Monday, July 4, 2011

Raksasa Berpuaka

Assalamualaikum.

Aku pening. Dengan masalah politik kat Malaysia. Dan takda siapa pun boleh terangkan dengan tulus. Kan. Baca blog ini, cakap macam ni. Baca blog ni macam tu. And akhir sekali, aku tak dapat jawapan yang aku nak. Dan terus aku tersedar, aku tak sepatutnya fikir pasal benda ni. Aku sepatutnya belajar tentang itu red blood cell, granulocytes, platelets dan anak-beranaknya. Yang itu-ini itu-ini biar aku baca di kemudian hari. Balik Malaysia nanti?

Wah, cerita pasal Malaysia tanah tumpah tergoleknya aku dari basikal buat pertama kali, dah terbayang-bayang rumah aku (read: rumah bapak dan ibuku), bilikku, katilku, saudara-maraku, sahabat dan kawan-kawan aishhh tak habislah nak cerita pasal Malaysia ni. Terlalu chenta dan sayangnya pada negara Malaysia itu. Heee. Tapi itulah, ada orang tak tahu bersyukur. Macam gunting dalam selimut. Macam duri atas katil. Bersedia  untuk mencucuk bila-bila masa kita baring (percaya) dengan dia. Ehh lagi sekali. Aku sepatutnya belajar Human Rights sekarang ni. Hehehe.

//

Oh ya. Bosanlah aku cerita pasal benda yang tak tahu jawapan ni. Macam buat soalan Addmath masa form 4 dahulukala. Tensiiiii!!!!! Kahkahkah. Jom cerita dentist.

Tadi, second appointment with my dentist to do the final filling. Aku punya sengal tadi, aku cakap kat doktor lepas rinse mulut;  ''Dr, my mouth hurts from opening too long.'' (skema gila inggeris aku)  Pastu nak tahu doktor tu buat ape? Dia urut muka aku. Kat bahagian rahang tu. Kahkahkah. Baik kan baik kan. Serious ah. Aku nak jadik cam dia ah. Dah la friendly. Baik pulak tu. Mata coklat. Muka putih. Apa lagi. Kahkahkah. Nak tahu tak, time die buat filling tu, muka die rapat gila ngan muka aku. Aku macam ''Oh noooo..!!!! why u so rapat to me haaa? Kahkahkah. Dah nama nak buat gigi geraham memang le nak kena masukkan kepala dia dalam mulut aku. Eh tetibe rasa aku macam seekor ular sawa yang rakus. Kahkahkah. Oh lupa nak cakap. Dentist tu pompuan eh pompuan. Nasib baik pompuan wei. Tak kose kite kalo die jantan awak niiii.....

Tu lah ceritanya. Aku ada lagi 2 gigi nak kene tampal. Ahhh I can see my money go away flying from me. Sobsobsob. Siapa suruh tak jaga gigi? Eh hello, I jaga ok. Pastu mungkin dah takdir kan. Mungkin jugak sebab aku selalu kecoh kat orang gigi aku hebat. Yelah masa kat sekolah dulu, nurse yang check gigi tu bagi aku A tau. Dia kata gigi aku chantekkk sangat. Kahkahkah. Mungkin aku terlalu berbangga dengan  kecantikan dalaman ni sampai gigi terlubang pun tak sedar. Kahkahkah. Apala musibatnya bila berbangga ni.

Ok dah. Sambung cerita sekolah pulak. Yok, kembali ke sekolah, ayoooo! Lagu kasut New Era ingat lagi aku. Haha.

Start dari Saturday ni, weekendku akan sentiasa dipenuhi oleh wajah-wajah handsome si peperiksaan. Mula-mula sekali, si gedik Human Rights. Next week, aku ada peperiksaan Clinical Skill. Dia nak tengok cara-cara aku amek darah orang ngan cara-cara cucuk jarum masuk air tu. Phewittt gempak kan kitorang. You belive me ke? I kantoi you only maaaa mana ada lah. Itu advanced sangat tu. Tahun 1 ni cuma history taking, pulse counting ngan temperature measurement je. Itu je. Kalau setakat history taking tu, dengan soalan anak-anak dah kahwin belum aku tanya. Meroyan orang tua tu nak jawap. Kahkahkah. Tipu saja....Dah tak boleh jadi lebih busy body ke hahhhh ? Hahahahah.

Hitung punya hitung (cewahh) dah tinggal lebih kurang 5 minggu je before balik summer break ni. Aku adalah excited! Dan cuak! Sebab Exammmmm!!!!

Bulan 7 adalah bulan berpuaka tahun 2011 ini. Penuh dengan examSSSS! Budak-budak Cairo, Tanta, Mansoura, Zaqaziq semuanya dah balik. Budak Alex je masih terikat kat meja study tak boleh pi mana-mana......*buat muka mampuih keras kejung. Kahkahkah. Kitorang kena study! Study! Study!

Sebab nak dapat excellent! Excellent! Excellent!! Fuhhhhh semput sebab terlalu semangat. Kuikuikui.Result Good aku pasti ditukar ke Very Good sekurang-kurangnya! Excellent lagi baguihhhh. Mak Pak gembira je tengok nanti kang.

Tak sabar! Aku mahu pulanggg...!!!! =)

Mak, Pak, tunggulah daku.....!

4 comments:

  1. semangat..
    terbangun dari kerusi aku bace..
    haha

    ReplyDelete
  2. ana bardhu aizahh udhoh fil malaysia..
    cant wait!!! :(

    ReplyDelete
  3. haha, bagus tot! Weih ko dah habis exam kan...wahuuu i am so jealous lahhh. =P

    jannah: ye, insyaAllah..ko pon bakal kan....hehe.

    farahh: ewahh buleeee mike nak cakap araab jugok.

    ReplyDelete