Wednesday, July 6, 2011

Marsa Matrouh, Egypt

Assalamualaikum. 

Hari ni, aku nak bawak korang jalan-jalan pergi Marsa Matrouh, yakni sebuah negeri dalam negara Mesir. Dia terletak kat kawasan tepi laut, so memang baaaanyak pantai. Sebelum tu, kalau nak dapat feeling sikit, boleh sapu sunblock skang pastu pakai topi berdiameter tidak kurang dari 30 cm. Sebab sekarang waktu summer. Pftttttttttt, mengarut. 

Are you ready? 


Ini adalah salah satu pantai kat bandar Marsa Matrouh. Nama spesifik dia mintak mahap, aku takda kesah. Yang aku tahu, turun-turun bas je, pantai ni dah depan mata. Kat sini memang MasyaAllah raaaamai sangat orang. Dan sebab ramai oranglah, ada baaaanyak mainan kat sini. Salah satunya, macam kat bawah ni.

Tadaa. Ada gelongsor kayuh-kayuh..Haaa, nama saintifik dia boleh google sendiri. Lepas dah tahu, datang sini balik, bagitau aku. Tapi aku tetap nak guna nama yang aku bagi ni. Gelongsor kayuh-kayuh. Cara main senang je. Kalau rasa tak sayang nyawa sangat, boleh le kayuh sampai ke tengah laut dan toksah patah-patah balik lagi. Kahkahkah. Ala, sentap. Jangan risau, life jacket kan ada. Selain daripada gelongsor kayuh-kayuh tersebut, banana boat dan jetski pun turut disediakan. Harga? Oh yang tu, tak sempat tanya pulak. Sebab kitorang tak mandi kat sini pun. Ramai sangat orang. Panas pun terik. Pakcik-pakcik yang jual topi, jual tuala kat sini bukan main tanned lagi aku tengok. Kesian. Tu lah, cari duit punye pasal.

Skang, jom pergi second destination! 

Ini gambar kat Hammam Cleopatra. Bahasa Melayu: Tempat Bersiram Cleopatra (seorang perempuan cantik yang bla bla bla.) Aku tak ingat la. Dia ni sama ada isteri firaun atau puteri firaun atau firaun itu sendiri. Yang penting dia cantik lah. Ce tengok gambar atas ni. Jernih kan air dia..Boleh nampak ikan berenang-renang. Ya Allah, sungguh indah ciptaanMu. =)

Kita masih lagi di Hammam Cleopatra. Kat sini ada batu berbentuk muka lelaki misteri. Gambar kat atas tu lah ha. Ngeee, tidakkah serammm aku yang mengambik gambar ni? .....


Tajuk gambar: In the middle of nowhere. 
Dah nama belajo kat benua Afrika, kalau tak ambik gambar kat padang pasir, adalah satu tindakan berciri 'sampai hati kau' dan boleh mendatangkan penyesalan di kemudian hari. Jadi, sebab aku masih siuman dan steady, aku pun ambik la gambar kat padang pasir ni. Ya Allah, kat Hammam Cleopatra ni memang pasirrrr je merata. Kalau orang nak skodeng Cleopatra ni memang takda chance la, sebab ko takda tempat nak nyorok. Bijak betul Cik Puan Cleopatra ni. LOL.

Kami berempat. InsyaAllah housemates to be next semester.  

Yours truly..! =) 

Ok, jom pergi tempat lain pulak. Final Destination (bukan cerita hantu) aka Tempat Paling Best Sekali

 
Tadaa, sekarang kita dah sampai kat pantai Teluk Ageeba. Aku ni tak pandai ambil gambar santek-santek. Kira kalau ko tengok gambar atas ni cantik, yang real dan live punya adalah ganda-ganda lebih cantik lagi. Aku memang sangat kagum dan asek waaa waaa waaa je sampai sini. Kesian Raihan kena tahan dengar aku waaa waaaa waaaa sepanjang masa. Hahahaha. Dah memang cantik kan. Subhanallahhhhh....~ Kitorang mandi kat kawasan teduh tu. Kat sini tak dinafikan banyak gak orang. Tapi, at least dia teduh sikit. Takdala muka terbakar karang.

Ni aku nak citer panjang lebor pasal pantai ni.

Air pantai dia masin bukan main. Jangan main-main dengan air dia. Sekali masuk hidung, rasa pedih dia semacam. Pening kepala aku ingat balik rasa air masuk dlm hidung tu. Kat sini adalah saat paling heaven sekali. Last aku mandi kat pantai yang benar-benar jernih waktu kat Pulau Tioman dulu. Masa darjah berapa tah, tak ingat. Kat sini, aku dapat balik perasaan teruja jumpa air jernih ni. Macam swimming pool je rasa. Ombak pun tak kuat sangat kan. Memang feeling habis mandi kat sini. Lepas gian aku yang dah 50 tahun tak berenang. Aku rasa macam ikan paus haritu. Macam ikan dugong. Macam ikan duyung. Macam ikan emas. Semua jenis ikan aku rasa aku macam dia. Huahuahua. 1 perkataan je; PUAS!

Ha, nak nyampaikan ke pantai tu, kene turun tangga yang macam hape lah tingginye. Tapi aku semangat gila waktu nak turun ni. Tak sabar nak mandi le katekan. Memang tak penat lahhh. Dalam hati nak menjerit keseronokan! *senyum sorang-sorang sambil ketuk ketak type entry.

Sunset dekat Matrouh. Orang kata kat Matrouh ni boleh nampak 7 colours of the sea. Tapi yang sebenarnye, aku pun tak tahu tang mana ada 7 warna tu. Orang kata, campur warna matahari dengan warna laut sekali. Tapi still, masih, aku tak tahu apebenda yang diorang cakap tu. So, kalau nak pergi sini, baik bawak tourist guide sekali.

Sekian sahaja jalan-jalan kita harini. Semua orang boleh bersurai sekarang. Off laptop. On aircond (cewahh). Mimpi Matrouh ye malam ni. Sweet dream..~

P/s: Esok kelas pukul 12 tengahari, sebab tu la, bukan main lagi die ketuk ketak type entry. Huhu.

Wassalam.

6 comments:

  1. wah! serius cantik sangat!! Subhanallah.. =)

    ReplyDelete
  2. aku rase aku nmpk warne pelangi la tqah ^^ hehe...
    nice post

    ReplyDelete
  3. best jugak baca blog nih......siap ada gambar semua....best,best,best.....

    ReplyDelete
  4. jannah, cantik kan! nanti kalo ade rezeki jom la dtg sini sama-sama. haha.

    nabilah: aku dah langsaikan hutang aku.

    hasmania: thanks. =)

    ReplyDelete
  5. tiqah!! nak g gak!!sape nak bawak aku??
    hehehe..

    ReplyDelete
  6. ko kene bawak tourist guide! boleh terangkan siapa tu cleopatra..=P

    ReplyDelete