Tuesday, November 30, 2010

Tonton hantu berulam strawberry

Aktiviti malam ni:

Tengok cerita hantu after like satu tahun setengah tak tengok citer hantu. Heh. Ok tipula, kalau dah nama 'aku' kan, memang akan lah jatuh hukum wajibnye untuk tengok citer hantu. Favourite kot. Menonton bersama-sama rakan seangkatan (Sha si tough, Fatin, Rai ngan Fazira).

The Haunted School-movie cina. Penah tengok tak? Tak payah tengok sebab ending die mengecewakan ah. Tapi kitorang jerit-jerit gak tadi. Hahaha, serak-serak suare aku jerit. Dah 100 filem hantu aku tengok. Setiap kali tu la aku menjerit. Hey, where's the fun in watching horror movies if you're not screaming?? Raihan jerit lagi la. Ayu-ayu manja gitu. Hahaha. Farisha memang tak jerit langsungla. Kakak tough kot. Fatin ade satu kali tu jerit kuat gile. Die sorang je jerit time tu and kitorang buat muke cam 'ko pesal?'. Aku plak heheeh, ade beberapa part aku termencarut lah plak. Eh eh hello dalam keadaan waras memang aku tak sebut ah perkataan tu. Hahaha. Mulut memang ah, betray tuan eh biasa die.

Sambil tengok movie, sambil makan strawberry. Sehat tak sehat tak? Asek makan popcorn ngan keropok je kan, ape kate tukar pada snek yang lebih sehat? Cehcehceh...
Haha. Skang kan dah masuk winter so strawberry pun dah start berbuah. Agak manis la strawberry kat sini. At least tak payah cicah gula cam Cameron Highland. Heh.

Weih aku mengidam ah. Nak makan seafood. Sob sob sob. Mana sotong dan udang di Alex ni ha? Name je tepi laut, tapi seafood mahal nak meninggal. Dah la tak boleh masak. Nak pape sume kena beli. Maksalahnye skang ni kat kafe takda jual pun seafood. Ikan je ada. Psst kafe kan tiap-tiap hari masak lauk sama. Bosan ek. Ayam, daging, ikan. Ayam, daging, ikan. Ayam, daging, ikan (Ok dah macam wirid pulak). Sayur die lagila. Tapi aku tetap makan hari-hari Hahahaha, dah siap mengkutuk lauk, baru nak ngaku makan ye. Biase die. LOL.

Saturday, November 27, 2010

Aimy Qaireen

Salam 'alaik people..Hari ni cuti..Jadi cam biasa, mestilah call orang-orang Malaysia, tanya ape khabar semuanya. Terima kasih pada SmartVoip. SmartVoip ni ialah internet calling. Topup 110LE and talk for 0.02cent per minute. Best ek? Boleh laaa....

Ramai orang aku call tadi sampai naik lenguh gegendang telinga digendang-gendang. Haha, ok serius serius.

Tadi telefon Mak Lina. Lame tak dengar kabar orang Selangor. Aku rindu sama dia dan anak-anaknya. Hee, Aiman debob, Ain ngan Aimy. Dulu masa Aimy lahir, aku duduk kat rumah Mak Lina. Spend SPM holiday kat situ kejap. So aku memang tengok depan mata aku Aimy ni waktu bayinya. Dialah baby first yang aku berani dukung. Aku nih baby belum cukup umur aka yang umur masih kira ikut hari, memang mintak mahap la nak pegang. Takut sey. Tak confident. Heh.

Aimy masa bayinya. Hehe, tangan memang tak boleh nak bedung. Mesti terkeluar. Rambut pun melentik-lentik. Ikut kakak dia lah kot. Masa ni Aimy baru seminggu kot. Tak berapa sure la tapi memang aku confirm belum sebulan lagi ah.

Ini Aimy before aku fly. Susah betul nak amek gambo dak kecik ni. Nampak tu tangan dia nak amek handphone aku? Aiman Debob kat belakang tengah tengok Upin Ipin. Nampak tak Kak Ros tu? Eeee rindunyeee..... Mak Lina kata Aimy dah tumbuh gigi dah sekarang. Ala comelnye...Aimy ni tak nak sangat kat orang tau. Kalau orang dia tak kenal memang harapan lah nak dukung die. Gerenti die melalak. Ade satu hari tu, aku balik kampung after somewhile tak jumpa Aimy ni. Aku try nak dukung dia tau. Pastu dia tak nangis ponggg...Haha, bangga tak bangga tak?? Bangga tau.....Hihihi. Tu je nak citer.

Hahahahahini tak tahu lah gamba sape ni....Haha. Terjongket-jongket kaki, kau.

''Psst, ni gamba kite waktu bayi lah wak....''

Gambar 18 tahun dulu. Gambar 18 tahun kemudian, ade ni ha. Nak tengok? Pegi facebook. Keh keh keh. Aku private lah..Hahaha.

Ok esok dah habis cuti. Serius serius! =)

Friday, November 26, 2010

Mengharukan.....

Hihihi, aku blushing la.


Ini entry post hari lahir yang ke 18. Baru 18. Ehh. Sudah 18. Dah lame dah hidup atas dunia ni. Alhamdulillah, thanks God for giving me such a blissful life. A life filled with many loving people. I hope everyone can continue their loveliness in this temporary fated journey. May we return to Him in such a peaceful way.


Hee, somehow aku rase insaf plak bila dah sampai birthday ke 18 ni. Dah makin kurang hidup aku atas dunia ni. Dah makin dekat aku dengan Dia. Ya Allah, kau tunjukkanlah jalan yang lurus padaku. Amin...

