Tuesday, June 29, 2010

Boreddddd...

Aku malas nak periksa tahu! Memang tak baik. Tapi aku tak suka jugak. Hehehe. Degil ya memang bloody degil. =)

Currently is reading Physics. Eh no, is typing a super borrrrrring entry for borrrred people. Hehehe.

Ko tengokla nanti dah habis exam. Eee aku nak enjoy puas puas. Muahaha.

"Eh total energy formula ape?" Sorry selingan satu. Kawan aku tanye. Dan aku speechless. Tak dapat memberi jawapan yang tepat. See!

This Physics stuff is really not my niche area. A- kot. Hehehe. Ok ok dah. Aku nak gosok baju. Pukul 2 bas datang.

Salam 'alaik peeps. =)

UPDATED:

Physics-76%. Ehehe. Told you, its gonna be A-.
English- Should I say highest in class? Teehehehe

Monday, June 28, 2010

Jumpa kejap la


Sabtu lepas, aku balik Muar. Sebab ade hal kekeluargaan yang perlu diambil perhatian. Ehem. Dan bak kate pepatah, sambil menyelam minum air. Aku pun plan la untuk jumpa dengan sahabat yang dah lama aku tak jumpa. Orang Muar jugak.

Ha, ni rupa die. Jangan tanya aku kenapa ekspresi muka die cenggitu.

Eh eh, ekspresi aku pun lebih kurang 2 kali 5 je la ngan die. Paku dulang paku serpih, Mengate orang dia yang lebih. Haha. (Eh jap jap, dah 2 peribahasa aku keluarkan dalam entry ini. Bukankah A Samad Said akan bangga?)

Kami jumpa kat Wetex. Wetex ni tempat outing student Maahad Muar yang paling famous la gitu. Kire kalau pergi Wetex hari Jumaat ngan Sabtu, dari dalam kereta dah boleh nampak baju batik maroon dak Maahad kat pintu masuk. Itu tak campur lagi kalau pergi TanjungMas kat tingkat atas. Memang confirm sesak kat atas tu. Dak Maahad kan rajin beli buku rujukan. Eceh.

Alahai mata ke sana pulak dia. Eh apesal aku tengok aiskrim Sab? Tak paham gila. Sumpah, ni bukan sebab aku tersaliva dengan aiskrim itu okeh. Nehi nehi. Ni mungkin tertangkap sewaktu candid. Lama gila tak makan kat Daily Fresh. Aku hantam sama die punya waffle ngan air mango gilak manis. Nyesal beli air mango tapi at the end habis jugak air mango tu. Pastu terus terkesal kesal takut kena diabetes diusia hijau. Apakah? Eh betul la ok. Diabetes itu bahaya. Jadik aku telah berpuasa for the next 3 days, buka minum air kosong aje. Gula hanya dapat dari nasi. Ceh tipu gila. Haha. Korang boleh bagi aku RM 100 kalau aku berjaya buka puasa ngan air kosong sahaje tanpe air manis. Ehheheh. Kalau kat SMAP ni kayo eden. Sebab selalu bukak puasa ngan air kosong. Bagus memang bagus. Tersaliva pun saliva gak. Erkekekeke. <

Yang tudung purple tu sepupu aku, orang Labuan ba. Datang dari jauh sebab nak join hal kekeluargaan tu. Mana boleh miss. Tak boleh tak boleh. Yang atas ni gamba lepas dah puas jumpa. Pastu dah tak boleh nak berpisah. Menangis nangis pegang tangan Sab kat eskalator, taknak berpisah. Eh apasal eskalator?!! Ok nampak sangat itu exaggeration. Ni gambar masa dah nak balik. Sebab dah pukul 6. Anak dara tak boleh balik Maghrib maghrib. Bukankah begitu? Eceh. Kecuali kalau jammed kat depan Wetex sebab ada accident, ha itu boleh dimaafkan. Eh apesal nak kena tulis pasal anak dara tak boleh balik maghrib pastu jammed sebab accident depan Wetex? Muahaha.

Ok la ok, aku pun dah malas nak mentaip kat sini. Aku perlu mentaip assignment Teknologi Maklumat. Eceh. Kedengaran sangat rajin. Tidakkah mak dan abah akan bangga? Haha. Ok ok, enough. Teehee.

Bye, Wsalam.

Thursday, June 24, 2010

Hai Blog


Hai Blog. Lame tak jumpa. Apa Khabar? Sihat?

Hei hei, aku sangat merindui blog ini tahu! Cube tengok last post. 15 Jun tu. Sekarang sudah 24 Jun. Kalau dalam kelas tengah boring boring tu, tetibe je 'Eh lame gila tak blogging'. Die pop up dalam otak tetibe. Tapi yalah, apa nak dikata. Aku tak bawak laptop pegi kolej. Kalau nak blogging, aku kena sorang sorang je. Kalau ada orang tengok aku blogging, aku seakan jammed sebentar. Macet tahu? Bahasa Indonesia la.

So perkembangan hidup yang sentiasa membesar lingkungannya ini; next week exam. Next week student A-level masuk. Next week Sabtu dan Ahad tak cuti(wuthayawanfromme!!??). Tu je la kot. Macam bakal hectic je. ''Ow baby, lek lek. ''

So to cut things short(as I am so sleepy), I'm gonna summarize the occasions that took place in my life for the past 9 days. (Eh apehal tetibe nak cakap omputih ni?!)
  • Syahir pulang
Alhamdulillah he arrived Malaysia safe and sound. And most importantly, I got a new t-shirt from him. How cool. A red ''Moscow Medical Academy'' long sleeved t-shirt. (I know I shouldn't be this precise but I can't help it). And yeah as usual he growed long hair which got cut the next 2 dyas as there was a kenduri in my kampung. So long hairs does not represent a good image right. Though he loathed his new haircut, I think that was just alright. Or maybe it is me who don't know how to measure how good a haircut is.
  • Port Dickson Trip
Memang fun gile wa cakap lu. There, first time naik banana boat. My, sumpah best tahu! Words can't describe it. Cewah! Though the cost was a tad expensive but it simply worth it like seriously. Paid RM10 per person and we can ask how many time we want to be dropped into the water. (With lifejacket on, obviously). My group, we asked for twice yeah, you see, that was our first time, so we were quite anxious. But after this, I would beg them to drop me 5 times and more more more, be pretty please. Haha. It was seriously fun. InsyaAllah no harm can be done. Just be careful and you are safe. Actually, I didn't bring extra clothes that day as I was so sure I didn't want to swim(I thought there's no fun in PD back then) . But because of that pretty adorable sensuos(?) banana boat I was willing to buy a new tshirt just to got myself on it. How adorable, no? And this part should be closed with cliche sentence; Though we were exhausted at the end of the day, we were so happy to get to know how beautiful PD is and how amazing the banana boat is. Oh the latter is more, thousands time moreamazinger. Ohkay. Over I am. Excuse me dear readers.

I think that should satisfy the blogging-hunger in me. I'm gonna sleep now. Till we meet again in the next entry.

p/s: Warm welcome to KTT-ans to-be from a KTT-an. =p

Updated: Camwhoring in PD

Me and Nasuha. Ni dah puas jadik manusia berendam. Bukan badak berendam. Topi orang lain punya okeh.

See there. Lepas disengaja-terjatuhkan. Best gila!!!

Okeh ini paling best. Muka muka cuak before disengaja-terjatuhkan dari bot buah pisang.
Orang yang in love with PD. Lagi lagi yang tudung pink tu.




Tuesday, June 15, 2010

Saki baki daki

Eww, mane ade daki la sudu. Meh sini, biaw aku bagi correction sikit. 'saki baki cuti'. Eheh, saje je yang atas tu nak bagi biaw 'ki ki ki' belakang die. Saje gedik. Excuse me.

Weh dah nak habis cuti you see. Agak sad maa. Tapi suka jugak nak balik kolej. Sebab tak sabar nak jumpa dengan orang tuu. Dia nak bagi something. Eheh.

Hari ni mak lin datang rumah. Ee suka! Lame tak jumpa mak lin. Beliau sihat sihat sahaja. Ceria macam biase. 'Sukanya bila dia ceria...' (music background, excuse me)

Hari ni aku puasa sunat. Kate bulan Rejab kan. Jadik, puasa sunat sangat lah digalakkan. Hep, aku bukan mahu show show ini ya. Tidak sama sekali. Saja je tulis, buat kenangan bila baca baca balik blog ni. Eheh. Memang itu pun tujuan blog ini dibuka.

