Assalamualaikum.
Lame sey aku tak post kat sini. Maksud aku lama aku tak bagi contengan super panjang dan penuh emosi. Huhahuha.
Nak tahu tak, aku kena buat teks untuk satu majlis ni. Kena buat diari kau tahu? Tapiiiii tugas tu sangat susahhhh lah amat bagi aku. Orang suruh buat bagi sedih, aku buat bagi orang gelak. Tak caye? Aku suruh Nabilah test baca, die boleh gelak-gelak pulak. Tu maknanye ape? Tu maknanye aku bukan seorang yang serius dan payah untuk serius. Say no to serious, dude! Haha.
Semalam, aku tertidur dengan draft teks tu atas katil. Aku kena buat balik bagi betul-betul. Punyalah poyo gaya aku tidur tu. Macam kuat no kerjanya ye. Haha, tapi memang tak ah. Aku cuma sangat penat kot semalam.
Aku pergi kelas pukul 10 pagi nak tunjuk assignment kat Dr. Patrishia. Lepas dah sudah, pukul 12 masuk Lab Physio belajar buat test blood grouping. Dulu kat SMAP dah ada buat sekali. Result aku AB. Dan tadi, memang terbukti aku berdarah AB positive. Orang cakap aku kedekut! Mana ada aku kedekutttt? Aku sangat pemurah hokay! HAHAHAAH, perasan gilalalalaahhhhh......
AB kan universal recipient tapi die boleh bagi kat orang sekaum dia je yakni orang AB jugak. Tu yang diorang cakap aku kedekut. Cehhhh! Tapi still, in case lah kan, aku nak ucapkan terima kasih banyak-banyak in advance. Huahuahua.
Pukul 2 petang, lepas terkejar-kejar solat Zuhur kat Masjid Muowassa, pergi kelas Physio TBL pulak. Dalam kelas Team Based Learning ni doktor akan explain something, pastu bagi soalan, kita jawab dalam group, pastu siapa tak paham boleh tanya. Semalam, belajar pasal Hemostasis Mechanism. Ya Allah, mengantuknya hakuuuu tak boleh blahhhh. Well, petang kan. Ade satu ketika tu, doktor cakap nak keluar 1 minit. Sekali die tutup je pintu tu, semua orang terus bantai tidur termasuklah haku. Semua kepala dah atas meja. Kahkahkahkah. Lawak gila. Yang bagusnye doktor cakap je 1 minit tapi ada lah dalam 2 atau 3 minit die keluar. Bukankah itu saat paling heaven bagi aku dan sahabat-sahabat? Hahaha. Tak lama pastu, doktor pun masuk balik dan kami belajar semula seperti biasa....Blerghhhh.
Balik tu sepatutnya ada talk kat CC. Aku berbelah bahagi sangat nak pergi. Last-last aku tak pergi pun sebab aku confirm, kalau aku pergi mesti aku tidur punyalah. So, baik aku sila sambung sendiri.
//
Abang Syahir dah sampai rumah! Aku mestilah sangat cemburu!! Tapi, lek ahh. Haritu aku dah balik time evakuasi kan. Yang tak boleh blah tu kan, hari die balik tu, dia call aku. Dia cakap gini.
Hai Rul. Abang baru balik dari rumah Toklah ni.
Hm, yelah. (Malas nak layan)
Aku baru lepas makan sambal belacan Toklah ngan kuah masak lemak.
So? (aku telah berbulu bulu)
HAHAHHAHAHAH (gelak saitonirrajimmmmm)
Gedik gila abang aku niiiii..!!!! Jahat! Tapi die raya sekejap je nanti. Aku? Sebulan weih sebulan! Sebulan raya FTW! Hahahahah. Raya tahun ni insyaAllah, Syahir akan join sekali after 2 tahun tertinggal event bersejarah ni. Yang sedihnya, Fuad pulak takda. Hmmm, macam biasa. Masih tak cukup korum. Tapi aku bersyukur sebab aku masih ada keluarga untuk beraya bersama.
Last year punya raya sangat sedih. Sebak sangat masa salam dengan mak abah. Perit tekak tahan nangis. Aku sorang je anak perempuan, tapi aku lah yang paling awal sekali keluar rumah. Ingatkan nak sambung kat local university je rupa-rupanya akan tinggalkan mak abah jugak. Sedih hati mak abah, sedih lagi hati aku yang nak chow sin chi ni. Kang dah kahwin pun tak duduk sekali ngan mak abah. Eh kenapa sedih sangat niiiii? Sekejap betul rasa duduk ngan mak abah kan. Eihhhh. Mari kite hentikan drama melankoli aku ni.
Eh bapa lah panjang aku tulis ni ha. Kahkahkah aku baru perasan lepas aku scroll ke atas. Betul-betul extra large entry ni. Pape ah. Aku nak study lah pula. Kawan aku semua tengah study keliling aku. Aku sorang je tengah online. Ya Allah petanda apakah ini? Dah, dah. Aku nak study.
Bubbye. Wasalam.
P/S: Selamat berbahagia buat teman-teman yang dah sampai rumah di Malaysia. Aku nak jugak tumpang gembira!
No comments:
Post a Comment