Saturday, May 29, 2010

Kak, yang ni untuk budak 8 bulan boleh tak?

Lepas maghrib tadi, aku dengan mak pergi Angsana untuk beli barang-barang keperluan wanita, opps, barang nak bawak balik kolej la.

First sekali pergi tukar battery jam. Pastu pergi Guardian beli bedak Aiken kegemaran. Bedak Aiken memang best la, sesuai untuk segala jenis kulit dan sangat efektif dalam menangani ruam. Eheks. Pencuci muka pun ade beli jugak walaupun yang kat kolej tak habis lagi. Sebabnya.......

Mak terkejut tengok mukaku merah merah dan banyak jerawat time sampai rumah kelmarin. Mak tanya "Awak ni tak basuh muka ke kat sana?" Eheh, aku pun tak tahula camna nak cakap. Tiap tiap hari basuh muka tapi takdela pakai mask ke toner bagai kan. So tula dia kisahnya cemana boleh beli pencuci muka kat Guardian tadi.

Dah sudah kat Guardian, pergi UO plak, beli makanan untuk digudap gudap time study. Ha yang tu memang wajib ade, rahsia kejayaan 11A tu. Ahaha, tipu saje, yang sebenarnya itu rahsia mantainkan berat takda turun turun selama 11 tahun.

Tadikan, time kat UO, tengah dok khusyuk pikir nak beli koko crunch ke honeystar, ade sorang abang ni kat belakang aku. Tengah tengok biskut nestum untuk baby. Pastu tetiba dia cakap ''Kak, kak''. Aku buat donno je. Pastu dia panggil lagi ''Kakkk, ooo kak''. Aku pun pusing la, awatla mamat ni teriak teriak ni. Rupa-rupanya dia panggil aku. Dia tanya''Kak, yang ni untuk budak 8 bulan boleh tak?'' sambil tunjuk satu kotak nestum ni kat aku. Aku cakapla aku tak tahu, lalu blah dari situ dengan hati yang panas tapi nak tergelak at the same time. Wahaha. Tak patut sungguh la dia tu. Ingat aku ni dah ade anak sepuluh ke tanya pasal nestum tu. Aku rasa dia tu mesti nak belikan nestum sebagai surprise hari lahir untuk anak buah dia la. Kalau bapak orang mesti la dia dah tau nak beli yang mane, ye tak. Hailoh, muka aku ni terlalu keemakkan atau memang dia yang tak reti bezakan?

Secara kesimpulannya, aku semakin sedar bahawa aku semakin dewasa. Semakin ramai orang panggil aku kakak. Takpa, aku redha. Cewah pasrah bunyiknya. Haha. Eh takla, aku dah tak kisah da skang ni kalau cashier panggil aku kakak. Tapi aku akan kisah sekisah kisahnya kalau orang tanya 'ini anak ke?' sambil tunjuk pada sepupu aku atau promoter bijak pandai kat Giants(kenapa Giants?) promote pampers huggies kat aku atau orang tanya 'mana adik awak yang macam dafi tu?' sambil mengrefer pada abang aku si fuadgilatakserupadafi tu haa.....Ok cukupla kiranya tamsilan di atas.

Ambo nak tutup kedai dah. Nak study tahu. Isnin sampai Jumaat ada exam.

Ma'as salamah wa salam 'alaikum.


Friday, May 28, 2010

Aku di sana

Ini post ketiga dalam masa satu hari. Sangat bersemangat. Sangat produktif. Sangat kagum dengan diri sendiri. Blerghh.

Ok, ini post pertama dengan laptop pertama. Wehehe.

Tadi sebenarnya niat di hati nak cari bahan untuk assignment PI, tapi last last aku membahan kan belog ini disamping mengeratkan ukhwah dengan rakan rakan di facebook. Eceh mengeratkan ukhuwah, nampak sangat nak cover line. Biase dia.