Okeh borang perjanjian pun dah hampir settle. InsyaAllah sempat siapnya tu before balik esok.

Ha!! Esok InsyaAllah Syahir balik! Yahoo! Doakan beliau selamat sampai ke tanah air ya. Em, aku pulak akan pulang malam ke rumah sewa di kolej. Sebab nak ambik Syahir dulu. InsyaAllah if everything goes well as planned.

I'm Doomed

Aku dah stress gile ngan bende perjanjian tu. JBgbuygdyhbg! Haishh.

Nak sign pesuruhjaya lah bagai. Ni nak kene call mara jpa la pulak. Eee geram geram.



Monday, June 14, 2010

Rasanya...

Aku rasa aku allergic pada monosodium glutamate.

Sebab, setiap kali habis makan maggi, aku akan rasa pening.

Tapi, lepas makan Snekku tak pulak pening. Kenapa?

Kesimpulannya, Jangan Makan Maggi.

Cerita cuti 5 hari

Assalamualaikum wbt.

Wee, aku happy gilak skang nih. Aku ade kat rumah tengah ngadap laptop dengan hati yang suka ria riang raya. Pftt, apa engkau meraban?

Em tapi bila pikir balik, ade something yang buat kureng happy. Sebab kitorang(KiTT'an) kene isi surat perjanjian dengan MARA. Ala, yang pasal pinjaman sume tu ha. Kalau tak isik, tak dapat duit! So, wajiblah kami isik that thing. Dan nak dijadikkan ceghitenye, surat tu sangat la susah untuk diisi. No liquid, no stains, no renyuk renyuk, and correction die sikit punye rumit, nak kene initial kite and penjamin penjamin plak. Senang citer, memang mensengkelkan la. Tapi, name die pun perjanjian, jadi, memang la strict, no?

Cuti ni takde buat ape sangat pun. Macam biasa, istilah cuti bagi aku maksudnya facebook dan blogging on its way. Selain dari makan, tidur dan menggodeh peti ais. Haha. Eh tolong mak sekali. Maklumla, sejak takde bibik ni kan. Kene la buat sendiri. Yang tak syok nye tu, kite yang anak pompuan tunggal ni la yang kene buat banyak bende. Yang bujang dok syiok syiok er'facebookeh. Ops, kantoi da mereka tu..Hehe. Tapi aku salute kat adik bujang aku yang bongsu si Mur Gem itu. Sebabnya, dia sangat rajin kat rumah. Amat berbeza sekali dengan abang-abangnya. Ehem, sila bangga sikit wahai adindaku Mur Gem. Kadang-kadang die yang angkat baju. Dia juga tak malas basuh pinggan lepas makan. Tak macam Teeettt Tettt. Haha, habis aku kene luku kalau Teettt Tettt tahu ni. Aiyoo.

Tadi kami adik beradik bershopping di Kip Mart. Gi beli daun ketumbo, daun sederi dan daun bawang dan nenas. Dan barang barang rumah yang lain. DVD juga tidak dilupakan. Pftt DVD mane pernah lupa. Wajib itu. Compulsory tahu! Hee, shopping adik beradik juga merupakan aktiviti menarik yang signifikan untuk diselitkan dalam diari cuti kali ni. Eceh, diari, gelish betui. Dan aku akan pastikan next cuti ni, dimana si Syahir juga available, InsyaAllah, kami akan bershopping lagi lagi. Adik beradik. Mungkin di Tebrau City, mungkin di Sogo. Lokasi dia nanti la kita discuss. Tapi lagi gempak lagi bagus. Haha, ngada ngada gila. Excuse me. Take note wahai kakanda di Moscow sana. Haha.

Sampai di sini sahaje la entry kali ni. Babaii.

Saturday, June 12, 2010

Macam mana nanti?

Assalamualaikum..

Hari ni, 12 June, some of my friends sudah terbang untuk further study di USA. Maka banyak lah gambar-gambar yang ditangkap dan telah di muatnaik dalam facebook. Ada gambar yang seronok dan gembira. Dan ada gambar yang sedih dan mensayukan hati tukang tengok termasuklah aku.

