Thursday, July 1, 2010

Nak buat suara kartun? Boleh.

Petang Khamis macam biasa. Habis exam Pengajian Islam, terus balik rumah. Solat Asar dan basuh baju sampai pinggang reput. Ok tipu je, baju semua hantar dobi. Bereh.

Petang Khamis maksudnya pasar malam Taman Sejora. Saje tukar Seroja jadik Sejora. Bagi unik sikit. Aku tak beli banyak sangat lauk pon. Macam biase, cendawan goreng tak boleh miss. Itu makanan asasi. Eh tipu je. Itu adalah salah satu rahsia berat badan mantain takda turun turun selama 11 tahun.

Kat pasar tu ada jual belon yang diisi gas helium. Dan tanpa tersangka sangka oleh aku, si Yaya, mera housemate pi beli satu belon tu. Ada cop Doraemon atas belon tu. Katanya, nak buat eksperimen suara kartun. Sumber idea: TVIQ. Apakah?

Dia kata kalau kita sedut helium through mulut and then kita cakap, suara kita akan berubah jadik seakan-akan suara kartun. Atau macam suara makhluk asing. Ala yang suara penyek siket tu. HAHA. Suara penyek. Aku teringat seseorang. Ah lupakan. Aib tau.

Sampai je rumah, terus buat operasi secara kecil-kecilan berbekalkan semangat kanak-kanak channel TVIQ. Yaya yang buat. Sebab die yang beli. Dan sebab die yang mempunyai guts untuk berbuat demikian. Kami semua pun ada guts masing-masing tapi tiada guts untuk bereksperimen dengan helium. Sila fahamkan. Kalau tak faham, simpan dalam kepala, esok boleh tanya guru Sains. Haha

Dan hasilnya, suara dia terus transform macam suara katak dalam lagu 'Lonely'-akon. Canggih gila. Boleh menyamar sebagai kartun spongebob telefon anak-anak kecil sebagai birthday surprise. Comel gila ah. Haha. Tapi seriously wa cakap lu, suara kartun yang terhasil memang sangat kelakar. Macam nak pecah perut, belum pecah lagi, gelakkan suara tu. Cakapnya cuma 5 6 patah, gelaknya 10 minit. Hahaha. Siap rakam lagi suara dia. So funny. Hillarious. Terrific. You name it.

Konklusinya di sini, suara kita boleh berubah dengan helium yang disedut melalui mulut. BUKAN HIDUNG. Mungkin kalau sedut gas argon boleh transform jadik Siti Nurhaliza. Muahaha, tipu sahaja. Jangan try. Kalau try jugak, jangan babitkan aku.

Konklusi kedua: Astro tu bagus jugak untuk orang orang yang reti mengguna. Kalau tak reti guna, jangan beli. Membazir wang dan waktu.

Akhir kalam, selamat mencuba! Eh tetibe.

Sehingga bertemu lagi.

Wassalam...




No comments:

Post a Comment