Wednesday, January 25, 2012

Dah nak exam, macam ni lah rupanya

Salam 'alaik!

Today is 25th January of 2012, genap setahun Revolusi Mesir berlaku. Eh baku pulak ayat aku ni. Layan. Aku boleh dengar sayup-sayup suara orang berdemo kat Syari' Port Said belakang rumah. Tapi dari bunyi tu, macam terkawal je semuanya. Harap macam tula.

Tahun lepas.

On this same date, aku ngan kawan-kawan yg study kat Mesir dah selamat sampai kat bumi Malaysia sempena Ops Piramid.

Pada aku; itu benda paling best sekali, due kali malah berkali-kali jua tak mengapa. Sebab balik, kerajaan tanggung, siapa tak suka kan? On the other hand, bagi rakyat Mesir; lain ceritanya. Diorang mesti resah ngan negara diorang kan. Entah bile nak tenang balik dan macam-macam lagi.

Itu cerita tahun lepas.

Tahun ini.

Aku tengah cuak tahap moksya (tahap sepuluh kose doblas) sebab exam hanya lagi beberapa hari. Ih, stress okehhh. Memacam hal pulak jadik nak exam ni. Lagi banyak benda aku pikir. Cehh. Nak exam ke ape ni? Asal baca buku je, mata memanglah kat buku. Nampak semangat habis, tapi hati dah kemana-mana tah. Boleh tak? Serius membencikan!

Tapi, aku kuat! Eceh! HAHA. Serius ok, aku ni optimistik. Tak percaya? Talk to your hand.....

Ih serious laaaaa. Tak suka exam kali ni. Sebab subjek susah sangat! Ape benda ni nervous system? Ape ni ape ni?!! Asal masuk modul kedua utk sem kali tu je mesti susah! Last year pasal Nutrition and Metabolism. Kali ni Nervous System pulak...I'm soo not gonna be a neurosurgeon okeh. Aku cuma nak jadi bini Neurosurgeon. Boleh tak? HAHHAHAH ok sesaje berangan. Talk to your hand, Nurul....Boleh tak nak skip exam ni, pastu terus jadik doktor. Just belajar dari pengalaman je? Hohoho..Bila sampai tang study susah tahap moksya ni gerenti aku akan mempersoalkan balik ape pasal lah aku pilih nak  jadik doktor dulu. Apesal ea? Sebab ikut mak? Sebab ikut abang? Sebenarnya, sebab macam best. Tu je, macam best. Tapi sebenarnye belajar Nervous System ni banyak membuka mata hati aku untuk menghayati cemane teliti dan kompleksnya Allah ciptakan manusia. Allah pun cakap manusia ni sebaik-baik penciptaan. Tu pasalla bila manusia sendiri yg nak belajar ilmu penciptaan tu macam kongkrek susahnya!!! Sebab tu idea Al Khalik (means Pencipta). Ingat memain ke? Kompleks ok.

Tapi insyaAllah, dengan consistency and keazaman serta tawakal, kita semua boleh faham, kalau kita betul-betul ikhlas nak faham. Fuhhh, tetiba rasa nak tutup laptop, kembali bermadah dgn buku pulak. HAHAH. Ni yang best main tulis-tulis blog  ni. Kengkadang tu, bila kita menulis, kita sendiri terinspirasi dgn tulisan kita tu. Macam cakap dengan diri sendiri lah kan. Heheheh.

Pape pon. Aku rase aku memang tak boleh la study kat rumah sendiri. Aku kene keluar rumah! Ada sesapa nak amek aku jadi anak angkat tak barang sehari dua sebelum practical neh? Hehehe. Practical kali ni memang kena study ngan kawan, tak boleh sorang-sorang. Sebab kita belum tentu ingat semua. At least kalau ade kawan, die boleh tolong ingatkan ape yg kita terlupa, betulkan jawapan kite bile tersalah and paling penting yang akan push ko untuk terus study sampai em sampai mata lebam? Sampai muntah hijau? Sampai ape lagi? Sampai ko boleh mencapai apa yang tak tercapai? Gitu le..

Ok lah, akhir kalam, selamat belajar dan membakar minyak di tengah malam dan all the best untuk diri sendiri dan rakan-rakan pembaca sekalian!

Dimana ada  kemahuan disitu ada jalan!


‘’Hai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah dan carilah jalan (Wasilah) yang mendekatkan diri kepada-Nya dan berjihadlah pada jalan-Nya, supaya kamu mendapat keberuntungan.’’
(Al Maidah:35)

Sekian, terima  kasih. Huhauha, macam bagi ucapan. 

Oh 1: Thanks Fazira, bagi buku tu. Makcik sungguh terharu okeh...
Oh 2: Best le, kanak-kanak Tanta dah habis exam....Makcik cemburu okehhh. 
Oh 3: Adik-beradik semua berkumpul kat rumah. Diskriminasi jenis apekah ini? 
Oh 4: Apesal nak kene guna okehhhh kat hujung ayat? 

2 comments:

  1. 0h 1: sama2 kasih ;)

    bebe,ak baru call mak ak tadi..pastu dy kata..xblja sama gn atiqah ke..
    ak cm..erk2!
    'ade gak dtg umh tiqah skali skale..tdo umh dy'
    heh..ttbe rse berdose sbb tdk kerap dtg umh kau=(
    my bad, soory atiqah!ak doa ko dr jauh ah..

    all the best atiqah..semoga kita ikhlas belajar sbb Allah tgk kita,ak byk dosa der..
    touched gler ptg2 nih..huhu.rindu gler kau..syg giler kau..ok dah..ak da terlampau romantis nih..sobs..sobs..sab!

    <3 ko fillah!

    ReplyDelete
  2. Aaaaaa faziraaa kau ni buat aku terharu. Hampir menitis air mata jantan ehh jantan pulak, bile baca komen kau ni. Luv u too big time, babe!

    Ntah kooo. Datang la sini selalu! Umah ko jauhhh! HAHAHA. Eiii cik sal tanye pasal kitew kewww terharunyewww. HAHAHHA.

    InsyaAllah, <3 you too lillah! =)

    ReplyDelete