Friday, June 10, 2011

Isu Berbangkit Bila Study Group

Assalamualaikum guys and girls.

Tengahari yang terik, Alhamdulillah masih ada rumah untuk berteduh. Huhu, ayat intro tak boleh blah dah start dah.

Pape la.

Starting dari minggu lepas, semua orang kena join study group. AJK Akademik batch yang aturkan dan susun siapa jadi ketua dan siapa jadi anak buah. Macam biasa tengok result first sem. Pastu entah macam mana nama aku boleh naik sekali jadi ketua study group. Man, aku tak harap jadi ketua sebab kan sebab aku tahu ape pasal nama aku boleh sesat naik atas. Sebab nye modul 1 aku punya markah agak tinggi thus menaikkan overall percentage aku. Kalau nak ikutkan modul 2 ngan 3 aku biasa-biasa je wei, tak tipu tau. Pastu aku rasa rendah diri ngan anak buah aku sebab diorang sebenarnya sama level je ngan aku.

Aku dapat anak buah yang baik-baik dan ngam dengan aku Alhamdulillah syukur ya Allah. Tapi aku kesian kat kawan aku sorang ni. Yeah you know issues pasal study group ni. Macam-macam boleh berlaku kalau kau bernasib 'terlalu baik' dan end up dengan anak buah yang 'pandai' dan suka 'tunjuk pandai' dan suka potong cakap orang. Wah wah wah kak, apa kata kau aje la yang ambik alih study group itu.

Wait, wait. Aku merepek pasal apa ni. Emmm how to start ea. Like this.

A is anak buah and she knows about anastomosis of elbow joint. B is the group leader and she is about to explain the anastomosis of elbow joint. But macam biasa B akan bagi intro 'Kita-try-ajar-awak-semua-kalau-kita-salah-cakap-tolong-betulkan' out of humbleness. (Man, your teacher never teach you about being modest ea?). Suddenly, A cakap "Hey, I rasa I boleh ajar this part la'' dengan muka excited dan semangat gila padahal si B dah siap pegang pensel ngan kertas A4 dah. 

Nampak tak A buat apa? A baru sahaja memotong dan memintas cakap B. Sedangkan B tahu la dia nak cakap and explain apa. B saje nak humble. Tapi A anggap B tak tahu apa-apa langsung. Dan dia suka sangat ajar orang. Memang la awak ajar best tapi kalau everytime awak nak ajar, group leader awak tu siapa? Malu gila kalau aku jadi si B ni. Dah la mulut A tu takda insurans. You treat everyone macam la orang lain kurang pandai sangat. Orang lain tu semuanya tahu jugak cuma diorang modest je okay. Janganla ingat awak pandai sangat. Haiya.

Dan sometimes, kita tak perlu lah nak cakap kat ahli study group yang lain. 'I know this, I know that. I can teach you guys about this'  setiap masa. Hello, orang tak tanya pun awak tahu ke tak benda tu. Yang lain pun tahu je benda yang awak cakap tu cuma diorang tak membongkak macam awak, tahu? Kan lebih baik kalau awak dah tahu benda yang sedang dibincangkan tu, awak dengar je la leader nak explain macam mana pastu kalau nak tambah pape, cakap je la dengan nada nak berkongsi bukan nada nak menunjuk pandai. Ha, kan sejuk hati member lain. Hati leader pun sejuk je macam tu. Ini tak. Cakap macam kau sorang je lah yang tahu pasal that thing.

Annoying gila sangat la.....Tapi kan, kalau korang berada dalam situasi ni, korang nak buat apa? Aku tak berada dalam situasi ni tapi aku kesian sangat tengok kawan sendiri kena macam tu. Kalau aku kan. Aku cakap kat groupmate;

'Sorry guys, tomorrow I tak boleh join sebab tomorrow I nak pergi Fathalla. Pastu lusa I nak pergi bank. Tulat pulak, I nak pergi Carrefour. So you guys selamat good luck lah belajar ngan A ni ok?' Sambil pandang tepat kat muka A tu. Cukup sarkastik tak?Yes,  biar dia terasa. But hell no I never do this to kawan-kawan. Aku bukan rebel depan-depan orangnya. Hey, aku tiba-tiba rasa a very rebellious friend would be useful sekarang untuk bersemuka dengan A ni.

Aku selfish gila kan. Tapi nasib la. Aku rasa kalau aku kat tempat B tu, memang terkubur mati jawapan muktamadnya study group tu. Aku memang takda masa nak layan orang perasan pandai macam tu. Baik aku buat group lain. Duhh, kesiannya. Aku rasa kalau boleh buat study group pilih ahli sendiri, mesti takda orang nak ngan A. Hahahha. Ye aku tahu aku sedang kutuk orang. Tapi jauh di sudut hati aku doakan dia lebih sensitif lepas ni terhadap perasaan kawan-kawan lain. Kita hidup bermasyarakat kan. Jadi, hati orang lain kena jaga. Penting tu. Kalau takda orang suka kita, memang susah gila. Nak mintak tolong kat siapa nanti? Kat kucing?

Semoga engkau lebih sensitif lepas ni, sahabat. 

4 comments:

  1. haih.bile budak pandai duduk setempat..masing2 pun ade ego.but spttnye mmg dia kenalah hormat org lain..its ok tikah,pahala kesabaran tu bsr..all the best xm k..and plg pntg..u can score well nanti :)

    ReplyDelete
  2. hahah sape tiqah cecitee aku macam nk teka jeeeee

    ReplyDelete
  3. Hajar: thanks for the wish. Kita doa yang sama utk awk jugak! miss you la!

    Faraahh Arshad: Hai artis! Dah dengar your cover in youtube. Very nice one! Btw, tak boleh cerita siapa. Top secret! Bukan budak yang rapat-rapat dengan kite pon. Mari kita doakan dia berubah, amin. Btw, tomorrow aku puasa FB dan Blog. Study tulang, tulang, tulang. Haha

    ReplyDelete
  4. wohooo tqah.. aku rse aku tau spe org tuh.. muahahaha. (gelak jahat) =p

    ReplyDelete