Sunday, September 5, 2010

Jom cerita pasal flight

Salam 'alaik.

Skang ni pukul 4.32AM dan aku tak tido lagi dari tadi. Korang jangan caye ngan jam blog ni. Dia gila ok. Tak betul. Date pun same.

Nak tahu tak kerja aku ape dari tadi tak tido tido? Aku gi bace blog senior kat Alex. Aku nak tau cemane life kat sana, study kat sane, and all that jazz. Dan aku end up macam zombie la ni.

Aku tak tahu nak conclude ape. Tapi aku akan just go with the flow cam yang biase aku buat. Pastu kalau ada yang tak berkenan di hatiku, aku nak ngadu kat DIA je. DIA yang sentiasa jaga aku dan hantar aku ke situ. =D

Aku ni dah tersasar. Sebenarnye nak cerita pasal flight. Yeah, so flight aku 15 Sept ni, kol 1.30 AM. AM ok bukan PM. Kena kumpul kat airport tu 14 Sept kol 8.30 malam. Which is same je cam aku cakap kat orang aku fly 14 hari bulan. Get me?

Perasaan aku?

Tak payah cakap la. Bercampur gaul. Aku tak siap kemas beg pun lagi. Kawan aku sume dah start membeli. Aku sorang je masih tercongok depan laptop ngan blog ni like nobody's bisnes. Tak sedar diri.

Wei boleh tak aku nak cakap, aku tak mahu fly???? Itu la yang aku rase sekarang ni. Aku tak ready lagi sey nak tinggalkan family. Aku masih mahu berada di Malaysia. Aku masih mahu bangun pagi dan tengok bilik bersepah aku ni. Boleh tak?

Ok, aku tahu. Bila malam je mood aku akan tukar jadik hyper. Rasa malu aku berkurangan, sebab tu entry ni macam gila terbabas. Ada aku kesah?

Current situation is aku rase aku tak organise. Then it leads to malas nak packing. Then it brings me to sit in front of my lappy sampai aku migrain dan sakit pinggang. Lepas tu aku bukak blog ni bagi korang bace entry meroyan. Mintak maaf la.

Dah la, dah la.

Wei adik aku baru je bangun jap tadi. Die qiamullail la sey. Aku plak????

Mari la kita bersame-same memanfaatkan 10 malam terakhir ramadhan ni. Wei tengah hujan la!!!!!! OMG, jangan lepaskan peluang ok! (Waktu doa mustajab)

No comments:

Post a Comment