Saturday, February 26, 2011

Apebendakah dalam dunia?!

Ish benci betul la. Aku menghadapi waktu yang panas isik borang KPT ni. Ape pasal ha? Apebendakah dalam dunia? Cakap biaq teghang! Adoi. Ni yang mematikan mood nak isik borang. Sikit punye awal ni aku bangun, nak isik borang punye pasal. Tup tup die punye format tah pape. Apekah dalam dunia? Ish! Ya Allah, kurniakan aku kesabaran kuase doblas. Nak tanye orang, sume orang tengah tido. Cubela bangun cepat sikit hoi! HAHAHA, padahal baru hari ni aku kuasa nak bangun awal, kalau tak gigit jari. Hampeh.

Thursday, February 24, 2011

Yes, hari ni sangat produktif sampai cedera!

Well, yeah today was a fairytale tak tipu je. Hari ni memang benar-benar punye produktif. Nak tahu ape bende yang produktifnye? First aku mencangkul hari ni. Haha, I bet korang mesti macam tak percaya kan. Dengan tuala good morning nye aku mencangkul depan rumah, wallah, muka kayak nyonya kebun bunga Cameron Highland. Tetiba Cameron Highland kan, takpa, teruskan baca.

Tok Lah la ni nak tanam pokok bunga sundal malam kat depan tu ha. Sambil ketuk keyboard sambil pandang kiri kanan sebab aku kat bawah ni, sorang-sorang online dalam gelap. Peh, nasib baik belum tengok cerita Khurafat lagi. Orang kata cerita tu seram? Hantu kaw-kaw punye. Apa beneren, Pak Joko? Lepas mencangkul, cabut rumput pulak. See, memang tanning sakan tadi. Tapi takpa, Tok Lah punye pasal, I on saja. Cucu emas kan.

Ha, tahu tidak tadi time aku berjalan-jalan atas treadmill, aku rase penat sangat. Aku pun pejam mata dengan harapan waktu akan berlari pantas tanpa kusedari. Sambil ambik feeling nyanyi-nyanyi:

''Tanpa kusedari.....air mata kumengalir....''

Sekali, ha kau! Memang beneren aku nangis. Tiba-tibe je aku rase aku makin kebelakang dan kebelakang dan terus kaki tersangkut antara treadmill dengan dinding. Treadmill letak depan dinding, memanglah kan. Bile aku pikir balik, kalau tak kerana saiz kaki aku yang comel, nak jugak kan, dah lama accident tadi boleh bagi ilham untuk citer SAW series akan datang. Haku memang tak tahu SAW tu dah berapa series sebab memang tak nonton. Aaaaa, yucks! I hate films with torments and bloody torture. Tengok pun boleh termuntah. Memang jahat gila nak mampus tak ingat tuhan kalau betul ada orang macam tu hidup atas dunia. Eeee. Goosebumps la aku, serious tak tipu ni. Pandang kiri kanan lagi sambil typing.

Eh eh, aku cerita apa ni? Haha, balik pada kaki tersepit tadi. Alah sian die kaki sepit ye (sambil buat gaye Minu)
//
Walah, sakit oi. Sakit tahu. Nak jalan pun dah macam orang cripple. Tahu, cripple? Cacat? Belakang tumit aku bengkak. Haha, part ni lawak sebab aku tak tahu pulak area tumit ni boleh bengkak. Sekarang siapa tak puas hati pasal kewujudan bengkak kat tumit, boleh call aku. Aku bagi kaki, bukti! Tengok sendiri.

Tapi malam tadi mak bawak chocolate brownies secret recipe pulak naik atas. Supper lah gitu. Tak nak kalah supper secret recipe gitu. Alah, saki baki. Haish jahanam jahanam exercise aku tadi. Tapi sental tetap sental. Penat mak bawak naik atas tahu. Sebagai anak yang baik dan mengenang budi, haruslah kita makan hidangan yang mak penat-penat angkat. Ha kau tak tolong mak angkat dulang eaaaaa.....Tak lah, aku kan telah tersepit lantas seperti crippled sedikit, lupa kah kau?

