Tuesday, June 19, 2012

Study itu Jihad.

Assalamualaikum.

...............

...............................

................................................

Lagi 3 hari nak exam. Phewwwwhhhh. Aku tak tahu nak cakap ape dah ni. Yang jelas dan bersuluh sekarang ni, aku telah lemas dan hampir karam ala-ala Titanic dlm lautan ayat-ayat cinta respiratory system. Huwaaaaaaa negative betullah perasaan nih. Caihhhhhh! Macamne ni? Banyak lagi tak habis baca ni, tapi serius ar, dah tahap 10 dah ni kebosanan menghadap buku. Eihhhhh I hate to admit that but that's what we call the bitter truth. Huwawa suka hati aku je mencipta kata majmuk ni.

On a side note, my big brother had just finished his last paper and was currently, happily stocking up his baggage to head home! Hiarghhhht I am so frigging jealous now. But I have another less than a month before departing to Malaysia! And I have to sit for these exams first.

Ya Allah, istighfar banyak-banyak weih.....Orang lain ramai yg tak larat nak baca buku tau.... Awak ni dah la sihat sejahtera, so bersyukur okeh!! Gi hadap buku tu sampai juling. Agi idup agi ngelaban! Selagi hidup selagi berjuang kan maksud die. Teringat novel; Kanang, Cerita Seorang Pahlawan mase form 3. Hewhew.

Tahu tak, dengan study ni boleh dapat pahala?
Tahu tak, medan study ni macam medan jihad? Memang ah penat auh tahan nafsu dari bukak facebook, bukak twitter ape bendalah tah lagi tu (bukak blog takpe) . Tapi ini lah jihad. Jihad tu kan maksud die sungguh-sungguh kan? Jap aku google.

Maksud jihad ni adelah : buat sesuatu sampai jadi.


''Jihad secara bahasanya menekankan bersungguh-sungguh, rajin, passion, eager dan sebagainya. Iaitu satu naluri yang mendorong untuk melakukan sesuatu sampai jadi. Itulah makna jihad secara bahasa,
Di dalam istilah pula, makna jihad adalah satu perbuatan yang dilakukan secara bersungguh sungguh demi ALLAH. Apa apa sahaja yang kita lakukan, jika kita buat sampai jadi demi ALLAH, itulah maknanya Jihad''


 Sumber: sini

Baiklah, aku teringat idea Stephen Covey dlm buku '7 Habits of Highly Effective People'. He said, to always ''begin with the end in mind.''

Apa yg aku faham : (setelah aku edit 100 kali bagi simple hehehe acah je)

First sekali kita kene ada objektif (end) yg jelas dan nyata.
Contohnya: nak dapat nombor 1 dlm batch. Contohnye la contoh.... Huhu

Then, kita pun 'begin' la. Start working your way to acheiving nombor 1 dlm batch.

Ha gitu. Ehh faham ke? HAHA beria pulak aku memberi pandangan aku ni, harap-harap faham lah ye.

Kesimpulannya:

Sekarang, kita dah ada target. So kita kene bergerak la pada target tu. Do whatever it takes to get to it. Buat bersungguh-sungguh sampai 'jadi' atau dapat hasilnya tu. Barulah namanya berjihad dengan mata pena. Barulah dapat pahala. Belajar tu kan ibadah, ye dok? Dan dan medan jihad tu mana pernah mudah. Macam sekarang ni kan, rasa macam nak terbelahak baca buku. Well, siapa lagi nak jadik doktor in future kalau bukan kau? Kannnnnn..... So, turn your hippocampus on! Make it memorize well!

//


Muhahaa okeh aku dah terinspirasi ni dgn penulisan sendiri. *Muka merah-merah sbb terlalu semangat naga. HAHA. Aku nak gi study Microb ngan Patho ni tak habeh lagiiiii haishhhhh kalau boleh cucuk pendrive kat kepala dah lama aku buat hoi! Lawak seram apekah yg dikau cuba ketengahkan ini haaa tiqahh? Okeh dah dah mengarut byk sangat aku ni. Astaghfirullahhhh. :)


//


Ya Allah, permudahkanlah aku belajar dan memahami ilmuMu.... Ameen....
Ya Allah, berikanlah kemenangan pada yg Haq di Mesir ini..... Ameen.... Official election result on Thursday, 21st. 






1 comment: