Tuesday, May 8, 2012

Why so Random?

Salam 'alaik.

Hah!

HAHAH aku tak sempat update blog semalam. Kesian betul budak ni. Apa aku buat semalam sampai tak sempat update?

Ni die.

Aku ada SC la semalam. Best! Makan nasi ayam. Ayam panggang dlm oven gune rencah egypt ade letak yogurt ooo. Ok la rasa die. Ada masam-masam sikit. Tapi ni masam sedap la bukan masam basi. Sebelum makan tu kitorang cerita pasal adab makan. Adab sebelum, semasa dan selepas makan. Adab semasa memasak tu pun ade sikit.

Antaranye:
  1. Ambil makanan dari pinggirnye. Jangan main sauk je gune tangan. Aku suke oo buat macam ni tanpa sedar. Kena more beradab la lepas ni. Nurul dah besar kan. Hohoho 
  2. Jangan mencela makanan. Kalau tak sedap, leave it je. Jaga hati tukang masak pelissss.
  3. Masa masak tu baca selawat and basmalah. Itu secret ingredient. Woah aku suka ni. Memang terkumat kamit la nanti kat dapur. HAHA
  4. Yang selebihnye baca kat sini
Semalam kan, segannye la hai aku rasa. 

Aku datang meeting lambat pastu balik awal. Ish ish ish tak senonoh nye perangai dieeee. Seriously sorry pada kawan-kawan. HAHA macam la diorang tahu aku mintak maaf kat sini kan. Ah tak kisah lah. Yang penting aku rase diorang boleh tahu melalui air muka aku. Rasenye lah. Tak confirm lagi. HAHA.

//

Tadi dah masuk module baru merangkap module terakhir sem ni, yahuuuuu! Respiratory module. Tapi lepas habis ni, ada final exam, then baru boleh balik. 

Senang cerita, sem ni aku kena struggle sikit la. Masa kat rumah dah tak banyak macam dulu. Aciwah. Serious seh. Dah la lif rumah aku ni rosak. Susah betul la nak keluar rumah. Senang je sebenarnye. Keluar je lah pintu kan. HAHA. Tak maksud aku, penat okehh. Rumah aku tingkat 5 bukan tingkat 1. Pastu ade 3 flights tangga. 1 tangga ade 7 anak. Maksudnye satu tingkat ada 21 anak tangga. Aku kat tingkat 5 so 21 darab 5 (jap gi amek kalkulator) ha, same dengan 105 anak tangga! Tahun depan aku dah boleh wakil Alex rentas desa kot. HAHAHAH nak rentas desa kat mana ye dok. Tapi on the bright side; aku boleh kurus sikit sbg persediaan balik Malaysia ni. Ah tensi tau bapak aku asek cakap muka aku bulat, bulat. Abang aku lagi kureng cakap muka aku tak muat skrin skype. Cisss! Eh panjang bebel nampak? HAHA. Ok dah habis citer pasal lif rosak. 

Eh tetibe rindu nak swimming lah! Oh mannn, why you so random and all of sudden nehhh? Ok dah. Gedik ea. K la. Got something to do la. Gudbye blog. Esok kite update awak lagi ea. *muntah la cakap macam ni. haha. 

Wassalam. 

No comments:

Post a Comment