Friday, November 19, 2010

Sayeda Zainab, Cairo

Bloggggg...!!! Lamenye tak jumpe dieee. Rindu!

Okeh, jom marathon bercerita.

Aku baru balik dari Cairo sebenarnye, sambut raye haji kat sane. Sekali ngan reunion budak-budak SMAPL class 2009. Suke sangat! Masing-masing dah berubah gaye, sejak study kat Mesir, eceh! Ade yang dah berjanggut selambak and grow some cool hairs. Cewah. Pape pun, aku masih ngaku la korang ex schoolmates aku. Ade yang tak ngaku aku ex schoolmates die ke??? *tunjuk selipar* HAHA. Stayed in Cairo for 4 days and 3 nights. 2 malam aku nyempit kat katil Minu.

Untuk potong cerita yang panjang ni, kite tengok gambar je lah ye.


Reunion SMAPL kat ARMA

Ex SMAPL class of 2009 currently studying in Egypts. Tapi ade yang takda dalam gambo ni. Kurang lengkap. Tapi boleh tahan lengkap. Heh.

Masak-masak ngan Minu

Ini saussage scrambled egg. Minu nye resepi. Nampak sedap kan.



After baked. Nampak sedap dan rase marvellous. Yummy!

Resepi? From Minu:


Bahan: Sosej, 4 biji telur(pukul die macam buat telur dadar)+setengah cawan susu, kentang 1 biji (potong saiz sederhana), shredded cheese

Cara buat: Amek loyang, sapu butter sikit. Pastu, susun kentang yang dah potong tadi evenly. Then tuang campuran telur ngan susu tadi. Pastu tabur shredded cheese. Lagi banyak lagi sedap dan lagi gemuk. Pastu tabur kan sosej. Suka hati nak letak bape banyak tapi konsep masih sama dengan cheese tadi. Lagi banyak lagi gemuk. Pastu masuk je dalam oven. Agak-agak dah naik bau, dah keras sikit, ha dah siap la tu..
Aku pun tak tau la bape lame exactly, main agak-agak je ngan si Minu hari tu.

Jalan-jalan kat Azhar Park

Kawan kawan yang sangat dear dihati ini. Ceh ayat mahu gempak!

Konon nak buat piramid, tapi ade yang ke bawah pulak tangan nye ha.

Comel kan. Minu ngan anak arab name Jana. Budak ni sangat mesra alam. Tetibe je datang kat kitorang pastu sengih-sengih ngan gigi tak cukup die tu. Pastu kan, ade sorang pakcik arab ni bagi aku baby laki die sebab nak amek gamba same. Haha, tetibe je kan. Alamak! Lupe nak bluetooth la. Habis la gamba aku masuk tah mane-mane kang. Nak mintak facebook pakcik tu dah terlambat. (Macam pakcik tu layan FB, ceh)

Kat Metro Sayeda Zainab. Time ni nak bye bye dah. Bye Minu. Eh Khai kat blakang amek gamba gak eh. Haha.

Itu lah kisah aku kat Cairo hari tu. 4 hari kat sana sangat best! Sayang kawan-kawan sume. Terima kasih tak terhingga sebab layan kitorang ngan baik, especially Minu and Housemates.
Esok dah start kelas. Modul 3 plak. Yo, saya naka belaja rajin-rajin. Nak dapat nombo 1. Hahahaa. Kau ingat kau kat Darjah 1 Bestari lagi ke ha nak nombo 1 bagai?

No comments:

Post a Comment