Wednesday, March 14, 2012

Spain 2012

Entry ni aku typed Khamis minggu lepas. Hari ni dah hari Rabu dah. Almost a week dah pun. I busy okeh. <<< hahaha acahh jee.
***


Assalamualaikum.

Bertemu lagi kite dlm segment Riang Ria Khamis-Malam-Jumaat. Acehhh.

Ape kabo oghe kapung? Kehkeh okeh aku tak reti cakap loghat biarpun kawan dgn Nadhirah nak dekat setahun dah. Aku cuma tahu 'go dio' je. (bahasa JB; ape die?) Hihi.

Petang tadi jumpa Jihah kat kelas. Pastu die tanye 'Tiqah, bila nak cerita pasal Spain?' Ihik ihik. Memang dah lama nak tulis pasal tu kat sini tapi masa tak mengizinkan. Acehhh lagi sekali. Huhu.

So, malam ni aku merancang utk tulis pengalaman pergi negara orang tu. Kalau sempat siap la. Lame kot nak upload gambar. Oh dan entry ni adelah bersaiz extra extra large. Kalau tak sempat habis, esok boleh datang baca lagi. Hehe.

Kite mulakan dgn Bismillah. Paling penting sekali, memang bersyukur la sebab Allah permudahkan segala urusan waktu holiday ni. Macam terlambat keluar hostel, lari-lari pergi bus station (Estacion Autobuses) pastu lambat 3 minit, tapi bas masih tak gerak lagi. Syukur sangat tak ditinggalkan bas. Kalau tak, terbakar duit. Ingat murah? Eh panjang pulak memcecet budak ni HAHAH sorry sorry. Okeh, mulakan dgn Barcelona.

Barcelona; bandar mesra tourist. Sangat mesra. Tourist nak jalan, kereta semua stop bagi laluan. Information centers sangat bertaburan makanye mudah nak bertanya-tanya akan hala tuju yg kabur. Em, souvenirs sgt mahal kat Barca but choices sgt banyak. Acane tu? Aku belilah jugak sikit-sikit. Keychain satu 2.50 euro ; (opss kantoi kat org yg dpt keychain). Oh, ade Hard Rock Cafe kat sini! Tulis mcm excited sungguh tp sebenarnye aku takda perasaan pun masuk HRC ni. Tp aku beli bracelet. Wikikiki.

Sagrada Familia; church under renovation. Biasa saje. Tp sebab semua org (tourists) pergi sini, kitorang pun nak pergi sini jugak. Kat dinding die penuh dgn ukiran patung. Patung salib and stuffs macam tu la.

Malaysian Chinese we found. Actually kami semua stay kat Hotel Lloret. (ade wifi). Sekali pergi Carrefour nak beli air mineral, terserempak. Pergi sini pun jumpa lagi. Adakah ini jodoh? Okeh aku bergurau. HAHAHA. 

Hospital. Aku pun taktahu acane boleh masuk sini. Kitorang selamba je masuk hospital, ambik gambar (kate tourists kan) pastu ade doktor pakai labcoat lalu lalang kat tepi. Tak rase macam ironik ke? Like, ade ke orang posing kat HUKM? Oh takpe, kitorang tourists. One more thing; diorang sgt kuat merokok. Tak kira lelaki atau perempuan, nurse atau doktor. Apebendakah nama fenomena pelik ini? It is not yet documented bak kate Dr. Azza guru pharmaco yg awesome.

Ya, ini lah dia gambar di Camp Nou Stadium. Alah yg Barca punye football team tu. Lagi sekali, aku tiada perasaan di sini. Aku ni kan berjiwa emak-emak. Manelah suka bola-bola ni semua. Cuba bawak aku masuk muzium alatan memasak zaman paleolitik. Pasti excited! HAHA.

Dalam Megastore ni ada tangga macam kat dlm gambar ni. Penat shopping boleh duduk berehat, posing posing lagi (kate tourists kan HAHA). Kat dalam megastore ni dia jual merchandise like fridge magnet, alas cawan, poster dll. Alahaiiii.

Antara halal restaurant yg kami jumpa. Nama die Ala Turca (Turkish dish) Restaurant. Boleh la  nak claim pergi Turki sikit-sikit kan. Ihik ihik. Ya Allahhhh. Masa ni kan dah berapa hari tak makan daging. Makan maggi je keje. Memang tunggang terbalik kadar nutrisi aku (nasib baik store banyak).

Nampak tak kedai kat belakang tu nama die Kuala Lumpur? Sungguh excited kami kami ni. Like seriously?! Was taken at La Ramblas. 

La Boqueria Market near La Ramblas. Ha ni aku suka. Kehkeh tengok udang dia gedabak gedabak sape tak suka kan. Sikit je lagi nak beli. Nasib baik akal kata jangan. Kang kena tahan kat airport tak memasal kang. Kat sini jual buah, fresh juices, home made chocolates, kaki khinzir, kaki ayam takde, ikan dan kawan kawannya. Oh, masa aku pergi sini, the sellers semua pakai costume tau. Ade yg pakai mcm firaun and super mario. Yes, mereka pelik. HAHAH.


