Wednesday, August 17, 2011

I am Home!

Assalamualaikum.

At last, after about 6 months di perantauan, aku kembali ke sarang or whatever lah. Dia punye excited sampai Malaysia tu macam aish susah nak describe. Nampak pokok kelapa sawit dari dalam kapal terbang pun aku dah senyum sorang-sorang! Macam ape, HAHA. And now, I am home!

Seronok tahu dapat kembali ke katil dan ke dapur dan ke tandas rumah! Err, alasan? Jawapannya tiada alasan kerana dia memang seronok. Semacam satu perasaan cinta yang dianugerahkan dalam hati oleh Pencipta. Taraaaa, ni kes dah lama tak bermain conteng-conteng lah ni. Ayat aku dah super sastera. Harap tidak emo! Huhu.

Sedih jugak sebenarnye nak tinggalkan Alex and kawan-kawan. Tapi Malaysia lagi menterujakan jadi kita mestilah memilih yang lebih seronok (dlm sesetengah hal) kan kan. Hehe.

Hal rumah sewa kite dah settle. Yahooooo.com.my! Thanks alot to semua yang menghulurkan tangan meringankan beban kami dan yang bagi kata-kata semangat. Oh well, ingat senang ke nak settle hal rumah ni? Dengan nak pindahkan baju, buku, baldi, hanger semua benda tu. Perlukan tenaga superman tau walaupun aku masih tak bertukar lagi Alhamdulillah. Sepanjang proses penghijrahan (eceh) tu, kitorang selalu buka puasa lewat tapi takpe sebab dalam hati ada taman....Tetibe, haha. Eh seriousla. Seronok tau ada rumah baru. Rasa macam hak milik mutlak kite, padahal sewa je. Tapi ni memang jadi cam style rumah sendiri la as in suka hati kita nak decorate die! kalau perempuan memang ah suke part ni kan. Kalau lelaki saya tak tahu lah, kerna aku bukan lelaki. Waka waka.

Habis cerita rumah. Sekarang cerita apa jadi kat rumah Malaysia tadi.

Sampai-sampai je kat rumah, aku terus bukak beg besaq gila tu, keluarkan semmmmua barang yang beli kat Egypt. And my mom and dad like them all. Oh and my nenek also! Dan aku berasa happy kerna mereka juga happy!! Dan keluar lah ayat seperti 'bagus ada anak pompuan, pandai juga nak beli barang..' dan aku pun terkembang kembang di situ. Hahaha.

Tadikan time kat airport, Abah takda lagi masa aku keluar dari arrival hall tu. Geng yang lain punye parents semua dah ada. Aku pun bubbye je diorang and wait for Abah sorang-sorang. Boldkan sikit sorang-sorang tu. Aku try nak call abah, tapi celcom aku dah 50 tahun tak bertopup. Etisalat (syarikat komunikasi Egypt) tinggal 47 sen. So, memang tak ah nak call. Aku redha je lah tunggu Abah maghrib-maghrib tu. Tengok orang, tengok kedai roti kat sebelah (aku tak buka puasa lagi). Kesian....3 minit lepas tu abah pun datang dengan Syahir. Yang si abang aku ni boleh pulak dari jauh cakap "ala sian anak sape ni takda orang tuntut?" Kuhang hasam betul abang aku ni. Die kate aku macam luggage yang takda orang tuntut. Luggage die kate aku?! Memang ah.

Ok dah. Jumpa lagi. Wassalam.










10 comments:

  1. Tahniah kak dapat sampai dengan selamat dan sejahtera :) Happy happy lah duduk rumah. Hehe. saya yg kat malaysia ni pon tak sabar nak balik rumahh. wuuu...Haha. Selamat berbuka kejap lagi. ishh. JB buka awal. tak aci. haha.Assalamualaikum :)

    ReplyDelete
  2. haha.. kalau ade rezeki kite jumpe kat sane ey tiqa.. =)

    ReplyDelete
  3. tochei tochei....thank u thank u....
    jannah, ok! nanti jumpa insyaAllah, aku doakan ko dapat pergi egypt!! zaien, ala setakat 2 3 minit pun nak berkira....haha

    ReplyDelete
  4. kena berkira jugak. haha. dah seronok lah akak kat rumah kan. huhu. lepas ni mesti entry bersusun. haha

    ReplyDelete
  5. haha, agak la. kalau setiap entry dapat singgit, memang kaya lah akak.

    ReplyDelete
  6. ko xnk mcm lawak plk ayt..
    lugage..pdhal..ade ayt lg best uh..huhuhuhuhu

    ReplyDelete
  7. iye aku tak tipu dr8ma. abang aku panggil aku luggage. sabooo je la kitewwww..hehehe.. btw, nama hang gempak laahhhh. wei, aku nak link blog hang..invite la aku baca...please please please....

    ReplyDelete
  8. mne de blog..ak buat gmail ni pon sbb nk kumen kat blog ko..terharu x??terharu x???haha
    nme tu sengal je..t ak nk tukar..tmbah riak!haaha

    ReplyDelete
  9. Ya tuhankuuuu!!! terharu gile aku sampai tak boleh bercakap ni boleh tulis je!!! HAHAHAHAHA. eh tak payah tukar, sedap dah tu. dah alang-alang ada akaun nape tak buat blog terus? -yang berharap-

    ReplyDelete
  10. mlas r nk taip2..ak bkn rjen sgt,t satu post je ade kat blog ak..haha..ko nk tau crte ak tepon jela ak..
    ahahahhahahahahahahahahahahhahah.
    (nme bru humble siket.=D)

    ReplyDelete