Sunday, January 29, 2012

Post Practical CNS Exam

Salam 'alaik dear earth creatures!

Yang pertama, Alhamdulillah, 40 minit yang lepas aku dah tamatkan practical exam yess tak payah nak nervous nervous sangat lagi. Membazir adrenaline okehhh. Okeh tidak lawak!.

Yang kedua, aku nak bebel pasal exam tadi. Serius emo nih okeh I emoh sungguh sungguh ni emoh EMOHHHHHHH! Eh terlebih sudah. Sebelum tu aku nak make something clear. Apa aku cakap ni based pada ape yg aku rase, takda kaitan hidup dan mati, bukan nak mengutuk doktor atau sesapa eh. Kang ada pula yg cakap aku hentam prof dalam blog. Tak macho okeh. Tiada barakah di situ. Pastu pastu, ada banyak words berunsurkan medic kat bawah ni ea. Just bear with it okeh anak anak. Hehehe. Ok sambung. Cekcekcekidauttt.

Soalan anat tadi macam apeeeeeee ini serius. Aku start dengan spot nombor 1 tadi which is Anat dan aku punyelah tunggu bile nak sampai spot nombo 9 ni. Overall utk anat, ada 3 spots yang aku kantoi.
  1. 1 kantoi big time (aku taktau jawapan kullu hagah) aku dokle memikir apebenda alah laaaa duduk kat bawah lower border petrosal temporal bone tu. Nak kata internal acoustic meatus, takda lubang. Nak kata jugular foramen macam takde lubang jugak. Sampai aku terbabas ingat itu lesser wing ok. Nasib baik frontal cortex mengingatkan aku lesser wing kat anterior fossa. Jawapan drpd mekli: sigmoid sulcus rupanya.......Hak alaaaaaaa terluka hati aku tau. Sebab aku kenal die tapi tak terpikir pulak sigmoid sulcus kat situ. HAHHA. 
  2. 1 kantoi soalan anak die (contents of pyramid). Yg ni memang salah aku sebab aku terlepas pandang pasal content pyramid ngan olive ni. Aku ingat fibers kat cerebellar peduncle je. Hapo lah ekau ni makcik oii....Jawapan drpd mekli jugak: corticospinal tract.
  3. 1 kantoi tak sure adekah itu anterior limb, genu atau posterior limb of internal capsule. Yang ni aku agak emo la sebab specimen die cantik sikit je dari serabut kelapa tu. Anda kenal tempurung kelapa ni? 
Ha, serabut die tu sebijikkk macam specimen horizontal section cerebrum tadi. Aku tengok pun takda selera nak jawab tau. Lentiform die ayyu hagah lah semua tak jelas. At least mase revision punye specimen siap boleh kenal mana grey matter, mane white matter. Yang dlm exam niiii......Hadoi ai tak tahu le nak cakap cemane. Aku main jawab je tadi. Haritu mase revision doktor kata specimen exam special punye. Cantik. Cantik apebendaaaa? Tapi takpelah. 

Soalan histo

Ha, yang ni best. Yang ni alhamdulillah semua boleh jawab dgn tenang dan senyuman paling ayu utk Dr Ali. Wkakaa. Gurau jeee. 

Soalan pharmaco

Ha ni lagi satu yang menambah ketensian aku balik practical tadi. Sampai terlintas jalan sesorang okehhh. Pertama kali cross sengsorang. Bravo utk diri sendiri. Wakakaka. Ok sambung. 
  1. Soalan pharmaco serious psycho okehhh. Die atas satu kertas A4 penuhhh dgn tulisan. Die buat ko berfikir yang soalan die susah sebab panjang gile soalan die. Tapi memang susah pun. Sebab jawapan die tu kene dikaitkan. Macam tadi kan. Soalan a) aku dapat graph. Die letak atenolol. Fine la itu beta blocker so heart rate die takde effect nanti kan. Pastu die suruh lukis graph of these effects. Siap gariskan lagi these tu (maksudnye lukis effect atenolol pade both heart rate ngn blood pressure). Yang aku si bijak ni lukis satu je utk heart rate tu. AHAHHA serious la, terpsycho punye pasal tadi. So, tolak satu di situ. Atau mungkin setengah. Pastu yg b) tu die tanye 'adrenaline reversal will occur if ________ is added before exam.' Ha cara jawab die tu mcm ni.
- Adrenaline will increase blood pressure
- kalau reversal, maksudnye die terbalik. Die decrease blood pressure. 
- Decrease blood pressure disebabkan oleh alpha blocker
- alpha blocker adelah prazosin, yay! 

Ha gitulah cara mengaitkan tu. 2 minit je eaaa utk jawab a) dgn b). Haaaaa nak nangis tau die  punye tension tu....Haishhhh. 

Soalan physio

Untuk soalan spots ok je la Alhamdulillah. Buat kat dlm amphitheatre 3. 

Untuk physio test pulak, yang ni tadi aku pair dgn mekli. Pastu kan, masuk masuk je lab, terus Dr Maha datang. Memula tu cam excited  sebab Dr Maha ni sporting kan. Cam best. Sekali kauuuu tadi die masammmm je. Tau tak cuak tu ape bile tengok muka die serious je. Pastu aku cam dah redha la takde mase nak bincang ngan mekli. Sebab doktor datang awal kan. Soalan die okeh la jugak. InsyaAllah, aku tahu semua yg die tanye tu. (Tactile discrimination, cranial nerve III, IV, VI test, knee jerk and Rene test) Cuma ni ha. How do you know if the reflex is normal or exaggerated? Ok yg ni soalan oral. Aku macam 'eh adeke care nak tahu normal atau exaggerated?' Aku pikir, ikut experience la. Kalau die dah menyepak dgn terlalu tinggi tu, exaggerated la kan. Aku pun jawab je la kalau nak confirmkan itu exaggerated kene buat clonus dulu. HAHAHAH aku tahu serious tak menjawab soalan kan. Tapi dari aku diam je baik aku bebel. Pastu doktor pun macam tak paham  ape aku cakap, die pun tukar soalan. HAHAH. Die tanye kalau reflex tu exaggerated nak buat ape? Aku pun jawab la buat clonus. Pastu kalau positive clonus, indicates upper motor neuron lesion. 

Phew, sekian mekasih. Pastu doktor pun blah ngan tak cakap thank you or whatever. Kate serious kan. Tapi kitorang of course la cakap thank you. Aku rase doktor dah penat la sebab dah petang. Macam mase OSCE hari tu. Ha itu pun same. Doktor blood pressure ngn intramuscular injection aku tu masam okehhh memang mencabar motivasi betul. 

Kesimpulannya, aku memang tak boleh  nak rely sangat pada practical ni la. Kalau module sebelum ni, practical aku yg byk tolong. Module 9 ni aku tak tahu la. 

Yang penting kene struggle utk MCQ! Yeah jom baca buku! 

Ape yang dah lepas tu tak usah la dikenang lagi. Let the bygone be the bygone. What can be changed is the future. So let the past be the teacher and see the future as chance. Ewahhh bermadah helah pulak aku ni kan. HAHA. 

Oh 1: Semalam kak kinah bagi ikan bakoooo! Sedap oi oi oi. Kene tanye kat mana kak kinah beli ni.               Wehehe
Oh 2: Ali ngn Mur dah balik sekolah. Selamat berjuang adik-adikku. 
Oh 3: Aku duduk sengsorang je kat rumah hari ni. Sedihhhhh. (HAHAH poyo gile ini anak)





Wednesday, January 25, 2012

Dah nak exam, macam ni lah rupanya

Salam 'alaik!

Today is 25th January of 2012, genap setahun Revolusi Mesir berlaku. Eh baku pulak ayat aku ni. Layan. Aku boleh dengar sayup-sayup suara orang berdemo kat Syari' Port Said belakang rumah. Tapi dari bunyi tu, macam terkawal je semuanya. Harap macam tula.

Tahun lepas.

On this same date, aku ngan kawan-kawan yg study kat Mesir dah selamat sampai kat bumi Malaysia sempena Ops Piramid.

Pada aku; itu benda paling best sekali, due kali malah berkali-kali jua tak mengapa. Sebab balik, kerajaan tanggung, siapa tak suka kan? On the other hand, bagi rakyat Mesir; lain ceritanya. Diorang mesti resah ngan negara diorang kan. Entah bile nak tenang balik dan macam-macam lagi.

Itu cerita tahun lepas.

Tahun ini.

Aku tengah cuak tahap moksya (tahap sepuluh kose doblas) sebab exam hanya lagi beberapa hari. Ih, stress okehhh. Memacam hal pulak jadik nak exam ni. Lagi banyak benda aku pikir. Cehh. Nak exam ke ape ni? Asal baca buku je, mata memanglah kat buku. Nampak semangat habis, tapi hati dah kemana-mana tah. Boleh tak? Serius membencikan!

Tapi, aku kuat! Eceh! HAHA. Serius ok, aku ni optimistik. Tak percaya? Talk to your hand.....

Ih serious laaaaa. Tak suka exam kali ni. Sebab subjek susah sangat! Ape benda ni nervous system? Ape ni ape ni?!! Asal masuk modul kedua utk sem kali tu je mesti susah! Last year pasal Nutrition and Metabolism. Kali ni Nervous System pulak...I'm soo not gonna be a neurosurgeon okeh. Aku cuma nak jadi bini Neurosurgeon. Boleh tak? HAHHAHAH ok sesaje berangan. Talk to your hand, Nurul....Boleh tak nak skip exam ni, pastu terus jadik doktor. Just belajar dari pengalaman je? Hohoho..Bila sampai tang study susah tahap moksya ni gerenti aku akan mempersoalkan balik ape pasal lah aku pilih nak  jadik doktor dulu. Apesal ea? Sebab ikut mak? Sebab ikut abang? Sebenarnya, sebab macam best. Tu je, macam best. Tapi sebenarnye belajar Nervous System ni banyak membuka mata hati aku untuk menghayati cemane teliti dan kompleksnya Allah ciptakan manusia. Allah pun cakap manusia ni sebaik-baik penciptaan. Tu pasalla bila manusia sendiri yg nak belajar ilmu penciptaan tu macam kongkrek susahnya!!! Sebab tu idea Al Khalik (means Pencipta). Ingat memain ke? Kompleks ok.

Tapi insyaAllah, dengan consistency and keazaman serta tawakal, kita semua boleh faham, kalau kita betul-betul ikhlas nak faham. Fuhhh, tetiba rasa nak tutup laptop, kembali bermadah dgn buku pulak. HAHAH. Ni yang best main tulis-tulis blog  ni. Kengkadang tu, bila kita menulis, kita sendiri terinspirasi dgn tulisan kita tu. Macam cakap dengan diri sendiri lah kan. Heheheh.

Pape pon. Aku rase aku memang tak boleh la study kat rumah sendiri. Aku kene keluar rumah! Ada sesapa nak amek aku jadi anak angkat tak barang sehari dua sebelum practical neh? Hehehe. Practical kali ni memang kena study ngan kawan, tak boleh sorang-sorang. Sebab kita belum tentu ingat semua. At least kalau ade kawan, die boleh tolong ingatkan ape yg kita terlupa, betulkan jawapan kite bile tersalah and paling penting yang akan push ko untuk terus study sampai em sampai mata lebam? Sampai muntah hijau? Sampai ape lagi? Sampai ko boleh mencapai apa yang tak tercapai? Gitu le..

Ok lah, akhir kalam, selamat belajar dan membakar minyak di tengah malam dan all the best untuk diri sendiri dan rakan-rakan pembaca sekalian!

Dimana ada  kemahuan disitu ada jalan!


‘’Hai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah dan carilah jalan (Wasilah) yang mendekatkan diri kepada-Nya dan berjihadlah pada jalan-Nya, supaya kamu mendapat keberuntungan.’’
(Al Maidah:35)

Sekian, terima  kasih. Huhauha, macam bagi ucapan. 

Oh 1: Thanks Fazira, bagi buku tu. Makcik sungguh terharu okeh...
Oh 2: Best le, kanak-kanak Tanta dah habis exam....Makcik cemburu okehhh. 
Oh 3: Adik-beradik semua berkumpul kat rumah. Diskriminasi jenis apekah ini? 
Oh 4: Apesal nak kene guna okehhhh kat hujung ayat? 

Friday, January 13, 2012

Fatin's Birthday and Exam Rant

Salam 'alaik.

Puh puh puhhhhh. Lame sungguh rasenye beta tak menjenguk halaman emosi beta ni. Entry tahun baru pun takde. Apekene kah? Ceh tetibe rase macam busy sangat kan. Sebenarnye tak busy sangat pun. Cuma cam banyak nak kene baca je. Module CNS kottt....Matik la kalau tak bace....

Ok, exam is seriously coming like another 2 weeks more. Ahhhhh semestinye cuak tahap moksya okehh.

Oleh itu, adalah manis dan wajar jika aku kembali beraksi dgn buku-buku dahulu. Sekian, time kasih.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Aik, takkan lah kamu percaya pula....Dah lama aku tak menconteng arang kat sini. Takkan lah sesikit itu contengan aku kali ni. Okeh. 

Tadi tengahari celebrate birthday Fatin Aisya! Huhu. 

Mula-mula kitorang dah plan bagitau Fatin, this year kitorang tak nak belikan kek masa birthday die. Sebab mase awal tahun hari tu dah ade kek ni. 


Fatin pun muke pasrah je bile kitorang cakap cemtu. Yela, takkan nak demand pulak kan. HAHAH.
Sekali ko......budak ni terjumpa pulak kotak kek ni BEFORE celebrate reramai. Sudahlahhhh. Pecah rahsia. Tak jadi dah surprise. Hok alohhhhh.


Ni ha kek Fatin. Guitar in shape okeh. Aku punye pun bulat je dulu. 

Seronott la tadi sambut birthday dgn kekawan skali. Thank yuss aku ucapkan pada kekawan yg sudi datang ke rumah even hujan pun. 

Oh, Alex skang ni asyik hujan je. Aku pun pelik. Ni Johor ke Alex ni? Tapi aku mmg suka sangat lah bile hujan. Dengar bunyik hujan tu  kan, macam terapi jiwa ha. Dah la waktu mustajab berdoa pulak tu. Memang aku seronot habes laa. HAHA.  

Ok dah. Selebihnya, takde pape yg best sangat pun 2 minggu ni. Cam biase la, pergi kelas, balik kelas. Naik teksi, keluar teksi. Bla bla blaaa. 

21st ni OSCE. Pastu 29th baru start final yg sebenar tu. Sekian, terima kasih. =)

Wassalam.