Saturday, July 2, 2011

Aku Mahu Cuti 2 Hari

Aku malas nak kejar masa. Aku memang pemalas. Aku rasa tak organize langsung sekarang ni. Aku perlukan cuti 2 hari untuk kembali kepada keadaan asal aku yang hyper dan bersemangat naga. Apa naga-naga neh? Gahhh, aku rasa sangat geram ngan diri aku sebab taknak buat benda yang sepatutnye aku buat sekarang. Ceh, semua orang melalui fasa ni dalam hidup. Ahhh, penat conteng engkau la bloggie. Tapi aku mahu jugak conteng engkau. Untuk melepaskan kegeraman yang datang entah dari benua mana merasuk aku malam ni. Ayat aku pun dah jadi susah untuk difahami. Aku tak harap sesiapa pun baca benda ni. Lagi rasa bersalah ada lah, kalau ada orang baca benda mengarut  ni. Sorry kalau kamu terbaca. Aku sedang bingung sekarang ni. Aku rasa nak shut down kepala aku ni. Dan cuti 2 hari. Tak lama, 2 hari je aku perlukan. Aku perlu refresh kembali minda dan badan aku. Tapi, esok ada kelas! Dari pagi pukul 8 sampai 12 tengahari. Ahhhh, ini semua gara-gara bius tadi. Bius tadi mengubah hidup aku. Benci lah!!! Ahhhhh....Perempuan memang kuat emo. Ye, aku  faham sekarang. Sekian sahaja.

2 comments: