Thursday, September 30, 2010

I'm here, finally

Salam 'alaik to all earthlings..=D

Sebelum tu nak say sorry sebab privatekan blog ni before. Atas sebab yang tidak wujud pun sebenarnye. Saje main private-private macam gedik. Hehe.

Entry ini contra betul dengan yang previous. Tak nak fly tak nak fly aku pun, skang ni dah berada di tanah Iskandariah yang asyik masyuk sekali. Gitewh skali ha. Alhamdulillah dah selamat aku dok sini 2 minggu. Hati fragile bukan main yo. Kadang2 tengah dok gelak2 sembang ngan kekawan tibe2 boleh nangis bile salah seorang cakap 'petang tadi mak aku tepon weihhhhh....' Ceh. Tapi takpe, rasa itu la yang didik hati kite jadi tough, kental gitu ha. 6 tahun lagi tu weih....

Aku dalam kelas e-library ni. Tapi semua orang amek kesempatan atas komputer ngan internet yang disediakan ni ha. Hehe. Subjek kegemaran aku ialah Medical Terminology. Buat modul 1 ni je la. Masuk modul 2 akan start Nutrition and Metabolism pulak, macam susah tapi jangan judge a subject by its name OK.

Hostel Mara kat Alex ni masyuk weih tak tipu. Macam hotel betul. Cuma tolak takda aircond ngan swimming pool je. Ha ngan wi fi skali. Overall, Alhamdulillah, life kat sini ok je. Study ok, makan ok ape pun semua la ok. Alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah.

OIk, klas dah start.

Wednesday, September 8, 2010

Aku Tak Mahu Fly

Aku tak bergurau. Sebab itu ape yang datang dari hati kudus aku ni. Sekarang ini.

Macam buhduh itu kan. Tapi bisikan hati siapa mampu tipu yo? Nak tak nak, sentiasa akan kedengaran di kepala hotak. =D

Itulah aku 2 3 hari ini. Dihantui bisikan hati yang kadangkala menipu itu.

Sebab itulah, beg besar aku warne maroon itu masih belum siap dikemas. Sebab aku tiada mood. Heh, siapa kata kemas beg tidak perlu mood, dia perlu disaman. Hehe, gurau sajja yo.

Aku sedang mendengar lagu Declan. Ulang-ulang kali di stereo laptop. Boleh bayangkan tak betapa ia mensiat-siat hatiku yang sedang emo tidak mahu fly ini? Oh tidak. Melankoli pula entry ini. Siapa kata aku ini gembira sentiasa hah? Get out skang!

Tadi sudah diumumkan bahawa esok raya. Tapi aku jadi lebih sedih. Buhduh lah hati ni. Kenapa mesti sedih ha?!! As I'm typing this, I almost weep like a child. =P, Tadi aku kerja over time. Lepas tarawikh, aku masukkan duit dalam angpau. 10 hengget, 10 hengget, 10 hengget. Alehmak, tahun ni tak dapat kutip duit banyak-banyak yo. Sedih ok! Macam mana ni? Oh tuhanku...

Aku mahu MP3 la yo. Tak pun nak memory card 2 GB letak dalam henpon, jadi aku boleh dengar lagu declan selalu. Suara dia soothing la yo. Lagu Maher Zain pun. Aizat pun. Siti Nurhaliza pun. Sapa lagi pun pun??? Hihi.

Dah la. Aku nak kemas beg. Sementara mood itu masih ada. Ya, kejap tadi mood kemas beg datang menterjah. Jadi, bye bye semua.

Aku nak ucap Selamat Hari Raya pada semua orang. =D, Aku nak mintak maaf kat kamu semua. Tapi aku rasa aku cam takda buat salah kat sesapa. Aku kawan yang baik yo. HAHAHAHA.

Sunday, September 5, 2010

Jom cerita pasal flight

Salam 'alaik.

Skang ni pukul 4.32AM dan aku tak tido lagi dari tadi. Korang jangan caye ngan jam blog ni. Dia gila ok. Tak betul. Date pun same.

Nak tahu tak kerja aku ape dari tadi tak tido tido? Aku gi bace blog senior kat Alex. Aku nak tau cemane life kat sana, study kat sane, and all that jazz. Dan aku end up macam zombie la ni.

Aku tak tahu nak conclude ape. Tapi aku akan just go with the flow cam yang biase aku buat. Pastu kalau ada yang tak berkenan di hatiku, aku nak ngadu kat DIA je. DIA yang sentiasa jaga aku dan hantar aku ke situ. =D

Aku ni dah tersasar. Sebenarnye nak cerita pasal flight. Yeah, so flight aku 15 Sept ni, kol 1.30 AM. AM ok bukan PM. Kena kumpul kat airport tu 14 Sept kol 8.30 malam. Which is same je cam aku cakap kat orang aku fly 14 hari bulan. Get me?

Perasaan aku?

Tak payah cakap la. Bercampur gaul. Aku tak siap kemas beg pun lagi. Kawan aku sume dah start membeli. Aku sorang je masih tercongok depan laptop ngan blog ni like nobody's bisnes. Tak sedar diri.

Wei boleh tak aku nak cakap, aku tak mahu fly???? Itu la yang aku rase sekarang ni. Aku tak ready lagi sey nak tinggalkan family. Aku masih mahu berada di Malaysia. Aku masih mahu bangun pagi dan tengok bilik bersepah aku ni. Boleh tak?

Ok, aku tahu. Bila malam je mood aku akan tukar jadik hyper. Rasa malu aku berkurangan, sebab tu entry ni macam gila terbabas. Ada aku kesah?

Current situation is aku rase aku tak organise. Then it leads to malas nak packing. Then it brings me to sit in front of my lappy sampai aku migrain dan sakit pinggang. Lepas tu aku bukak blog ni bagi korang bace entry meroyan. Mintak maaf la.

Dah la, dah la.

Wei adik aku baru je bangun jap tadi. Die qiamullail la sey. Aku plak????

Mari la kita bersame-same memanfaatkan 10 malam terakhir ramadhan ni. Wei tengah hujan la!!!!!! OMG, jangan lepaskan peluang ok! (Waktu doa mustajab)

Saturday, September 4, 2010

Cerita bus takde motif

03/09/10, 2328 hr:

Location: Transnasional bus upper seat.

Yuhuu, mari pulang ke rumah!!! Aku dalam perjalanan balik dari KL ke JB.

Aku sedang bosan tak tau nak buat ape dalam bus. Kat sebelah ade hambe Allah tak tahu jantina laki atau pompuan. Tapi aku suspek die pompuan. Tomboy, yeah. Rambut blonde boy haircut, specky, topi ferrari merah cover muka nak tido. Motif aku memberi detail dia???

Ni dah kali ke satu kosong kosong aku naik bus kalo nak kire dari zaman form 1. Koh3, ade mu kesoh?? Tapi aku tahu ade orang lagi dah jemu naik bus. Tengok bus sudah tak jakun. Lagi mahu muntah ade. Sebab dia pegi balik keje naik bus aje. Takpe, usaha gigih eskalator kejayaan. Hek3.

Aku sedang duduk kaki herot ngale ke lorong orang lalu sebab orang sebelah kangkang besar gila. Haih. Belakang ade beberapa gadis India yang bising pastu henpon kejap2 bunyi lagu tamil. Best gilaaa...Silent mode can ah ha??

Harapan nak tengok tivi dalam bus pecah berkecai menjadi kaca halus. Baru sat tadi tv jenis lipat tu membuka lipatan menunjukkan skrin macam canggih gila. Tetibe skrin blank kaler biru. Apa kes??? Tidakkah aku berasa keciwa di situ?? Fine, tidur the escapism.

Oh not really. Kerusi keras cam batu. Bukan port baik untuk lelap. Lantas aku hantar SMS ke sedari Sabrina, si pengubat jiwa kacau aku.

''Sabo je la eh dok atas kusi keras. At least bus tu masih ada air cond and tempat duduk kan''

Terus sejuk hati aku. Terus boleh tidur. Kan dah kate, die memang sahabat yang sangat baik you could ever ask for. Hihihi. Aku rindu kau jugak la Cik Sabrina hoi. Heee.=D

The end. =D

Wednesday, September 1, 2010

Cerita sekarang

Salam'alaik people.

Weh lame gilak aku tak update kan. Tapiii, korang mesti tak perasan kan. Yela, sape lah blog aku dalam hidupmu. Cewah...HAHAHA

Cerita sekarang;
Esok ialah predeparture yang mane aku akan pergi satu talk ni, and then die cerita la semua semua pasal negara aku nak pergi ni kan. Dia nak citer pasal urusan biasiswa whatever. So esok officially aku akan mendengar MP4 secara marathon, excuse me. HAHA, bohong gila. Nak dengar tak pengakuan tulus aku?

''Aku ni sebenarnya tidak berMP3 mahupun MP4 orangnya.'' Hanya ade songs memory dalam handset yang bersaiz besar sikit dari siput bawah batu. HAHAHA, merapok betul aku kan malam ni.
//
Back to cerita sekarang, aku menumpang berteduh kat rumah kawan ohkay. Besar tak besar pengorbanan aku semata-mata nak gi predeparture ni. Sanggup tidur di rumah bukan sedare. Eh sedara seislam lah kan. HAHA

Eh dahla. Aku nak tidur. Sekarang bukan waktu yang sesuai nak bercengkeram dengan blog.

Babai. (Kau jangan pandai2 buang 'a' yang kat belakang tu eh, kang lain jadiknye. HAHA)

Wassalam. =P