Cerita birthday ke 18:

It started with disastrous plan to go to emergency department of the hospital. But it was not that bad as we managed to watch or witness a live normal delivery/parturition of this one egypt woman. Ngeee it was sumpah menakutkan....Kaki that woman menggigil-gigil. Menjerit-jerit. And during episiotomy, that makcik gave a long, agonised scream. I was like Ya Allah, takutnye....Wei after tengok that makcik giving birth, aku rasa takut. Hahaha, weh ini bukan main-main. Mengeluarkan baby dari vagina bukan kerja mudah. Simple logic. Takpe lame lagi. Keh keh keh. Tapi memang sesuai sangat aku tengok aksi ni time dekat dekat birthday.

Mak, terima kasih lahirkan Nurul. Nurul sayang mak. Banyak banyak!

Memang korang akan rasa nak mintak maaf pada mak korang lepas tengok ni tau. Serious, tak tipu ni.

Surprise kat sutuh:
A story was made up by this brilliant mak cik named Farisha. Dia kata Fatin dan Raihan kena lecture dengan walid sebab balik asrama lambat. And Fatin telah menangis (HAHAHAH, siot gile laaa!) dan membawa diri ke sutuh dengan Raihan. Pastu aku ngan Farisha sebagai kawan yang berpegang pada prinsip makan gula sama-sama, muntah payau sama-sama, larila gi sutuh. Dalam hati nak nangis sekali sebab rasa bersalah kat diorang. Kitorang keluar sama-sama tapi diorang berdua je yang kene marah. Aku ngan Farisha for some complicated and PLANNED reason sampai dulu kat asrama(kira selamat la dari kekantoian).


And sampai-sampai je kat sutuh, Fatin buat lawak yang hampir nak pecahkan tembelang tanye kat Farisha:


''Babe, you bawak selimut tak??? Sejuk gile kat sini weiii''


Dalam hati aku: Eh makcik ni dah ok ke? Tadi kate tengah nangis.


Tiba-tiba Raihan keluar dari satu penjuru sambil pegang kek.!!!!! Die jerit Tiqahhhhh...!!!!!




Hahahahahaa. Aku maluuuuuuu....!!!! Blushing la....Aku tak sangke time birthday pun boleh termalu-malu meowww sampai ginih sekali. Tak normal ke ape aku ni?? Hahaha.

Itulah kisahnye...The rest is history.

Terima kasih kat kawan-kawan. Semua kawan. Semua yang wish birthday. Yang post kat facebook. Yang niat dalam hati je pun saye kira skali. Hehehe. Terima kasih terima kasih. InsyaAllah I'll be a good and useful friends to all of you.



Lain kali nak nangis tolong gune eye mo banyak-banyak sikit, baru lah real. Keh keh keh



Geng stripey takkan hilang di dunia. Suka gile tshirt ni.

Sekian sahaja, entry pada hari yang penuh barakah ini. Hehehe. Hugs and kisses.

Wednesday, November 24, 2010

I love saratoga

Eei sejuknye. Tangan dari pagi tadi tak penah dok panas. Sejuk je manjang. Keluar dari toilet lepas amek air semayang lagi la sejuk. Mandi lagi lagi laaaaa sejuk. Tapi masih amek air semayang dan mandi seperti biase. Wajibul ghunnah. Sejak tidur bersaratoga ni, waktu tidur aku makin extended. Apekes? Tidur bersaratoga memang la satu nikmat dunia bagi makhluk-makhluk kesejukan macam aku.

Dalam hati ade luka yang agak dalam. Sebab tuan punye hati terpisah dengan kawan baik dalam seksyen. Ish tak suka la. Benci. Aku benci! Aku tak boleh la. Kawan baik adelah satu komponen penting dalam hidup aku. Tapi takpela. Mungkin dah tibe masa aku train diri aku hidup seperti orang kebanyakan. Keh keh keh. Yela, sebelum ni aku dalam golongan orang kekurangan yang perlukan pemimpin untuk lintas jalan maut depan U. Ish care aku cakap macamla, kawan baik bertugas untuk memimpin tangan melintas jalan maut depan U. Haha, tak tak. kawan baik lebih dari tu. Diorang pemimpin kita dalam segala aspek. Malas lah nak tulis pepanjang. Lu pikirlah sendiri.

Next week akan start la hari-hari yang memuramkan tanpa kawan baik dalam praktikal class. Suka! Suka! Suka! Dalam hati masih berdoa supaya ditukar lagi senarai nama itu. Hek hek hek. Memang la memang tau. Aku orang 3 terakhir dalam seksyen baru ni tau. Maksudnye kalau nombor giliran aku bawah sket memang selamat la dalam seksyen sebelum ni. Tak perlu pindah-pindah. Kene jadik budak baru lagi. Malu ah. Haha, masuk seksyen baru pun nak malu ea. Ya mesti la wajib malu, okek. Kalo tak malu jangan jadik pompuan. Macam tak kait, tapi tolong kaitkan. Ah papela. Emosi tak betul.

Saratoga.......saratogaa.......I'm freezing, babe.

Tuesday, November 23, 2010

Tag dari Ain Neyia

Apa benda yang paling penting dalam hidup korang ?

Benda ea bukan orang? Benda? Air.....Ok?

Benda Terakhir korang beli menggunakan duit korang sendiri?

duit mara kira duit sendiri kan. Haa senang je ni. Tshirt ade hood beli kat Perimoda semalam!!! Suka suka

Adakah korang bercinta sekarang?

Nope. Mengintai-intai saje. Hahaha. Gatal sey. Mane ade la. Ish no no no

Berapa lama korang akan mencintai kekasih korang?

Hingga akhir nanti, kau tetap jadi pujaan-Alleycats mari.....LOL

Dimana korang akan jumpa kekasih korang?

Ape ni asek kekasih je dari tadi. Kat atas dunia la. Kat Alex? Hahaha. Ok tak tau tak tau.

Novel/buku/majalah yang terakhir korang beli?

Shopaholic and Baby. Tadi nampak Reader's Digest. Ingat nak beli sekali harga 32 genih. Kensel!

Apakah nama penuh korang?

Minah Salleh binti Celup Celup

Antara mak dan ayah korang, yang mana korang lebih mesra ?

Dua-dua pun rapat. Kecik ngan abah. Dah besar ngan mak kot. Tua dengan laki...??

Namakan orang yang betul2 korang nak jumpa dalam hidup korang?

Sape ekk? Tak tau la. Takda feeling ah. Sekarang ni rasa nak jumpa mak, abah, syahir, fuad, ali ngan mur. Ngan sume orang kat kampung. Sedara-mara. Haaa senang citer aku nak balik Malaysia!

Di manakah tempat yang korang betul2 nak pergi?

O Man, aku nak gi Korea! Jepun! Tapi skang ni aku nak gi Johor Bahru, Johor, Malaysia. Boleh?

Pilih salah satu, peluk atau cium?

Hahahahhaa. Ape ah soklan ni. Geli. Fullstop.

Beritahu 3 benda tentang orang yang tag korang ?

Ain Muin. 1. Dia ni teror math. 2. Dia ni sangat sensitif. Tapi paling best time die mood keibuan. Boleh nangis weihhh. 3. Die pernah cerita pasal musang pandan yang meninggalkan bau pandan kat rumah die. Haha, sampai skang aku ingat citer kau ni geng.

5 benda yang korang sayang sangat2 dalam hidup korang?

Benda kan. Bukan orang eah. Aku sayang laptop, Quran tafsir hijau aku, Jam mak(ni paling sayang, tiada tolok bandingnye), vaseline cocoa butter vitalizing body oil, dan the body shop strawberry body polish. Hahaha, aku mengarut la, kawan-kawan.

bila tarikh lahir korang dan kat mana korang sambut tahun lepas?

26th Nov 1992. Tahun lepas sambut kat sekolah. Terima kasih banyak kat Jeehan yang arrange birthday meal ngan Dorm Hajar Crews sebab membuat surprise party! Amy Cu Are...!!!! Kau sangat aku sayangiii....!!!! Hahaha. Makan nasi goreng pataya memalam buta ramai-ramai kan. Bestnyaaa.....

Hikayat Mawar Berduri

Hikayat Dukacitaan:
Wei nak tau tak. Hari ni kan, ade berita sedih. Aku kene masuk seksyen 7. Dah lain ngan Raihan. Eee sedihhh.. Sape nak pegang tangan aku lintas jalan maut kat depan u nanti?????.........Hahaha, tibe-tibe aku teringat ayat Raihan tadi

Aku: Sape nak pegang tangan aku pasni???
Raihan: Alalalala, sian die. Ko ni, muke je cam mak orang, tapi aku pulak yang pegang tangan kau kan.

Aku dalam hati: Ceh...Ngate aku muke tak remaja la tu. Heh.

Hahaha. Gitu la die. Fatin ngan Farisha maybe akan satu seksyen. After 1 modul staying seperate. Eeee tak puas hati la. Mengapa (ye mengapa) mesti tukar lagi nombor giliran tu? Tak puas lagi ke tukar 2 kali sebelum ni? Haaa? Dah helok-helok bahagia aku ngan seksyen aku tu, nak tukarr jugak. Jeles sangat eah ngan aku? Ok la, aku ade dengar desas-desus yang mengatakan jumlah batch dah berkurangan dari 340 ke 317. Mane lagi 23 tu aku tak tau la. Balik Malaysia mungkin. Hahaha.

Hikayat tukar-tukaran:
Tadi kan, gi tukar travellers cheque kat Thomas Cook (masak ape pun aku tak tau) sebab esok nak gune 600le. Tak bukan nak shopping ah. Mandai je. Adela nak guna duit sikit. Urusan orang matang. Tak sesuai dibincangkan kat blog. Kehkehkeh. Pastu gi tukar duit dollar plak kat General. 5.75 baby, nice shot! Aku gelak-gelakkan Farisha sebab die tukar kat Thomas Cook rate 5.73 je. Hahaha. Orang Arab tu bagi aku duit 20, 2o 2o banyak gile. Tapi aku suke! Senang! Tak payah nak pecah-pecah duit besar.

Hikayat Shopping-shoppingan:
Perimoda depan asrama. MARA nye asrama memang strategik sebab dekat ngan shopping complex, money exchanger, bank dan semua la. Tapi I just realized die paling best sebab dekat ngan Perimoda. Sebelum ni aku lalu je kat tepi kedai tu on the way gi tukar duit. Usha-usha gitu. Pastu tadi terbukak hati nak masuk dalam. Peh, kawan aku yang 3 orang tu tak nyempat nyempat. Nampak aje tshirt belang-belang semart kat depan tu. Terus berkenan. Terus sepakat nak beli pakai gi appointment dentist Khamis ni. Hahahah. Memang ah. Harga die boleh tahan tapi worth it la kot. Saya puas hati! Saya chenta kepadamu, tshirt baru! Chenta yang sebenar-benarnye. Ok dah, cukup!

