Friday, October 1, 2010

Terbaik Dari Ladang

Warning: Tajuk entry takde kaitan ngan kandungan entry yaw.

Pagi tadi.

Masa aku masuk lif, aku nampak satu kotak air mineral ‘Barakah’ kat penjuru lif. Kat atas tu ada tulis something like iklan gitu, nak suruh orang beli.

Haih, aku dah suspek ni mesti tak lain tak bukan kije dak laki la ni. Mereka ni kreatif jugak ye. Menjual air mineral dalam lif. Sungguh maju. Tak perlu menjaja dan tak perlu keluar keringat tulang pat kerat nak angkat kotak air yang berat macam gajah tu.

Mara memang buat keputusan yang bijak sebab scholar yang mereka pilih ni bukan setakat bakal doctor(InsyaAllah, amin cepat.) malah ada ciri-ciri entrepreneur yang berjaya. Terbaik dari ladang*ulang tajuk entry*.

Tak penah aku jumpe orang jual air dalam lif, duit pun letak dalam lif jugak. Amek risiko duit ngan air kena cilok. Terbaik terbaik. Aku tengok makin hari, makin kurang air dalam kotak tu.
Tak lupe jugak ada sorang duorang yang distribute air mineral berkotak kotak guna lif. Yang ni pun bijak jugak. Tak perlu keluar keringat tulang pat kerat nak angkat kotak air yang berat macam gajah tu. Cuma tolak dalam lif, kemudian tekan tingkat yang anda inginkan. Kemudian hanya tendang kotak-kotak itu keluar dan anda boleh kembali tidur mati di katil bilik anda. Hohoho. Eh janganlah begitu kejam, tendang2 air. Tak baik tau.

Pape pon memang bagus la otak-otak kreatif ni. Ok dah, jangan puji lelebih, kang kembang tak kempis kempis ko nak selit mane hah? *Tetibe*

p/s: Angin kuatnyeee, sejuk! Khamis next week exam yaw!

No comments:

Post a Comment