Next week exam. Hmm cuak?? Mestilah cuak. Dahla competitive tak hengat. Jeng jeng jeng...

Aku nak cerita la pasal life kat KTT ni. Sebab aku rasa KTT ni best walaupun tak semewah kolej lain, Ehemm.

Selalunya aku bangun paling last dalam bilik aku, hehe, biase aku ni, memang suke bangun last last, selagi semua orang tak bangun, selagi tu aku takkan bangun melainkan sebab sebab yang tak dapat dielakkan misalnya tiada air. Hahaha. Solat-mandi-siap siap, pukul 7.30 bus akan sampai untuk angkut kami pergi kolej. Selalunye pagi pagi, pak cik bas akan bukak Sinar fm, dengarla lagu lagu retro yang mengasekkan telinga.

Sampai kat kolej, pergi musolla dulu, tunaikan ape ape yang patut, pastu baru pergi breakfast. Kadang kadang kalau breakfast sampai awal, kami makan la dulu. Kelas first start pukul 9 pagi, everyday. Truth be told schedule kitorang memang tak pack mane pon. From 9am to 1 pm ade 2 subjects. Then rehat sampai pukul 3, and the class continues to 5pm.

Lepas balik dari kolej, solat, aku ngan Yana akan pergi rumah 23. Selalunya la, (kadang kadang tak sampai jugak rumah dorang tu). Sebabnya nak beriadah kat sana. Eceh, beriadah, ada agenda tersembunyi di sebaliknya. Hahaha. Dalam kol 6.45pm kami balik rumah dan siap siap untuk solat. After dinner, masing masing study.

See, tak pack pun kan jadual kitorang. Tapi tapi tapi, kitorang kene hafal banyak perkataan bahasa arab, nak tambah vocab la katekan kan.

And to be honest, I really like learning to speak Arabic except time bina ayat dengan Ust Jo. MasyaAllah Tabarakallah, menggigil pale lutut aku nak bina ayat, sampai Ust sendiri gelak tengok aku yang gabra ni. Haha, mesti obvious gile kan. Ya la, ko bayangkan, nak kene pikir satu ayat yang takkan ade orang cilok dari ko. Bukan senang tau(at least for me). Paling sengsara kalau ko dah siap buat ayat baik punya, tiba tiba orang depan sebut ayat tu kat Ust. Perit perit...Pastu jarak orang tu ngan ko cume selang 2 kerusi je. Huh, amek kau.!! Walaupun ia tak pernah berlaku pada aku, tapi aku cuak la jugak kan, mane tau ia berlaku..Ish simpang malaikat 44.

Takda air lagi..

Peristiwa Kering 26 Mei 2010:

Terjaga pukul 4.04 pagi. Wow, sangat awal. Ada niat untuk qiam tatapi mata terpejam balik. Ceh..

Pukul 5.15 pagi Izzah kejut aku. Dia kata takda air. Aku dengan mata terbelalak terus bangun dari katil. Cis, buat hal pulakkkk, kacau mood pepagi ni ha. Geram betul! Aku terus pergi toilet test shower, Hesh confirm takda air.!!

Aku pun decide untuk tumpang rumah jiran untuk mandi. (bukan jiran belakang okeh.!!) Jiran yang aku maksudkan itu rumah 23. Pagi pagi lagi aku dah kacau lena si Rabi'ah..Calling calling dari rumah 14, nak tumpang mandi.

Lepas tu, aku ngan Yana terus berangkat pergi rumah 23 pagi pagi buta dengan towel kat bahu kiri dan toiletries kat tangan kanan. Dengan pakai baju tidurnya dengan rambut menggerbang macam hantu raya (eh tipu la kan, pakai la tudung kot ye pon). Memang nampak sangat pelik.

Dalam hati doa takda jumpa sesiapa. Tapi ade la jugak satu dua kereta selisih ngan kitorang (nasib baik bukan kereta wira bos kitorang, wahaha)..Mesti diorang cam pelik gila, apesal budak budak ni jalan pepagi buta siap bawak toiletries ngan towel bagai...Sleepwalking ke ape? (aik sleepwalking berduet plak?) Sebab taknak tengok muka pemandu pemandu kereta tu, sambil sambil jalan, buat buat tengok langit kira bintang, tengok bulan, cari buruj bagai. Haish sumpah lawak la. Lawak gila bila aku ingat balik...

Sampai sana(ceh, macam jauh sangat), penghuni rumah 23 semua dah bangun tapi masih mamai, ada jugak yang terkejut kayak kirdun tengok aku ngan Yana datang. Memang bagus rumah 23 ni, bangun awal. Hehehehe.

Dalam pukul 6.30 baru siap semua dan pulang la kami berdua ke saranghaeyo...

Itulah dia kisah takda air kat rumah no 14 Taman Mawar..

Punca takda air:
Air kene potong sebab tak bayar bil.

Penghargaan:
En Zaini dan unit akaun KTT atas tindakan susulan yang sangat pantas dan efisyen. Petang tu air terus ada balik. Syabas la.. Hehe

Kesimpulan:
Tolongla jangan bazir air. Erk..?

Kisah kisah

Sudah sampai di rumah dan tak tahu nak buat apa. Hehe, memangla..

Kisah 1:

Tersebut la kisah seorang budak perempuan baru pulang dari kolej. Apabila sampai di rumah, dia ternampak sebuah beg hitam yang kelas gitu. Elok tersandar di dinding sebelah komputer ajaib kesayangan. Tiba tiba si bapa menghampiri lalu berkata ''Tu hadiah untuk Nurul, Abah baru beli''. Si budak pun membuka zip beg tersebut dan PINGGGGG, terserlahlah suatu body berbentuk rectangle colour hitam keemasan siap kerawang apa semua di pandangan mata.

OH MY GOD!! Laptop!!! Wohooo, Jeng jeng jeng. Si budak mendapat laptop sendiri setelah 17 tahun mengguna laptop orang lain.

Kisah 2:

Takde kisah dah.

So bila dah takde kisah, kita bagi flying kick opps flying kiss..

Babaii....

Monday, May 24, 2010

Life di sini

First skali, aku seronok sebab next week cuti. So,, boleh balik JB. Say Hoyehh! Haha.

Next, assignments makin banyak. Ha, la ni baru la rase macam budak kolej sket kan, Aku kena cari 20 perkataan per day tau. Pastu kena hafal. Every words, siap dengan ejaan sekali. Banyak kan, Tapi takpa, demi Mesir, aku sanggup. Wee.

Next, Odeng ngan Filzah dapat gi KTT gak. Hoyeh lagi sekali. Haha, Adalah jugak kawan nak dibawak berdating kat KTT karang. Haha. Dating kat library, ok gak kan. Tapi diorang duduk kat apartment, aku dok kat Taman Mawar. Kira kat kolej je la boleh jumpa.

Next next, Syahir dah nak balik.!! Seronok I am. Nanti boleh pau die 'awi awi'. Haha. Takpa die sayang adik die, mesti boleh punya. Kan Syahir, kan. Hehehe

Semalam dak dak course aku pergi Putrajaya, pastu kitorang ambil gambar dengan Anisah anisah daripada Oman, adalah practice sket sket Bahasa Arab. Pastu pergi Alamanda, pergi window sopping ajela yang kami mampu. Haha

Ok dah. Itu aje. Tak sabar nak balik. !!!

Sunday, May 16, 2010

2nd post guyss. Haha

Ok right now saya di atas katil sedang menaip lah bukan. Kalau tak bagaimana wujudnya entry ini? Haha, ni pun pinjam laptop sorang kawan baru. Her name is Yaya, thanks ye Yaya.

Life here is getting better Alhamdulillah. Hari ni students second intake masuk, ade 18 orang sume skali. So overall ade 50 orang la including first intake. Kelas pon akan divide into two.

Oh, nak cerita pasal kelas plak. So far baru 2 kelas yang saya dah masuk. Bahasa Arab Amiah, ie bahasa arab pasar. Wahh, agak la tergelak gelak kami dibuatnya. Sebabbb, ala biasa la, dialek baru ni memang agak klakar. Huruf Jim sebut Gim, Huruf a, ba ta, kami sebut eh, beh, teh...Wakaka, menarik. !!! Nama Najwa disebut Nagwa, Atiqah disebut Ati'ah, Thalathah disebut Talatah.

Em apa lagi nak cerita ek? Oh ya, hari tu time orientasi, my group kene buat drama. Tapi saya buat pentomin. Dapat nombor 2 beb. Hahaha, tak dapat nombor 1 pon takpe. Janji kami memang had fun la. Disamping dapat merapatkan ukhuwah di antara kami. Agree kawan-kawan? (Housematesku mengangguk angguk tanda setuju).

Rumah saya ada 9 orang semua sekali termasuk saya. Yana(nama dia disebut paling first sebab die dok paling dekat ngan saya skang neh, kat sebelah jek), Wanie, Jihah, Izzah, Hanis, Yaya, Aisyah, Afiqah.

Ha, pagi tadi saya terjatuh time main bola kat padang. Wakaka, mangat betul tu. Sampai terjatuh. Lutut luka, seluar pon koyak. Bhaha. Tapi skang dah ok. Walaupun still sakit sakit sket.

Uih, penat la hari ni membasuh baju, Handwash gitu, Ingatkan masuk kolej dah tak payah handwash, rupanya masih lagi handwash. Takpa, takpe, Ikhlass....Huuhuhu.

Waaa, mak rindunye mak nak balik rumah, Bile jiran sebelah pasang aircond, kitorang kat rumah ni rase nak menangis teringat aircond kat rumah. Haha, kesian kan, Takpa takpa Ikhlas....Heheh

Okla...Babai.

Assalamualaikum.


Thursday, May 13, 2010

first post from KTT. Yahoo!

Oh my God. I cant believe it. Right now, I'm sitting in front of the computer in KTT library. And I am typing my first entry ever in KTT. Oh My God. Haha.

Life here is ohkay. Just ohkay not brilliantly Ohkay. The first contributor factor is:

My mattress is so fuc**** thin I can't even rest my backbone. Haha. Can you imagine waking up in the morning feeling sooooo restless? Like you didnt sleep the night before? but actually you did?

Next is, everyday we are given food in polystrene and air plastik, (the 50 cent air plastik?). And I cant help feeling being killed slowly by these chemically dangerous thing. And I dont even get the fruit. How x\come they can forgot about our fruit? Can you think the effect it gives to our digestive system?

Ohkay,lastly I'm frigging blogging thesepast few days I even wrote some events inmy testpad. Yeah indeed pathetic in the house.

And I am really really really missing my family. Rasa nak menangismasa mak call hari tu. Tapi aku control macho.! Wakaka.

Mak, if you happen to read this, I love you andI miss you zillion much.

And not forgetting abah, ali and the rest.

Bye. Sekarang kegianan blogging dah habis. So, end of the entry. Buhbye.!Assalamualaikum.

P/s: KTT is indeed a good place to study at. Though you have to face some difficulties. (In fact semua benda pun ade dark sides nye. )

Dah dah. Babaiiii semuaaaa.....

UPDATED: sekarang saya rasa KTT adalah kolej terbest di atas muka bumi. Haha. Sebab, kawan kawan semua best awi awi(sangat sangat)

Wednesday, May 5, 2010

Back-to-college

Babai. Aku dah nak pegi. Babai blog. Babai facebook. Babai kawan kawan.

Babai sementara jek, InsyaAllah. Wehehe.

Baju semua dah siap kemas. Macam biasa, beg banyak macam nak pindah rumah. Tapi memang nak pindah rumah pun kan. Pindah duduk kat rumah lain. Huhu. Whateverla. Aku harap kolej bagi cuti lepas orientasi ni. Please la. Tolong yer.

Banyak dokumen tak settle lagi ni. Passport, medical check up, cabutan sijil lahir tak buat lagi. Akaun bank pon tarak. Eh adala. Tapi takda kad ngan buku lagi.

Haish, aku ni bukan nak cakap apela. Tapi aku memang naif bab nak keluarkan duit dari bank. Orang selalu cakap cucuk duit.

Dulu aku pernah tolong cucukkan duit Amy. Malangnya, kad kene telan. Sebab biar lame sangat. Monyet punye mesin. Hahaha. Aku tau tu salah aku sebenarnye, sebab biar kad tu lame sangat. Sian Amy, kene buat kad baru. Mintak maaf ye Cik Amy Suha. Wehehehe.

Tapi lepas ni, aku mesti kene reti jugak cucuk duit. Aku tau bende tu senang je sebenarnye. Haha. Kan kan. Ala korang tak yah bongakla. Aku tau senang je. Wehehehe. Ok dah. Fullstop.

Notes: Untuk kawan kawan semua, Good Luck dalam segala galanya. InsyaAllah, kalau ada rezeki kita jumpa lagi nanti. Doakan kejayaan each other. Jap jap, apesal sedih ha? Wehehe.


Tuesday, May 4, 2010

Lactose Intolerance

Ini intoduction lactose intolerance:

Lactose intolerance is the inability to metabolize lactose, because of a lack of the required enzyme lactase in the digestive system. It is estimated that 75% of adults worldwide show some decrease in lactase activity during adulthood. Source Wikipedia.

Ini pulak introduction aku:

Aku suka minum susu. Tak kisahla susu perisa apa sekali pun. Dan waktu SMAP bagi susu Dutch Lady time nak SPM pon, aku sangat seronok. Sebab lepas ni tak payah beli susu lagi. Aku jugak suka paw susu kotak rakan rakan yang ada lactose intolerance. Wehehe, takla. Diorang tak suka susu, nak buat camne.

Ok, nak start cerita ni. Malam ni, baru je kejap tadi, aku minum susu. Lepas tu, aku duduk menghadap komputer. Tiba-tiba aku rasa perut ni rasa lain macam. Rasa memulas mulas. Hep, mane ada nak buang air. Dia rase macam kembung dan ahh tak payah describe panjang lebar kot. Tak penting rasenye.

Aku pun terus teringat pasal lactose intolerance ni. Sebab simptom die perut rase bloating. Alamak, aku ada lactose intolerance ke? Adakah? Jangan la. Please don't. Nanti tak boleh minum susu.

Daripada wikipedia, benda ni normal kat orang dewasa sampai dia dah tak dianggap sebagai penyakit. Wee, ini semua Wikipedia cakap. Tapi kawan aku kate Wikipedia ni tak boleh percaya sangat sebab Wikipedia boleh diedit sesuka hati. Aku tak tahu kesahihannya.

Aku terbace kat facebook kawan aku. Upon reading this lactose intolerance thingy in Wikipedia he said ''No wonder most of us stop drinking milk when we grow older.'' And aku bersetuju dengan hakikat ini. Wehehe. Tapi aku nak minum Anlene untuk tulang yang kuat dah tua nanti. Boleh tak?

Notes: Entry dihabiskan dengan tanda soal (Notes tak termasuk ye). Tolong jawab. Wehehe.


Girls Generation

I have this one favourite Korean band. Not Suju (Super Junior). Nope. It's Girls Generation. Some call them SNSD. A group of 9 youth girls. And I must admit their songs are superb. I love them. Ignoring the fact I don't even understand what they are singing.

This is them.



