Monday, June 28, 2010

Jumpa kejap la


Sabtu lepas, aku balik Muar. Sebab ade hal kekeluargaan yang perlu diambil perhatian. Ehem. Dan bak kate pepatah, sambil menyelam minum air. Aku pun plan la untuk jumpa dengan sahabat yang dah lama aku tak jumpa. Orang Muar jugak.

Ha, ni rupa die. Jangan tanya aku kenapa ekspresi muka die cenggitu.

Eh eh, ekspresi aku pun lebih kurang 2 kali 5 je la ngan die. Paku dulang paku serpih, Mengate orang dia yang lebih. Haha. (Eh jap jap, dah 2 peribahasa aku keluarkan dalam entry ini. Bukankah A Samad Said akan bangga?)

Kami jumpa kat Wetex. Wetex ni tempat outing student Maahad Muar yang paling famous la gitu. Kire kalau pergi Wetex hari Jumaat ngan Sabtu, dari dalam kereta dah boleh nampak baju batik maroon dak Maahad kat pintu masuk. Itu tak campur lagi kalau pergi TanjungMas kat tingkat atas. Memang confirm sesak kat atas tu. Dak Maahad kan rajin beli buku rujukan. Eceh.

Alahai mata ke sana pulak dia. Eh apesal aku tengok aiskrim Sab? Tak paham gila. Sumpah, ni bukan sebab aku tersaliva dengan aiskrim itu okeh. Nehi nehi. Ni mungkin tertangkap sewaktu candid. Lama gila tak makan kat Daily Fresh. Aku hantam sama die punya waffle ngan air mango gilak manis. Nyesal beli air mango tapi at the end habis jugak air mango tu. Pastu terus terkesal kesal takut kena diabetes diusia hijau. Apakah? Eh betul la ok. Diabetes itu bahaya. Jadik aku telah berpuasa for the next 3 days, buka minum air kosong aje. Gula hanya dapat dari nasi. Ceh tipu gila. Haha. Korang boleh bagi aku RM 100 kalau aku berjaya buka puasa ngan air kosong sahaje tanpe air manis. Ehheheh. Kalau kat SMAP ni kayo eden. Sebab selalu bukak puasa ngan air kosong. Bagus memang bagus. Tersaliva pun saliva gak. Erkekekeke. <

Yang tudung purple tu sepupu aku, orang Labuan ba. Datang dari jauh sebab nak join hal kekeluargaan tu. Mana boleh miss. Tak boleh tak boleh. Yang atas ni gamba lepas dah puas jumpa. Pastu dah tak boleh nak berpisah. Menangis nangis pegang tangan Sab kat eskalator, taknak berpisah. Eh apasal eskalator?!! Ok nampak sangat itu exaggeration. Ni gambar masa dah nak balik. Sebab dah pukul 6. Anak dara tak boleh balik Maghrib maghrib. Bukankah begitu? Eceh. Kecuali kalau jammed kat depan Wetex sebab ada accident, ha itu boleh dimaafkan. Eh apesal nak kena tulis pasal anak dara tak boleh balik maghrib pastu jammed sebab accident depan Wetex? Muahaha.

Ok la ok, aku pun dah malas nak mentaip kat sini. Aku perlu mentaip assignment Teknologi Maklumat. Eceh. Kedengaran sangat rajin. Tidakkah mak dan abah akan bangga? Haha. Ok ok, enough. Teehee.

Bye, Wsalam.

No comments:

Post a Comment