Friday, February 10, 2012

Hai Februari

Assalamualaikum kawan kawan! Huhu sopan betul anak siapakah ini? Huhi

Bulan februari telah datang. Yang sebenarnye daku tak menyedari waktu yg berlari atau bulan yg berganti sepanjang musim exam ni. Yang aku tahu "OMG, paper lagi 2 hari! Banyak tak habis baca lagi macam mana ni?!" Tapi aku tak tahu langsung berapa haribulan kah hari hari itu. Sedar-sedar Januari telah pergi membawa diri. Jumpa lagi tahun depan!

Eh apepasal lah bakar mercun kuat sangat bunyiknye ni?* Tiba tiba.

Sambung cerita. Aku macam ni lah. Masih dalam study leave. Menunggu dgn penuh sabar tarikh 13 Februari untuk mula bercuti winter break! Yeeehuuu! Paper CNS haritu memang mencabar keimanan sungguh la #wahabaqkatlu. Tapi yang telah berlalu itu biarlah berlalu. Fokus pada yg bakal mendatang. Kang sedihkan yg dulu, yg datang ni buat dek je padehal boleh score yg akan datang ni!

Haritu aku tengok video pekerja KFC gaduh dengan customer.

Agak kecewa aku di situ. Nampak sangat nilai sivik orang kita masih hijau. Tahu tapi tak amal. Ilmu tanpa amal tu ibarat pokok takda buah. Maksudnye tak berguna langsung untuk orang lain. Mungkin orang nampak die berilmu tapi die tak praktikkan apa yg die tahu. Ape pasal dah tahu taknak buat ek? Pelik la manusia ni.

Bukannya die tak tahu menengking orang boleh memalukan orang lain.

Bukannya die tak tahu pukul anak orang tu kejam.

Kalau die reti sabar sikit, ada sifat empati mesti tak jadi macam ni. Pada aku dua-dua pun salah. Sebab tak sabar, ikutkan perasaan sangat. Aku tengok ade foreigner dalam KFC tu. Ha itu lagi satu hal. Malu je orang luar tengok. Ye ye je dalam iklan tunjuk kita bersatu bagai, tapiiiii aih bergaduh jugak.

Pengajaran dari kisah ni adalah idiom "A hungry man is an angry man" is justified!
Telah dibuktikan oleh customer tu.

Aku rase kan mesti diorang malu ek. Pasal makan boleh bergaduh? Woahh! Sensitif betul orang kita ni. Orang kat Syria bergaduh pasal pemimpin. Orang kita?

So, anak-anak lepas ni, jangan ikutkan hati sangat lepas ni. Kalau nak marah, mesti nak kene jerit kat orang. Kalau geram je mesti nak pukul orang. Ehhh dunia ni Allah yang punya okeh. Ingat sikit! Tak boleh buat sesuka hati. Kita berkongsi so paham paham la.

Dan isu ni tak perlu lah nak dibesarkan lagi. Diorang bawak masuk isu perkauman pulak dah. Tengok tu. Kelakar kan orang kita ni. That's that dah la. Jangan nak tambahkan garam dalam cerita ni lagi. Betul tak? Malaysia is shared by all of us. So, be tolerant lah. Jangan jadi batu api. Sebarkan bahagia! Macam blog Ustazah Fatimah Syarha okeh. Kikiki.

Aku harap dengan ramainya anak-anak Malaysia yang belajar overseas ni makin baik lah generasi Malaysia akan datang ni. Yang belajar kat Malaysia pun ye jugak. Bila makin ramai orang terpelajar makin sikit lah orang yang nak bergaduh pasal benda kecik macam ni. Harapnya macam tu lah.

Because educated persons have more things to think rather than a chicken. Bangga 7 keturunan ayam tau kalau die tahu manusia gaduh sebab diorang. Eh malunya!

Ok dah. Aku nak jadi bangsa terpelajar. Doakan kitorang lulus cemerlang ye!

2 comments:

  1. 7 kturunan aym tu cm hrem lawak la bebeh...suke2 <3

    ReplyDelete