Sekian sahaja cerita aku yang sangat produktif hari ni. Sangat la sangat, bukan?

Aku harap aku hilang 1kg hari ni. HAHAHA. Baru boleh tidur tersenyum.

Tuesday, February 22, 2011

Jealous dengan orang terel bawak kete

OMG! Aku baru lepas bawak kete ngan bapak aku. Ye, aku jakun. Ade problem?
Cramp seyh kaki ni, just like dolu-dolu time belajar kete ngan Pak cik Bakar. Ko ingat lagi Pak cik Bakar? Haha. Aku tak tahu mane aku dapat semangat harimau time belaja kete ngan pak cik tu dulu. Dah la garang. Garang pulak tu. Nasib baik pakcik baik hati bagi saye buat test bukit 3 kali. Hahaha nampak tu nampak? 3 kali pun tak lepas gak.

Bawak area-area Perling ni je. Start dari Sutera sampai la rumah. Just like JPJ test dulu. Mak aihhh, selow gile aku bawak haha, sian kete belakang tapi abah kate dulik kan kete belakang tu, tengok depan je. Wakahkahkah.

Abah, saye nak kancil satu.......(kau ingat ini mamak restoren order kancil macam milo ais?)
Yeh, dalam mimpi saje maa. Eh tapi kadang-kadang angan-angan bisa menjadi kenyataan. Sape tahu mase depan kan. Jadi, kite kene kuat berangankan angan-angan yang perlu je.

''Abah, saye nak kancil satu....myvi pon boleh.....'' HAHAHA....amin, amin, amin......

Sunday, February 20, 2011

My productivity

Laptop rongak. Abah kate. HAHA.
Apa motif bunga ni? Yes, sebaik ternampak pokok bunga kertas ni kat rumah pakcik aku, terus teringat Biology. Mendelian Inheritance. Anybody?

Puas hati bebeyh! Novel novel novel dan novel.....!
Sekarang:
Di saat orang lain tengah tak cukup nafas belajo, aku duk melangok kat rumah, enjoy habis-habisan. HAHA. Masa ni la nak enjoy buat benda yang tak boleh dibuat time belajar. FB, novel, blogging marathon, movies, makan and whatnot. Berada dalam keadaan ni lame-lame pun tak berape best sebenarnye. Ye la, rase diri tak produktif. Rasa macam tak berguna. Hoh, tak berguna kau. Ambik tu. Agak keras bunyiknye ek.
Tapi bile difikir balik, aku bukannye selalu macam ni. Ape orang kate ''in a free state of mind.'' With nothing to think, nothing to worry. Yes, hidup yang aku selalu harapkan time busy gile belajar. Tapi bile dah dapat, rase tak produktif pulak. Haih, dasar manusia tak pernah puas!
So:
Bile dianalisa semua benda ni, aku kena dapatkan sesuatu (tak kire la ape bende sesuatu pun) dari semua benda yang aku buat time cuti emergency ni. Mesti, wajib. Dan aku kena tulis atas kertas. Vocab, lesson hidup and whatever la. Janji, sesuatu! At least, it shows that I am productive. Yes, even it is to myself only. Then only, people will get something from me. Isn't it? Worry not of you don't understand me. Worry yes of you are not productive.
Productive from my point of view: Having some improvement in yourself. You produce something. No matter what kind of it, but must be something. Don't let yourself be static with no 'move' at all for a long time. That is not productive.

Thursday, February 17, 2011

Abang aku laa....

Kelakar betul tengok orang packing barang ni. Kejap turun bawah, naik atas balik. Kang turun balik. Naik balik. Satu rumah tawaf, carik ketip kuku (nailclipper), carik marker, pastu kang keluar rumah pegi kedai pulak.


Ok enough, sedap mengata orang, dulu die pon same jugak. Dah la nak kene orang drive. HAHA


I will feel something missing in the house, of course but I hope it won't be long. There won't be anyone then for me to ask to buy bla bla bla at the shop even I hardly get what I want due to ''oh no, i forgot!'' or ''sorry, didn't find it'' except if I asked for McD. But still, the feel that there is someone there is enough. Takkan la nak suruh mak abah baru balik keje pegi kedai beli bla bla bla kan.


