Thursday, April 12, 2012

Nasihat Aunty

Assalamualaikum.

Yayyy! Dah habis periksaaaa! Cewahh konon jee padehal ade lagi paper mcq next week. Tapi die next week so boleh berehat sejenak bersama kitkat! Ewahhh tak kelakar, jangan gelak. Hewhew.

Sangat euphoric nampaknye saudari Atiqah hari ni. Tapi saya pening kepala sikit la lepas jawab exam tadi. Hm stressed rasenye. Otakku ibarat terkejut tiba tiba disumbat seribu satu macam ilmu Allah yg sangat luas ni. Hewhew.

Semua perenggan pun nak diakhiri dgn hewhew, demam apakah ini? Demam rheumatic? Ok tak kelakar, ahh malas nak backspace.

Periksa tadi macam selalulah, ada yang boleh jawab, ada yang teragak-agak jugak. Tapi belakang cerita la tuh semua. Tawakal sahajalah sebab dah usaha.

Usaha.

Kenapa perlu usaha sedangkan result kita sudahpun tertulis dan termaktub dalam Luh Mahfuz; buku rekod umat manusia?

Sebab,

Yang pertama....(baca nada macam tukang umum dari istana tu),

Sebab usaha adalah sunnatullah/fitrah/natural phenomenon/lumrah alam. Semua pun tahu, siapa usaha lebih dia dapat lebih. Setuju? Siapa tak setuju boleh angkat kaki skang hewhew acah mak enonnn.

Yang keduaaa...(masih baca dalam nada tukang umum diraja)

Sebab Allah nak bagi kita chance untuk kumpul pahala banyak banyak hooorayyy! Ya, tahukah anda bila anda membaca buku dan berusaha untuk belajar kerana Allah, walau sepatah perkataan pun, sudah ada pelaburan di situ. Wahh kalau baca satu buku kerana Allah, mesti dah jadi jutawan akhirat.

Maka anak-anak, besarlah harapan aunty supaya kita sama-sama gigih berusaha mencapai kemajuan hidup, baik untuk diri sendiri mahupun untuk agama kita.

Hewhew aku baru 20 lahhh (20 pun belum lagi) masih belum berpunya anak saudara, maka aku bukanlah aunty dlm ertikata sebenar. Hanya gaya penulisan melambangkan kematangan sejagat (hoi hoi apa ni apa ni?!!!)

Ok dah puas hati. Eh, 2 je? Ya, 2 sebab je, tapi telah mampu menyejukkan hati aku yg separa terbakar tadi sebab jawab soalan teragak-agak tadi. Terima kasih kak kinahhhhh sayang akak! Dahla pandai buat ayam masak merah hewhew!

Saja je aku tulis ni untuk peringatan diri sendiri dan jugak sesiapa yang membenarkan hati untuk disentuh oleh nasihat ni. Hewhew skema la pulak ayat ni tapi takpe. Asalkan berhikmah.

Ok dah dah. Kepala terlalu pusing! Sekian, bubbyee!

P/S: masih ada masa untuk berubah menjadi baik! Still got time to be better, bebeyh!

No comments:

Post a Comment