I found this long comment from a fan of SNSD in YouTube. I must say I laughed out loud upon reading his/her comment, like seriously.

The comment goes like this:

i'll tell u a lil bit of my world, i never even listen to pop genre, knows korean language, watched korean shows or even turn on KBSW on the TV b4, doesn't listen to music much, barely even turns on the radio when im driving, im into street racing. (no more by the way). i am really from a different world!! then one day, a friend gave me a link to SNSD's vid, and im like an idiot smiling infront of my PC hahaha

Truth be told, I haven't yet recognize each members' face. I just know their names. I know Seo Hyun, the youngest member. And Soo Young because Hafiz said she looks like me. AHAHA, no lah. She looks like Nabihah, but I don't think so.

Soo Young

Seo Hyun

Thanks to Hafiz who was responsible in introducing this group to me.

Notes: I can't stop blogging these past two days. Maybe because I'm so going to back-to-college.?? I don't know.

Notes: I hate packing things up!

Notes: Yay, Kak Chieka sudah update blog. May Allah bless her. Always.


Tidak tetap

Hati ni memang tak tetap. Semalam rasa excited nak masuk kolej. Hari ni rasa malas gila nak masuk kolej. Blerghh.

Rasa malas nak kemas baju masuk dalam beg. Malas nak kemas obat gigi, berus gigi, berus kaki, kuku, badan,tangan dan rambut. Blerghhh.

Malas lah.!!!!

-Apa malas malas. Kalau malas pergi blahh skang.!!-


Monday, May 3, 2010

Kaw Tim Pak Kong Yaw, Uncle

Aku baru balik dari kedai depan rumah. Tadi tu pergi suruh photostat je. Kali ni pergi nak amek kertas kertas yang dah siap diphotostat.

Tengah nak bayar tiba-tiba nampak seseorang yang macam dikenali. ''Eh, cikgu Shukor.!!'' Excited lah kan. Perkenalkan Cikgu Shukor, cikgu Matematik darjah 3 saya. Beliau dulu pun pernah hantar saya balik rumah lepas tution English ngan Teacher Shamini. Terima kasih cikgu.

''Eh Atiqah. Awak dapat mana?'' tanye cikgu.
''Saya dapat..........''
''Ok, tahniah, jaga diri baik baik''.

Sekejap je bual ngan dia.

Wuhuu, seronok dapat jumpa cikgu yang dah lama tak jumpa. Lepas bayar semua, aku pergi beli roti Gardenia, mak suruh tadi. Pastu pergi kedai stationaries kat sebelah kedai Mahad untuk beli notebook. *Woh, ini orang Undan jek tahu*. Wehehe. Aku tak beli kat kedai photostat tu sebab tak banyak choice.

On the way pergi kedai Uncle Wong, (aku tibai nama dia), aku terjumpa seekor anjing kurap. Tapi aku rilek je. Wa tak gentar anjing beb. Wahaha. Oh cakap bosar nampak.

Aku pun pergi kat rak buku nota. Pilih mempilih, setelah berkenan, bayarlah pulak.

Uncle Wong: Eh you photostat banyak banyak kedai mana?(sambil refer kertas kertas kat tangan) Kenapa tak jumpa uncle saja? You pergi kedai atas ah? (kedai atas tu kedai photostat tu la)

Aku: Ha'a uncle. *sambil gelak kecik saje

Uncle Wong: Dia bagi you 5 sen ah satu keping? Takpa, next time you mau photostat pergi sini saja. Saya boleh bagi you 5 sen jugak.

Dalam hati cakap ''Yelah tu uncle. Hari tu saya pergi sini, uncle charge 10 sen. Hari ni tiba tiba jadik 5 sen pulak?''

Kesimpulannye, aku dilema nak pilih kedai mana untuk beli alat alat tulis.

