Monday, August 13, 2012

10-13 August 2012; Jalan-jalan Johor.


Assalamualaikum.

Setahun tak bersua muka boleh mengundang hati yang remuk-redam mentahan rindu ecewah, intro jiwang semacem je ni. XD Tapi itu adelah hakikat bagi manusia bernama aku. Jiwang lagi sekali. XD Apape pun, tarikh kat atas ni memang waktu aku bertemu dengan orang-orang yg dah lama aku tak bersua muka, berjabat tangan berpeluk mesra. XD

REMINDER Maahad;

This is the main story kenapa aku berada di Muar haritu. Tapi sedih seh tak dapat jumpa cikgu. Boleh pulak tuan hamba tak terfikir hari Sabtu cikgu-cikgi bercuti di rumah. Haiyoh, so aku jumpa dengan students and kawan-kawan lama je lah. Jumpa Zahin. Liyana, Syakila, Jay, Nana, Najwa dan seniors dan juniors kat sekolah dulu. Nama yang takde sebab aku selalu jumpa kat Mesir. Hehe.

Oh, ada Form 5 yang ingat aku lagi. Sungguh terharu lah aku. Hmm, Alia jumpa aku tanya 'Akak, akak pernah duduk dorm Mariah Qibtiah ke masa akak Form 4?' Aku yang blur dan loading ni dengan pantas dan efisyennye cakap 'Eh akak kat sini dari Form 1 sampai Form 3 je' sambil senyum senyum ayu haha. Eh tetibe aku teringat aku sempat jadi Form 4 selama sebulan kat Maahad sebelum pindah SMAPL!! Aku pun 'Eh awak, ha'a la akak dulu dorm tu. Hehe awak ni form bape bla bla bla and the rest is history. Alia tu Form 1 masa aku Form 4, lepas aku refresh hippocampus aku bebanyak kali, baru aku nampak muka dia samar-samar. Hewhew.

Bukan aku bangga, aku cuma terharu sebab masih diingati. T_T Maahad yang sangat best, tempat aku dipertemukan dengan sahabat yang banyak membentuk dan menjadikan aku harini. Huhu.

Jumpa Najwa lagi and adik Sufiyyah yang comel tu. Najwa selaku boss bawak kereta tolong hantar and ambil huuu terhutang budi sudah dengan die.

Pt. Sakai, Muar;

Ini rumah nenda aku lah. Pergi mengeluarkan keladi dari tanah, mengenal pokok kesum yang renek tu, mengait rambutan guna galah panjang nak terkehel tengkuk aku mendongak lama noh. Toklah the best memasak kari daging + roti jala, asam pedas ikan tenggiri. Haha Toklah bekalkan Fazira banyak benda wei dari keladi sampai ke benih belimbing kecik-kecik tu.

Pastu tahan bus depan rumah nenek aku utk pergi Batu Pahat. Haaa, ini agak kelakar bagi aku. Seriously wei, aku tak sangka boleh tahan bus depan rumah nenek aku pergi Batu Pahat. Aku ingatkan kene pergi bus stand kat bandar tu. Mati-mati aku tak percaya kat nenek aku sampai nenek aku kate 'orang duduk sini dah 20 tahun dah laa!' Haaa nasib baik Asmah ada, tolong tahankan bus semua. Fazira ngan aku naik bus siap bawak keladi, rambutan, daun kesum ape semua tu tau, jangan memahen. HAHA. Tapi, best!

IPTHO, Batu Pahat;

Haaa, ini cerita lagi best! Jumpa Sabrina, pastu sempat sharing dengan akhawats kat sini. Alhamdulillah, dapat rejuvenate sikit diri ni yang dah lemau. Huhu. Sempat berbicara hati ke hati ewah sambil makan rambutan bertiga. Best sangat! Rasa macam haish tak dapat nak describe perasaan ke-perfecto-an saat tersebut.. Allah, bersyukur sangat rasa sebab dapat rasa perasaan tu. Sabrina, Fazira, terima kasih sebab banyak motivate aku indirectly. From the way you guys discussed things, from the way you guys think, from the way you guys talk, semuanya ada saham masing-masing XD. Hee aku rasa kelako dan sedikit malu la pulak cakap camni tapi ahh tak kira nak cakap jugak. Haha.

Trivia: Aku dengan Sab dulu umpama belangkas kat Maahad Muar. Fazira ni pulak kawan baik Sab kat KISAS. Pastu aku terjumpa pulak Fazira kat KTT melarat ke Alexandria. Nampak tak permainannye di situ? Huhu. Alhamdulillah, siapa tak bersyukur dikurniakan kawan macam diorang ni.

Pt. Sulong, Batu Pahat;

Aku dah sampai kampung Fazira! Ahahaha dia bawak aku naik motor tahu tak?! Huahh cuak tahap kebebeyh yg tak dapat ditaksir oleh minda. Aku ni jakun sikit. Last naik motor masa darjah 4 kot, itu pun takat pusing-pusing kat taman, pakcik aku bawak. Haha. Pergi kilang nenek Faz ni. Kilang kerepek. Ramainye umat manusiaaaaa hai. Selepas bersesak beratur tunggu kerepek ubi pedas, balik semula rumah nenek Faz, then balik Johor Bahru. Orang Johor lama-lama panggil Johor Bahru ni Johor. Macam orang Mesir jugak. Die panggil Kaherah tu, Masr (Mesir). Balik Johor dengan ayah and abang Faz.

Terima kasih daun keladi, lain kali nak tumpang lagi kat ayah Faz huhu sebab hantar aku sampai depan rumah. Terbaiklah ayah Faz. Ayah die dulu join St. John kat sekolah, pangkat tinggi okeh Ketua Pegawai Turus Kawasan ke ape nama die tah. Haha banyak okeh pakcik share. Antaranya:

Kalau orang minum racun, nak bagi apa?
Jawapan: bagi air garam pekat. Utk neutralizekan balik racun tu, nanti orang tu akan termuntah.

Kalau orang accident patah tulang belakang, ha acane nak transfer die masuk dlm ambulans. Guna pengusung tak boleh.
Jawapan: Kena guna selimut!

Kalau orang sakit perut nak bagi apa?
Jawapan: Hiris kunyit  halus, pastu rebus, minum air die.

Macamne nak stopkan bleeding?
Jawapan: Ligate the part gune kain, ikat ketat-ketat, every 1 minute kene loosekan ikatan tu bagi darah lalu, pastu ikat balik.

Ha banyaklah lagi. Tak tertaip aku kat sini. Hehe.

//

In a nutshell, aku bersyukur dikurniakan, dipertemukan dengan orang-orang sebaik ini. Alhamdulillah. Moga ukhuwah yang terbina ni berkekalan ke akhirnya. Moga Allah ikatkan hati-hati ini hingga kita kembali pada-Nya. Allah, tak tercakap dah. Biar hati je yang tahu. Ok dah dah la tu gelakkan aku (khas utk Fazira). Terer jugak aku menyulam untai kata pemanis bicara camni eh. Hehe kidding!

Sekian, wassalam.

7 comments:

  1. Kampung dekat Parit sulong tu namanya parit lapis laman? and nenek fazira is someone called wak sugi or something like that?

    ReplyDelete
  2. Ha'a. Tepat belaka 100 markah utk anda. Kampung ko kat BP gak ke? Tapi yg nama nenek tu tak pasti.

    ReplyDelete
  3. sebab kampung fazira tu kampung aku juga. haha

    ReplyDelete
  4. nghahaha!sengal je ley tau aku gelak kan kau tahap dewa kat sini!hekhek.
    nenek ak nama nek nah n yg Dr syaef ckp tu suami dy.nama suami dy unik.eja tugi'.tp sebut dy lain sket..heee

    kau mmg mngotakan janji ek nk mention nama ak..xcam byk giler kau selit nama ak,n ak mmg nk star kat entry ni.favourite.hehe!

    toklah mmg terbaik..asmah n her mom pon!pehhh!admire ak!;)

    ReplyDelete
  5. wow! bunyi pn mcm best! haha
    faziraaaa! nak kerepek pedas satu .for free pn ok gk.hihi

    ReplyDelete
  6. Syaufiq: HAHAHA padanlaaaa.
    Faz: Ko memang haha! XD
    Zihah: Boleh buat kunyah kunyah time study ye zihah. hehe

    ReplyDelete
  7. hamboi zihah..dtg johor meh ;)

    ReplyDelete