Friday, December 30, 2011

Duduk Bersama, Beriman Sebentar

Salam 'alaik dear earthlings!

Hehehhe (apesal gelak pun tatauuuu).

Ok tadi pagi kan, aku pegi sharing tau. Even terlambat pun kan. Nasib la, janji aku datang. Ok.

Tadi cerita pasal 'Ahammiyah tarbiyyah' atau Kepentingan Tarbiyah dlm bahase ibundanye kan. Akak yang bagi pengisian ni tadi seriusly awesome. Tak, die bukan student medic. Die student qira'at. Alaaa yang study pasal bacaan Al-quran tu. Ha, itu lah qiraat.

So, tadi kan, aku sangat bersyukur diberi peluang oleh Allah sebab dapat hadir dengar ilmu-ilmu baru dari akak tu. Ok, honestly. Aku bukan budak baik. As in, aku memang skema kat skolah dulu (I prefect okeh haha) tapi baik kat sini maksudnye acammm alahh ko tau la, pakai tudung labuh, cakap selow-selow. Ha, gitu kan. Aku ni kalau nak gi sharing adelah pemalas yg nombor satu. Sile tahu itu. Kengkadang aku pergi pun sebab taknak mengecewakan akak-akak tu kan. Tapi, well. Time changes. People pon. Bile Allah pancarkan sinaran hidayahh (amek tu ayat dieee ok serius), kite kene cepat-cepat amek.

Contoh.

Macam aku kengkadang nak taknak je pegi sharing. Skali, pagi tadi, aku ade ter'excited sikit lah kan. Biasela serotonin aku cam terbanyak sikit pagi tadi. So, aku pun nak pergi lah. Makanya, aku kene jugak pergi pagi tadi. Aku takboleh nak backoff tetibe. Sebab perasaan 'excited' ni (hidayah tu la) bukan selalu aku dapat! Pagi tadi je. And insyaAllah lepas ni juga. Ya Allah please give me the hidayah please please. Hehe.

Pehe dok? Dok pehe lagi, moh aku oyak se contoh lagi.

Macam aku terjaga tetengah malam. Tengok jam pukul 3:45 am. Dah terlintas dah nak qiam tu. Haaa, kene cecepat bangun dari  katil gi toilet amek wudhu'. Tapi biaselah, manusia kan....Aku selalu je macam tu. Memang akan tumpas dgn saratoga (blanket musim sejuk) punye la. Serius tak kuat. Do'ifffff (lemah) sesangat.

So, peringatan kpd diri aku. Jemput lah diri awak ke sejadah di tengah malam sebab sumber kekuatan seorang muslim tu dari qiamnye. Mama usrah saye pernah berkata (eceh mama) Saidina Umar, sangat risau kalau tentera Muslim tak buat qiyam memalam. Sebab kalau tak qiyam, tak kuat! Acane nak kalahkan kafirun (orang orang kafir)?

Justeru, NURUL ATIQAH ABU SAHMAH! Engko perlu sentiasa qiyam ye! InsyaAllahhhhh cik belog. Huhu.

Oh lupe pulak. Ni ha, ade sikit buah tangan utk antum (kamu-kamu) semua:

  1.  Maksud tarbiyah itu ialah mendidik utk mengubah kpd yg positif.
  2. Kite ni tak boleh sekadar beri arahan, tapi kene bagi contoh dulu takpun bawak orang tu selow-selow kpd perubahan yg baik. (takkan tetibe nampak orang, terus cakap 'hoi, pakai tudung la makcik! *Panggg kene tampar)
  3. Kite ni tengah buat bisnes dgn Allah sebenarnye. Apa benda baik yg kite dapat atau tahu, kene share dgn org lain. Buat amalan sentiasa. Ehhhh nanti banyak pahala masuk akaun okehhh.
  4. Berlapang dada dgn perbezaan pendapat. (Jangan nak menangkan point ko aje) Ada org panggil benda ni as 'meraikan kepelbagaian pendapat'. 
  5. Islah nafsak wad'u ghairak. (Perbaiki dirimu dan serulah selainmu). Tak macho okey nak baik sengsorang je. 
  6. We come from heaven, so we must go back to the heaven. 
  7. Kerja dakwah ialah kerja Rasulullah. Put it in a way, we say; Kerja kita, kerja Rasulullah. Kite adalah colleague ok. 
  8. Tarbiyah sampai hujung nyawa. (maksudnye, kite kene perbaiki diri sentiasa. Ajak orang buat baik sentiasa)
Ha, tu je la insyaAllah. Ish, aku cuak ah tulis perkara-perkara macam ni. Yelah, aku ni siapalah sangat. Bukan  Nabilah Yunus HAHAHAHHA saje je nak bahan Nabilah. Jangan marah ea, Nabilah. Kidding only. 

Tapi, ini praktikal aku yg pertama. Testing testing. Apa yg aku dapat tadi, aku nak citer lah kat sini. Sesapa yg dah terbaca atau memang suka baca, nasib lah. Die pun dapat ilmu baru. Bertambah akaun pahala aku. Ewahhhh sedap berangan kan. InsyaAllah ea. Moh sama-sama ajak oghe kapung ghama-ghama tarbiyah diri dan orang sekeliling! (eh sorry la, lupe pulak aku ni Johor ok, Johor)

Sekian, mekasih. Esok ade skill lab buat CPR! Kan aku dah kate, cuti macam tak cuti je. Nasib badan lah kan. 

Ok peace. 

Selamat malam. Gudnyte everybadeh. Tidur gosok gigi ok. Tetibe. 

Wassalam. May Allah bless you, my friends! 

Khamis yg Ini

Salam 'alaik dear sweet earthlings!

Huh, hujung minggu tiba lagi! Yahooooo. Memang seronok ah bile hujung minggu datang. Eh tapi kan, name je hujung minggu. Takde la nak duduk rumah 24 jam sangat pun. Kene keluar jugak memenuhi jemputan-jemputan kan. Ewahhh glamour habes dah ni dapat invitation. Eh pape lah.

Study kan as usual la. Getting heavier day by day and bulkier sampai aku pun pening dah  nak start baca dari mana. Ok bukan aku sorang je, ade sorang lagi yg mengakui situasi ni. Serius la. Sahabat-sahabat, ace citer sikit macam mana korang study? Share lah sikit tips-tips berguna.

Ok tadi kan.

Pagi tadi mase nak gi sekolah. Eh universiti. Aku cam biase lah naik teksi. Apa kelas jalan kaki kan! HAAHAH. Sentap Nabilah baca ni kang. Joking eah, Nabilah. Memain je. Kate hujung minggu kan.

Ok sambung citer.

Kitorang naik teksi la cam biase. Tapi tah hape nasib malang pagi tadi. Perangai pakcik teksi tu sangat lah mengharamkan! Aishhhh habis dah kesucian mata aku selama ni. Eeeee serius la. Aku sangat terkejut ok diperlakukan sedemikian rupa. Tapi, masih, aku bersyukur sbb tak kene horror sangat. Aku tak paham ah ape benda yg diorang nak tunjuk ngn diorang punye tu. Ei nak nangis rase okay! Kurang ajar punye lelaki! Tak hormat orang. Eh semoga hati kau cepat la insaf. Taubat lah segera. Ewww serius nak muntah bile ingat balik. Ya Allahhhh. Diorang ni serius ade masalah otak tau. Kau dah kenapa ha?! Kalau dah takde bende berfaedah sgt nak buat kan, ha pegilah meninggal cecepat! Kerazi ah you.

After that kan, aku macam gila sekejap. Takde la gile betul kan, just ternaik kejap heart rate aku. Stress ok stress! Nasib baik Sha ngan Fatin ade utk tenangkan aku. Thanks for your shoulders. Tah sape-sape je la yg nampak kitorang pagi tadi. Mesti pelik je orang tengok kitorang terjerit tengah tengah alam tu. Semua salah pakcik tu! Lelaki jahat! Pas neh aku memang phobia sket ah ngn pakcik teksi pakai sweater merah. Memang aku spot sekor-sekor. Ahhhh bencinyer! Eee takut la kalau terjumpa pakcik tu lagi. Acane eahhh. Hmmm, nauzubillahhhhh. Skang ni, Alhamdulillah la aku cam dah boleh lupekan sikit benda tu. Huish, tragedi sungguh. Mcm tragedi 29 Disember. Eh macam tajuk novel form 2! Tragedi 4 Disember. Wehuu.

Ok dah la tu citer pasal tu. Yg penting, maruah masih ade. Muahaha. Eh, alhamdulillahhhh.

Sekian sahaja. Nak gi kelas tafaquh! Huhu.

*tak sempat nak post tadi. Fatin ah ni jahat suruh aku siap cepat-cepat. Sekali sampai Masrah tu takde orang pun lagi. Fatin, u ni jahat lah! Nasib baik tak tercekik tulang ayam tau tak..HAHAHAA.

