Thursday, March 17, 2011

Kak Jah Membebel Tentang Motivasinye supaya ''Pulang ke Sana''

Aku masih lagi makhluk berwarna biru. Pada perasaan nye sajja. Tapi aku dah tahu satu motivasi untuk pikat hati aku supaya pulang ke Mesir.

The ultimate motivations;
  1. Aiskrim Falaky. Hebat betul aiskrim kat sini. Mera favourite is karamel and bunduk (hazelnut). Lepas pergi dentist appointment je mesti singgah sini. Tapi kite sekat jugak kadang-kadang. Kesihatan perlu dijaga. Cewah. Haha.
  2. Shish Towuk jualan Gad. Salahkan Fatin Aisya sebab memperkenalkan rasa eksklusif shish towuk ini. Daging turkey panggang bersama cheese dan mayonis dibungkus di dalam roti benar-benar menaikkan kolesterol anda. Masya Allah. HUHU HAHA.
  3. Night Dentist Tour. Siapa tak suka keluar jalan memalam, walau pada hakikatnya dilarang keras oleh senior-senior. HUHU HAHA. Tapi pada kami (aku and the gang) ini lah saat dan waktunya untuk berdikari dan memperbaiki bahasa arab. HUHU HAHA. Aku dah rasa macam beruk da gelak style gini.
  4. Coffee Roastery. Ini memanglah. Memang. Memang terbayek sekali. Kat Malaysia aku belum jumpa lagi yang setanding dia. Oh belum lagi. Belum. Sekali-dua kali-tiga kali-empat kali-berkali-kali masih sedap menghabiskan duit mentekedarah kat sini. Siapa belajar kat Alexandria tapi tak pernah makan sini memang rugi lah, aku kate. Aku lah kate selaku wakil biro kebajikan bahagian feeding centre masyarakat anak-anak Melayu Malaysia. HUHU HAHA.
  5. Masjib Gam'ah (asal boleh je). Dengan permaidani selembut baldu, ( teringat iklan Downy pulak tetiba ) dan squat toilet nye ( Hello, tak banyak squat toilet kat Alex tau) dan takda dan lagi dah. Rindu jugak kena marah secara tiba-tiba walau tak mengeluarkan satu habuk perkataan pun sewaktu kelas agama dibuat kat sini.
  6. Keropok Chipseco perisa Kebab. Tak boleh makan selalu.
  7. Keropok Syibsi perisa gibnah matbalah (keju dan bawang). Again bace kat atas. Ape punye pasal la di atas dunia ni, orang Mesir mesti jual berjenis-jenis keropok? (Chipseco, Syibsi, Rotato, Masrawi dan apa tah lagi yang hanya plastiknye aje kukenal) Kan dah makcik, pakcik, atok, nenek semua kat sane kuat makan junk food. Pastu sape yang sakit teruk? Ha, jawab. Jawab.
Ok lah, sebab 6 dan 7 tu tak berapa munasabah tapi sebab kita dah tak jumpa lagi sebab nak balik sana wak, kita masukkan jugak wak kat dalam list. Kita pathetic kan  wak. Dan kalau perasan, tiada satu sebab pun berkaitan dengan pelajaran. HUHU HAHA. Hah, sape nak jawab tu. HUHU HAHA. Salahkan beruk yang ketawa itu. Tak, sebenarnye faktor pelajaran tu simpan dalam hati je. Eceh, cover line pulak kan. Baiklah, sekian sahaja, daripada,

Aku yang biru.

2 comments: