Wednesday, April 18, 2012

Cara study last year

Aku ni patutnye kena baca buku skang ni, tapi rest kejaplah. Hewhew

Aku teringat la memori study final last year, masa sem 2. Waktu tu exam module :
- Concepts of health and diseases
- Musculoskeletal system
- Blood, Lymph and Immune System

Punyelah banyak! Mase tu first year kan, tu rasa dah habis banyak dah tu. Masuk tahun 3 karang, lagi lah banyak! Satu module sampai 2 buku! Huhu nasibla.

Last year mase exam tu tengah puasa. Subuh masuk line line pukul 3 pagi tak silap. Memang awal la. So kitorang stay up dari malam tu sampai ke subuh. Lepas subuh baru tidur. Haha. Takdela ramai sangat waktu tu. Aku ingat cuma aku ngan Sha je buat perangai cenggini.

Kawan baik sepanjang malam is nescafe 2 bungkus dalam 1 cawan. Memang pekat takyah cakap la. Tapi effect biase je, psycho je lebih. Pastu sambil study sambil dengar lagu Raihan- Aduhai Anak. Haha, best kot lagu tu. Itu last year punye lagu la. Aku dengar nasyid je time study tu. Yela, takkan nak dengar Lady Gaga pulakkan. Eh, ada terase ke? Hewhew

Kengkadang tu tengah tengah malam bile rase mengantuk kick in, kitorang bukak internet carik lirik Big Bang- Let me hear your voice pastu nyanyi sama sama. Haha tah pape zaman first year. Melagho je keje ish ish. Tell you, tricky kot lagu tu. Bahasa jepun kan. Haha. Lagu white house la, OST you're beautiful la.

Pastu masa study tulang temulang tu, main ketuk ketuk orang gune femur nak bagi alert suruh jangan tidur! Haha. Dulu study module 5 ngan Iman n Awatif n Sha sekali. Banyak macam ape nak hapal ya Allah! Greater trochanter la lesser trochanter la. Haha, nasib baik ade kawan kawan!

Bile dah pukul 1 nanti kang ade bunyi monyet kat bawah asrama. Ni lagi satu, sabo je la. Bunyi ayam la. Ikhwah punye keje la tu. tension study agaknye.

Skang ni study kat rumah masing masing je. Dah tak happenning macam kat asrama dulu. Wuuuu rindu asrama mara banyak! Dah la makan best! Rindu nak makan ikan keli masak sambal sampai nangis nangis. Aku bukan boleh makan pedas sikit. Haha. Berebut nasi lemak pagi pagi kat KSP. Haha nostalgia la.

Kenangan first year! :D

Malam ni nak try kaedah nescafe ni la! Dah lame tak buat keje ni. Hewhew. Kbai.

Thursday, April 12, 2012

Nasihat Aunty

Assalamualaikum.

Yayyy! Dah habis periksaaaa! Cewahh konon jee padehal ade lagi paper mcq next week. Tapi die next week so boleh berehat sejenak bersama kitkat! Ewahhh tak kelakar, jangan gelak. Hewhew.

Sangat euphoric nampaknye saudari Atiqah hari ni. Tapi saya pening kepala sikit la lepas jawab exam tadi. Hm stressed rasenye. Otakku ibarat terkejut tiba tiba disumbat seribu satu macam ilmu Allah yg sangat luas ni. Hewhew.

Semua perenggan pun nak diakhiri dgn hewhew, demam apakah ini? Demam rheumatic? Ok tak kelakar, ahh malas nak backspace.

Periksa tadi macam selalulah, ada yang boleh jawab, ada yang teragak-agak jugak. Tapi belakang cerita la tuh semua. Tawakal sahajalah sebab dah usaha.

Usaha.

Kenapa perlu usaha sedangkan result kita sudahpun tertulis dan termaktub dalam Luh Mahfuz; buku rekod umat manusia?

Sebab,

Yang pertama....(baca nada macam tukang umum dari istana tu),

Sebab usaha adalah sunnatullah/fitrah/natural phenomenon/lumrah alam. Semua pun tahu, siapa usaha lebih dia dapat lebih. Setuju? Siapa tak setuju boleh angkat kaki skang hewhew acah mak enonnn.

Yang keduaaa...(masih baca dalam nada tukang umum diraja)

Sebab Allah nak bagi kita chance untuk kumpul pahala banyak banyak hooorayyy! Ya, tahukah anda bila anda membaca buku dan berusaha untuk belajar kerana Allah, walau sepatah perkataan pun, sudah ada pelaburan di situ. Wahh kalau baca satu buku kerana Allah, mesti dah jadi jutawan akhirat.

Maka anak-anak, besarlah harapan aunty supaya kita sama-sama gigih berusaha mencapai kemajuan hidup, baik untuk diri sendiri mahupun untuk agama kita.

Hewhew aku baru 20 lahhh (20 pun belum lagi) masih belum berpunya anak saudara, maka aku bukanlah aunty dlm ertikata sebenar. Hanya gaya penulisan melambangkan kematangan sejagat (hoi hoi apa ni apa ni?!!!)