Haha, sekian cerita hari ni. Saya chenta lagu Still OST You're Beautiful juga.

Monday, November 22, 2010

Bukan karutan semata

''It's ok to online every night even when you are in the middle of hectic study schedule. But on one condition. Make sure your study time is longer than your online time. It will be fair then in accordance with the priority which is to study and to excell and to conquer both. Drugs that internet offer is hardly refused, I must say. It's addictive. It's all on us to decide how to control.''

Hehe. Agak-agak apesal aku letak bendaklah kat atas ni? Sebab kan. Sebab kan. Hehehe. Malu ah nak tulis. Tapi nak tulis gak sebab tiba-tiba rasa tak malu. Hari ni gi kelas cam biase. Naik teksi masih 4 genih. Cam biase. Cuma dah masuk modul baru la. Ok sume pun dah tau. Takyah citer lagi.

Pastu tadi balik dari kelas gi tengok Harry Potter yang ke tujuh nye. Keh keh keh. Tu lah die. BUKAN MAIN lagi! Sangap gila la kot nak tengok citer tu. Sampai tersorong-sorong dalam mimpi. Oh main kasar nampak. Jadi nak tak nak terpakse la tengok. Kalo asek tengok dalam mimpi tetiap malam bukankah bosan namenye. Jadi gi la tengok. Tak jauh, belakang asrama je. Sinema Amir. Ewah macam cikai bunyik tapi boleh la. Well aku bukan seorang yang mementingkan status sinema. Asal ade kusi, bersih dan sound sistem yang bagus, aku ON saja mah...

Jadi kesimpulannya malam ni, aku dah tengok Harry Potter and The Deathly Hallows. Kamu bila lagi? Hahaha.

Tidur makin lena tanpa gangguan Daniel Radcliffe, Emma Watson dan Rupert Grint. Alhamdulillah......=P

Ngan rasminye......

Semalam kan, dengan rasminye aku habiskan citer You're Beautiful. Ala citer korea yang sume orang claim best gile. Pasal tu la aku tengok jugak. And yes, the drama is sooooo fun! Aku dok melekat atas kerusi depan laptop tak gerak pi mana-mana 16 jam. Heh, tipu la ek tak gerak memane. Aku solat jugak. Gi toilet gak. Tapi aku tak makan. Hahaha. Sebab tak kuar tenaga pun kan. Dari before subuh sampai ke maghrib aku marathon. That's me when hooked up with Korea. Obsessed. Possessed. Ha pape je la.

Pastu skang henpon aku dah sumbat ngan lagu korea sume. Haha, tibe-tibe aku teringat pout si Tae Kyung tu. Nyampah gile aku laki buat pout camtu. Tapi comel! Haha. Ok, enough with Korea story. Tau tak, lepas habis tengok citer korea tu aku dapat emotion disruption. Takde kene mengena langsung ngan citer korea tu. Tetibe je wei. Tapi seb baik dah ok dah skang. Hee, sume nye akan jadi ok bile INGAT ALLAH....=)
//
Tadi first class after cuti raye haji. Ngan rasminye terbukaklah modul 3. Introduction to Medical Studies. Ade belajar pasal embryology, cell structure, function sume. Go Tiqahh!! Modul ni 7 minggu je wei. Ade 59 lectures sume sekali. Maksudnye habis dalam bulan Januari gitu. Pastu exam! Ade exam modul 3 ngan end of sem exam. 2 examS wei. 2! Kena study tol-tol ni!. Heh semangat ni, semangat! =P

You, yes you, all the best! =)

Friday, November 19, 2010

Keluar Memakan Malam

Satu tips untuk menulis blog.

Tulislah bila anda benar-benar 'rasa' akan benda tu. Maksudnya as soon as one memorable thing happen in your life. So that you can write your heart out.

Jadi, cerita yang sebenarnya ialah, yang tersirat disebalik tips kat atas ni yang macam je tapi bukan poyo, aku, Rai, Sha and Fatin baru lepas keluar makan kat luar. Keluar makan kat luar pun memorable hokay. Baiklah.

Gi makan kat Serumpun atau sekarang ni known as Mumtazah Restaurant. Bawah rumah abang sedare aku kat Camp Caesar. Aku cam biasa membelasah Mee HongKong macam dah takda benda lain dalam menu. Itu je yang aku nampak ek. Tapi Mee HongKong die masih tak tendang(read: kick) macam Kafe Seri Putra kat bawah asrama ni. Kat kafe bawah tu jugak lah yang paling tendang (again read: kick) sekali.

Sebelum makan tu, pergi Carrefour. Beli saratoga ngan keluarkan duit. Heh, tension gile haku, kotak saratoga tu takda barcode plak. Sedonye pulak time cashier tu nak scan. Dah satu hal nak kena tunggu pakcik Carrefour carik saratoga yang ade barcode.
//
Weih kelas akan start Ahad instead of tomorrow. Big and long YAHOOOOOOO for that, guys! Hahaha, pantang seyh. Time Iman bagi announcement tadi, satu floor jerit yeahhhhhhhh!!! teringat aku time kat SMAP dulu. Kalo ade announcement prep batal, sume orang sakan jerit yeahhhh!!!!!! jugak. Hahahah.

Tadi keluar ngan musyrif ea. Jangan bersangka buruk pada kami. Musyrif kitorang best! Terima kasih Mr. Musyrif. We owe you big. If you happen to read this, kitorang rase nak book ko untuk agenda-agenda keluar malam lagi lepas ni. Bersiap-siagalah engkau wahai Mr. Musyrif. Haha.

