Saturday, May 26, 2012

Random Recent Piccas with Story

Assalamualaikum. 

Masih belum boleh melelapkan mata. Sebenarnye boleh je nak biarkan 'semua' ni lalu tidur tapi aku taknak jadi orang tak bersivik. Huhu. 

Macam biasa. Aku masih seorang procrastinator tegar walaupun 'red alert' dah keluar juta juta kali dari pukul 8 malam tadi suruh buat kerja. Tapi aku masih aku. Campur sedikit kesyaitanan eh kemalasan. Macam sekarang. Aku sedang take five kononnye dari membuat slideshow utk kelas esok. 

Esok ade kelas ni. 

Ya, aku suka main cikgu-cikgu ni. Sebab dulu masa kecik-kecik aku takda kawan nak main cikgu cikgu. Maklumlah, adik beradik semuanya lelaki. Kalau dapat main kapur dalam kelas tu satu pengalaman manis orang kata. Nasib baik aku pernah jadi ketua darjah masa darjah 2. Sempat juga merasa tulis nama kawan-kawan yg bising dalam kelas masa cikgu takda. Ya, guna kapur. HAHA kapur can be an issue ey. 




 Layan gambar je la malam ni. Ni cut section kepala seorang (aku serba salah nak letak simpulan bahasa ni) 'cadaver'. Site of concern kitorang adalah respiratory tract dia. Bermula dari anterior nares (lubang hidung) sampai ke larynx di bahagian leher. Semuanya adalah laluan udara yang sangat precious, nikmat yg kita jarang syukuri dan sedari. Allah.


Ini pulak gambar thoracic cage. Bayangkan anda berdiri tegak. Badan anda dibelah dua pada coronal plane yg akan membahagikan tubuh anda pada setengah depan dan setengah belakang. Peh, siapa boleh faham ni boleh tepuk tangan utk diri sendiri. Aku sangat faham memang susah nak faham sesuatu dgn membaca je. Aku selalu berada dalam kasut itu. Ceh. Ape kata anda google?
                                         
 Kitorang selalu ada masa lebih lepas praktikal anatomy. Kadang-kadang bila aku dan sesetengah kawan lain rasa rajin, kitorang duduk sat berbincang bersama. Macam gambar kat atas ni. Kitorang tengah bincang pasal Forced Expiratory Volume. Aku tahu, bunyinya spesies cucu-cicit encyclopedia Brittania. Dengar nama die je boleh buat jantung berdebar. Tapi namanye je tu yang psycho lebih. Nak fahamnya, insyaAllah mudah dgn bantuan cikgu dan kawan.


 Bunga kat Montaza tengah beranak-pinak sekarang ni. Maklumlah spring. Sejuk mata tengok ciptaan Allah ni. Warna-warni taman ni. Apesal ayat aku pendek-pendek ni kelakar la.  Hm, aku nak bawak mak datang sini tengok bunga sebab mak sangat suka bunga. Rumah dulu aku macam hutan sebab mak suka tanam pokok. HAHA. Pastu abah sangat sweet, abah beli rumah baru dgn compound yg luas utk mak bercucuk tanam. Sekarang, laman rumah aku siap ada pokok mangga. Nasib baik takda pokok laici. Mak pun selalu gembira dan tak menang tangan layan pokok. Okeh balik ni aku nak tolong mak tanam pokok kayu balak. 

2 orang sahabat. Saya sayang dia, dia pun sayang saya kerana Allah. Saya tolong dia, dia tolong saya. Saya support dia, dia support saya. Saya nasihat dia, dia nasihat saya. Sorang pantai barat, sorang pantai timur. Tapi hati tetap ada tujuan yang satu, dengan izin-Nya. Heheheh cheesy lah pulak malam ni. Oh biasalah, malam.

Lagi gambar bunga sebab memang banyak bunga. Aku teringin nak ambil gambar cantik-cantik dlm erti kata lain guna kamera yg terang, jelas dan nyata tapi aku malas nak hangkut sesuatu yg gedabak di bahu aku. Jadi, aku cuma suruh kawan aku yg ada kamera terang, jelas dan nyata itu amek gambar yang aku suka, then aku amek dari dia. Bijak kan. HEWHEW.

//

Ada something happened the other day which made me smile thinking about it. It's not funny pun in the first place. It was a serious case and thank God dah settled pun. Tapi aku ni kan pelik. I laughed because that was the first time aku berada dalam situasi tu. And aku ketawa ingatkan reaksi aku dlm menghadapi that case. Tapi takpe, experience is directly proportional to age. Kawan-kawan aku semuanya best sebab setia tolong aku through it. Moga Allah balas jasa kalian. Terima kasih. :)

Ok, sekian. It's just I think it's been ages since the last time I made post with pictures in it. So, here it is, some random pictures with long captions. Hope you get something to ponder upon after you go through the piccas. Till then, fellas. Take good care of yourself.

Wassalam.



1 comment: