Minggu lepas kan aku cam busy giler. Pergi daurah la buat visa la. Macam-macam. Biasela, aku sekali buat keje gedebuk sekali arong. Kebaikan dia: guna masa yang sedikit sahaja utk prepare. Keburukan: kepala kau akan pecah dua kerna terlalu banyak berfikir dan planning. Tapi lepas tu, kepala kau tercantum sendiri. Biaselah, magik. Haha.
Malam kejadian sebelum aku pergi KL:
Sabrina ngan Fazira mencemar duli kat rumah aku. Macam dream comes true boleh tak. Haha. Ni second time Fazira datang. And first time untuk Sab. Aku ni kenal ngan Sab dah 6 tahun tapi rumah aku baru pertama kali die jejak. Tu pasal la dream comes true. Cewah!
Diorang sampai malam. Lepas borak-borak ngan parents aku, kitorang pun masuk bilik, tukar baju dan terus ke sesi memecah hening malam.
Titbits utk mempecah keheningan malam;
Wuhuu makan gula durian ngan biskut kering Hup Seng. Memang tak terlawan lah oleh Munchy's atau ape sahaja. Susu. Oren. Keropok udang beli kat RnR. Huhuhaha.
Gambar terpilih utk disiarkan dlm blog. Wehehe. Lawak kan muka aku. Tapi tak kisah sebab hati gembira bling bling bling. Malam ni memang bising gile ngan suara kitorang. Bergegar Jalan belibis ni kami kerjakan. LOL. Aku main je. Cover ar kot gelak-gelak. Kang tak pepasal muncul citer hantu kat rumah aku ni ha. Pak guard yang round pun asek toleh kat kitorang everytime die check rumah aku. Everytime ok. 6 kali die round area rumah aku, 6 kali la die toleh. Lek la uncle, we were still inside our house compound ape. =) Pot pet pot pet, pukul 12 masuk dalam rumah.
Next morning:
Pergi ke playground dan mengetest semua benda yang ade kat situ. Aku ni name je duduk dekat ngn playground. Tapi tak pernah pun nak pergi situ. Buat shortcut nak pergi surau tu selalu la. Haha.
Jongkang-jongket. Permainan feveret zaman primary school. Bila kau dah kat atas tu, lompat turun ke bawah macam terer. Dan sebenarnye memang terer. Weheee.
Muka budak tak tidur malam sebab berbual-bual.
Aku yang excited main benda yang boleh swing-swing kaki. Haha.
Lepas keluarkan peluh dan camwhoring, aku bawak diorang gi tengok rumah lama kat Undan. Rumah kat Undan tu banyak kenangan seh. Since aku berumur 2 tahun, kitorang pindah masuk situ. Now, jiran aku kat Belibis ni yang beli rumah tu. Melayu jugak la yang beli. Yay! Nanti boleh jenguk sekali dua kala!
Kemudia, abang Sab pun datang utk hangkut dia dan Fazira pulang ke rumah. Walaupun kami agak keletihan tetapi hati kami amat senang dengan kenangan yang terpahat indah di dalam hati kami. (Macam ayat Atiqah, kelas 2 Bijak tak?)
Ok bubbye Sekian terima kasih. Wassalam.
whoohaaa!
ReplyDeleteakhernye~
hai, lain name. modified jugak ke? hehe
ReplyDeleteskunk da xley nk pkai acc so kne ar pkai nme je..haaha.wey.suggest ak blog cm best+sllu updte cm ko nih,ak dh nk mati..eh x...lemas kebosann..haha
ReplyDeleteko pergi carik walk on wings tread in air. akak ni kelako jugak.
ReplyDelete