Saturday, June 5, 2010

Hari ini aku skema.

Hari ini:

Dalam kelas bahasa arab ustaz Husam.
Aku disuruh untuk bercakap dalam bahasa Arab selama 5 minit di bawah tajuk 'Maza tahaddathu fi usbu' madhi?'. Dan aku pun bercerita la tentang exam yang telah selamat aku jawab dengan jayanya? Adakah jaya? Kita tengok nanti. Hehe.

Ceh bila bace perenggan atas ni balik, seolah olah terer benar aku speaking arab. Excuse me, saya masih kanak kanak yang sedang bertatih(kalau nak ikut analogi). Yang sebenarnya, memang banyak aku 'emm emm' sambil tangan bergawangan di udara. (hal maujud haza kalimah 'bergawangan?'). Tapi Alhamdulillah overall sampai la jugak makna bebelan aku tadi pada Ustaz. Hehe.

Dan petangnya, macam biasala. Ke rumah 23 bermain bedminton. Dan sejujurnya, tangan kananku ketika waktu, saat dan jam ini, (dalwaqti) sedang sakit yang amat sebab asyik main smash je. Bajet terer la tu, Haha. Takdala, mana ade terror. Aku masih seperti kanak kanak berusia 5 tahun yang sedang merangkak membaca buku (again, kalau nak dianalogikan). Tapi kami had fun. Kami main dengan anak jiran depan rumah 23, Anis. Baru darjah 6, tapi sangat mature (mintak maaf, tadi akak ingat awak dah form 3). Hehe.

Pulang ke rumah sendiri dan membuat bising bersama rakan serumah. Sebabnya telah berjumpa dengan lirik lagu 'Sadakny Khalas'' nyanyianAmr Diab. Kami berkaraoke sambil menggelakkan suara suara sumbang di antara kami. Haha. Sangat best. Memang ramai yang geram. Lagi lagi jiran keliling. Mintak maaf pakcik, makcik. Tapi keterujaan kami tidak boleh dibendung walau dengan Empangan Kenyir sekalipun. Apakah? Hehe. Aku sayang housemates aku. Terima kasih ya korang sebab dah brighten hayati. (apa kes cakap campur 3 bahasa ni?) Hehe.

Dan aku sedang sangat nak pulang ke rumah. Tujuannya untuk berkumpul dengan family. Yalah, cuti sekolahkan dah bermula. Tahukah bahawa sudah lama sangat kami tak berkumpul bersama? Mak, Abah, minta maaf sebab rumah itu sunyi tanpa kami. Tapi kami dalam usaha nak mengejar cita cita sekaligus berbakti kepada antuma. Harap doakan dan restui anak anakmu ini. Sesungguhnya kami sangat memerlukan keredhaan antuma. (Tetiba emosi.......)

Okay dah habis emosi(sambil kesat airmata, ceh). Esok pulak, kami (student KiTT) akan pergi berehlah di Bagan Lalang atau nama glamournya ialah Sepang Gold Coast(ceh, pantai pun nak glamour juga). Aku pun tak pernah datang tempat ni. Katanya best. Ramai orang. Apa apa pun, semoga rehlah kami ni menjadi rehlah yang diberkati Allah dan dapat mengeratkan ukhuwah di antara students dengan lecturers dan students dengan students. Amin.

Ps: Sebenarnya, esok kakak Sabrina akan berkahwin. Tapi disebabkan ade program kat kolej, tak boleh la nak pergi ke sana. Harap maaf ya ukhti mahbubah. InsyaAllah ana ha aruh ila walimatik. Biiznillah. Hehehe.

Ps: To kawan kawan semua (dari SKTP, Maahad sampai SMAP), all the best dalam hidup antum semua. Dont forget Him because He always remember you.

No comments:

Post a Comment