Saturday, October 30, 2010

Jaulah Cairo

Akhirnya, keluar jugak entry aku pasal jaulah Cairo ni. Ni ha, jaulah tu maksudnye lawatan. Eh yeke? Haha, aku selalu dengar orang cakap camtu, so InsyaAllah betul lah tu kan. Haha

First thing first, the trip was organized by PCI(Perubatan Cawangan Iskandariah), name persatuan tu PERUBATAN. Gempak tak gempak tak? (Takkkkkk..) Hahaha. Ok enough.

Bertolak dari Alex dalam pukul 6 pagi. Waktu tu dah start terang la. On the way, haku 'ngorok' habis-habisan sebab the day before tu aku tido lambat, macam tak sedo esok nak jalan jauh kan. Haha. Bukak mate, tak sampai lagi. Bukak mate tak sampai lagi. Bukak mate, HA, dah sampai!

Tempat first pergi mestilah Giza kan. Tempat piramid besar tiga buah tu la. Ade 3 piramid kat situ namely Kufu, Menkaure and Khafre. Aku ngan Raihan berkesempatan(eceh) untuk panjat piramid tu. Tak sampai atas la kan, kau gilakah? Gayat aa aku kat tebing-tebing batu tu. Baru aku sedar kegayatan aku ni high jugak sebenarnye. Heh, tapi takpe, sempat amek gambar kat atas tu bukti "Atiqah was here" (macam kat skolah dulu suka conteng meja tulis 'si polan was here' takde keje, haha). Ha, lupe nak habaq. Masuk dengan harga 30LE(perlu tunjuk gambar tiket ke?)


Panorama 3 piramid yang besar. Angin kuat gilak time nih. Nak terbang tudung aku nasib baik tak free hair. HAHAHA


Tengoklah batu piramid yang besar ni. Jangan tengok orang dalam gambar. Heh.
Lepas tu pergi Kubu Salahudin Al Ayubi pulak. Besarrrrr. Ade masjid-masjid (kata gandaan) dalam kubu tu so pandai-pandailah imagine besau mane kubu tu. Pastu ada muzium tentera apatah lagi. (Ha dalam tu jugak ade kedai jual eskem calong 10 LE, crazy!) Aku cukup takda feeling masuk tempat macam muzium. Tolong tengok dan bace je la, tapi tak ingat pun. Heh. Masuk 25 LE. Ramai tourists kat sini weih, sama cam kat piramid tu.


Ni kubu Salahudin Al Ayubi


Dalam muzium. Muke takde perasaan aku kan. Haha

Next pergi Suk El-Khelili. Macam Jalan TAR kat KL tapi style Arab,please. Aku beli jubah kat sini. Orang tempatan panggil 'galabiah'. Ish tiba-tiba teringat nak alter jubah tu la. Besar sangat. XXL ok. Note: XXL Arab ngan XXL Malaysia lain gila. Berbeda sama sekali! XXL Malaysia belum tentu aku muat. XXL Arab, boleh muat 2 orang satu baju. Kat sini semua orang memang shopping sakan la. Aku dah pasang niat before balik Malaysia aku nak borong souvenirs kat sini. Murah dan cantik belaka. I like!

Penat taip la, sambung next time ye.










Thursday, October 28, 2010

Nilai Setupperware Kek Kukus

Setupperware ye. Haha. Sorry A Samad Said, jangan marah saya, saya gune kali ni sahaja. Macam lah die tahu bukan. Btw, fyi, aku penah jumpe die kat Masjid Negara tau, korang penah? Haha. Jumpe kat masjid ha, bukan tempat main-main, penuh barakah okeh. Baiklah, takda kaitan betul perenggan ni dengan cerita sebenar.

Cerita sebenar;

Hari Ahad lepas, aku, Raihan, Farisya ngan Fatin pergi makan angin sekitar Alex ni. Makan angin bukan cuci mata. Hep, biase die. Pergi Fatahalla naik teksi pastu mulut aku gatal pergi tanye pakcik teksi tu anak die berapa orang. Pastu die kate die takda anak lagi. Bujang. Ha amek kau. Cuak aku sekejap dalam teksi tu. Dah la aku dok depan. Hahahaah. Tapi Alhamdulillah, semua selamat tanpa sebarang peristiwa horror, Ya Allah, Nauzubillah.

Lepas beli barang kehendak bukan keperluan kitorang pergi rumah Iji kat Kemshiza. Nama sebenar tempat tu Camp Caesar tapi orang arab sebut kemshiza, kite ikut jela, takkan nak tukar suka hati kan. Ok dah sila maju ke titik sebenar. Heh.

Pergi rumah Iji untuk makan-makan dan nak amek barang dari Malaysia skali. Yeah, my abang sedare baru balik dari tanah air bawak orang rumah sekali. Hek, sekarang sudah berorang rumah, kemain lagi die.

Kak Yus, wifey abang sedare masak terbaek! Suka sangat. Menangis makan Hahaha, tipu je kak jah hoi. Dah puas makan, pergi tengok beg yang orang Malaysia hantar. Check content. Tiba-tiba kak yus bawak setupperware kek kukus daripada mak. Wah kek kukus! favourite wa sejak lahir lagi. Ezejeret lah wei.

Sob sob sob. Aku terharu, siket lagi mahu nangis hokay. Tapi mestilah kena cover strong kan. Big girls don't cry kot. Haha.

Mak punye kek kukus sangat sedap. Resepi uncle mat gebu lah katekan. Sedap Ya Allah. Aku punyelah kedekut nak makan. Haha. Ade lagi ni ha. Sape nak mestilah tak boleh. Acah je kak jah. Nak, jemputlah datang bilik, jangan malu jangan segan. Aku ni pemurah orangnye. Hahaha.

Okay dah la. Aku dah mempukal entry plak ye. Lame tak hapdet le katekan. Kak jah busy la setadi skang ni ha. Baiklah, minta diri dulu. =D

Teksi Alex

2 hari lepas.

Balik kelas dengan rase penat yang paling penat tak penah sepenat tu selama ini. Jadi, naik teksilah balik kan. Tak larat haku nak naik tram tu ha.

Naik teksi dengan Iman ngan Raihan. Cam biase sumer berebut taknak dok depan. Haha. Nasib baik ade senior naik sekali. Jadi senior mesti tunjuk berani depan adik. Kalau tak, tak rock lah bukan. Haha.

Tiba-tiba tengah aku nak lena tu boleh pulak pakcik teksi ni bagi kona tajam punye. Sikit lagi nak langgar kereta depan ko tau. Tersenget-senget kitorang dalam teksi tu. Ngan bunyik brek kecemasan (english die 'emergency brake' kalau tak tahu) screeching sound yang horror. Bayangkan bayangkan. Haaa. Terkejut aku seh dalam tu.

Aku tengok Iman. Iman tengok aku.

Iman: Asyhaduallailahaillallah wa asyhaduanna muhammadar rasulullah....

Hahaha, tah pape Iman. Pakcik teksi tu boleh pulak dengar. Pastu die cakap ''alhamdulillah'' tersengih-sengih. Haih kawanku.....

Saturday, October 23, 2010

Ngomong-ngomong

Lamenye tak cakap-cakap ngan abah. Rindu dah ni. T____T

Tadi nak skype, abah kate kat KL. Lain kali baru boleh. Sedihhhh...... T____T

Pastu tadi skype ngan abang. Tengah-tengah skype die stop. Kate nak call balik. Tapi, tak de call pun.



Jadi............................................................




aku perlukan KFC

Cik Puan dari Tanta

Hey yay. Dah habis dah satu minggu yang tak busy dan best dalam hidup aku.

Last Thursday, si Metod datang Alex ni. Last minute call ok, budak tuu memanglah. Tapi aku sangat happy sebab lame gila tak jumpa dak SMAP selain Nas kat Alex ni. Nas, jangan sentap. Tak feminin la wei. Haha.

So, balik dari temankan Rai and Sya gi dentist appointment, aku terus tunggu si Metod. Tunggu dalam bilik je la. Haha. Ayat macam tunggu kat tram mane-mane kan. Takpe, Metod ade orang jage, so no worries.

Aku bukan tourist guide yang bagus. Tengok kaki la, lintas jalan pun kena pegang tangan Raihan lagi. So, aku just bawak Metod makan aiskrim, makan Wahba and pergi kuliah. Yeah, Metod pergi practical class biochem kat Alex U. Bangge wei Metod. Siap ade suara sumbang lagi tanye 'Woi salah u ke??' haha, tak boleh blah orang yang cakap tu.

Nah, tengok gambar Metod pakai labcoat masuk kelas biochem.

Nak jugak pegang 3 testubes satu tangan kan. Layannn.

Macam tak sempurna la blog kalau takde gambar tuan kedai kan. Haha.

Aku suke eksperimen time ni. Differentiation saturated, unsaturated ngan true fats. Best and successful!

The next day, aku serahkan Metod pade orang lain. Dah macam ape si Metod di pass-passkan. Takpe, die redha. Keh2. Aku pulak layan pergi Cairo. Trip under PERUBATAN. And yeah the trip was heavenly heaven. Cerita next post la pulak.

Thursday, October 21, 2010

Biochem yang senang tu...

Aku dah ade hobi baru sekarang ni. Nak tau ape die? Menengok buku Nutrition and Metabolism. Tengok je. Faham sikit-sikit. Hehe.

Aku kan bukan tak suke biochem. Tapi die agak susah la. Ade banyak sangat reaction ngan structure yang aku kene tahu. Dah la aku ni kurang terror kimia. Tambah lagi ngan rehektion die yang fuyo best itu. Memang kecundang maut aku dibuatnye. Eh tak tak, cancel ayat itu. I don't wish to kecundang before berjuang. I love myself for saying that. Haha.

And yeah, I am totally in love with biochem practical. Sebab kan, aku dapat main main bahan kimia yang macam best dalam lab. Yay! Pastu boleh amek gambar posing macam scientist baru lepas discover something yang precious gile untuk orang kat bumi. Ceh alasan tu tak boleh blah kan. Takpe.


Yes, ni la yang dinamakan eksperimen berjaya! Yahoo! Sumpah seronok kalau sukses buat eksperimen. Macam nak lari keliling lab cakap 'eureka,eureka'! Haha, eh annoying ah.


Ni pun eksperimen berjaya gak. Yang warna kuning tu maksudnye tiada starch. Sebab starch dah jadi maltose. Yang warna biru tu masih ade starch lagi. Belum habis digest lagi lah tu.


Haha, ni time buat eksperimen. Jakun gila aku ade mesin water bath. Dulu kat skolah nak kene heat kan air sendiri bagai pastu baru boleh conduct eksperimen. Huh, leceh. Padanlah eksperimen slalu hancus sebab temperature tak constant. Haha, alasan kamu! Pape pun, skarang kita kat U, so wajiblah canggih sikit. =D
Cewah, macam model posing gituh. Ni nak buat iklan jual mesin waterbath tu ke ape ha? Haha, ni kalau raihan bace, habis aku. LOL
BTW aku baru perasan lepas tengok gambo ni juta-juta kali. Dak laki kat blakang tu pun tengah amek gamba lah. Haha. Kompem sume orang jakun! Bukan kitorang je. LOL. Bangge seh masuk lab. Alah lab je punnnnn.


Heh, me and syafiqah si safari. Dia dak private. Bukan MARA. And she is so cool! Nice to meet you, babe. Phewitt. Haha

Bamboo, Iskandariah

Hari ni rase rinduku pada Malaysia telah terbalas. Sedikit. Sebabnye.........tadi saya makan mee Hong Kong. Hehe, makan mee je pun. Tapi aku dah berapa lame tak makan mee. Tak boleh kira gune tangan dah berapa hari ok. So, mee itu juga berhak jadi ubat rindu. Tahniah mee. Ok stop cerita mee.

Jom cerita tempat makan.

Nama tempat makan tu Restoran Bamboo. Restoran ni serves Malaysian and Indonesian food. Tempe dan bakso wajib ade. Sambal balado pun ade, huh excited aku bace menu die tadi. Macam jakun. Tapi takpe, dah lame tak makan punye pasal.

Restoran ni lokasinye agak tersorok. Tapi tersoroknye ia tak menghalang kami student Malaysia untuk pergi ke situ. Heh, mesti la kan. Lidah melayu takkan hilang di dunia kataku.




Ini lah rupa Mee Hong Kong. Dengan air sirap bandung. Semua sekali 16 LE. Can go la kan, tapi nak makan hari-hari, mintak mahap la. Bukan sebab tak cukup duit, tapi sebab nak jage kesihatan. Excuse me.





Ini pulak Raihan punye. Bakso dan air mango. Semua sekali 14 LE.

Sebab makan mee Hong Kong ni, aku kenyang sampai ke malam.



Ok bye semua. =)

Sunday, October 17, 2010

tutup buku buka blog

Hoh, ini la realiti skang ni. Penat seh study. So kite tutup buku dulu, mari kite blog untuk hilangkan bosan dan hilangkan stress. Ya, belajar tak boleh stress, nanti kurus, tak cun. Ade kait ke?

Hari ni kat kelas boleh tahan faham la jugak. Nak compare dengan kelas sebelum ni. So cakap alhamdulillah skang. Alhamdulillah.

Aku takde point nak tulis ape sebenarnye. Ermmm.....
//
Aku cuak lah blaja biochem. Aku ingatkan lepas glycolysis tu dah takde nak hafal proses2 lagi. Rupanya, hujan renyai-renyai di tengahari. Banyak lagi proses2 berupa glycolysis kat blakang tu. Tertipu daku dengan buku modul tu ek. Nyampah. Tapi takpe, aku kene usaha! Senior before ni boleh lek je study, apesal aku tak boleh? Hehehe, excuse me, nak suntik semangat sket.

Sebenarnye proses2 tu nampak je sukar bile kite tak faham die. Sebab arrow die punyelah banyak macam nak cucuk2 mate kau, pastu tak cantik pulak tu diagram die. Serabut. Crowded. Kecik. Ok, cukup dah merungut.

Tapi, once dah faham, rase nyesal sebab benci die sebelum ni. Ok je sebenarnye. Ye ok sebenarnye. Tak percaye? Ha, gi study, tengok sendiri. =P

Ok, kawan aku dah tazkirah. Hari ni walau ape yang terjadi, aku kene gak turun solat isya' kat bawah.....Aaaaaaaaaa, ****snyeeeeee.............T_____T

daripada dr.atiqah best. Terimalah =)

Thursday, October 14, 2010

Semangat eh?

Jengkel. Jengkel. Jengkel.

Kebelakangan ni, balik dari kelas je mesti aku jengkel semacam ah ngan sume benda.

Why?

Sebab aku tak faham ape bende yang lec ajar dalam kelas tadi. Badmood seh aku kalo tak paham tak paham ni.

Eeeei. I've read them like million times but still, no miracles happen. Some dah ok la kot, ade banyak lagi yang susah gilak, aku rase nak koyak buku tu. Hesh, ganas ea?

Tapi takpe. I got 5 weeks to catch up. I wish I can catch up real fast or else I will die. Cancel that, I don't wish to die that soon. I mean not literally die. Ah whatever.

It's hard like seriously. But I'll cope no matter what.

Saturday, October 9, 2010

Hari Makan-Makan

Salam ‘alaikum...

Howdy people? Hope everybody is alive and kicking!

Semalam adelah hari kegemaran saya dalam satu tahun. Iaitu hari makan-makan. Dari pagi sampai ke malam orang belanje saya makan. Macam mahu menangis terharu-haru aku dibuatnye. Ceh mane ade la. Bayar tau yang pagi tu.

The first thing in the morning, we had satu majlis ni. Name die Sambutan Aidilfitri dan Keraian Raja Sehari. Kite highlight kan raja sehari tu yer. Hehe. Kat Mesir ni, ade students yang kahwin time belajar. So, kite horang celebrate la tok dorang sekali. Pagi tu dapat makan nasi minyak la lebih kurang. Dengan ayam kurma. Tapi rase tak same ngan kat Malizi, itu of course. Tapi sedap la jugak. Tapi aku tetap gembire daripada makan oat je tiap tiap kali breakfast. Apesal banyak sangat tapi ha?

See the nasi minyak please, sorry gambo tak sempat pusing


Majlis ni name je Sambutan Aidilfitri dan Keraian Raja Sehari. Tapi haku tengok orang lebih focus pada yang highlight tu, ape pasal? Hehehe. Pape la, yang penting makan free. Wakaka.

Tengahari pulak, after zuhur, kite pergi Majlis Sambutan Aidilfitri dan Ramah Mesra dengan Mejar Jeneral Dato Seri Jamil Khir bin Baharom, panjang bukan name title beliau? Kat Dewan Mulkiah, Iskandariah. Pergi sane naik bus, ape kelas jalan kaki? Haha. Aku hengat dewan die biase biase je. Sekali masuk, fuyyoo gila dewan dia. Terpengsan 10 saat aku di pintu masuk itu. Cewah, acah saje. Kat sini makan style arab siket, please. Tolong tengok gambo hini, penat aku amek, tahu. Haha, amek satu gambar pun penat, betul perlu basuh otak ini anak.
Please help yourself,


Ini nasi aku tak sure namenye. Ade kuftah, the black one. Macam daging.
Roti Arab yang gebu dan montel.
And right after the ceremony, kite horang pergi pulak Sambutan Aidilfitri Isma. Name pendek die Safi Rania. Ok tak lawak. Safi cukup. Dapat makan malam free pulak. Makan laksa dan makanan humble masakan senior senior hebat kami. Cehlamak. Gambar, mintak mahap banyak tak de disediakan. Sebab beteri henpon king KOng sudah.
On the way balik kan, mase tunggu tram kite jumpe satu family pompuan ni. Mule-mule diorang tengok-tengok kat kitorang. Pastu aku senyum-senyum la. Pastu pompuan arab tu tanye ‘Ismak eh?’ Nama awak sape? Aku jawabla dalam seleng Arab: ‘ethiqe. Kalau cakap Atiqah mesti dorang tanye lagi sekali, sebab tak paham. Pensyarah aku la yang ajar ni. Pastu kan, adik pompuan tu belikan kitorang sume chewing gum. Baik gile ah. Caya sama lu. Tetibe haha. Walaupun hanye chewing gum sebijik 5 sen, tetapi jangan pandang sebelah mate keikhlasan diorang menerima kite di bumi mereka. Ha sudahhhh.....

Ok, esok kelas modul 2 akan start kat fakulti Mwassah. Kena naik teksi, halamak!!! Kene bangun awal, halamak!!!! Hadhoii cemek molek!!! Hahaha.

P/s: Air sejuk syadid kot skang ni. Lepas amek air semayang je, kluar je dari toilet tu macam meruap ruap sejuk die tu kat kepala tau. Baju tebal tak beli agi. Jangan sampai aku pakai labcoat+cardigan+jaket mara dalam rumah ni! Fashion Crime itu namenye..

Tuesday, October 5, 2010

Merindu rindu

Salam 'alek earthlings...

Aku baru lepas cuci mata tengok gambar cousin kahwin hari tu....Sangat rindu ok ngan Malaysia tanah tumpah darahku. Cehwah gitewh skalih. Rindu kat mak, abah, adik-beradik, sepupu yang bab bab semuanye.....Waaaa, rindu banget ah senang citer...

Ni baru habis kelas. Lepas habis je tak tunggu lame, terus serbu IT Centre. Ingatkan nak buat exam e-learning,. Punyelah suci murni niat di hati. Sekali bukak email tak keluar lagi soalan die. Hampa syadid aku di situ. Ewah. Apa lagi, alang-alang menyeluk internet lebih baik facebook dan blog sampai ke pangkal lengan. Ok tak kait.

Di kesempatan ini, aku nak hucapkan All teh best kepada adik tersayang, Ahmad Fadzli yang tengah bertempur dalam medan PMR, cehwah. Semoga dipermudahkan, amin. =D

Dan juga all teh best kepada kakakmu ini yang akan exam first module hari khamis ni. Wallah, enak punye...Ei cuak ah nak exam. Ade medical ethics, medical terminology ngan biostatistic. Dengar macam susah. Hakikatnye, memang susah pun. HAHAHA.

Ok, lah air cond dalam tempat ni sejuk bukan main. Sebelum aku jadi ais, baik aku out dulu. Bye semua. Jaga diri.

Oleh orang cun;
Tiqasahmah. =D

Friday, October 1, 2010

Past days entry

19 September 2010 Nasib si pejalan kaki

Hari yang sangat memenatkan tulang-temulang serta otot-otot telah jatuh pada hari ini. Aku dan group PSMB(Program Sambutan Mahasiswa Baru) berjalan kaki pergi ke kampus lama Fakulti Perubatan Alexandria University. Fakulti lama untuk students tua sahaja, excuse us. =D.
Takda la jauh mana pun sebenarnye, tapi sebab aku ni banyak beban nak ditanggung, terpaksa berpenat sikit . Tadi jugak dah membeli labcoat. Sangat excited OK nak start kuliah. CehwahHAHAHAHA! Tipu la takda rasa pape nak start kuliah. Mesti la macam thrill kan. Ada rasa cuak siket, tambah excited siket.

Balik dari mengukur jalan sekitar kawasan fakulti, kami makan aiskrim. Ceh macam mana mahu kurus ni? Heh, aku rasa korang kena tunggu lagi la kalau nak tengok aku muncul terkurus-kurus. EH? Atau lebih tepat lagi, kamu engkau orang bermimpi di tengah malam. Kih Kih Kih.

Mintak maaf la, tapi aiskrim di sini memang terbaik, tak boleh lawan oleh Wall’s mahupun Mcflurry. Cehwah. Tapi jangan risau, yang Wall’s dan Mcflurry itu masih tak akan dilupakan kalau dijumpai dalam mana-mana tong aiskrim. CehwahHAHAHA.!

Malam pulak, aku berjalan kaki dari tingkat 6 ke tingkat 3. Penat OK. Ceh, naik lif sebenarnye. Kah Kah Kah. Ada Majlis Ramah Mesra dengan Dato’ Seri Idris Jusoh. Beliau memang semangat terbaik. Dan memang mesra alam. Sesuai sangat la dengan nama majlis je tu. Pape pun, memang terbaik la hari ni. Penat pun ya, enjoy pun ye. Because everyday is a new experience for me. Ceh GITEWH sekali.

Esok ada lagi program di Conference Centre, Fakulti Perubatan lame. So, kena lah tidur dulu. Aku pun dah tak sabar nak tutup mata, charge battery.

Terbaik Dari Ladang

Warning: Tajuk entry takde kaitan ngan kandungan entry yaw.

Pagi tadi.

Masa aku masuk lif, aku nampak satu kotak air mineral ‘Barakah’ kat penjuru lif. Kat atas tu ada tulis something like iklan gitu, nak suruh orang beli.

Haih, aku dah suspek ni mesti tak lain tak bukan kije dak laki la ni. Mereka ni kreatif jugak ye. Menjual air mineral dalam lif. Sungguh maju. Tak perlu menjaja dan tak perlu keluar keringat tulang pat kerat nak angkat kotak air yang berat macam gajah tu.

Mara memang buat keputusan yang bijak sebab scholar yang mereka pilih ni bukan setakat bakal doctor(InsyaAllah, amin cepat.) malah ada ciri-ciri entrepreneur yang berjaya. Terbaik dari ladang*ulang tajuk entry*.

Tak penah aku jumpe orang jual air dalam lif, duit pun letak dalam lif jugak. Amek risiko duit ngan air kena cilok. Terbaik terbaik. Aku tengok makin hari, makin kurang air dalam kotak tu.
Tak lupe jugak ada sorang duorang yang distribute air mineral berkotak kotak guna lif. Yang ni pun bijak jugak. Tak perlu keluar keringat tulang pat kerat nak angkat kotak air yang berat macam gajah tu. Cuma tolak dalam lif, kemudian tekan tingkat yang anda inginkan. Kemudian hanya tendang kotak-kotak itu keluar dan anda boleh kembali tidur mati di katil bilik anda. Hohoho. Eh janganlah begitu kejam, tendang2 air. Tak baik tau.

Pape pon memang bagus la otak-otak kreatif ni. Ok dah, jangan puji lelebih, kang kembang tak kempis kempis ko nak selit mane hah? *Tetibe*

p/s: Angin kuatnyeee, sejuk! Khamis next week exam yaw!