Concepts of health and diseases
- Musculoskeletal system
- Blood, Lymph and Immune System

Punyelah banyak! Mase tu first year kan, tu rasa dah habis banyak dah tu. Masuk tahun 3 karang, lagi lah banyak! Satu module sampai 2 buku! Huhu nasibla.

Last year mase exam tu tengah puasa. Subuh masuk line line pukul 3 pagi tak silap. Memang awal la. So kitorang stay up dari malam tu sampai ke subuh. Lepas subuh baru tidur. Haha. Takdela ramai sangat waktu tu. Aku ingat cuma aku ngan Sha je buat perangai cenggini.

Kawan baik sepanjang malam is nescafe 2 bungkus dalam 1 cawan. Memang pekat takyah cakap la. Tapi effect biase je, psycho je lebih. Pastu sambil study sambil dengar lagu Raihan- Aduhai Anak. Haha, best kot lagu tu. Itu last year punye lagu la. Aku dengar nasyid je time study tu. Yela, takkan nak dengar Lady Gaga pulakkan. Eh, ada terase ke? Hewhew

Kengkadang tu tengah tengah malam bile rase mengantuk kick in, kitorang bukak internet carik lirik Big Bang- Let me hear your voice pastu nyanyi sama sama. Haha tah pape zaman first year. Melagho je keje ish ish. Tell you, tricky kot lagu tu. Bahasa jepun kan. Haha. Lagu white house la, OST you're beautiful la.

Pastu masa study tulang temulang tu, main ketuk ketuk orang gune femur nak bagi alert suruh jangan tidur! Haha. Dulu study module 5 ngan Iman n Awatif n Sha sekali. Banyak macam ape nak hapal ya Allah! Greater trochanter la lesser trochanter la. Haha, nasib baik ade kawan kawan!

Bile dah pukul 1 nanti kang ade bunyi monyet kat bawah asrama. Ni lagi satu, sabo je la. Bunyi ayam la. Ikhwah punye keje la tu. tension study agaknye.

Skang ni study kat rumah masing masing je. Dah tak happenning macam kat asrama dulu. Wuuuu rindu asrama mara banyak! Dah la makan best! Rindu nak makan ikan keli masak sambal sampai nangis nangis. Aku bukan boleh makan pedas sikit. Haha. Berebut nasi lemak pagi pagi kat KSP. Haha nostalgia la.

Kenangan first year! :D

Malam ni nak try kaedah nescafe ni la! Dah lame tak buat keje ni. Hewhew. Kbai.