Monday, June 14, 2010

Cerita cuti 5 hari

Assalamualaikum wbt.

Wee, aku happy gilak skang nih. Aku ade kat rumah tengah ngadap laptop dengan hati yang suka ria riang raya. Pftt, apa engkau meraban?

Em tapi bila pikir balik, ade something yang buat kureng happy. Sebab kitorang(KiTT'an) kene isi surat perjanjian dengan MARA. Ala, yang pasal pinjaman sume tu ha. Kalau tak isik, tak dapat duit! So, wajiblah kami isik that thing. Dan nak dijadikkan ceghitenye, surat tu sangat la susah untuk diisi. No liquid, no stains, no renyuk renyuk, and correction die sikit punye rumit, nak kene initial kite and penjamin penjamin plak. Senang citer, memang mensengkelkan la. Tapi, name die pun perjanjian, jadi, memang la strict, no?

Cuti ni takde buat ape sangat pun. Macam biasa, istilah cuti bagi aku maksudnya facebook dan blogging on its way. Selain dari makan, tidur dan menggodeh peti ais. Haha. Eh tolong mak sekali. Maklumla, sejak takde bibik ni kan. Kene la buat sendiri. Yang tak syok nye tu, kite yang anak pompuan tunggal ni la yang kene buat banyak bende. Yang bujang dok syiok syiok er'facebookeh. Ops, kantoi da mereka tu..Hehe. Tapi aku salute kat adik bujang aku yang bongsu si Mur Gem itu. Sebabnya, dia sangat rajin kat rumah. Amat berbeza sekali dengan abang-abangnya. Ehem, sila bangga sikit wahai adindaku Mur Gem. Kadang-kadang die yang angkat baju. Dia juga tak malas basuh pinggan lepas makan. Tak macam Teeettt Tettt. Haha, habis aku kene luku kalau Teettt Tettt tahu ni. Aiyoo.

Tadi kami adik beradik bershopping di Kip Mart. Gi beli daun ketumbo, daun sederi dan daun bawang dan nenas. Dan barang barang rumah yang lain. DVD juga tidak dilupakan. Pftt DVD mane pernah lupa. Wajib itu. Compulsory tahu! Hee, shopping adik beradik juga merupakan aktiviti menarik yang signifikan untuk diselitkan dalam diari cuti kali ni. Eceh, diari, gelish betui. Dan aku akan pastikan next cuti ni, dimana si Syahir juga available, InsyaAllah, kami akan bershopping lagi lagi. Adik beradik. Mungkin di Tebrau City, mungkin di Sogo. Lokasi dia nanti la kita discuss. Tapi lagi gempak lagi bagus. Haha, ngada ngada gila. Excuse me. Take note wahai kakanda di Moscow sana. Haha.

Sampai di sini sahaje la entry kali ni. Babaii.

No comments:

Post a Comment