Btw, those yang tak tahu what Musyrif and Saratoga are, Musyrif tu guard kepada budak-budak perempuan waktu malam. Tinggi martabat pompuan kat Mesir ni tau. Keluar malam pun ade guard. Sape kate belajar kat Mesir tak best. Keh keh keh. (Ada musyrif tu best ke?? Haha) While saratoga pulak adelah sejenis selimut besar dan tebal untuk kitorang tidur dengan aman damai pada musim sejuk.

Baiklah cikgu, selesai 2 perkataan baru kita hari ni. Sambung kelas lagi bila-bila ade masa.

Sayang semua. =))

Sayeda Zainab, Cairo

Bloggggg...!!! Lamenye tak jumpe dieee. Rindu!

Okeh, jom marathon bercerita.

Aku baru balik dari Cairo sebenarnye, sambut raye haji kat sane. Sekali ngan reunion budak-budak SMAPL class 2009. Suke sangat! Masing-masing dah berubah gaye, sejak study kat Mesir, eceh! Ade yang dah berjanggut selambak and grow some cool hairs. Cewah. Pape pun, aku masih ngaku la korang ex schoolmates aku. Ade yang tak ngaku aku ex schoolmates die ke??? *tunjuk selipar* HAHA. Stayed in Cairo for 4 days and 3 nights. 2 malam aku nyempit kat katil Minu.

Untuk potong cerita yang panjang ni, kite tengok gambar je lah ye.


Reunion SMAPL kat ARMA

Ex SMAPL class of 2009 currently studying in Egypts. Tapi ade yang takda dalam gambo ni. Kurang lengkap. Tapi boleh tahan lengkap. Heh.

Masak-masak ngan Minu

Ini saussage scrambled egg. Minu nye resepi. Nampak sedap kan.



After baked. Nampak sedap dan rase marvellous. Yummy!

Resepi? From Minu:


Bahan: Sosej, 4 biji telur(pukul die macam buat telur dadar)+setengah cawan susu, kentang 1 biji (potong saiz sederhana), shredded cheese

Cara buat: Amek loyang, sapu butter sikit. Pastu, susun kentang yang dah potong tadi evenly. Then tuang campuran telur ngan susu tadi. Pastu tabur shredded cheese. Lagi banyak lagi sedap dan lagi gemuk. Pastu tabur kan sosej. Suka hati nak letak bape banyak tapi konsep masih sama dengan cheese tadi. Lagi banyak lagi gemuk. Pastu masuk je dalam oven. Agak-agak dah naik bau, dah keras sikit, ha dah siap la tu..
Aku pun tak tau la bape lame exactly, main agak-agak je ngan si Minu hari tu.

Jalan-jalan kat Azhar Park

Kawan kawan yang sangat dear dihati ini. Ceh ayat mahu gempak!

Konon nak buat piramid, tapi ade yang ke bawah pulak tangan nye ha.

Comel kan. Minu ngan anak arab name Jana. Budak ni sangat mesra alam. Tetibe je datang kat kitorang pastu sengih-sengih ngan gigi tak cukup die tu. Pastu kan, ade sorang pakcik arab ni bagi aku baby laki die sebab nak amek gamba same. Haha, tetibe je kan. Alamak! Lupe nak bluetooth la. Habis la gamba aku masuk tah mane-mane kang. Nak mintak facebook pakcik tu dah terlambat. (Macam pakcik tu layan FB, ceh)

Kat Metro Sayeda Zainab. Time ni nak bye bye dah. Bye Minu. Eh Khai kat blakang amek gamba gak eh. Haha.

Itu lah kisah aku kat Cairo hari tu. 4 hari kat sana sangat best! Sayang kawan-kawan sume. Terima kasih tak terhingga sebab layan kitorang ngan baik, especially Minu and Housemates.
Esok dah start kelas. Modul 3 plak. Yo, saya naka belaja rajin-rajin. Nak dapat nombo 1. Hahahaa. Kau ingat kau kat Darjah 1 Bestari lagi ke ha nak nombo 1 bagai?

Sunday, November 14, 2010

Good night people

O'you
When emotion strucks
The sun turns clouds
The clouds turn rains
And I here feel the rush
Deep in the veins

O'you
When this time comes
You feel like crying
The whole heart out
So that nothing upset remains
And happiness comes again

But this gonna take some times
Of efforts and feelings
The sudden change of emotion
O' don't let it drag you
Though it's hard
It's worth trying

This emotion spurs in yourself
Being torn up to the utmost
Should I stand this sudden change
For the next freaking 6 years
And not to forget another half year?
Should I?

O' I know this is not going far
For I'm sure this kinda vain
For writing in this form
Hahahaha so not me ea

But everything in this world
Is supposed to be tried
So why don't try?
Ah and please exclude
Those not-worth-trying stuff
Should I hand you examples?
You know yourself deep inside that
Juicy brain of yours

So now, I will just stop
Babbling and ranting
For tomorrow holds so many things
I'm going after the joy of life
Please, the pure joy include Him in your list
Enough for now
For I'm sure many are annoyed here
Reading some ngongek worth-trying stuff
Good night, people.....