Isk, aku ni la kan, bab bab feeling ni memang over siket. Biaselah, orang berhati rapuh la katekan.

Aku pun terbayang la suasana bila aku fly nanti. InsyaAllah, bi iznillah. Macam mana ek? Aku rasa aku pasti confirm menangis. Ya Allah, kuatkan hatiku...

Yang sebenarnya, sekarang ni pun dah terasa siket siket nak nangis. Ha tengok tengok. Ni baru taip. Belum kat tempat sebenar lagi. Bagaimanakah nanti. Waaa, kuat ke aku ni??

Ish feeling plak aku ni...

K la, kepadaNya kita berserah...

Wednesday, June 9, 2010

Isya' tadi...

Tadi malam aku baik siket. Solat Isya' awal waktu. Lepas mandi aku terus ambil wudhu' nak solat Isya'.

Aku naik atas (sebab mandi kat bawah) dan ajak sesape yang available tuk solat jemaah. Uish memang Alhamdulillah, sejuk perut mak mengandungkan I. Hehe.

Ok, Wanie was available though she was sleeping. So I woke her up and asked her to ambil wudhu'. (ambil wudhu' dalam english ape?ablute ke?ke ablution?)

And Wanie without questions, agreed to be the imamah. Fine, we started to pray together.

Rakaat first Wanie bace slow, ngantuk ke ape kawan aku ni?

Rakaat kedua, ok dah kuat siket, Alhamdulillah.

Rakaat ketiga, tiba-tiba Allahuakbarullaaaaaaaahu akbar*azan berkumandang*....Cis, baru masuk waktu Isya' rupanya.!! Kami pun lantas memberi salam dan menghentikan solat. Blerghhh.

Wanie: Tiqahhhhh, nape buat kita macam ni...???

Aku balas dengan gelak horror tiada tandingan. Hahahhaa.

p/s: Sorry Wanie...Kita seriously ingat dah masuk waktu sebab kita kan mandi lame so macam confirm dah masuk waktu bila habis mandi. Rupanyaaa....

p/s: Jangan terlalu yakin dengan diri sendiri. Tengok jam dulu sebelum solat.


Saya suka assignment, bagilah lagi

Kihkihkih. Agak retarded title di atas ini. Tapi, ada aku kesah?? Ehhh...Ok ok.

Yang sebenarnya, aku sangat bimbangkan pasal diri aku. Sebabnya I have this one bad bad bad habit yang sangat bad bad bad. Hoi hoi. Ok cukup bad sudah. Habit itu ialah procrastinating. Habit kerja bertangguh ni tah bila lah nak luput dari diri aku neh. Haishh..

Macam hari tu, I was told to submit my assignment to our group co-leader, the Him, on this particular date. And a week before the deadline was our exam week. And so, you know what I'd done during that whole week right. Revising and all that. So the assignment went on abandoned by me. Kesian assignment. Hoh. And taraa...The next week came. And the deadline was only days in front. And yet I haven't done anything. At All. Macam gila only. And that assignment require you to do research (of course it did). From books, kitab, and internet.

And truth be told, 2 days before the deadline, I was struggling like a mental with google to finish the assignment. But two days aren't enough. For takat-hidung-punya-celik-IT people like me lah kan. Please, dont compare me with orang orang yang tak sepatutnya. I slept at 2am the night before deadline. Blergh memang mental habisss...And on the next morning, I went to college with my housemate yang ade kereta because I woke up and find myself look like a seriously grotesque zombie. (Oh, overnya!) Tak cukup tidur lah katekan. Hehe. Truth be told again, during my life here (in college till this current date), I've never slept over 12pm until the night before deadline. Ceh dah dengar macam cerita hantu pulak, the night before deadline. Haha. Okla tuh on the bright side, I've make a record myself. (Ehem, did that considered as a record?)

And yeah I've learned from this tragedy. Cewah tragedy tak boleh blah, over kau!.

P/s: Aku tak puas hati dengan ape yang aku buat tu. Ish, I know I can do better. Tapi sebab dah hantar, biarlah......Huhuhu. Sorry la ye kengkawan. My bad....

Ok dah nak makan. Babaiiii....

