Saturday, July 31, 2010

Entry yang random.

Salam 'alaik.

Pagi tadi berjalan tak hengat dunia. Destinasi tak jauh. KL je. Midvalley. Naik KTM yang Ya Allah sesak gilak. First time aku naik dan sesak gitu. Nasib baik ada koc wanita. Takdela kena bersesak dengan lelaki. Alhamdulillah. Sayang KTM. Pulak dah. Haha.

Pergi Midvalley takda buat apa pun. Saja berjalan, konon sebagai aktiviti after exam. Merangkap aktiviti terakhir before habis kursus kat KTT. Ish sedih di situ.

Telah membawa kaki menuju MPH Midvalley yang besar. Dan sangat suka! Excited! And you know me. Bookstores are 1 of my fav places. I got some pics here, tapi macam malas nak upload. Mintak tumpang lalu. (Dalam English, excuse me.)

And I got a Sophie Kinsella's book-Can You Keep A Secret?. Ya saya tahu buku ini sudah lama. Tapi saya tetap mahu. Dan saya juga beli komik. Teman Lelaki Terhebat dan Cuti. Tajuk nak geli. Tapi sinopsis cam best. Jadi saya beli. Semua sekali RM49.90 sahaja. Eh macam tak perlu nak mention harga di situ. Tapi terlanjur type, malas nak backspace. Mari move on.

Lepas solat zuhur, membawa kaki lagi. Tanpa hala tujuan semestinya. Atau kata lainnya, window shopping. Ha!!! (Muka terkejut). Aku dah jumpa boutique L'Occitane. Dan aku dah survey shampoo yang cam best tu. Tapi harga dia kus semangat. RM 73 satu botol. Jadi aku blah dari situ dengan hati yang tersiat-siat. And one thing yang aku perasan, the poducts memang mahal. Because overseas punya produk kan and btw, it is fully organic. Cara display pun nak mantap. Takda boleh pegang suka hati. Botol pun klasik fm. Tapi takpa, aku akan start kumpul duit dari sekarang. CewaHahaha.

Then, terus balik. Sampai rumah dah pukul 5. Solat dan terus baca buku!!!! Yayy!!! Eh aku lupa nak mention latar masyarakat kat Midvalley tu kan. Aku jalan ngan Wanie ngan Shee je. Hihihihi. Aku sebenarnya tengah berfikir dalam otak 'Pasal apa aku tulis menda ni ea? Tak penting pun kan' Tapi biarlah. Terlanjur membuat entry, baik post terus.

Ok lah. Aku ngantuk bangat deh. Jumpa lagi.

Wassalam. =)





Friday, July 30, 2010

Salam 'alaik people.

Hari ni sangat menggembirakan.

Tapi malam tadi, aku rasa something yang aku selalu rasa, tapi aku tak berapa ambil berat pasal dia.

Apa bendakah?

It has something to do with changing yourself. To the better of course. But I'm afraid I'm not that strong to make the change. I need someone who will remind me. I really need a friend to guide me to go through this change.

This change is going to require a hella lot of consideration and patience from me. To mantain it, is another thing that has to be questioned again.

Am I capable of mantaining it? Am I capable to go through the change?

I really want to make the change. InsyaAllah some times in future. It is just the matter of time. Hehe. Matter-of-time reason is so cliche, isn't it?

''Everyday in our life is a process of learning and a process to improve ourselves.''

And I'm trying to make some improvement out of myself. I'd say, I have to lessen my laughter in the first place. And second to talk less and listen more.

Every people I met, they said I am one happy-forever-laughing kind of person. But almost everytime after I laughed my heart out, at that instant, I felt kind of lost. A feeling of been left. By whom and why, I don't even know. And I realized, it is never good to be laughing out loud every single moment in your life. Laugh with certain situations restricted to certain people.


''First impression is important but not to be judged. There are more that lies inside, but it doesn't take seconds to discover it.''







Taman Mawar

Taman Mawar. Taman yang banyak kenangan. Kenangan suka ria. Duka takda kot. Hee. Tetiba je aku cakap pasal Taman Mawar.

Sedar tak sedar, dah nak 3 bulan aku bermastautin kat Taman Mawar ni. Nanti dah blah dari sini, mesti aku rindu nak jalan-jalan usha rumah orang, jogging ke hulu ke hilir(walaupun jarang buat), pergi surau wardah dengar tazkirah dan main buai kat taman macam budak kecik. Mungkin last moment to perasan kecik or whatever. Hesh taknak la last moment. Aku kan childish. Ahaha. Bajet di situ...
//
Aku baru habis exam. Final exam yer. Subjek last ialah Biology dan English. Semalam aku tidur pukul 4 pagi. Stay up till 4 in the morning and the tears are pouring, and I wanna make it worth the fight'' Cewah Gwen Stefani. Haha.