Nah, gamba Fatin penutup bicara. Ewahh. HAHA


Sekian, mekasih. Phew, sungguh lama hamba tak mentulis kat sini. Ada sikit rindu laaa.  =)

Sunday, December 18, 2011

Kelas start pukul 12 dan aku boring takde kerja

Salam 'alaik.

Dah lama tak tulis kat sini. Aku takde rase nak menulis la lately. Sebab module kali ni sgt byk info nye dan bile aku tulis lame lame kat sini, die akn buat aku rase guilty.

So tu la penyebab utama aku dah jarang update. Sorry la bloggie. Mungkin lepas habis exam kau akan dilayan semula.

And thanks for being here (of course, u dont hv legs) when i need to spill things on you. You know too much abt me and might be tired also with me. So im giving you rest from now on (until i finish this frigging module).

Ok bye!

Wasalam.

Monday, December 12, 2011

Heater dan Ulcer

Sobsobsob.

Sakit sungguh ni. Tangkap leleh ni. Aku ade ulcer kat mulut. Aku rasa aku dah cukup air, tapi mungkin ulcer tu rindu nak tengok aku, so die pun melawat ah kan. Atau ape-ape lah kan. Hehe. Ok, orang kate rawatan paling berkesan utk ulcer ni is GARAM. Ada yang kumur air garam, ade yg hardcore kuat semangat, tenyeh garam terus kat ulcer tu.

Aku ni tergolong dlm golongan hardcore sbb aku nak cepat baik.....dgn izin-Nya. Maka, aku pun letak la garam. Huish, pedih sungguh la haaaa. Bergenang-genang air mata aku. Ceh, tadi kate hardcore kan. Nangehhhh?!!! HAHAHHA.

Keputusannya? Yeah, the ulcer makin kering, bebeh! Seronok nye haku.

Tapi......

Like heater like ulcer. 

Nasib sakhonah aku dgn nasib ulcer aku tiada bezanye. Lepas satu baik, satu pulak sakit balik.

Sakhonah
Aku baru tukar sakhonah elektrik. Huuuu kesyurgaannn. Kenikmatannnn. Kesukaannn. Tiada lagi kegigilan kegigilan dipagi hari. Weeeee. Pastu sakhonah dah ok, tetibe lubang air bawah sakhonah tu pulak tersumbat. Tak ke potong line namanye tu?! Nak mandi tak boleh terus straight mandi mandi mandi. Kene pause kejap kejap bagi air die turun. Eh emo kan!

Ulcer. 
Ulcer aku dah beransur baik. Pastu tadi jumpa Dr Amr nak buat crown kan. Pastuuuuuu. Prosedur die buat kan lainnnn sangat dengan kat Malaysia. Kat sini die takda bagi temporary crown. So, aku macam gongak (rongak) satu gigi geraham. Nak makan pun selow selow je. Oh tapi kes ni ade bagus nye jugak. Kurang sikit aku makan kan. Hahahaha. Kite tengok ea...
*Eh mesti korang tak clear mcm mane die boleh gongak satu gigi kan. Takpela, tak payah paham pun takpe. Ni rahsia geng-geng mahkota! Huhauau. Ok tak lawak.

Em apelagi ek. Oh, tadi aku tak datang seksyen! Pharmaco ANS. Bebudak seksyen 9, ana nak join seksyen entum ok.... (ana ok punyelah sopan aku mintak kebenaran ni sape tak bagi memang ahh takde hati LOL)

Okdahbai!

Salam 'alaik guys.

Friday, December 9, 2011

My Friday Story

Assalamualaikum.

Hai korang. Sihat semua?
Pagi tadi, aku ingat nak jogging. Tapi takda orang nak teman, so terbantut macam tu je plan aku. Mule-mule dah berani dah sekali ter'paranoid' pulak. HAHAH. Takpe lah, takde rezeki lemak aku nak dipecahkan.

Pagi-pagi lagi dapur dah berbunyi. Fatin rajin betul pagi ni. Nasi lemak pulak pagi tadi. Gemuk lah aku duduk rumah ni lama-lama. Haish, bahagia perut aku pagi tadi. Tengahari tadi, turn aku pulak masak. Pastu, budak-budak ni semua nak makan nasi ayam madu. Aku pun buat la semampu yg boleh. Ok la. Tapi kan, kuah cili die slack sikit la. Aku pergi letak pepper pulak dlm tu. Huh, dok sedap aihhh. Peringatan utk diri aku, lepaih ni, doksah letak pepper ok. Bawang putih, cili, air asam dgn gula, bas! Bas tu 'sahaja' dlm bahasa arab. Bukan bas pegi sekolah tu.  


