Salam 'alaiku dear earthlings!
Hari ni masuk hari ke 4 aku berada kat Barcelona. Nice place but very pricey. Sebenarnya aku rase lain duduk kat sini. Sebab suasana die sangat berbeza dari norma kehidupan aku. Norma okeh jangan memahen! Huhu.
Kat sini takda azan. Takda orang pakai tudung. Takda iklim dini (betul ke ni?). Ye lah, selama ni duduk kat Egypt, azan memang sahut menyahut. Tiba kat sini, hari Jumaat takda beza dgn hari hari lain. What do you expect kan. Dah memang Europe country.
Kat sini ada je orang pakai tudung as in shawl la. Arabs from Morocco, Egyptian married to Spanish ha macam tu lah. Senyum senyum je bila nampak orang pakai tudung. Orang Spain ni bila tengok kitorang pakai tudung, diorang takde la tengok pelik ape pun. Just tengok macam kite tengok orang putih dalam KTM la.
Makanan kat sini susah nak carik! Tapi ade je halal restaurat. Semalam kitorang makan kat Ala Turca Restaurant. Turkish cuisine la. Ade je shish tawuk! Hihi aku makan yg tu je la.
Cuaca kat sini opkos le sejuk nyee dah nama winter kan. Kalau pagi ngn malam ha memang sejuk! Dalam 5'C gak la. Tapi aku sweater tebal ngan inner je dah cukuP sbb aku ade lagi satu fat layer yg tebal dlm badan KAHKAHKAH.
Cakap pasal fat fat ni, kitorang banyak berjalan kat sini. Like seriously banyak. Kitorang naik metro (KTM punye adik beradik) pastu jalan kaki gi stadium Barcelona Camp Nou tu. Ala tapi aku takde perasaan sangat pun gi situ. Tak masuk pun museum and stadium tu. Just pergi Megastore die je. Tempat jual merchandise FCB. Tak boleh blah ok die jual berus gigi elektrik jenama FCB.
Semacam je aku tengok.
Ok la, malam ni nak gerak pergi Granada naik train 64 euro okehhh cube darab 8 sikit... Haa baru sama dgn Egypt. Pastu bahagi 2 kalau nak same dgn Malaysia. Standard la 10 hours journey.
Goodbye! Wassalammmm.
No comments:
Post a Comment