Rasa heaven betul dah habis exam ni. Semalam study Bio sampai rasa nak termuntah kuning, hijau, merah (Isyarat merah, hijau, biruAish masuk IT lah pulak). rasa nak termuntah warna warni. Ada ke?
//
Aku tak ingat berapa hari lepas, tapi yang penting, dalam minggu ni jugak la, brothers aku ditimpa musibah. Kecederaan tak berapa serius tapi cukup untuk menterkejutberukkan aku. Enough said, semoga mereka cepat sembuh. =)
//
Aku tak sabar nak balik!! Tapi aku macam sedih nak habis kursus ni. Pasal apakah? Pasal aku rasa kursus ni sangat best. Macam dah banyak kali cakap kursus ni best. Taknak la cakap lagi. Nanti korang cakap aku bajet. Haha.

Ok la. Mahu setop.

Wassalam.



Saturday, July 24, 2010

KiTT Sports Day

Salam 'alaik people.

Lame tak jumpa. Well, agak susah nak carik source internet kat rumah ni. Dan hari ni, I should thank Shee as due to her broadband I'm able to meet you all. Though not face to face of course.

Hari ni cuti. Bagai pucuk dicita ulam mendatang la pulak. So, dapatlah, kami berehat dan bercinta di rumah setelah penat dan lelah bersukan 3 hari berturut-turut. Dan aku semestinya bercinta sakan hari ini. Buku Sheldon dah selamat aku khatamkan tengahari tadi. Sengal sengal sendi, lutut, tulang pun dah selamat aku urut. Cewahh.

Aku tak pernah tahu yang semangat 'sport-woman-ship' aku agak terbaik jugak. Haha. Kalau tak, takdenye sampai lebam lutut, lebam tangan, bengkak wrist aku dek sukan hari tu ha. Siap main futsal, bola jaring, bola 'tampo'. Eiii lawak!! Tak pernah join walau sekali pon game berunsur bola bola ni kat sekolah dulu. Tapi kat kolej boleh terjebak pulak. Dah la main agak terbaik gak. Muahahaa. Mari tepuk tangan beramai-ramai. Ok sebenarnya part terbaik tu aku saje poyo.

Group aku takdak menang emas pon. Tapi takpe, yang penting we all had a blast during the sports day. We've done our best and cheered whole heartedly. Managed to be in second place for all events(girls) and luckily the boys did cover us up. Mereka dapat banyak gold, jadik membalancekan markah group kitorang ngan group lagi satu. Last last keputusan group terbaik ialah DRAW! Fine la wei...

Konklusinya:
  1. Dapat experience main futsal jadik goalkeeper terbaik sepanjang zaman (penipuan nyata di situ)
  2. Dapat lebam kat tangan sebab terlalu 'mangat' main bola tampar. Aish, tamparan agung.
  3. Lepas ni aku boleh membongkak kat orang lain cakap 'aku pernah kene sepak ngan orang sampai lebam time main futsal' .

Gambar tak boleh upload la pulak. Mak-sa-a-lah-beth-ol. Haishhh.

Fine la. Till then orang-orang.

Wassalam. =)

Tuesday, July 13, 2010

Story at the time being

Salam 'alaik people.

It has been quite a while since I last blog here. Almost a week. Yeah, a week is a long time, for me. Tehee. Life is dull. Is it?

Keep doing the same thing everyday. Lots of my friend were absent due to the dengue fever. And the saddest thing is one of my housemates got it too. Pity her. Am seriously looking forward for her to come back to college.

And this Thursday going to be our KiTT Day. Am taking part in choral speaking. Tell you what, I had left this choral speaking stuff about 6 years already. And now going to be part of it again. So I must say, this is kind of nerve-wrecking thing for me. Booyah.

And so much thing to do yet so little time. Among the things are:

  1. Futsal training. Yeah I'm in my class futsal team. Specially formed for KiTT Sports Day. I am also in track events. 100m, 4x100m and 4x200m. Just believe it babes. Obese or excess adipose tissues reasons are not acceptable. So yeah, there I am. Haha.
  2. Choral speaking training. And drama training, (can I?). I hate stage fright!!!!! Go away you SF!!!
  3. English assignment. An essay including citation and reference and all that jazz. Can we just assume this doesn't exist?
  4. IT assignment. Print and submit. And this one. Can someone else print it for me, pretty please. I'm begging shamelessly. Hehe.
All should be done by this week.