Korean stall. Makan vege tempura kat sini. Iskiskisk terus jadi vegetarian duduk negara ni. 




The vege tempura! Macam jemput-jemput je.... 

Entrance La Boqueria, Barcelona. 

Catalunya Park, tempat burung merpati mengemis makanan. Tempat aku mencuci mata. Ehhh. Haha

Menjadi makcik makcik di persisiran. Makcik sebelah tu tak reti cakap english langsung langsung. So memang tak dapat la nak berbual dgn die. ISKKK. Nampak tak kat kerusi sebelah ade family Arab? Anak die comel sungguh laa. Tapi kannn die nampak aku pastu nak nangis pulak. Ah tak comel terus budak tu. Ingat aku monster inc?? Helooo comel macam ni bla bla blaa. HAHA. 

La Alhambra, Granada
Alhambra ni sebenarnye kubu and istana at the same time. Firstly built oleh kerajaan Islam then ade satu zaman reconquista (reconquer) oleh Sepanyol and they took hold of the palace and converted it to become church and whatever. That's why la banyak tulisan arab kat sini. Boleh beza arts orang Islam dgn non Muslim. Orang Islam banyak main geometry elements and bunga bunga. Kalau non muslim, they usually tend to use human as their arts. Macam orang kena salib and stuffs. Kebanyakan yg aku tengok macam tu lah.


Ada tulisan jawi kat dinding dia tu. Sedih bila tengok lama-lama. Sebab apa? Sebab it makes me think, kat mana silapnya? Huhu. Dulu, kita (Islam) ada kerajaan yg ampuh, sekarang semua orang dah hambik. Orang Islam semua kena tindas. Kenapa? Tapi kita jangan lupa. Kita ade potensi masing-masing. Should use those to bring our deen back to its upmost gemilang time. InsyaAllah. (tetiba tazkirah kan. kehkeh)

Ok malas dah nak tulis lagi. Tengok gambar je la ea. Pandai pandai la bawak diri memasing.

Kat bawah ni semua gambar kat dalam Alhambra.





Ok stop stop. Gambar ni aku masukkan dlm pertandingan gambar awesome tu. Eh salah lah. One Picture Thousand Words. Ha itu die. Sila lah 'like' kalau berkenan. Acehhh promote promote. HAHA. 


Mezquita, Cordoba


Ok ni kat Cordoba. Another masjid kat Spain. It is regarded as one of the 12 treasures of Spain okeh. Tak masuk pun dlm ni. Boleh je nak masuk tapi duit dah alah segan mati tak mahu je mase ni. Kehkeh.

La Barajas Airport, Madrid.
Okbai. Time ni memang tak sabar betul nak balik Alex. Macam tak percaya dgn diri sendiri pun ade. Sebab dah tak larat sangat duduk kat negara bukan Islam. Dgn makanan tak cukupnya, dengan orang yg suka tengok semacam kat orang solat, haishhhh salute ar kat students yg belajar kat non Muslim country.

Actually, makan bukanlah tak cukup. Cukup. Tapi hari hari makan sayur lah. Cukupkah itu? Hehehe tapi still sihat kan?

Ok dah. Gambar banyak lagi sebenarnye.  Tapi cukuplah yang ni je utk blog. Yg lain boleh tgk kat fb. Tawaran dibuka utk akhowat sahaja. Kahkahkah comel bukan syarat tu.

8 comments:

  1. wah akak ! pegi Spain laa ! Jealousnye! Hehe :D

    ReplyDelete
  2. biase je la nadiah. spain seriously biase jek. baik balik malayisa. hehehe. eh mane blog awak? tak boleh tengok pun?

    ReplyDelete
  3. ye ke ?? Haha. Blog ? Haha. Blog sendri2 je bole tgk . hehe ^_^

    ReplyDelete
  4. Alohhhh awat lagu tuhh? ngan akak pun nak malu ke? cecece. Invite la akak baca. please please. rizq ape kaboo?

    ReplyDelete
  5. hahaha... nntilah kak. rizq? hoho. dia dah pndai merangkak.. skrg, bljr memapah2.. huhu.. akk balik sni lgi bile??

    ReplyDelete
  6. Ala fine la gini la ea... Ahhaha. Waaaa nanti akak balik die dah pandai jalan kot. Boleh main kejar kejar! Lol. Em bulan 7 ni insyaAllah. Tak saba nak balik :D

    ReplyDelete
  7. owhh. haha. kk. nnti, da balek singgah rumah kite yeww.. hehe
    ni url blog tuh : http://eyesonthescreen.blogspot.com/

    ReplyDelete