Saturday, November 13, 2010

Post Exam Period

Oh pepagi lagi bangun dah tak aman. Air semput-semput belaka. Sekali bukak paip macam nak pecah paip tu air keluar. Kejap kang die brentiiiiiiii annoying gile haaaa. Pagi ni sejuk sangat. So basuh muka gosok gigi je la buat syarat kan. Itu yang paling penting. Mandi dalam keadaan sejuk ni memudaratkan...Tak elok....Hahaha, cakap je la kau yang tak nak mandi tiqah oii.....LOL

Semalam kan aku jadik budak nakal keluar malam jadi kutu malam merayap kat Alex. Memang kitorang had a blast la and not to forget cakap Alhamdulillah skang sebab selamat sampai kat asrama without any disaster....Alhamdulillah.......=))

Main bumper car syok gile. Haha, aku asek le langgar sorang minah arab ni.. saje suke target die. Haha, keji eah. Tapi kan dah habis main tu die tanye aku 'enti ismak eh?' sape nama awak??? Aku cakap la name Atiqah. Ha pastu die tanye 'eh?' ape die?? Aku dah agak dah, name aku orang arab tak penah dengar. Mesti nak kene cakap 3 kali baru die sebut betul. Kalo cemni la gayenye, pasni aku nak cakap name aku Iman Diab...Hahahaha. Itu name lecturer aku la...Pastu kan malam tadi dan-dan nak balik, jumpe groups ikhwah kat depan tu. Haaaa kantoi di malam hari.....Oh man, kantoi terang-terang. Gelabah mak minah oiiiii....Pas ni keluar malam aku nak lilit tudung aku ah biar nampak cam minah arab sket. Rawrrrr. Tudung Malaysia memang sangat obvious.....Heh

Fuh dan cukuplah benda tu jadi topik hangat malam tadi. Nak tidur pun aku teringat-ingat lagi. Taraguna.

And I never thought after exam life would be this fun. Hidupku penuh warna-warni. Haha. Ok dah, tengok gambar.


Makan. Makan. Makan.

In front of Karamantas. Tempat main bumper car yang sumpah best!

Masa amek gambar ni kan, ade pok arab ni gelakkan kitorang. Tau lah kitorang lawa, jangan tunjuk keminatan kau pada kami, boleh tak? Hahaha

Wahhh muke lapar sume anak mak.....

Ni dalam Karamantas tu. Aku asek nak salah sebut je tempat ni Karam Singh Walia. Hahaha

Ok, dah. Bersurai semua. Gi mandi sane.....=)

Thursday, November 11, 2010

Hahahaha

Hoi gulak gumbira nampak? Lol, seronoknye hexam dah habis, mak ngaaaaahhhhh........(tolong bace 'ngah' tu 6 harkat)........

Sebab gumbira;
Hexam dah selesai dan tamat pukul 11.10 pagi tadi. Pastu terus gerak pi Carrefour, beli barang rumah. Banyak gila aku spend tadi. 200 LE. Banyak ea, aku pun tak sangke banyak sampai cenggitu sekali. Tu la, gedik sangat nak jugak makan biskut 'digestive' tu. Biskut arab tak mau. Ambik kau, satu kotak 13 genih. Beli sampai 3 kotak. Hahahaha. Mahal noh maintenance kau, cik tiqah, bankrup laki kau hoi. Hahaha.


Tadikan, tengah tengah check resit (masih terkejut apesal mahal noh) tiba-tiba mak call. Ko tahu betapa gembiranya haku?! Mak and the geng on the way nak balik Muo. Then nak pergi amek si gemuk, Mur tu kat sekolah die. OMG, lame gila tak berbual ngan si gemuk tu. Can't wait to skype with him. Dengar cerita dapat 1B exam hari tu. BM kot. Hahahahaha. (jahat kan aku gelakkan si gemuk)

Tengok ni, muke si gemuk;


Sekarang kau tengok, sape lagi gemuk. Aku ke die? Hahaha. Budak ni makin kurus bile start sekolah jauh. Sedih pulak aku tengok. Biaselah, kate akak perihatin kan. Haha
Pastu tadi aku sempat sambar satu buku Sophie Kinsella kat Carrefour. Yuhuu lame tak bace buku. Nak tunggu orang bagi satu set Shopaholic series tu berjanggut lah aku kan. Jadi beli je lah sebijik-sebijik walaupun kopak sikit. Takpe, boleh improve English gitu. Hehe

Tadaaa, the book. Bosar kemahen gambo buku ni. Haha.

Baiklah, sekian sahaja. Doakan saya lulus exam, ok. =)

Tuesday, November 9, 2010

Old Annoying Man is Bad

Nak tahu tak, hidup kat Mesir ni kan, tak lengkap kalo tak citer pasal teksi die tau. Nak nak lagi kalau dah name student. Pergi balik berteksi hendaknye.

So aku rase memang wajar aku letak satu tag baru namely 'teksi alex'.

Sebenarnye nak cakap, ni kire entry first la pasal 'teksi alex'. Yang before ni abaikan je la eahh.

Gini citenye. Bape ari lepas, malas nak ingat hari apetah, kitorang naik teksi ngan sorang pakcik tua yang gila. Dah la pervert.

Nak jadikan cerita, kitorang sume berebut tak nak dok depan sebab banyak sangat citer horror pasal orang kene raba la ape la ngan pak cik teksi. Sumpah seram of course, kalau kau perempuan sejati memang akan seram la.