InsyaAllah am going home this Friday. Yay. Good news. But guess I have to go by KTM alone. Bad bad news. Nevertheless, thank God, not a long one, luckily. So, BASYAA!! Or whatever Korean call it.

P/s: Hey I'm going to put an entry about Mat'am Saba' (An arabic reastaurant) next time. We went there yesterday. Gonna rant about the food, the cook and the system. And perhaps some pictures to do the talks.

Till then.

Wassalam.




Tuesday, July 6, 2010

Makin sesakk..

Salam 'alaik peeps.

Berita semacam menjengkelkan hari ini. Berita tidak menggembirakan langsung.

Hari ini. Dapat jadual baru. To be precise, the third schedule since registration. Asyik asyik rombak. Asyik asyik rombak. Rombak rombak rombak. Tembak nak?

Dahlah jadual habis pukul 6 petang except for Rabu. Hari Khamis pulak, ada kelas stright dari pukul 2 sampai pukul 6. Haiyaaa. Mati ooo.

Guess have to learn to accept this 'busy'ness starting from now. Takde lah terkejut seperti monyet nanti bila start kelas kat Mesir.

Dan populasi di KTT semakin meningkat. Sejak student A-Level masuk, dan sejak student diploma masuk. Naik turun tangga mesti slow slow, takut tertendang orang. Atau lebih malang lagi terbunuh orang. Ceh sangat ganas.

Rasa pening kepala dan mahu selsema lah pulak sekarang. Pagi tadi telah membaham sebiji pil selesema dan sebiji panadol. Setelah dikunyah-kunyah panadol tu sampai lumat, berjaya jugak dia turun ke perut. Gemilang betul.

Ok sudah penat.

Wassalam.

Sunday, July 4, 2010

Kecewa mati-matian

Hari ni sudah habis exam. Tapi macam biase suka terkesal kesal dengan apa yang dah dibuat. Sebabnya macam biasa, selalu rasa belum beri dan buat yang terbaik untuk exam. Pokok pangkalnya juga seperti biasa, sebab suka study last menit. Memang nak kene tau. Lepas ni kalau study lagi di minit-minit terakhir, I delete acount blog ini. Hahhaa. Tak nak kan. Ok sekarang dah insaf. Sekarang ni je. Next exam buat lagi. Dushh sekali. Huahuahua.

Tadi waktu periksa Biology, soalan pertama aku dah menghentam. Function of SA node, AV node, AV Bundle dan Purkinje Fibre. Aku tak baca sebab function dia terpencil. Aku rasa macam tak penting. Sekali dia buat surprise grand entrance pulak. Soalan first lagi tu. Malang I am.

Soalan BI memang needless to say. Sangat susah dan boring. Muahaha. Serious boring. Aku pun nak tak nak je jawab soalan English tadi. Keluar pasal Thesis Statement dan Conclusion Parangraph. Ha paraphrasing sekali. Oh aku memang lemah bab nak menkeluarkan topic statement dia. Pastu nak paraphrase lagi. Vocab dah la luas sikit dari kangkang semut. Ok lah. Exam pun dah habis. So tak payah cerita pasal exam lagik. Bosang. Dan mendukalarakang. Mangjanglarang, tetiba!

//

Aktiviti malam ini:
  • usrah dengan Ukhti Laili.
  • menengok facebook
  • blogwalking
P/s: Aku mencik bila aku nak baca blog orang pastu keluar 'permission denied'. Nak nak kalau die blogger favourite kau. Macam terkecewa secara mati-matian di depan pintu blog itu. Pfttt. Tapi suka hati la. Tu blog dia kan, so up to dia la. Tapi aku nak baca...Hahhaa. Hello, aku bukan penyibuk neither stalker. Aku cuma suka membaca. Nak nak bahan bukan berunsur ilmiah. Hahaha. Ok aku mahu stop ranting.

Wassalam.


Friday, July 2, 2010

Hari ini hari Jumaat

Sekarang sedang mentaip ini entry tanpa hala tuju sebab takda signboard. Aku nak mengomel dan memenuhkan blog ini dengan entry entry berunsur tiada faedah seperti entry 'hari ini hari Jumaat.'

Sebab hari ini hari Jumaat, aku rasa nak letak satu tazkirah yang aku dapat daripada buku 'Murabbi Cinta' Ustaz Hasrizal. Engkau kenal tak? Ala tuan punye blog Saifulislam tu. Ok, tazkirahnya berbunyi begini.

''Kalau nak bahagia cara susah, saya kena ubah semua benda yang menyebabkan saya tidak bahagia. Dan itu mustahil. Tetapi jalan yang paling mudah untuk bahagia, ialah saya ubah apa yang saya paling boleh ubah iaitu DIRI saya sendiri.''

