Friday, December 9, 2011

My Friday Story

Assalamualaikum.

Hai korang. Sihat semua?
Pagi tadi, aku ingat nak jogging. Tapi takda orang nak teman, so terbantut macam tu je plan aku. Mule-mule dah berani dah sekali ter'paranoid' pulak. HAHAH. Takpe lah, takde rezeki lemak aku nak dipecahkan.

Pagi-pagi lagi dapur dah berbunyi. Fatin rajin betul pagi ni. Nasi lemak pulak pagi tadi. Gemuk lah aku duduk rumah ni lama-lama. Haish, bahagia perut aku pagi tadi. Tengahari tadi, turn aku pulak masak. Pastu, budak-budak ni semua nak makan nasi ayam madu. Aku pun buat la semampu yg boleh. Ok la. Tapi kan, kuah cili die slack sikit la. Aku pergi letak pepper pulak dlm tu. Huh, dok sedap aihhh. Peringatan utk diri aku, lepaih ni, doksah letak pepper ok. Bawang putih, cili, air asam dgn gula, bas! Bas tu 'sahaja' dlm bahasa arab. Bukan bas pegi sekolah tu.  


Nak tengok tak rupa die? Jeng jeng jenggg.


Nasi ayam-lemak

Campur belen nasi lemak pagi tadi. Huhu. Kolestrol wooo. Ya Allahhhh. Penuh meja kan. Memang betul-betul menyambut cuti + hari Jumaat kitorang ni.

//

Hm, aku taktahu nak tulis ape pun sebenarnye. Takde yg penting pun. 
So, kalau nak keluar dari sini adelah dialu-alukan. 
Aku just nak cerita pasal life aku hari ni. Takde la produktif mana pun. 

Oh, tapi aku exercise jugak tadi. Kat DAPUR! Lenguh sungguh la tangan aku. Aku masak nasi ayam tu dlm periuk. Guna nasi lebih semalam punya. So, tak reti nak gune periuk eletrik, periuk dapur pun ok lahh. Sampai part nak menggaul nasi tu haaaa kau. Rase macam angkat dumbell pun ade. At least bekerja la jugak muscle aku hari ni kan. Lame gile aku masak tadi. Dari lepas Zuhur sampai masuk Asar! HAHAH. Tak pro lagi kot. Memang ah, aku buat one thing at one time. Kalau mak aku masak ha kau. Sane satu kuali, sini satu periuk. Terer ah mak aku.

Ei, teringat pulak aku. Dulu kan, mak aku rajin bake pizza tau. Bake kuih. Muffin. Kek kukus. She's so into cooking! Kalau masuk MPH, Badan ke, memang section recipe book mak aku pergi dulu. Aku pergi kat novel ngan stationaries. Dulu, aku memang hantu stationaries kot. Pencil case nak gabak-gabak punye. Boleh letak banyak pen warne warni. And I still use it until now. Tak caye? Boleh usha pencil case aku. Dah terkoyak lah. Sape nak balik Malaysia, boleh tolong belikan tak? Heheh.
//
Khamis hari tu, aku pergi jumpa dentist. Aku nak continue buat crown kat sini. Murah sangat kat sini tau! 750LE je. Kat Malaysia, RM 1000! Kire la. 1/3 je kot. Harap-harap ok lah die buat crown kat sini. Btw, Dr Amr tu memang certified pun. Aku percaya la die tu. Sijil-sijil die penuh kat dinding tu. Tu yg bertambah-tambah keyakinan aku. In case korang tertanye-tanya apebenda crowning tu kan, crown tu mcm protective coat utk gigi yg dah buat root canal. Aku dulu buat root canal utk 2 premolars. Tersedu-sedu aku dalam bilik doktor tau! Sakit macam hape sbb bius tak jalan. Gigi aku special case sikit. Korang jangan takut. Aku dulu sbb ade complication; dalam gigi tu darah dah berkumpul, so masukkan bius memang takkan jalan pun. Dr aku kat Malaysia tu bagus jugak. Tapi tu lah. A tad pricey. Appointment starts this coming Monday! Yay!

//

Em, korang. Aku rase aku ni banyak sangat gelak lah. Kadang-kadang kan, out of the blue aku rase down. Tiba-tiba. Macam sedih. Macam sayu. Macam ah takde macam lagi. Macam gitu la. Aku suspek mesti sebab aku banyak gelak. Pastu hati gelap. Hish, bahaya lah! So, aku berazam utk kurangkan gelak. Banyakkan senyum je. Pastu kurangkan cakap. Tengok orang je boleh. Hehe. Serious ni. Jangan ah gelakkan aku! Aku nak berubah ni. Huhuhuhu. Tapi boleh ke? Aku ni seriously kuat gelak. Semua org cakap aku kuat gelak. Kuat cakap. Kuat ape lagi. Kuat emmm shopping? Tetttt, tu lain cerita. Hehe.

Ok.
About being happy.
Being happy not to be justified by laughing kan?  Betul tak.
Memang la orang yg ketawa tu tengah gembira. Tapi tak semestinya orang yg gembira mesti ketawa. Setuju?
Orang yg tengah bahagia, gembira, contented dgn hidup die, what will they do ea? Just be biase biase je ea?
.
.
.
.
.
Eh aku tak reti la nak elaborate pasal benda ni.
Senang cerita, kurangkan gelak, tingkatkan amal!
Okeh trademark baru aku yeah!
 
Panjang eh aku tulis ni. XXL punye!! Well, see the leg la. Hihi. Till then, people. God bless you!
Pen off.

10 comments:

  1. sebagai seorang yang pernah angkat kan beg lu masa lu balik dari malaysia haritu, gua demand sikit makanan dari rumah lu boleh? pls pls pls

    aku kalau masuk MPH kat midvalley tu, aku pegi tempat jual makanan dulu.

    lapar.

    kadang kadang muka yang gembira, mulut yang ketawa tak bermakna kita ada gembira sebenar benarnya.

    bila kita jauh dengan Allah, selalu hati ni rasa tak berapa nak tenang.

    gua selalu rasa tu. sedih gua memikirkan keadaan gua ni. nak menangis pun ada.

    gua kena berubah. tapi gua tak tahu di mana nak bermula.

    ReplyDelete
  2. hai..tiqah~~salam..:)
    aku da jumpe blog ko..sudah~
    bestnye bole stalk kwnku yg cumel neh..hak3..

    ReplyDelete
  3. tiqah...~~i have found ur blog..
    sukenyer2..
    nk stalk kwn aku yg cumel neh pn sng..

    ReplyDelete
  4. Mekli, mekli mekli!!! Aaaaaa!!! excited aku! Hehe. Ko stalk aku takpe! Aku suke! HAHA

    ReplyDelete
  5. Iman, ko nak ke? hm, boleh je. Tapi aku takut la orang cakap-cakap. Ko tak rase cmtu ke?
    Oh, bukan aku sorang je rase camtu ea. =P
    Kurangkan gelak, tingkatkan amal yaw!

    ReplyDelete
  6. statement first komen last awak ni tiqa , aini setuju. (:


    tadi housemate ramairamai masak sweet sour tapi tak dapat tolong sbb ada hal pagi tu. lepas tu balik bila nak tolong aini TERbalikkan bekas sayur yg nak masuk dlm lauk tu. lepas tu jatuhkan asam jawa. sadis . serius. tapi diorg sgt best, sbb tak marah pun, syg gila kat housemates laa :')

    ReplyDelete
  7. Iman, ko kena tunggu open house besar-besaran la, baru boleh dpt lucnh ea.

    Aini, HAHAH, macam mane boleh terbalikkan bekas sayur tu? Laju sgt jalan agaknye aini ni. Hehe.

    ReplyDelete
  8. setiap kata kata itu janji. gua pegang janji lu haa. haha

    ReplyDelete
  9. Nabilah, elehhh saje je ko kan. HAHAH. boleh boleh. nanti tunggu ko study group kat rumah aku ea.

    Iman, ko doa lah kitorang rajin buat open house. Periuk kitorang kecik je kot.

    ReplyDelete