Pastu kawan aku yang terpakse dok depan ni namely X cam takut-takut la. Dia cuak gile dok depan. Aku boleh je nak tukar seat ngan die. Well masalahnye aku dah penyek dalam seat paling dalam kang satu keje pulak kawan aku lagi 3 orang tu nak keluar teksi kan. Pastu tetiba pakcik arab tu pukul lengan si X ni. Kuat ok. Tangan arab dah la besar kuali goreng telur. Ibu jari tangan die same ngan ibu jari kaki aku. Pastu kitorang kat belakang ni cakap jangan la pukul. Die pukul lagi. X memang dah speechless la. Nak turun, teksi dah gerak dah. Pastu die nyanyi-nyanyi dalam teksi tu jeling-jeling kitorang kat belakang. Pfffft, memang annoying. Tapi nak gi kelas nye pasal, redah je la. Tetibe die turunkan kitorang tah kat tengah alam mane tah. Die pakse kitorang keluar. Eihh ikutkan hormon androgen aku memang kene maki kaw-kaw pakcik tu kat situ. Tapi sebab pompuan kan, tahan je la. Lega gak dapat turun dari teksi tu. Pastu pakcik tu mintak tambang 4genih. Padahal 4 genih is suppossed to hantar sampai depan fakulti. Memang eiiii geram betul la ngan pakcik tu. Gilak punya orang.

Terpakse la tahan lagi satu teksi gi kelas. Nak gi kelas pun sampai 8 genih habis. Jihad tau, jangan memahen....Tula citenye, kadang-kadang nasib tak baik dapat la pakcik gini. Tapi InsyaAllah lagi ramai pakcik teksi yang pasang ayat Al Quran.

p/s: style aku citer terbabas-babas ek. Gasakle...janji paham.

Ngomong sama B

''B, mari sini. Saya mahu ngomong sama kamu. ''

''B tahu tak, saya takda mood langsung nak stuhdey skang neh??? Tapi saya tahu itu tak bagus untuk kesihatan jangka panjang prestasi akademik saya. Tapi saya rasa sangat malas skarang ni, B. Gano ni B? T..Tolong jawab sket (gagap pulak dah) ''

Ish tak boleh la tulis gune saya. Tak feeling. Bukan Fehling. Ok la tak lawak. Tulis bebetoi siket ea.

Tadikan aku dah bukak buku. Aku bukak part lipid metabolism tu. Aku bace mendaklah tu untuk 2 hari ko bayangkan. Orang lain bace 1 jam boleh habis. Pastu tambah tak faham sana sini lagi. Pastu biaselah. Aku kan cepat rase inferior pastu give up. Tengok orang lain bace hafal bukan main sedap lagi macam kacang buncis. Aku macam kacang botol. Aku tak tahu pe pasal aku letak kacang berdua ni. Abaikan. Tapi tu la, point kat sini; aku sangat cepat distracted kebelakangan ni. Selalu hilang mood study. Dan gagal tahan nafsu untuk facebook dan blogging. 2 bende ni ha. Kalau mak tahu ni habis aku kene pakse deactivate akaun tau. Hayok tak tahu, menangis siang malam belum tentu kering lagi ayak mata.

''Sakit apekah aku ni, dokter B? '' cakap ngan dokter aku kau seh. Tak respect langsung!

Mood sekarang: Nak merepek sampai loya. Pastu sambung study balik. Hajat dihati adelah untuk stay up , habiskan protein malam ni. Target sampai kol..... subuh. Wakakaka..




Monday, November 8, 2010

Tahukah kamu??

Assalamualaikum.

Eh, semua orang. Tolong tahu yang saya lega sangat dah habis practical exam. Practical exam adelah sangat mendebarkan dup dap dup dap lebih laju lagi seperti harinya mengambil test JPJ yang horror itu. Sama 100 percent.

Hah, saye adelah terkilan sebab tak bace function cuvette dan filter. Yang sebenarnye telah terbace sebelum exam dan terlupa sebab terlalu gabra dan takde mase yang lame untuk goreng ayat. At least kalau goreng ayat jadik nasi goreng ayam boleh la dapat betul kan.

Hahaha,eh kau goreng ayat ape ni ha?

So, skang ni paper objektik je yang tinggal. Kena buat bebetul ni. Nak cover balik markah practical yang tak bape nak gempak tu.

Btw, pairing up with Raihan saved me too much today during physio practical. Thanks Rai, I owe you big this time. Sayang kau nah amek peluk cium semua ni. Take it, take it. Hahaha

Ok, full stop. Pen off dulu. Salam. =)

Sunday, November 7, 2010

One done, two ahead

Quick update;

Dah habis presentation. Alhamdulillah everything runs in places as I want. Alhamdulillah, alhamdulillah.

Betul cakap abah, bile dah diri kat depan dan cakap tu, tibe-tibe rase best gile membebel. Orang paham tak paham, ade haku hkesahhh?! Hahaha. Eh tak la, penting ok. Kalo ko cakap lelame tapi dorang tak faham mengundang padah namenye. Nanti kene baling ngan buah tomato. Comot.

Takpun macam Bush kene baling ngan kasut. Yahoo! Hahaha.
Okay, next, next (panggil exam).
Esok practical!! Aku heksaited la sangat......

Saturday, November 6, 2010

Abah kate jangan takut

Hee, semalam skype ngan abah ngan mak.

Cerita pasal macam-macam. Seronok. Pastukan, aku cakap aku takut gila nak exam ni. Sebab em sebab.......aku pun tak sure la pasal pe aku takut. Tapi standard la, every exam pun memang akan takut. Cubit nak? Hehe.

Abah kate, jangan takut. Kan dah pekse sejak darjah 1 lagi. Hehehe. Itu jawapan paling best dan menjawab soklan aku penah dengar. (Atiqah Sahmah likes this, macam facebook) Haha.

Ei aku tak sabar nak habis exam. Nak gi Caiiiiro, yahoo. Tunggu hakuuuu ye kawang-kawang sayangggg. LOL.

