Wednesday, February 16, 2011

BBQ dan Nasi Arab

Aktiviti memakan-makan memang sangat suka bila kite dengar die. Ni lah medium paling senang nak attract orang supaya hadir ke rumah kita. Selain dari majlis sambutan hari lahir dan majlis perkahwinan. Setuju? Sebab mak-mak tak payah masak, kelentang-kelentung kat dapur. Jimat gas, jimat letrik, jimat tenaga. Setuju?

Menyedari akan hakikat yang hakiki ini, eceh, kite pun buat la makan-makan sikit kat rumah hari Isnin hari tu. Untuk family-family kat JB ni je. Dapat mengukuh silaturahim, dapat jumpe kite yang baru balik ni, dapat tengok orang yang dah nak fly jugak. T______T sedih la abang nak fly. Sape nak bawak kite pergi beli barang lagi lepas ni? (Tak sedar diri dah berlesen)

Paling best sebab aku boleh jumpe budak-budak gomok yang dah laaame tak jumpe. Terus jadi ribena sekali kalo dah jumpe dorang. Mesti orang tak sangka aku ni dah 19. Perangai cam 9 tahun kalo main ngan dak kecik. Merajuk sekali, mengganas sekali. Oh, nangis tak payah la. Cerita lama tu. Kalo ingat balik, sangat memalukan!

Menu? Nasi Arab (ayam masak merah, nasi kambing, ulam) favourite bapakku, dan BBQ. Yeah, aku, Ad ngan Ayel jadi tukang BBQ. Susah oo nak masak ayam. Sume hantar balik kat kitorang sebab ayam merah lagi. HAHA. Pastu ade kek kongratulasi untuk si Fuad sebab die dah nak blah kan. Bye bye Fuad. Will miss you. Tak lame dah, lusa ni. (Aku jugak yang buat checklist untuk die. Biasela, orang dah fly dulu kan. KAH KAH KAH jaki gila!)

p/s: habis tempat control volume headphone aku tercabut kene tarik dengan budak.

No comments:

Post a Comment