Nak tengok tak rupa die? Jeng jeng jenggg.


Nasi ayam-lemak

Campur belen nasi lemak pagi tadi. Huhu. Kolestrol wooo. Ya Allahhhh. Penuh meja kan. Memang betul-betul menyambut cuti + hari Jumaat kitorang ni.

//

Hm, aku taktahu nak tulis ape pun sebenarnye. Takde yg penting pun. 
So, kalau nak keluar dari sini adelah dialu-alukan. 
Aku just nak cerita pasal life aku hari ni. Takde la produktif mana pun. 

Oh, tapi aku exercise jugak tadi. Kat DAPUR! Lenguh sungguh la tangan aku. Aku masak nasi ayam tu dlm periuk. Guna nasi lebih semalam punya. So, tak reti nak gune periuk eletrik, periuk dapur pun ok lahh. Sampai part nak menggaul nasi tu haaaa kau. Rase macam angkat dumbell pun ade. At least bekerja la jugak muscle aku hari ni kan. Lame gile aku masak tadi. Dari lepas Zuhur sampai masuk Asar! HAHAH. Tak pro lagi kot. Memang ah, aku buat one thing at one time. Kalau mak aku masak ha kau. Sane satu kuali, sini satu periuk. Terer ah mak aku.

Ei, teringat pulak aku. Dulu kan, mak aku rajin bake pizza tau. Bake kuih. Muffin. Kek kukus. She's so into cooking! Kalau masuk MPH, Badan ke, memang section recipe book mak aku pergi dulu. Aku pergi kat novel ngan stationaries. Dulu, aku memang hantu stationaries kot. Pencil case nak gabak-gabak punye. Boleh letak banyak pen warne warni. And I still use it until now. Tak caye? Boleh usha pencil case aku. Dah terkoyak lah. Sape nak balik Malaysia, boleh tolong belikan tak? Heheh.
//
Khamis hari tu, aku pergi jumpa dentist. Aku nak continue buat crown kat sini. Murah sangat kat sini tau! 750LE je. Kat Malaysia, RM 1000! Kire la. 1/3 je kot. Harap-harap ok lah die buat crown kat sini. Btw, Dr Amr tu memang certified pun. Aku percaya la die tu. Sijil-sijil die penuh kat dinding tu. Tu yg bertambah-tambah keyakinan aku. In case korang tertanye-tanya apebenda crowning tu kan, crown tu mcm protective coat utk gigi yg dah buat root canal. Aku dulu buat root canal utk 2 premolars. Tersedu-sedu aku dalam bilik doktor tau! Sakit macam hape sbb bius tak jalan. Gigi aku special case sikit. Korang jangan takut. Aku dulu sbb ade complication; dalam gigi tu darah dah berkumpul, so masukkan bius memang takkan jalan pun. Dr aku kat Malaysia tu bagus jugak. Tapi tu lah. A tad pricey. Appointment starts this coming Monday! Yay!

//

Em, korang. Aku rase aku ni banyak sangat gelak lah. Kadang-kadang kan, out of the blue aku rase down. Tiba-tiba. Macam sedih. Macam sayu. Macam ah takde macam lagi. Macam gitu la. Aku suspek mesti sebab aku banyak gelak. Pastu hati gelap. Hish, bahaya lah! So, aku berazam utk kurangkan gelak. Banyakkan senyum je. Pastu kurangkan cakap. Tengok orang je boleh. Hehe. Serious ni. Jangan ah gelakkan aku! Aku nak berubah ni. Huhuhuhu. Tapi boleh ke? Aku ni seriously kuat gelak. Semua org cakap aku kuat gelak. Kuat cakap. Kuat ape lagi. Kuat emmm shopping? Tetttt, tu lain cerita. Hehe.

Ok.
About being happy.
Being happy not to be justified by laughing kan?  Betul tak.
Memang la orang yg ketawa tu tengah gembira. Tapi tak semestinya orang yg gembira mesti ketawa. Setuju?
Orang yg tengah bahagia, gembira, contented dgn hidup die, what will they do ea? Just be biase biase je ea?
.
.
.
.
.
Eh aku tak reti la nak elaborate pasal benda ni.
Senang cerita, kurangkan gelak, tingkatkan amal!
Okeh trademark baru aku yeah!
 