Sunday, June 6, 2010

Bagan Lalang punya Pantai

Sikit punya annoying title entry neh.

Tadi pagi kami pergi Sepang Gold Coast.

Kami bertolak pukul 8.30 pagi dari rumah sewa dengan kereta Yaya. Of course dia yang drive tadi takkan la aku plak kan. Ehehe. (mungkin tak lawak?) On the way ke sana aku nampak 3 haiwan mati kat tengah jalan. Rekod uh. Tak pernah umur aku tengok haiwan sebanyak itu mati di tengah jalan. Pertama sekali anjing kat tengah jalan, second, ayam kat tengah jalan gak dan yang last skali anjing kat tepi jalan. Apakah? Aku pun tak tahu dan tak faham cemane lagunye ia ia boleh termati kat situ. Sungguh brutal pelanggar tuh.

Habis pasal anjing dan ayam yang maut. Kita pindah pada Sepang Gold Coast pulak. Waa, seronok pergi sana. Aku hengat tempat die tak best. Rupanya best jugak la..Heee, suka suka. Aku dapat melepaskan gian nak berenang. Walaupun skang ni muka tengah sunburn. Ha bibir pun sunburn skali. Cemane tah die boleh tergoreng skali. So, la ni muka tengah pink pink. Ha, tengoklah esok esok ghupenye cemane. (Esok dah tak boleh pakai bedak. SOBS). Kat sana kitorang sempat main baling selipor and main Silentkiller. Ceh ini semua diorang yang ajar. Aku mana pernah main game game ni. Aku main wrestling aje kat umah. Haha. Takla. Dulu dorm aku menang tau game baling selipor. Jangan memain, kang aku tuju kang. Haha.

On the way balik, kitorang singgah kat kedai durian tepi jalan. Hajat dihati nak makan durian. Memang mengidam habis, kalah orang ngandung 6 bulan. Kekeke. Kami pun belilah. 3 biji je pun. Last last time nak bayar kene RM 65. Mahal nak mampuih. Tapi sebab perut punya pasal, kitorang proceed je la urusan jual beli ngan mak cik uh. (Ye, mak cik. Memang dah lame tak jumpa orang pompuan meniaga durian tepi jalan. Suaminya cuti, mungkin)

Dan sekarang kat depan kompiter ni sedang menyalin blog. Ish, nak balik gila!! Kredit dah habis!!! Sedih sedih. Esok baru boleh beli. Whateverla. Chow sin Chiii

Saturday, June 5, 2010

Hari ini aku skema.

Hari ini:

Dalam kelas bahasa arab ustaz Husam.
Aku disuruh untuk bercakap dalam bahasa Arab selama 5 minit di bawah tajuk 'Maza tahaddathu fi usbu' madhi?'. Dan aku pun bercerita la tentang exam yang telah selamat aku jawab dengan jayanya? Adakah jaya? Kita tengok nanti. Hehe.

Ceh bila bace perenggan atas ni balik, seolah olah terer benar aku speaking arab. Excuse me, saya masih kanak kanak yang sedang bertatih(kalau nak ikut analogi). Yang sebenarnya, memang banyak aku 'emm emm' sambil tangan bergawangan di udara. (hal maujud haza kalimah 'bergawangan?'). Tapi Alhamdulillah overall sampai la jugak makna bebelan aku tadi pada Ustaz. Hehe.

Dan petangnya, macam biasala. Ke rumah 23 bermain bedminton. Dan sejujurnya, tangan kananku ketika waktu, saat dan jam ini, (dalwaqti) sedang sakit yang amat sebab asyik main smash je. Bajet terer la tu, Haha. Takdala, mana ade terror. Aku masih seperti kanak kanak berusia 5 tahun yang sedang merangkak membaca buku (again, kalau nak dianalogikan). Tapi kami had fun. Kami main dengan anak jiran depan rumah 23, Anis. Baru darjah 6, tapi sangat mature (mintak maaf, tadi akak ingat awak dah form 3). Hehe.