So yeah, by hook or by crook, I need to practice. Driving. Yes. Driving. It's mad to drive a Pajero just after you grad from the driving school. I mean, it's awfully difficult to manouvre it. Kancil and Pajero, what do you expec? Even the change in Islam got the levek. Yet I have to get the skill because the others had done it, so why I can't?


Enough with that. So, when there is someone who will leave the house, some of my stuff will go with them too. What are they? Let's see.


  1. Ma'thurat

  2. Al Quran tafsir

Only two things but I use them on a frequent mode, so yes I feel rather missing. Tapi come on la, itu panduan hidup, kena share-share. So ambikla. Adik beradik punye pasal kan. Dulu Mur masuk asrama pun amek tafsir aku jugak. Aiyaaa mudak-mudak ini butu punya manyak songeh!


Tak kisah la yang penting korang bahagia. If you ask my life pon I bagi, you. HAHA. Ad mintak gosokkan baju pun, aku OK. Kalo takde pape, huh, tak kose den. Kalo aku jawab tak kose gak time time genting ni mesti die cakap ni ''ala please la, lepas ni aku dah takde''....Alalalala, hati perempuan keras mane die kan. Alangkan Mur pun boleh nangis dengan Ad cakap gitu. Wakaka.


Ok la, esok pun dah nak berangkat. Yang aku tak reti-reti nak tido ni kenapa? HAHA marah diri sendiri. Bye. Salam 'alaik.



HE is going.......and will be back

What are the things I wish people do when I was about to go to Egypt?

Think, think, think!

I can't come out with anything. Aiya.

Wednesday, February 16, 2011

BBQ dan Nasi Arab

Aktiviti memakan-makan memang sangat suka bila kite dengar die. Ni lah medium paling senang nak attract orang supaya hadir ke rumah kita. Selain dari majlis sambutan hari lahir dan majlis perkahwinan. Setuju? Sebab mak-mak tak payah masak, kelentang-kelentung kat dapur. Jimat gas, jimat letrik, jimat tenaga. Setuju?

Menyedari akan hakikat yang hakiki ini, eceh, kite pun buat la makan-makan sikit kat rumah hari Isnin hari tu. Untuk family-family kat JB ni je. Dapat mengukuh silaturahim, dapat jumpe kite yang baru balik ni, dapat tengok orang yang dah nak fly jugak. T______T sedih la abang nak fly. Sape nak bawak kite pergi beli barang lagi lepas ni? (Tak sedar diri dah berlesen)

Paling best sebab aku boleh jumpe budak-budak gomok yang dah laaame tak jumpe. Terus jadi ribena sekali kalo dah jumpe dorang. Mesti orang tak sangka aku ni dah 19. Perangai cam 9 tahun kalo main ngan dak kecik. Merajuk sekali, mengganas sekali. Oh, nangis tak payah la. Cerita lama tu. Kalo ingat balik, sangat memalukan!

Menu? Nasi Arab (ayam masak merah, nasi kambing, ulam) favourite bapakku, dan BBQ. Yeah, aku, Ad ngan Ayel jadi tukang BBQ. Susah oo nak masak ayam. Sume hantar balik kat kitorang sebab ayam merah lagi. HAHA. Pastu ade kek kongratulasi untuk si Fuad sebab die dah nak blah kan. Bye bye Fuad. Will miss you. Tak lame dah, lusa ni. (Aku jugak yang buat checklist untuk die. Biasela, orang dah fly dulu kan. KAH KAH KAH jaki gila!)

p/s: habis tempat control volume headphone aku tercabut kene tarik dengan budak.

Wednesday, February 9, 2011

Guilty pleasure

Alhamdulillah, after 11 days of waiting, finally I am home!

Thanks Malaysia for generously bring us home! Mak abah juga.

Hoi. Seronok betul tahu dah sampai Malaysia. Nampak pakcik jage airport pun aku sengih sorang-sorang. Apa lagi tengok muka ibu bapa dan nenek yang ambik kita.

Kronologi 11 hari 'winter break'

29/1/2011
Ingat tak ketapi berenti tibe-tibe tu? hoi suspen kite tauu.