Panjang eh aku tulis ni. XXL punye!! Well, see the leg la. Hihi. Till then, people. God bless you!
Pen off.

Wednesday, December 7, 2011

Kantoi

Assalamualaikum.

Baru balik kelas.
Mood adelah undefined. Tapi telah dineutralkan dgn kari ayam Fatin masak. Huhu.

Eh aku dah cakap tak pharmaco susah? Takpe lah. Ni penegasan drpd aku bahawa pharmaco memang membunuh seriously aku tidak bohong sama sekali. Sambil belajar sambil menangis. Huh, takde lah sampai macam itu tapi boleh tahan nak menuju ke situ sudah. Punyelah panjang penjelasan pasal pharmaco super susah ni.

Tapi nasib baik ada Dr Azza. The best pharmaco lecturer I ever have. She's awesome, she's intelligent, she's everything! Even other pharmaco lecturers said so. Pharmaco yg susah dah dineutralkan oleh kehadiran beliau dlm hidup kami. Ewahh.

Tadi, aku ingat nak masuk lecture A sbb Dr Azza yang ajar. Berkobar-kobar okeh. Jangan buat main semangat aku tadi. Aku tanya Farhan Rosli ade tempat kosong lagi tak kat dlm hall? Die kate ade! Aku yg semangat ni pun confident ah masuk dalam hall. Sekaliiiiii...
*
*
*
*
*
*
Penuhnyeeerrrrr!!!! Manusia seluas mata memandang! Takde tempat kosong langsung. Aish pasai pa tadi kate ade tempat kosong?! Aku double check. Memang takda langsung ok. Takde. Penuh! Eh paham tak takde tu ape?! Kalau nak jugak kene duduk berhimpit. Takkan la aku nak suruh diorang berhimpit sebab aku pulak kan. Kalau kecik takpe. Ini saiz....ok takdelah besar mana pun. Tapi masihhhhhh taknak lah menyusahkan orang.

Aku buat apa?

Masih tanya lagi ape aku buat? Opkos la aku keluar laju laju dari hall. Malu sungguh aku. Tak tahu nak menyorok kat mana tau! Aaaaaaa nak nangis sebab malu! Hahahahha. Dah lah lompat lecture orang lain, takde seat pulak tu. Kekantoiannn terang terangan!!! Tidakkkkk!!!

Oh, nasib baik bukan aku sorang yg kurang bernasib baik hari ni. Nadhirah pun ade sekali ngan aku! HAHAHA. Nasiblahhh. Pharmaco ke mana, Dr Azza ke manaa. Maluuu adelaaaa. Banyakkkk! Nak sikit?

Sebenarnye, aku tak suke sgt masuk lecture orang. Tapi sebab Dr Azza dan pharmacology, aku memang desperate! Semata-mata sebab Dr Azza. Sahaja. Tapi agak lawak lah. Keluar je dr lecture hall, memang gelak sambil pukul pukul kawan ahh. Malu punye pasal! Balas kat kawan! Aduii sampai ke sekarang aku malu lagi. Kantoiiii! Bencinye!! Aaaaaaaaaaa!!! Tapi sudahlah. Hidup perlu diteruskan! Betul?

Ok lah. Sekian coretan aku hari ni. To myself, planning is important, ok!

Monday, December 5, 2011

Semangat Conteng

................
Ish, mana semangat conteng aku pergi ha? Aku rindu ah dgn keterujaan aku mengupdate macam nak gile suatu masa dulu. Muahaha. Hari-hari kerja aku update macam hape. Punye lah obses menghupdate blog.

Tapi kan itu semua dulu.
Sekarang....
Mana pergi itu semua?
Ish kenapakah dgn aku neh?
Macam dah tak berapa nak best dah life aku sbb tak dapat buat catatan harian.

Sebenarnya,
Aku tahu kenapa.
Tahu sangat.
Kebenaran yg sangat pahit utk diterima
(waduhhh lo ngomong apaan neh?)

Kelas yang sangat lama mematikan mood utk menconteng lah.
Sedih kan. Eh tak sedih ea? HAHA
Pape lah. Aku rase sedih gila! Damn!

