Thursday, June 9, 2011

Siapa Suruh Kau Tutup Kedai Seminggu?

Assalamualaikum.
Pertama sekali, aku nak tanya.

Is it just me or memang semua blogger mengalami sakit hati dalam mensign in into blogger? (sila tinggalkan jawapan dalam chatbox, please...)

Dalam erti kata lain, apa pasal aku tak boleh sign in? Dia (internet) cakap  Error 404. Tak pun dia cakap website is broken. Apa kejadahnya? Bikin hati aku panas. Dah la kat sini memang panas. Bila tak boleh conteng-conteng blog lagi lah aku panas. Astaghfirullah.......(hehehe)

Eh bercerita pasal conteng blog ni kan, aku dapat tahu Hlovate dah keluar novel baru! Tajuk dia Contengan Jalanan. Cambest nyeeee. Tak sabar nak balik Malaysia cari buku ni. Pastu Ustaz Hasrizal pun ada keluar buku baru juga. Transformasi Ramadhan. Ha, aku kan memang tau. Kalau 2 orang penulis ni keluar buku baru memang cepat je aku sambar buku diorang. Teringat aku kenangan silam. Sampai menangis-nangis baca buku Aku Terima Nikahnya.

Aku punya satu impian. Nak mendengar ceramah Ustaz Hasrizal Abdul Jamil. Entah bila lah ada kesempatan nak dengar ceramah beliau.

''Ustaz, bila nak datang Iskandariah? Meh la outstation ke sini.''

Tapi, aku tengok blog ustaz tu kat sini jadual dia adalah penuh mengalahkan em tak tahulah kalahkan sape. Kalahkan aku? Adalah for sure. Hehe.

Nak tengok tak buku yang aku nak tu? Apa? Tak nak tengok? Ok, aku tak kisah. Aku nak tayang gak sebab aku rasa nak menayang buku hari ni.


Ustaz Hasrizal yang pandai membina ayat menyentuh hati sanubari. Ce tera bace wei. Tak ruginye. Bawah RM 30 je. Eh yeke?

Hlovate, the unidentified author. Tak kisah lah awak anonymous ke apa. Yang penting karangan anda adalah bermanfaat kepada minda dan hati nurani. Berdakwah melalui tulisan. Ain't it sweet? Soo yeah! Sweet sangat!  Hlovate ni kalau buat cerita, mesti background oversea je. Agaknya nak mensemarakkan semangat adik-adik belajar kat overseas kot. Macam em macam...Hehehe. Takda macam-macamnya. Yang penting, belajar dengan tekun dan berjaya dengan izin Allah.

//

Jom cerita pasal exam. Lagi seminggu lebih lagi exam week! Akhirnya telah tiba masa untuk aku dan kawan-kawan memuntahkan serta mengeluarkan segala tulang-temulang, nerves, arteries dan apa-apa lah yang berkaitan ke atas kertas peperiksaan. Tapi aku berdoa sangat supaya apa yang kitorang belajar ni tak deleted permanently dari otak ni. Ya Allah, jangan hilangkan apa yang kami telah baca ni, amin. Ye lah, dok mahu lah aku nanti nak treat patient,

''Eh tulang apa yang patah tadi? Displaced ke tak ye? Alamak, nerve apa yang affected ea? Apa effect dia? OMG, macam mana ni?!''

Hai, semoga idokle aku dan kawan-kawan menjadi begitu. Nak ikutkan, masa awal-awal start modul ni dulu, aku memang confuse mana tulang ulna dan radius. Mana lagi besar, siapa duduk medial, siapa lateral. Tibia dengan fibula pun sama. Tapi, berkat modul ni, sekarang tidak lagi. Memang dah terpahat kemas dalam palehot masing-masing yang ulna adalah medial dan lebih besar dari radius. Tibia adalah medial dan lebih besar dari fibula.

Muscles attachment adalah bab yang agak sukar. Mana tak nye, kat forearm (siku ke bawah) ada 20 muscles. Kat tangan hampa ada 20 lagi. Upper limb total ada 56 muscles, doktor cakap. Aku tak kira lagi sebenarnye, haha. Baru upper limb. Lower limb aku tak kira lagi total muscles. Semuanya perlu dihafal dalam masa 7 minggu. It's killing us but this is interesting yo! Kau akan tengok gila hebat ciptaan Allah. Berselirat urat-urat dalam tangan ni ha. Boleh buat macam-macam. Fuh, hebat hebat!

Tu la, best nya belajar anatomy ni. Ok dah la. Banyak gila aku tulis. Siapa suruh tutup kedai sampai seminggu. Amek kau. Haha. Aku rindu Mak Abah sekarang ni. Semoga selamat sampai ke tanah air. Rindu sangat-sangat-sangat. Very very much! Awi awi! Nurul sayang Mak Abah sangat-sangat. (Tetibe aku rasa nak menangis. Sangat emo nampaknya petang ni) Dah seminggu lebih tak dengar suara Mak Abah. Sedih. Rasa tak semangat je. Nasib baik kawan-kawan semua baik dan err bising. Dengar suara diorang pun cukuplah untuk hiburkan hati. Haha. Terharu gila diorang kalau tahu ni. Phewittt. Aku memang sweet, tak payah cakap also I know already. Haha.

Ok dah cukup cukup. Jangan kasi aku conteng lagi. Haha serious tak boleh stop.

Till then. Pape hal agak dah rindu sangat kat aku, diam je lah. Jangan kecoh-kecoh. Haha.

Wassalam. Pray for our success in the upcoming exam!

No comments:

Post a Comment