Kedai atas selalu bagi diskaun. Kalau takat 30 sen, die boleh bagi free jek. Regular customer lah katekan. Kalau kedai bawah, dah lame aku tak pergi, baru nak bagi diskaun.

Jadi, sudah jelas bukan yang mana harus dipilih?
Wakakaw. Takpa Uncle Wong, adik saya suka pergi kedai uncle. Nanti dia balik, saya suruh dia datang you punya kedai. Okeh ah uncle. Kaw tim pak kong yaw.!!

Notes: Peniaga Cina memang bersemangat waja kalau bab menarik pelanggan. Ok, hands down. Kedai Cina memang lagi bagus dari kedai Melayu. Ada yang feel offended? Sila perbaiki mutu layanan dan barang barang jualan anda. Terima kasih.


3 days before back-to-college(BTC)

Baru balik dari kedai depan rumah. Sebabnya memphotostat sijil sijil untuk daftar kolej nanti. Dahla, setiap dokumen tu 4 copies dan aku ada 38 keping dokumen. Menjadikkan semua kertas yang diperlukan ialah 152 keping.!! Pergh, tiba tiba aku rasa bersalah lak kat pokok. Sorry la pokok, I terpakse you. Wehehe.

Aku jugak dah beli testpad, pen pen baru, highlighter baru dan pemadam baru. Punyalah lama tak pegang pen. Tadi main conteng conteng atas kertas, tulisan pun dah condong sana sini. Ish ish ish. Dahsat dahsat. Wehehe.

Dan highlighter. Ini barang keperluan ketika belajar. Tak tahu sejak bila aku pandai guna highlighter. Tapi aku memang suka highlighter dan pen stabilo warna warni. Senang nak buat notes, senang nak tulis diari dan senang nak tulis biodata kat notebook orang. Wehehe. Tapi truth be told, aku memang tak kreatif bab bab nak hias biodata ni. Hands down. Orang lain boleh buat kerawang cun melecun, aku masih dengan bunga 5 kelopak yang Cikgu Ina ajar time tadika dengan love love comel. So sorry.

Wei tiba tiba aku rasa excited.! Wakaka. Padahal semalam baru je cakap aku cuak nak masuk kolej. Haha. Sebenarnya aku risau dengan environment kat kolej. But at the same time I'm freaking eager to study. Tak kisahla susah ke tidak. Janji belajar balik. WhattheFUN! Pergh, sound macam geek gila. Aku tak geek woh. Aku cuma excited. Haha. Aku pun tak paham apa aku tulis ni. Senang citer, korang pon tak payahla paham. Wehehe

So far, kawan kawan yang dijangka akan ditemui di KTT:
  1. Jannah Sha'ri
  2. Rabiatul Mohamad
  3. Ade sorang ex-KISAS tak tahu ape namenye, kawan Rabiatul
  4. 3 orang ex-Integomb tak tahu apakah namanye, kawan Jannah
Fine, memangla aku tersesat sorang sorang kat KTT. Nangis la sorang sorang. Wakakaw jangan menangis Tiqah, Ingat sentiasa Kak Fergie cakap, ''Big Girls Don't Cry''.


Sunday, May 2, 2010

aku suka betul ni

Aku suka betullah lagu ''Give Me Some Sunshine". Ini soundtrack blog aku. Ha, blog cikai pun ada soundtrack tau. Don't play play. Okla, tak lawak. Wehehe. Ini lagu dari cerita 3 Idiots.

Ya, aku memang mengaku. Aku Minah Hindustan. Hahaha

Aku tak pernah letak lirik lagu dalam blog. Dan lagu Hindustan ni akan jadi perasmi. Wehehe. Mari nyanyi sama sama.

Give Me Some Sunshine Lyrics

Saari umar hum
Mar mar ke jee liye
Ek pal to ab humein jeene do
Jeene do

Saari umar hum
Mar mar ke jee liye
Ek pal to ab humein jeene do
Jeene do

Saari umar hum
Mar mar ke jee liye
Ek pal to ab humein jeene do
Jeene do

Na na na….Na na na….Na na na….Na na nana na….