Ok dah baca? Ini sebenarnya adalah satu kesimpulan yang dibuat oleh seorang anak muda yang tak pueh hati ngan bapak eh dan emak eh. Sebabnya parents die jarang nak bercakap dengan dia, tapi ngan kawan-kawan budak ni, siap boleh gelak-gelak lagi. Aku tamau hurai yang die ni. Aku nak bagi contoh baru.

Paling penting sekali, ubahlah diri kita dulu. Kalau kita sendiri dah mindset kita tak suka, memang la jadik sampai kiamat pun tak suka. Kan kan kan. Contohnya, kau masuk kolej. Kolej kau kecik je. Sekolah rendah kau lagi besar mungkin. Tetapi, kau jangan mindset yang kolej tu tak best. Sebab there's more than what meet the eyes. Isn't it? Kau tak tengok lagi lecturers die. Kau tak tengok lagi die punye kedai mamak(Tipu je). Hahaha. Jadik, kau kena ubah diri kau. Ubah mindset kau. Set yang kolej ni nampak je gini. Tapi aku boleh gerenti kolej ni best sebab muka lecturers semua soleh solehah belaka. Ok.?

Aku ni macam sedang mentulis pengalaman diri sendiri. Ewahh. Tibe tibe rasa MATURED. Haha.

Ok tu je nak cakap. Eh bukan ke tadi kat atas aku kate entry ni tak berfaedah. Tapi tetibe ade tazkirah pulak. Siap dengan huraian lagi tu. Tu la die berkat hari Jumaat. Nak buat benda tak baik pun, terus tertutup hati.

Ok semua, mari potong kuku beramai-ramai dan mandi sunat dan berzikir dan hafal Bahasa Arab. Sebab nak periksa Arab petang ni tahu.

Wassalam...

Thursday, July 1, 2010

Nak buat suara kartun? Boleh.

Petang Khamis macam biasa. Habis exam Pengajian Islam, terus balik rumah. Solat Asar dan basuh baju sampai pinggang reput. Ok tipu je, baju semua hantar dobi. Bereh.

Petang Khamis maksudnya pasar malam Taman Sejora. Saje tukar Seroja jadik Sejora. Bagi unik sikit. Aku tak beli banyak sangat lauk pon. Macam biase, cendawan goreng tak boleh miss. Itu makanan asasi. Eh tipu je. Itu adalah salah satu rahsia berat badan mantain takda turun turun selama 11 tahun.

Kat pasar tu ada jual belon yang diisi gas helium. Dan tanpa tersangka sangka oleh aku, si Yaya, mera housemate pi beli satu belon tu. Ada cop Doraemon atas belon tu. Katanya, nak buat eksperimen suara kartun. Sumber idea: TVIQ. Apakah?

Dia kata kalau kita sedut helium through mulut and then kita cakap, suara kita akan berubah jadik seakan-akan suara kartun. Atau macam suara makhluk asing. Ala yang suara penyek siket tu. HAHA. Suara penyek. Aku teringat seseorang. Ah lupakan. Aib tau.

Sampai je rumah, terus buat operasi secara kecil-kecilan berbekalkan semangat kanak-kanak channel TVIQ. Yaya yang buat. Sebab die yang beli. Dan sebab die yang mempunyai guts untuk berbuat demikian. Kami semua pun ada guts masing-masing tapi tiada guts untuk bereksperimen dengan helium. Sila fahamkan. Kalau tak faham, simpan dalam kepala, esok boleh tanya guru Sains. Haha

Dan hasilnya, suara dia terus transform macam suara katak dalam lagu 'Lonely'-akon. Canggih gila. Boleh menyamar sebagai kartun spongebob telefon anak-anak kecil sebagai birthday surprise. Comel gila ah. Haha. Tapi seriously wa cakap lu, suara kartun yang terhasil memang sangat kelakar. Macam nak pecah perut, belum pecah lagi, gelakkan suara tu. Cakapnya cuma 5 6 patah, gelaknya 10 minit. Hahaha. Siap rakam lagi suara dia. So funny. Hillarious. Terrific. You name it.

Konklusinya di sini, suara kita boleh berubah dengan helium yang disedut melalui mulut. BUKAN HIDUNG. Mungkin kalau sedut gas argon boleh transform jadik Siti Nurhaliza. Muahaha, tipu sahaja. Jangan try. Kalau try jugak, jangan babitkan aku.

Konklusi kedua: Astro tu bagus jugak untuk orang orang yang reti mengguna. Kalau tak reti guna, jangan beli. Membazir wang dan waktu.

Akhir kalam, selamat mencuba! Eh tetibe.

Sehingga bertemu lagi.

Wassalam...