Wednesday, September 8, 2010

Aku Tak Mahu Fly

Aku tak bergurau. Sebab itu ape yang datang dari hati kudus aku ni. Sekarang ini.

Macam buhduh itu kan. Tapi bisikan hati siapa mampu tipu yo? Nak tak nak, sentiasa akan kedengaran di kepala hotak. =D

Itulah aku 2 3 hari ini. Dihantui bisikan hati yang kadangkala menipu itu.

Sebab itulah, beg besar aku warne maroon itu masih belum siap dikemas. Sebab aku tiada mood. Heh, siapa kata kemas beg tidak perlu mood, dia perlu disaman. Hehe, gurau sajja yo.

Aku sedang mendengar lagu Declan. Ulang-ulang kali di stereo laptop. Boleh bayangkan tak betapa ia mensiat-siat hatiku yang sedang emo tidak mahu fly ini? Oh tidak. Melankoli pula entry ini. Siapa kata aku ini gembira sentiasa hah? Get out skang!

Tadi sudah diumumkan bahawa esok raya. Tapi aku jadi lebih sedih. Buhduh lah hati ni. Kenapa mesti sedih ha?!! As I'm typing this, I almost weep like a child. =P, Tadi aku kerja over time. Lepas tarawikh, aku masukkan duit dalam angpau. 10 hengget, 10 hengget, 10 hengget. Alehmak, tahun ni tak dapat kutip duit banyak-banyak yo. Sedih ok! Macam mana ni? Oh tuhanku...

Aku mahu MP3 la yo. Tak pun nak memory card 2 GB letak dalam henpon, jadi aku boleh dengar lagu declan selalu. Suara dia soothing la yo. Lagu Maher Zain pun. Aizat pun. Siti Nurhaliza pun. Sapa lagi pun pun??? Hihi.

Dah la. Aku nak kemas beg. Sementara mood itu masih ada. Ya, kejap tadi mood kemas beg datang menterjah. Jadi, bye bye semua.

Aku nak ucap Selamat Hari Raya pada semua orang. =D, Aku nak mintak maaf kat kamu semua. Tapi aku rasa aku cam takda buat salah kat sesapa. Aku kawan yang baik yo. HAHAHAHA.

No comments:

Post a Comment