Ok dah puas hati. Eh, 2 je? Ya, 2 sebab je, tapi telah mampu menyejukkan hati aku yg separa terbakar tadi sebab jawab soalan teragak-agak tadi. Terima kasih kak kinahhhhh sayang akak! Dahla pandai buat ayam masak merah hewhew!

Saja je aku tulis ni untuk peringatan diri sendiri dan jugak sesiapa yang membenarkan hati untuk disentuh oleh nasihat ni. Hewhew skema la pulak ayat ni tapi takpe. Asalkan berhikmah.

Ok dah dah. Kepala terlalu pusing! Sekian, bubbyee!

P/S: masih ada masa untuk berubah menjadi baik! Still got time to be better, bebeyh!

Monday, April 9, 2012

Terapi Penulisan

Assalamualaikum.

Hishh, serius aku mengantuk! Jadi kau lagi buat ape kat sini ha budak?

Ala, rindu la dengan blog neh. Gatal gatal jari jemari aku nak menari tango atas keyboard ni menghentak-hentak setiap anak kunci atas papan kekunci ni. Ayat nak dramatik aje die ni. Siapa pening boleh ulang baca.

Aku ni tengah mengantuk gedik je ni. Sebab ape? Sebab kan tadi tengok la video anatomy kat youtube yang budak-budak ni buat. Bagus budak-budak batch aku ni, memudahkan proses ulangkaji anak-anak buah. Semoga Allah merahmati kalian, amin....

Tapi tu lah. Masuk video ke 3 je aku dah menguap nguap ternganga tak boleh besar lagi jahhh menahan ngantuk. You know, ni bukan mengantuk versi nak tidur, tapi versi mata memang allergy ngan ilmu. Asal masuk lecture, ngantuk. Bukak buku, ngantuk. Ni ada aku kene 'sepuk' kalau abang aku tahu  ni. Kecewa ibubapa tau. Hewhewhew. Tapi seriously. Ini based on true experience bak kate Scha Al Yahya wakakka poyonye, Farisha cukup.

//

Lagi 3 hari nak periksa ni. Physio banyaknye nak kene hafal. Tidakkkkkk!!!! Cukup punye allergy dengan ECG tu. Ape tah P wave, QRS complex laaa. Haiyoh. Aku taknak jadi cardiologist. Jadi bini cardiologist takpe itu memang impian sejak azali. HAHAHHA lawaknye kawan sape niiii? Ok serius serius.

''Nurul, you have to know all these stuffs. These stuffs you label 'tah ape ape' now are going to help you in clinical year nanti. Ishhhh makan banyak, belajar malas! Change that! Makan banyak, belajar banyak, result terbilang! Okehhh! '' Tetibe ade slot motivasi plak kan. Cam biase, terapi jiwa melalui penulisan ewahh. Wei aku makan mane ade banyak sangat, hello sikit eah, aku memain jek. Taknak caye takpe. Kite tunggu bulan 7 nanti. Ehh.

Musim-musim exam ni aku ada rasa nak delete facebook. Tapi susah ah. Biasela, orang 'biji' kannn eeee rase nak sepuk je perazzannn....HAHA. We live with facebook to the extent it becomes like mobile phone. A necessity. All infos are there in the facebook. Infos reach you by facebook. That's what facebook does. No facebook means you get behind those infos. Kira tak up to date dengan info semasa la dengan bila nak amek serainye, nak beli satenye, baraka lagi (hoi ko datang Mesir nak study kan kan). Maksud aku facebook bagi aku dah menjadi satu keperluan sebab kat situ la die nak umumkan distribution soalan exam, distribution markah exams, tarikh start module baru, nak upload gambar practicals yg cantik sangat tu ha ape lagi, dengan kursus kahwinnye lagi (eh main je ni), dengan aktiviti-aktiviti semasa lagi. So kalau takda facebook, dah jadi lambat terima informasinya lagi. So how?

Jadi, di sini lah kita boleh tengok sejauh mana gagah perkasanya disiplin diri kita ni. Konon la kan dulu sekolah ex anak beranak biro disiplin gitu (aku la tu) tapi disiplin ke Laut Dalam.... Justeru, aku menyeru pada diri sendiri, online jangan nak lelebih ea. Tengok ape yang patut je. Lepastu off. Blog takpe. KAHKAHKAH tak adil nye aku neh. Ala biased terhadap facebook bukan dosa besar pun LAL LA LALA.

Aku nak buat betul-betul pekse kali ni. Hari tu result jatuh teruk kan, nangis kan (ok tipu je) so kali ni kena la buat betul-betul. Tunjuk kat diri sendiri ape yang kite mampu capai. Bukan cakap je okehhhh.

Baik, aku dah termotivasi ni. Selamat jalan, kawan-kawan. Aku nak study! Cewahhhh. Boleh update status ah pasnih. HAHA.

Ok, All the best to you! Doakan kejayaan kita semua ok. Bye, salam 'alaikum.
May Allah bless..


Wait for me, bunga! InsyaAllah! 






Monday, April 2, 2012

Lagi 2 minggu periksa lahhh!

Assalamualaikum.

Hewhewhew gelak macam Hanis Zalikha.

Aku takut nak periksa lah.

Ok tu je nak cakap.

Bye. HEH HEH HEH HEH