Pulang ke rumah sendiri dan membuat bising bersama rakan serumah. Sebabnya telah berjumpa dengan lirik lagu 'Sadakny Khalas'' nyanyianAmr Diab. Kami berkaraoke sambil menggelakkan suara suara sumbang di antara kami. Haha. Sangat best. Memang ramai yang geram. Lagi lagi jiran keliling. Mintak maaf pakcik, makcik. Tapi keterujaan kami tidak boleh dibendung walau dengan Empangan Kenyir sekalipun. Apakah? Hehe. Aku sayang housemates aku. Terima kasih ya korang sebab dah brighten hayati. (apa kes cakap campur 3 bahasa ni?) Hehe.

Dan aku sedang sangat nak pulang ke rumah. Tujuannya untuk berkumpul dengan family. Yalah, cuti sekolahkan dah bermula. Tahukah bahawa sudah lama sangat kami tak berkumpul bersama? Mak, Abah, minta maaf sebab rumah itu sunyi tanpa kami. Tapi kami dalam usaha nak mengejar cita cita sekaligus berbakti kepada antuma. Harap doakan dan restui anak anakmu ini. Sesungguhnya kami sangat memerlukan keredhaan antuma. (Tetiba emosi.......)

Okay dah habis emosi(sambil kesat airmata, ceh). Esok pulak, kami (student KiTT) akan pergi berehlah di Bagan Lalang atau nama glamournya ialah Sepang Gold Coast(ceh, pantai pun nak glamour juga). Aku pun tak pernah datang tempat ni. Katanya best. Ramai orang. Apa apa pun, semoga rehlah kami ni menjadi rehlah yang diberkati Allah dan dapat mengeratkan ukhuwah di antara students dengan lecturers dan students dengan students. Amin.

Ps: Sebenarnya, esok kakak Sabrina akan berkahwin. Tapi disebabkan ade program kat kolej, tak boleh la nak pergi ke sana. Harap maaf ya ukhti mahbubah. InsyaAllah ana ha aruh ila walimatik. Biiznillah. Hehehe.

Ps: To kawan kawan semua (dari SKTP, Maahad sampai SMAP), all the best dalam hidup antum semua. Dont forget Him because He always remember you.

Wednesday, June 2, 2010

Apa apa yang sesuai

Salam alaikum.

Teng tereng...Minggu exam.

Start dengan Physics, Chem, Bio, Arab 1 & 2. Another 3 papers to answer. Lepas tu merdeka.! Amboi gaya macam habis SPM. =p

Exam biase je, agak la susah, Physics kot yang susah.. Yang lain Alhamdulillah boleh jawab.

Hari tu kan, time nak balik ke kolej, MasyaAllah sangat adventurous seyh. Pada akula. Aku rasa gagah sebab selamat sampai kat kolej. Haha. Takla, Tanpa Allah, tak sampainya aku kat kolej ni ha, ya tak.

Start dengan naik bus dari Seri Puteri. Naik bus yang lambat dan slow macam siput (takpe, biar lambat asal selamat). 4 jam jugak nak nyampaikan diri kat Seremban tu. Selalunya 3 jam setengah je. Okeh pastu pergi hangkut beg ke KTM Seremban. Aku sangat jakun naik KTM boleh tak. ''Eh kalau tak cucuk(cucuk ke?) tiket kat situ takpe ke?'', ''Wey apa beza beli tiket kat mesin tu dengan kat kaunter?'', ''Eh betul ke ni yang nak pergi Nilai?'' Ok nampak tak betapa jakunnya aku kat situ. Haha,Sian kawan aku nak kene jawab semua tu. Eh dah la, lepas ni sumpah tak jakun dah, Hehe.

Pastu dah sampai kat Nilai, kene naik teksi la pulak. Cuak gak, dah la 2 orang je naik teksi tu ha. Pulak tu time tu dah pukul 8.30mlm. Nasib baik dapat pak cik teksi yg ok(Alhamdulillah semua pak cik teksi yang aku jumpe, ok2). Siap dapat phone number die lagi. Kan mudah kalau nak pergi Nilai. Yang paling best sebab pak cik tu bagi murah. Terbaik la pak cik. =p

Ok, entry ni nampaknya tidak kemana. Dah berpusing pusing tiada hala tuju, Jadi adalah baiknya kalau aku stop dulu. Esok exam IT. Tak sangke aku ade subjek ni dalam kursus prep ni. Apa apa je la.

Ok bye.=)