Paling tak best kalau kelas pukul 2 sampai 5 petang. Macam terawang-awang je dlm kelas tu ceh padahal aku duduk depan tadi. Doktor tanya straight tengok mata aku, still, aku tak dapat jawab. Sebab aku macam eh jap. Tadi doktor cakap ape eh? Eh punyelah loser aku neh. Petang petang je okeh. Sorry la doktor. I tak suka kelas petang. Haha, gile alasan tak konkrit langsung. Baru tahap simen suam-suam kuku je ni. Nak masuk group orang, aku memang tak ah. Aku tak suka lah. Macam menyibuk je. Muahah, tapi aku tak kisah pun orang masuk group aku. Aku steady je. Pssst, tadi kan, ramai gile masuk group aku, sampai ada boys yg duduk tengah barisan blakang skali. Damn, aku baru je nak duduk situ. Nampak ade budak laki terus aku patah balik ke depan. Ini depan bukan sebarang depan. Ini depan tahap kalau doktor cakap tersembur-sembur pun ko dapat saham sekali. Layannnn. Semoga bertambah ilmu di dada. KAHKAHKAH.

Hari ni dah start belajar Pharmaco for ANS. Dan honestly. Doktor ni lah yg tengok straight kat aku, tanya, pastu aku tak dpt jawab tu. Aghhh mencik gile. Aku jenis nak paham dlm kelas. Balik just revise tulisan ayam-ayam aku dlm notebook je. Ini harammmm aku tak paham pape dlm lecture tadi. Sedih lah ok. Ha, ni lagi satu sedih. Ya Allahhhh. Rentikan lah sedih sedih kau neh. Please lah wei. Kawal sikit limbic system tuh. Haha. Pharmaco hari ni bukan Dr Azza yg ajar. So, aku macam down sikit at first. Sikit je la. Aku cube sedaya upaya utk concentrate ape yg doktor ajar tadi. Tapi maybe aku belum grasp physio of ANS dgn ampuh lagi, so tak berapa nak paham lah. Ehhh. Banyak lah ok nak hapal. Yg nicotinic ngn muscarinic site tu. Everytime Dr Radwa cakap, aku kene bayangkan dulu ni kat mana, kat mana, pastu baru macam paham. Macam je. Pastu, bile dr pharmaco masuk, aku dah takde dr radwa utk ingatkan balik pastu aku macam terkontang kanting nak membayangkan sendiri. Sudanhye, dalam kepala aku ade gambo rumah je. Wakakakka.

Habis cerita pasal belajar.

Khamis lepas kan. Family aku semua gi holiday tau. Kat Sarawak tau. Kesian aku tau. Sarawak pun aku tak penah sampai lagi tau. Aku memang jealous tahap dah taktahu nak describe cemane lagi dah. Tapi takpela. Redha je lah. HAHAHAH kesiannye aku neh. Anak sape nehhh? AHAHA. Tapi takpela, mereka senang hati, aku juga gembira di sini. So, tak pelah. I already had my time. Dulu abah bawak pergi KK sorang-sorang ok. Feeling anak tunggal gitu. Gedik gile. So kali ni bagi chance kat diorang la pulak. Si Fuad dah balik dah. Bestnya kalau ada kat rumah sekarang. Rindu lah ok ngan diorang! Kalau aku ni muat dalam kotak, nak aje aku pos diri sendiri balik Malaysia. Tapi itu kan kerja gile namenye. Baik aku skype atau oovoo bila rindu. Kan.

By the way, hari tu aku skype ngan semua orang kat rumah. Ngan Syahir.
Sedih gile okkkk.
Ish, sedih lagi. Gembira skang!
Tak, aku sedih sebab kan. Abang aku buat lawak kurang ajar ngan aku. Makan dalam, luar, lateral,  medial ok dah setop setop.

"Hello, hello. Dengar tak. Clear takk?"
"Ok, ok! Dengar."
Pot pet pot pet bla bla bla
"Wei tak dengar la!" 
"Ko pakai headphone ke tak?"
"Pakai la! Tak nampak ni?" *tunjuk headphone.
"Lah...ko pakai rupenya. Sorry la tak nampak la. Pipi ko besar sangat!"

Kurang ajar kan!
Apesal semua orang nak buat joke pasal gemuk ngan aku sejak kebelakangan ni ha?!
Tahu tak betapa terlukanya hati aku?!
HAHHAHAHAH. Sebenarnye, aku over je. Takde lah terluka pun. Aku kan. Dah immune ngan bende benda ni. It is so immature la kalau nak offend aku ngan benda ginih. Tapi depends on who's talking la.

Tapi serious lah. Aku gelak gila kot dengar diorang buat lawak hampeh macam ni. Pipi aku takdela besar mane pon ok. Memang ahh abang aku neh. Aku report kat abah kang! Hahaha.

Ok dah la. Sekian sahaja utk hari ni.