Monday, May 30, 2011

Tentang Si Penulis.

Assalamualaikum.

Hai semua. Lama tak jumpa. Yeah, blame this 'Error 404' website. Pape pun, I am as always as I am (ape ni ape ni?) mesti meroyan kalau tak dapat menconteng dan memuntahkan (eww muntah yeeek) ayat-ayat berbaur nasi goreng. Peh tahu lah engkau sedang kenyang sekarang, nak nasi goreng nasi goreng pulak.

Semalam malam kat asrama ni ada ceramah pasal Palestin. Pastu pastu ada orang cakap, kalau ada blog, sediakan lah ruangan untuk cerita pasal isu Palestin macam Palestin, We Care. Dia kata ''Jangan asyik cerita fasal makanan je.''

Eh aku tak terasa, tak terasa. Hahaha. Banyak kau punya tak terasa. Aku telah berasa seperti satu lempangan yang sangat gagah singgah kat pipi mulus dan kudus aku. (mana kudus dan mulus? ce tengok sikit). Tapi betul lah apa dia cakap tu kan. Tapi.......aku tak reti nak tulis sesuatu yang berat macam tu. Aku takut salah tulis dan menimbulkan spekulasi haram pulak kat sini. Tapi I bet semua orang tahu siapa di pihak yang benar dan siapa di pihak hitam sekarang kan. Eh kau tak tahu ke? Eh eh eh engkau ni berasal dari tempurung mana ha? Gua Tempurung? Ok tak lawak eh, jangan annoy orang tengahari tengahari ni.

And yes, kita kena ingat untuk sentiasa doakan saudara seagama kita kat sana. Macam kita ingat nak doakan ibu bapa kita everytime lepas solat. Macam everytime  kita berdoa nak lulus exam dengan excellent. Ha macam itu punya penting, OK. Aku type ni khas untuk diri aku sendiri yang paling dekat dengan skrin laptop ni dan jugak mike-mike semua yang sedang membaca artikel (ceh artikel ha'ahh) ini. Jangan lupa ha kau. Kau lupa siap kau! Eh eh aku warning diri aku sendiri tadi. Jangan terasa.

Sekian sahaja untuk hari ini. Jumpa lagi next time yang boleh jadi 6 jam dari sekarang. Huh, dasar kaki online!

No comments:

Post a Comment