Thursday, March 24, 2011

Tentang Bermacam Perkara

1. Oovoo

Hari tu kan, aku guna oovoo for the first time. Ok, fine. Aku tahu orang lain dah lame gune dah. Tapi biaselah, hero datang last-last. Huahuahua. Ok tak lawak.

Seronoknya..!!!!!

Itu je aku nak cakap lepas gune oovoo. Live video airing from 3 different continents. How awesome is that, you tell me. Me here in Africa ( wow aku Africa kot ), one in Europe, one in Aussie and my parents in Asia. Cool kan. Peh, nikmat gila guna oovoo. Aku dah rase nak buat kopi je duduk depan laptop hari tu, tinggal takda air je kat asrama, selek haram betul lah (pinjam ayat adik aku. Hapebende yang haram pun masih menjadi tanda tanya). 

2. Air

Nak ceciter pasal air kat asrama ni kan. Kejap ade kejap takda. Sampai ade manusia boleh buat lawak teka teki berbunyi 'apebendekah yang kejap ade kejap takda?'. Dengar sekali lalu mesti nak terus jawab chipsmore dengan confident nye kan. Tapi haram salah. Sebab jawapannya ialah air. Oh lupa nak bagitau. Teka teki tu valid dalam asrama MARA je. Miahahaha.

3. Shopping

Tadikan. Kitorang pergi Carrefour. My goodness, for heaven sake, banyak gila sale! Tapi Sogo masih tetap dihati. (Oh Sogo). Aku beli beg and purse. Ape? Membazir? Oh hell-O! Aku gune purse yang same since Form 4 okek. Diam sekarang. Tapi sebab purse yang aku beli ni harge murah, aku akan membenarkan mata sendiri mengscan purse-purse cun dan membeli mereka. Hahahaha. Gatal ni budak.

Tapi kan, like seriously bila aku muhasabah balik diri aku kan, aku selalu guna barang sampai lunyai. Purse sampai koyak-koyak. Kasut sampai haus-haus atau hilang sebelah ( sape curik sebelah crocs aku ha?!!! pulang ah balik..!!!!), henpon sampai tercabut-cabut casing. Oh, aku bangga ah tetibe sebab aku banyak save duit. Tapi bile tang beli balik tu. Ha tu die. Aku mengamalkan prinsip 'alah membeli menang memakai'. Miahahahaa. Gedik gile nak shopping siap ade prinsip bagai. Bako nak? Hahaha. Aku sekang ni memang join kelab promote hantu kak limah. Acah mak enon. Oh aku rase sekarang ni Hantu Kak Limah adelah hantu paling popular kan. orang setuju tak? Hantu Raye, Hantu Kopek, Hantu ape tah lagi boleh main jauh-jauh ah. Korang dah tak rock la. HAHAHHAHA. Cakap macam le hengko ni berkawan ngan hantu-hantu ni? Oh man, why you sound so scary and...psycho?

Apesal cite shopping boleh masuk cite hantu kak limah ni ? Tanda soal besar-besar.

4. SPM Result

Weih ni nak ceciter ni. Pasal result bebudak SPM kan. Weewitt, gempak-gempak lah korang. Terbaik dalam tempoh 4 tahun gitewh...Pape pon, SMAPL ade 21 pelajar straight A's dan Maahad Muar pula ade 12 pelajar straight A's ( 1 of them get straight A+ (11A+). Adik kawan aku dulu. Aku seriously berbangga dengan dia dan adik-beradik dia yang lain. Cekal betul. Diorang anak yatim piatu. But still study tip top. So, no excuses for study! Miahahaha (apesal gelak?) untuk aku juga pesanan ni ditujukan. Sementara kuliah belum start ni, aku nak best-best dulu. Eh esok aku pergi lah beli modul. Aku belajar lah sikit-sikit nanti. Tadi dah shopping banyak kan. So kene la study hard.

5. Mak & Abah

Hahaha, this sounds so like my father. Abah selalu cakap gini. '' Dah beli beg mahal, lepas ni belajar betul-betul ''. Bapak aku kan, die memang ade ayat default tau. Kire cam kalau kau degil, mesti keluar ayat ni. Kalau kau takut ngan cikgu mesti keluar ayat ni. Kalau result turun mesti keluar ayat ni. Ikut mood kau lah kan. Boleh pilih. Antaranye kan;

''Kau ni aku besut (rotan) kang. Gi belajo skang!'' Default mode in raging anger.
''Ngan manusia ni kenape nak takut ha? Allah tu yang patut kite takut tau.''
''Ko ni makan cukup, tidur cukup, duit cukup, ape lagi yang tak cukup? Suruh belajo je tak boleh?''

HAHAHHAHA. I miss Abah la. Dan leterannya. Yes, he does nag us.

Mak pulak;

''Nak kene cubit? Haaa?'' Default kalau ngko ngengada nak malas-malas bangun subuh. Sambil tangan mak merayap cubit kat kaki, peha, ke atas dan ke atas.

HAHAHHAHA. I miss Mak also. Dan cubitannya.

Hai, gilaa lah aku membebel dengan panjang lebarnye malam ni. Terima kasih sebab bace. By the way (nak bebel lagi) kat Alex sekarang ni kan Subuh pukul 4.30 pagi and Maghrib pukul 6.15 petang. Kenapa aku kesah? Sebab aku nak puase la esok! Puase sunat. Ok, esok aku memang kompem hari Khamis. Kang jadik cam hari Selase. Aku puase Selase hari tu sebab aku ingat hari Isnin. Kengkonon la puase sunat. Sekali....aih, sabo je la.

No comments:

Post a Comment