30/1-5/2/2011
Duduk kat asrama diam-diam. Kalau bising nanti banduan dengar die bunuh kite. Wakaka ezejeret gile.

6-8/2/2011
Stay kat Madinatul Hujjaj aka asrama tabung haji. Hah kat sini paling lah aku buat dunno je ngan dunia ni. Makan tido makan tido tengok movie. Aku pun naik bosan dengan hidup aku. 3 malam ye aku macam ni.

8/2/2011
Lepas semayang zuhur ade announcement. Finhallyyyy....Hurrahh. Went to the airport and off to home sweet home! Alhamdulillah.....

Runsing oh aku sekarang ni. U tak cakap lagi naik kelas bile. Tah bape hari je la aku holiday kat sini. And yeah aku rase guilty sbb tak bawak pape balik Malaysia. Takpe takpe, summer break is coming soon....!

Wednesday, February 2, 2011

Membunuh waktu

Disebabkan riot yang tercetus:

  1. Trip Luxor-Aswan? Kensel! Dui, sedihnye, baru nak merase naik cruise.
  2. Kami menjadi social recluse aka anti social. Curfew punye pasal, kitorang duduk je terperap dalam rumah, tak buat gapo.

Jadi untuk membunuh waktu, aku mentengok laptop sampai mate pun naik juling. Agak-agak bosan tengok laptop, bace novel pulak.

Hm, so far so good.

Setakat 5 hari curfew ni, aku dah berjaya khatam cerita Playful Kiss dan juga Ijimae. *standing ovation*

Ramai akak-akak fourth year tumpang bilik aku. Dorang sangat best! Dengar citer dorang, aku tumpang gelak sekali.

Abah, Mak, orang ok2 je. Tengah tunggu kapal datang ni. I am just following the flow. Call nurul selalu selalu. =D Sayang selalu.

M, turunlah engkau, jika engkau pemimpin yang baik mesti tak sanggup tengok rakyat depress macam ini. Turun la cepat wahai M.

29/01/2011

Hari yang sangat tragic bagi aku. Penuh dengan emosi. Penuh dengan suspen. Dada aku berdebar-debar tak keruan dari pagi sampai malam. Yeah, you know why. Riot dan segala atuk nenek chaos yang berlaku ni memeningkan pale hotak aku. Bak kate Raihan, pening pale mikirkan negare orang lain.The day before kat rumah Shida kitorang tengok riot live depan mate. Orang biase ngan polis lawan-lawan. Baling kace, polis tembak gas pemedih mate tu, orang arab gempur kete polis, and the utmost, bakar satu rumah ni. Haihh, apo nok jadik haihhhh....

Dalam ketapi on the way balik dari Cairo ke Alex memang la buat aku cuak. Tetibe buat hal stop tengah jalan. Puncanya ade banduan sengal pegi cabut railway so ketapi tak boleh gerak. And thanks to them journey yang sepatutnye 3 jam jadi 6 jam. That is just just great.
Anyhow ketapi berjaya jalan balik, Alhamdulillah. Sampai je kat mahattah ade 2 bawwab asrama MARA dah tunggu jemput kitorang. Baik kan. Nasib baik diorang ade. Kalau tak, tido la kat mahattah tu. Kat luar tu dah la penuh orang pegang kayu pegang botol kace, kete kebal, askar and what not. SCARY! Alhamdulillah3 everything went smooth and steady. Kitorang berjaya sampai asrama ngan selamat.

Senang cite keadaan kat Alex memang bahaya. Haritu bank sebelah asrama Mara ni kene rompak. Sebab tu banyak kete kebal sentri. Balai polis besar tu dah kene bom and ramai banduan terlepas. Sebab tu la pakcik-pakcik arab sume sentri jalan sambil pegang kayu in case banduan tu rompak mana-mana kedai lagi. Ketapi kitorang tu pun stop sebab kayu railway tu kene alih dengan banduan yang terlepas tu. Eh banduan dorjono kau orang dah takda kerja lain kah haa?

But after all, we are all alive and kicking, still. So thanks to Him!