Friday, July 2, 2010

Hari ini hari Jumaat

Sekarang sedang mentaip ini entry tanpa hala tuju sebab takda signboard. Aku nak mengomel dan memenuhkan blog ini dengan entry entry berunsur tiada faedah seperti entry 'hari ini hari Jumaat.'

Sebab hari ini hari Jumaat, aku rasa nak letak satu tazkirah yang aku dapat daripada buku 'Murabbi Cinta' Ustaz Hasrizal. Engkau kenal tak? Ala tuan punye blog Saifulislam tu. Ok, tazkirahnya berbunyi begini.

''Kalau nak bahagia cara susah, saya kena ubah semua benda yang menyebabkan saya tidak bahagia. Dan itu mustahil. Tetapi jalan yang paling mudah untuk bahagia, ialah saya ubah apa yang saya paling boleh ubah iaitu DIRI saya sendiri.''

Ok dah baca? Ini sebenarnya adalah satu kesimpulan yang dibuat oleh seorang anak muda yang tak pueh hati ngan bapak eh dan emak eh. Sebabnya parents die jarang nak bercakap dengan dia, tapi ngan kawan-kawan budak ni, siap boleh gelak-gelak lagi. Aku tamau hurai yang die ni. Aku nak bagi contoh baru.

Paling penting sekali, ubahlah diri kita dulu. Kalau kita sendiri dah mindset kita tak suka, memang la jadik sampai kiamat pun tak suka. Kan kan kan. Contohnya, kau masuk kolej. Kolej kau kecik je. Sekolah rendah kau lagi besar mungkin. Tetapi, kau jangan mindset yang kolej tu tak best. Sebab there's more than what meet the eyes. Isn't it? Kau tak tengok lagi lecturers die. Kau tak tengok lagi die punye kedai mamak(Tipu je). Hahaha. Jadik, kau kena ubah diri kau. Ubah mindset kau. Set yang kolej ni nampak je gini. Tapi aku boleh gerenti kolej ni best sebab muka lecturers semua soleh solehah belaka. Ok.?

Aku ni macam sedang mentulis pengalaman diri sendiri. Ewahh. Tibe tibe rasa MATURED. Haha.

Ok tu je nak cakap. Eh bukan ke tadi kat atas aku kate entry ni tak berfaedah. Tapi tetibe ade tazkirah pulak. Siap dengan huraian lagi tu. Tu la die berkat hari Jumaat. Nak buat benda tak baik pun, terus tertutup hati.

Ok semua, mari potong kuku beramai-ramai dan mandi sunat dan berzikir dan hafal Bahasa Arab. Sebab nak periksa Arab petang ni tahu.

Wassalam...

No comments:

Post a Comment