''Ya tuhankuuuuu!!!! Lagi lima hari nak balik kampung ni macam mana ni..? I tak ready lagi, beg tak pack lagi, jiwa raga masih belum settle...homai homaiiiiii. ''(Ini dalam hati je. kalau cakap dengan abah gerenti wa dapat lecture setengah jam wuhuu)
I just came back from Kota Kinabalu. Macam holiday lah kan. Eh bukan macam. Memang. Tapi aku sorang je ikut macam tak berapa havoc la sebab orang putih pun suka cakap 'the more the merrier'. Sebab kali ni belum cuti sekolah, aku sorang je lah dapat join. And yeah, aku memag feeling feeling anak tunggal. Muahaha gedik en. Tapi bile lagi nak rase kalau bukan hari tu.
Aku stay kat Le Meridien, KK. Memang strategik habis hotel neh. Opposite dia is Pasar Philipines where you can find all sort of gelang, rantai dan brooch. Memang syurga la masuk dalam tuh. Harga die memang sangat best with good looking bracelets. Aku memang tuju bracelets ngn brooch aje. Rantai, anting-anting ni den tak gomar la yobbb. (Haha, sesuke aku je kan campur-campur loghat).
Hotel tu banyak gile mat salleh. Mostly from Australia. And yeah Australian accent gile susah nak faham. KL jadik Key Oll (like seriously tension aku nak mentranslatekan sebutan dorang jadi English aku). Just dengar diorang berbual ngn ayah aku je la. Pastu tumpang gelak muahahha tetibe. Biaselah, hobi.
Sebelah Pasar Philipines tu ade pusat penjaja Sinsuran (wah aku ingat ni bahh) where you can find all sorts of grilled fish, prawns, squids, lobsters and what not. Juga itu sayap ayam (kepak lah kepak ayammm come on la). Aku kan, makan kat situ 3 malam mu tau dok. Naik sakit perut aku makan kat situ. Huuu, lepas ni aku taknak makan situ lagi. Diarrhea aku weih. Sebab macam tak berapa nak hygeinic sangat tapi perut punya pasal kasi hantam saja la. Takde la kotor sangat tapi aku termakan banyak arang kot. Hoho. Yang part hangus-hangus tu kan. Oh man, udang dia very nice lah! Ok, tomorrow i'm gonna switch that ol'treadmill on. Mak saya bilang kita perlukan 3000 langkah sehari. Dalam setengah jam lebih kurang. Wah, ini kalau di Alex ini saya jalan 10 000 langkah satu hari bah. Padanlah saya kurus duduk di sana. Hahahha perasan betul.
Sebelah hotel tu ade Centrepoint, City Parade ngan Warisan Square. Semua itu shopping complex. See, memang strategik gile ini hotel. Di depan dan belakang, kiri dan kanan semuanya kawasan yg best. Ye, ape lagi aku mahu hantam di sini ya?
Aku adelah seorang yang lembut jadi aku takmahu menghentam sesiapa baik die makhluk yg hidup ataupun tidak spt blog ini. Jadi, aku mahu mengundur diri dahulu. Sekian. Toodelssss. Oh lupa nak cakap. Cakoi di Sabah itu sedap bahhh!
No comments:
Post a Comment