Friday, October 1, 2010

Past days entry

19 September 2010 Nasib si pejalan kaki

Hari yang sangat memenatkan tulang-temulang serta otot-otot telah jatuh pada hari ini. Aku dan group PSMB(Program Sambutan Mahasiswa Baru) berjalan kaki pergi ke kampus lama Fakulti Perubatan Alexandria University. Fakulti lama untuk students tua sahaja, excuse us. =D.
Takda la jauh mana pun sebenarnye, tapi sebab aku ni banyak beban nak ditanggung, terpaksa berpenat sikit . Tadi jugak dah membeli labcoat. Sangat excited OK nak start kuliah. CehwahHAHAHAHA! Tipu la takda rasa pape nak start kuliah. Mesti la macam thrill kan. Ada rasa cuak siket, tambah excited siket.

Balik dari mengukur jalan sekitar kawasan fakulti, kami makan aiskrim. Ceh macam mana mahu kurus ni? Heh, aku rasa korang kena tunggu lagi la kalau nak tengok aku muncul terkurus-kurus. EH? Atau lebih tepat lagi, kamu engkau orang bermimpi di tengah malam. Kih Kih Kih.

Mintak maaf la, tapi aiskrim di sini memang terbaik, tak boleh lawan oleh Wall’s mahupun Mcflurry. Cehwah. Tapi jangan risau, yang Wall’s dan Mcflurry itu masih tak akan dilupakan kalau dijumpai dalam mana-mana tong aiskrim. CehwahHAHAHA.!

Malam pulak, aku berjalan kaki dari tingkat 6 ke tingkat 3. Penat OK. Ceh, naik lif sebenarnye. Kah Kah Kah. Ada Majlis Ramah Mesra dengan Dato’ Seri Idris Jusoh. Beliau memang semangat terbaik. Dan memang mesra alam. Sesuai sangat la dengan nama majlis je tu. Pape pun, memang terbaik la hari ni. Penat pun ya, enjoy pun ye. Because everyday is a new experience for me. Ceh GITEWH sekali.

Esok ada lagi program di Conference Centre, Fakulti Perubatan lame. So, kena lah tidur dulu. Aku pun dah tak sabar nak tutup mata, charge battery.

No comments:

Post a Comment