Give me some sunshine
Give me some rain
Give me another chance
I wanna grow up once again

Give me some sunshine
Give me some rain
Give me another chance
I wanna grow up once again

Kandhon ko kitabon
Ke bojh ne jhukaya
Rishvat dena to khud
Papa ne sikhaya
99% marks laaoge to ghadi, varna chhadi

Likh likh kar pada hatheli par
Alpha, beta, gamma ka chaala
Concentrated H2SO4 ne poora
Poora bachpan jalaa daala

Bachpan to gaya
Jawani bhi gayi
Ek pal to ab humein
Jeene do jeene do

Bachpan to gaya
Jawani bhi gayi
Ek pal to ab humein
Jeene do jeene do

Saari umar hum
Mar mar ke jee liye
Ek pal to ab humein jeene do
Jeene do

Na na na….Na na na….Na na na….Na na nana na….

Give me some sunshine
Give me some rain
Give me another chance
I wanna grow up once again

Give me some sunshine
Give me some rain
Give me another chance
I wanna grow up once again

Na na na….Na na na….Na na na….Na na nana na….
Na na na….Na na na….Na na na….Na na nana na….


cuak tapi eksaited

Phew, sangat penat hari ni. Baru sampai dari Seremban ni. Ada majlis kat sekolah dan sangat happy dapat jumpa dengan kawan-kawan semua. Wohoo, macam batak aku jumpa Jeehan. Lama tak gelak gelak, 'spot' sana sini dan chot chet pasal kehidupan baru. Yay, kami dah besar. *tetiba* Yela, Jee dah balik Intec, kena study. Huwaa, what the fun.

Wei, serious la. Cuak kot nak masuk kolej ni. Kena belajar balik setelah 4 bulan *mind you 4 bulan tu lame wok* takda bukak buku langsung langsung melainkan 'mukabuku'. Wehehe. Fewit stail gelak baru, Jee ajar. Wehehe, lagi sekali.

Ok, so kene start masuk kolej 6 Mei, dan aku masih miong miong lagi tak tau nak bawak apakah pergi sana. Ahh nanti lah dulu fikir. Macam biasa, memang suka buat kerja last minit. Tak tahu bila habit buruk ni akan sudah. Wehehe

Sebenarnya takda ape pon nak dirapukan, cuma gian nak blogging je. Baru 3 hari tak online, dah banyak betul blog updates. Bagus bagus. Aku akan sentiasa membaca tak kira apa pun. Wehehe.

Oh, ha. Tadi makan malam kat Seafood Junction, kedai makan agak baru kat Taman Baiduri, di pinggir Taman Perling. Dia satu jalan dengan Damai Seafood tu. Mesti nampak punyala. Belah kiri ye kawan kawan. Oho, ni orang Taman Perling je la yang paham yek. Ke orang Taman Perling pun tak paham? Wehehe. Makanan dia not bad. Ohkay la. Dia punya seafood style Chinese Seafood gitu. Ya, aku makan seafood tadi.

Dan dan dan breaking news, aku tak perasan yang tukang ambil order tu kawan satu kelas sekolah agama. Haha. Kejamnya aku tak kenal dia. Dia yang tegur aku dulu.

''Woi Atiqah, pergh, tak ingat aku kan, ko memangla!!''
sambil memukul mukul lengan aku yang .....

''Eh alamak, tula muka familiar tapi tak ingat nama. Sorry sorry.''
Wehehehe, sorry ye wak. Lupa la lame betul tak jumpa.



Notes: Baru lepas tengok AIM 17. Aku rasa Audi Mok sangat comel. Dan dia sesuai dengan Adibah Noor. Wehehe.

Notes: Cuak cuak nak masuk kolej pun, ade terselit sedikit keghairahan nak belajar. Wehehe