Thursday, August 12, 2010

Yahoo cuti!

Salam 'alaik kawan-kawan sekalian.

Apa khabar orang kampung? Apa dia, mai dekat sket cek tak dengaqq. Hahaha. Macam orang gila lah pulak dia ni ha.

Habis dengan gila itu. Mari masuk cerita siang tadi. Mula-mula sekali, aku hangen sebab time setting blog ini salah dan mengelirukan. Macam sekarang, aku post menda ni kol 11.14pm hari Khamis tapi sat lagi dia keluar lain. Itu annoying hokeh. Aku dah cuba sedaya-upaya cari time setting tapi tak jumpa. So, aku surrender. Pi lah sana. Kalau ade korang-korang yang tahu kat mane nak tukar setting, sila lah bitaw kat aku yang agak BUTI ini, excuse mee.

Baik, cerita siang tadi.

Telah pergi berbelanja ke Angsana lah pula kali ini, setelah sekian lama tak mengatur langkah di pusat beli-belah termasyhur di kota Johor Bahru ini, bukankah? Hihi. Berbelanja dengan bodyguards kaya-raya adalah best! Muahaha. Apa saja yang aku nak, akan dibeli ie dibayar oleh mereka. Dan itu sumpah menyeronokkan hati! Haha.

Jadi, aku end up membeli, eh bukan aku, bodyguards end up membayar, 2 buah novel; Remember me? dan The Undomestic Goddess. Novel yang telah agak lama di pasaran, tapi haku baru mahu membeli. Sophie Kinsella rock, baby! Try baca, confirm addicted.

Tetapi, waktu menunggu bodyguards memilih baju dan seluar dan itu dan ini yang agak censored di situ agak menjengkelkan. Walaupun tak selama aku memilih baju, tapi ia tetap annoying di hati. Hihaha.

At last, keluar juga aku dan bodyguards dari Angsana. Pergi ke Damai lah pula kami sekeluarga malamnya untuk meraikan joy of the day; Ahmad Fuad my second bodyguards. Tahniah la abang dapat 3A untuk awak punya A-level. Wa caya sama lu, der. Dan SORRY besar di situ sebab selalu tersengaja lepuk tangan kanan kau. Dan semoga cepat sembuh jua. Dan semoga berbahagia selalu bersama awek tercinta. Hahahahaha. Kantoi di situuuu.

Dan pengakhiran kisah kali ni, cek nak habaq mai kat mike sume, cek ni memang suka ghoyak campor loghat belake. So, ambe tak mboh la kalo ade yang sentap sentap kat ambe, sebab ambe main campur loghat ni ye.

Sekian saja buat kali ni.

Mari kita beradu di malam yang hening nian ini. Aiwaaah. =D

Wassalam.

No comments:

Post a Comment