Thursday, August 11, 2011

Penatnya!

Assalamualaikum.

Setelah sekian lama aku tak membebel di alam maya nih, kini aku kembali. Get ready everybadeh!

Huh, finally final exam pun habis dengan jayanya 10 August yang lepas. Aku adalah bersyukur dengan tak terhingga nye kerana telah berjaya menghabiskan satu  daripada 6 tahun course aku ni. Ya Allah, bersyukur bersyukur bersyukur!!!!

Kemas Rumah.

Hari ni 11th August. Student tahun 1 memang dapat duduk kat asrama Mara tapi masuk 2nd year kena duduk rumah sendiri. So, tadi aku pergi mencuci rumah, memberus rumah, mensental rumah ko cakap la apebenda aku tak buat tadi. Semua aku buat. Cinderella pun nangis tengok aku kerja ko tahu. Mak aku kalau tengok, beliau rasa bangga dan tidak percaya berselang-seli. HAHHAHA mangkuk gila bebelan aku neh. Pape ah. Nak tahu tak, mengelupas kulit aku wei. Aku tak perasan pun bila kulit tu terkoyak. Sedar-sedar je dah pedih. Pastu baru aku rasa sakitnya. Manja gila kulit ni. Aku herkkk skali kang! Ok dah.

Rumah tak habis  kemas lagi. Esok nak kena mop pulak. Wei rumah tu punya jamban masya Allah berdaki-daki. Tapi aku sental bukak mata tau tadi. Dulu kat sekolah, masa kerja kebersihan, kena sental longkang aku buat sambil pejam mata sebab geli. Mengada kan. Sekarang dapat kat rumah sendiri,hadaplah engkau dengan wajah sebenar karat-karat jamban tu. Tension gila aku! Tapi takpa, banyak pahala orang bersabar di bulan Ramadhan ni.

Aku penat!!!!! Ahhhhhhhh boleh terpengsanni kalau dibiarkan. Nak balik!!!!!! Oh 5 hari lagi. Aku kena settlekan hal rumah dulu, pastu baru aku settle baju aku nak bawak balik. Yahooo!

Ok dah. Sambung esok-esok lusa pulak. Yah, blog ini bakal meriah gilang-gemilang tak lama lagi. Banyak berita tertangguh sebab exam hari tuh. Tunggu yeahhh.

Bubbye, wassalam. Selamat puasa! Tingkatkan prestasi puasa anda!!!

2 comments: