Wednesday, September 7, 2011

Mencari pemandu peribadi.

Assalamualaikum.

Masih bercerita tentang pemandu peribadi yang aku idam-idamkan tu.

Tadi. 

Aku cakap kat Mak, balik cuti lepas ni aku nak driver sorang. Aku bayar gaji dia ikut km yang die bawak aku jalan la. Hahahaha. Gile ah aku bagi proposal kat mak aku tak agak-agak. Dannn seperti yang aku jangkakan, usul ditolak. Dengan alasan:

''Naik je la bas. Kan kawan-kawan ramai.''
''Yela, tapi nanti dah sampai KL, macam mana nak jalan-jalan nye? Kalau ade orang drive kan senang. Mintak je bawak gi sini gi sane. Haa kan.''
''No, no no. Teksi kan ade. ''

Diam.
Hmmmm aku yang mulut gatal. I already know her answer but I still wanna give a try mana lah tahu akan dipertimbangkan. Gaji die aku bayar kot.

Now.

Aku sedang berangan-angan ade driver. Hahahaha. Senang cerita hidup aku. Ha cube bayangkan ko adelah aku. Ko ade seorang driver. Yang akan mematuhi ko tidak kire ke mana jua ko suruh die pergi.

Aku: Pakcik, bawak saya pergi KL esok. Sebelum tu jemput kawan saye, Fazira kat Taman Damai Jaya jap, lepas tu terus gerak pergi KL. Pastu nanti, hantar saye kat rumah Mekli kat Ampang tu. Saya tidur rumah die satu malam.
Supir: Abeh pakcik tidur mana?
Aku: Dalam kereta kan muat. Heheheeh.
Supir: (eish budak jemok ni kejam gile hati)
Aku: (serba salah tapi aku perlu selesaikan urusan aku dulu kalau tak aku kena esok kang!!)

Aku: Pakcik, bawak saya pergi pos office kejap. Abang saye ni ha. Dah tahu nak fly tak reti-reti nak settle hal die siang-siang. Saya pulak kena hantar hadiah kawan die. Jom, lepas zuhur.
Supir: Siap, mem besar.
Aku: (senyum)

Aku: Pakcik, tali jam saya putus. Saya nak pergi Angsana pukul 10 pagi. Ok?
Supir: OK!!

Aku: Pakcik......saya lapar..........mekdi jom!
Supir: Saya dah balik rumah, makcik suruh lunch kat rumah......
Aku: Alahhhhh. Bawak sikit balik rumah saya, boleh?

Hahahahhha. Cukuplah contoh-contoh di atas. Semua kehendak aku boleh dipenuhi kalau ade supir. Nak amek adik aku senang. Nak hantar diorang senang. Mak bapak aku senang. Hati perut aku senang. Visa aku senang. Ape lagi yang tak senang? InsyaAllah boleh disenangkan dengan kehadiran pemandu peribadi. Yes?

____________________________________________________________________________

Dengan syarat:

Supir mestilah seorang yang beriman dan bersolat 5 waktu sehari semalam.
Supir mestilah seorang yang berhemah di jalan raya atau aku akan take over driver seat.......dalam mimpi kalian.....Huahuahua.
Supir mestilah seorang yang patuh kepada arahan mem jemok yang muda anggun jelita yang memang diktator!
Supir mestilah seorang yang berpengetahuan tentang jalan atau paling koman tolong la reti gune GPS.
Supir mestilah seorang yang enak mata memandang (optional, kalau ade adalah bonus)
Supir mestilah bersedia untuk tidur dalam kereta tidak kisahlah ianya kereta kancil, kelisa mahupun pak jero.
Supir mestilah ada lesen memandu yang competent (P, P ni aku tak main ahh), cekap memandu segala jenis kereta dan berumur antara 20-50 tahun dengan perangai yang senonoh serta semenggah. Kalau smoking? Oh aku akan pertimbangkan. Setakat smoking ni aku dah biasa. Apa? Hidu ganja? Kau get away from my house!  (Aku anggap kalau semayang penuh, puasa tak tinggal, insyaAllah perangai boleh kawtim)

//_________________________________________________________________________


Hah, lengkap sudah rasenye requirement untuk jadi pemandu peribadi aku. Siapa minat boleh contact gua. Eh gua pulak. Contact saya. Serious candidate only. Gaji seperti yang dinyatakan ikut KM. Bukan km/j! tapi KM jarak perjalanan, ok?

Baiklah, aku rasa puas bila dapat keluarkan benda ni. Tetiba rasa macam dah nak ade driver betul-betul ni. Wahhhh excitednye! Ehhhhh aku rasa aku dah terlebih beranganlahhhh!

Off!!!!! off!!!!! off!!!!!

5 comments:

  1. ok ak lom bace lagi..ni despo.hahaaha

    ReplyDelete
  2. yes, jadi! tahniah kepada kite sbb berjaya merungaki segala keconfusan ini. anda mmg hebat. tak sia-sia saye berkawan degn anda. hahaah panjang gile tulis.

    ReplyDelete
  3. sye mmg tahu sye hebat..sebentar lagi sye akn nek pangkat dr superwomen ke superMAK..=D

    ReplyDelete
  4. haha kelakar yg nii.. nape nurul tk bwk kete sendiri? blm amik lesen ke camne?

    ReplyDelete
  5. Lesen ade. Sikit lagi nak dpt competent dah. Tapi tu la, takde kereta yg sesuaii..hahaha, ngada-ngada gile...

    SuperMak, ko memang terhebat!

    ReplyDelete