Saturday, May 29, 2010

Kak, yang ni untuk budak 8 bulan boleh tak?

Lepas maghrib tadi, aku dengan mak pergi Angsana untuk beli barang-barang keperluan wanita, opps, barang nak bawak balik kolej la.

First sekali pergi tukar battery jam. Pastu pergi Guardian beli bedak Aiken kegemaran. Bedak Aiken memang best la, sesuai untuk segala jenis kulit dan sangat efektif dalam menangani ruam. Eheks. Pencuci muka pun ade beli jugak walaupun yang kat kolej tak habis lagi. Sebabnya.......

Mak terkejut tengok mukaku merah merah dan banyak jerawat time sampai rumah kelmarin. Mak tanya "Awak ni tak basuh muka ke kat sana?" Eheh, aku pun tak tahula camna nak cakap. Tiap tiap hari basuh muka tapi takdela pakai mask ke toner bagai kan. So tula dia kisahnya cemana boleh beli pencuci muka kat Guardian tadi.

Dah sudah kat Guardian, pergi UO plak, beli makanan untuk digudap gudap time study. Ha yang tu memang wajib ade, rahsia kejayaan 11A tu. Ahaha, tipu saje, yang sebenarnya itu rahsia mantainkan berat takda turun turun selama 11 tahun.

Tadikan, time kat UO, tengah dok khusyuk pikir nak beli koko crunch ke honeystar, ade sorang abang ni kat belakang aku. Tengah tengok biskut nestum untuk baby. Pastu tetiba dia cakap ''Kak, kak''. Aku buat donno je. Pastu dia panggil lagi ''Kakkk, ooo kak''. Aku pun pusing la, awatla mamat ni teriak teriak ni. Rupa-rupanya dia panggil aku. Dia tanya''Kak, yang ni untuk budak 8 bulan boleh tak?'' sambil tunjuk satu kotak nestum ni kat aku. Aku cakapla aku tak tahu, lalu blah dari situ dengan hati yang panas tapi nak tergelak at the same time. Wahaha. Tak patut sungguh la dia tu. Ingat aku ni dah ade anak sepuluh ke tanya pasal nestum tu. Aku rasa dia tu mesti nak belikan nestum sebagai surprise hari lahir untuk anak buah dia la. Kalau bapak orang mesti la dia dah tau nak beli yang mane, ye tak. Hailoh, muka aku ni terlalu keemakkan atau memang dia yang tak reti bezakan?

Secara kesimpulannya, aku semakin sedar bahawa aku semakin dewasa. Semakin ramai orang panggil aku kakak. Takpa, aku redha. Cewah pasrah bunyiknya. Haha. Eh takla, aku dah tak kisah da skang ni kalau cashier panggil aku kakak. Tapi aku akan kisah sekisah kisahnya kalau orang tanya 'ini anak ke?' sambil tunjuk pada sepupu aku atau promoter bijak pandai kat Giants(kenapa Giants?) promote pampers huggies kat aku atau orang tanya 'mana adik awak yang macam dafi tu?' sambil mengrefer pada abang aku si fuadgilatakserupadafi tu haa.....Ok cukupla kiranya tamsilan di atas.

Ambo nak tutup kedai dah. Nak study tahu. Isnin sampai Jumaat ada exam.

Ma'as salamah wa salam 'alaikum.


2 comments:

  1. omaigod3 bebeh! u are soooooooooooo makcik! ahahaha.. hm, well.. no one call me kakak here. hihihihihihihihihih

    ReplyDelete
  2. Hahaha. Memangla makcik selamanya, bab kate Jee, berjiwa senja. Cesst!.

    ReplyDelete