Yay, at last dapat gak motivasi ari ni.

Buat exam elok-elok dulu, pastu kita enjoyyyy puas-puas kat Cairo yeee!!!!!
Ok, mari study balik! Hehe. Salam sayang untuk orang Malaysia. Doakan saya. =D

Friday, November 5, 2010

Happy birthday to you, Milo

Hari ni hari yang berbahagia buat sorang kawan aku. Tak, bukan sebab die kahwin ari ni. Tapi sebab hari ni dia dah 18 tahun. Heh.

Cik Balqis aka Bam:

Bam, kenangan kita time kat sekolah rendah tak banyak kan. Kita tak berapa rapat ek. Tapi aku still ingat time kau gaduh ngan Lamzahu pastu kene marah ngan Teacher Sam. Mase tu teacher sam bujang lagi, skang dah berkeluarga. Harap kau maklum pasal perkembangan cikgu tadika kite tu. Heh.

Lepas UPSR, kita dapat result gempak kan. (5A gempak kot, Hahahaha) pastu kita masuk Maahad Muar. Time kat sini baru aku pandai kawan ngan kau kan. Setiap kali balik asrama, time semayang maghrib mesti kita nangis kan. Hahaha. Lawak lawak. Eii kau kuat nangis, pastu aku peluk kau suruh diam, Isyak dah masuk. Hahaha. Eh macam terbalik kan. Lalalala~

Tapi kita tak lama bersama kan. Aku pindah SMAP kau still kat Maahad lagi. Tapi kita still tak lost contact. Bak kate orang makin jauh makin sayang. Hahaha. Macam skarang ni la jugak. =P

Sepanjang aku kenal kau kan wei, aku boleh conclude yang kau ni sangat berdikari orangnye. Kau dalam bab-bab kemandirian hidup memang one step ahead la dari aku. Ko dulu pandai lintas jalan besar dari aku. Ko dulu dapat lesen dari aku. Ko dulu yang hapal jalan nak gi Kipmart dari Taman Perling. Ko dulu pandai masak sup sayur ngan goreng ikan. Ko dulu yang tahu nak amek lesen mesti cukup 17 tahun. Heh, aku mane la tahu bab-bab ni sume. Memang lambat gile. Amek lesen pun 3 kali. Ok orang lain diam skang, jangan gelak. Panggil bam karang. Wihihihi.

Aku suka dengar cite kau wei. Ko ni berani. Ade guts untuk buat macam-macam benda. Ingat tak cerita pasal ade orang gila naik motor usha kau depan Perling Mall. Ala, yang nak curik purse ko tu. Pastu ko cangkung, amek pasir, baling kat mata orang tu. Pastu ko lari. Hahaha. Gua salute cite tu sampai skang wei. All time favourite.

Pape pun bam, InsyaAllah aku doakan kau berjaya dalam hidup kau. Orang yang ade motivasi macam kau dalam diri InsyaAllah berjaya. Jangan sedih-sedih tau. Jangan masam-masam. Smile. Macam aku. Hahaha. Ha, macam tu. =P. Ok bam, aku nak hexam ni. Terima kasih wish good luck kat aku. I’ll do my best, InsyaAllah.

Happy 18th birthday my friend, have a blast one and don’t forget me though I’m away from you. Ingat ni, makin jauh makin sayang. Haha, gelis la!

Wednesday, November 3, 2010

iamshittedinthemidnight

I just realized that:

there's nothing more irritating and annoying than having a phone call late at night when you were only starting to doze off and being told:

''hey you, you got something not completed in the assignment. so get up now and make it by hook or by crook''

and topmost, the presentation gonna be tomorrow. !!!

Aku rase nak makan harimau skang jugak!!!!

yours truly,

iamshittedinthemidnight

Tuesday, November 2, 2010

Pre Exam Syndrome

Fuh, saya penat skang nih. Tak tak, bukan sebab kerja mencangkul atau tanam padi.

Ni kes exhausted sebab terlalu banyak disumbat dengan study. Ceh, bukan nak eksyen tapi memang betul. Ko bayangkan hari-hari belajar dalam lecture pasal benda tah hape-hape(biochem is tah hape-hape, hell yes!). Skang ni memang la rase biochem tah pape, tapi nanti dah tahun2 depan, ok kot. Senior kate berguna. Tapi right now aku still fikir TAK GUNA!!!! Hahaha, kau nampak tak ape biochem dah buat kat haku?! Nampak tak? Hahaha

Wei next week exam. Lagi la aku rase cam nak pengsan. Ya Allahhhh takut nyeee nak exam. Pre exam syndrome ngahaha.

Dah la assignment kena alter lagi. Taraguna! Penat lah wei. Tolong la faham. Lecturer tu pun nak sangat assignment tu this week, tolong la. Nak exam ok.

Mesti korang tak faham sebab tak rase ape yang aku rase kan. But to let it out is better than keeping it to our own self, agree? (Tak agree, keluar skang! acah je kak jah.) Biar orang lain pun rase terdepress same. Hahahaha, evil!

Aku rase bersyukur sebab adenye blog ni. Boleh aku merampus sesuka hati. Tapi benci gile ade orang judge kite dari blog. Tak best la kak. Kite kene face to face baru boleh judge, kan kan kan.

Petua:

Ayat nak sedapkan hati:
''Bila dah busy macam ni baru rase cam budak medic sket. Kau nak lepak kau pergi la keje jual aiskrim malaysia.''
Hahahaha.
Sekian, terima kasih.