Assalamualaikum.
Aku terasa mahu menconteng pagi ni.
Ye, pagi ni adalah pagi yang damai seperti pagi-pagi semalam hendaknya. Tapi malam tadi, bukanlah malam yang perlu dikenang-kenang bagi aku. Serasa mahu mentendang katil kuat-kuat Hiarghhhhht (?) apa benda aku conteng pada pagi yang damai ni?
Hm aku macam nilah. Aku tak sihat. Seperti orang lain. Kesian kan aku. Semalam aku masih mentelan 2 biji paracetamol seperti malam kelmarinya. Kesian kan aku? Aku sangat kesian dengan perut yang tak pasal-pasal perlu digest paracetamol tu. Eiiii kesiannya aku!! Malam tadi, aku tak bisa mentutup mata untuk tidur. Sebab aku mentahan kesakitan. Aku pergi toilet. Masuk bilik balik. Aku tengok jam handset. Pukul 1.43 am. Bila aku boleh tidur ni? Bila? Aku teragak-agak nak makan ubat. Sebab aku tak pandai makan ubat. Saluran makan aku sangat limited saiznye untuk menelan pil begitu sahaja tapi untuk mentekedarah bukanlah satu masalah pula (?). Jadi, apa yang aku lakukan ialah, aku kunyah-kunyah pil tu dan telan dengan seksanya. Hampir suku botol aku habiskan untuk telan pil tu sedang orang lain satu teguk sudah memadai untuk mentelan 6 pil sekali harung. Kesiankan aku?
Aku sangat sedihlah dengan diri aku. Aku nak cepat sihat! Aku taknak sakit ini! Tapi ustaz tafaquh cakap kalau kita sakit dan kita sabar, Allah bagi pahala. Dan aku seperti hamba Allah yang lain mestilah nak pahala. Ya, aku pilih pahala!
Jadi, aku nak sabar!
Sekianlah contengan arang aku pada pagi Ahad yang damai ini. Semoga aku cepat sembuh dan kembali hiper!
p/s: Kalau aku tiba-tiba diam dengan siapa-siapa, aku mintak maaf. Aku sedang tahan sakit. Kesiankan aku? Harap faham.
p/s: Tak sabo tunggu malam ni. Nak nyanyi lagu Sebiru Hari Ini. Best gila lagu tu. Sape tak penah dengo, pi download sekang jugak weih.
Sakit tu salah satu cara untuk kite muahasabah diri. Dari Allah kite dtg kepade Allah kite pergi. Semoga cpt sehat !
ReplyDeletesabar ea tqah :)
ReplyDeleteustaz tafaquh tu namenye ustaz aqli..hehe
pae: thanks ingatkan...=)
ReplyDeletenabilah: ha aku baru ingat. ustaz aqli ye. hehehe